Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Ads
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Ads
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Penyanyi yang kini popular di China, Shila Amzah selamat melangsungkan pertunangan di kediaman keluarganya di Cheras. Majlis yang diadakan secara tertutup ini menyaksikn Shila disunting jejaka bernama Haris Idraki Elias, 28 tahun yang bekerja di sebuah sektor kewangan di London. Suka melihat penampian Shila yang kelihatannya seperti ‘Barbie Doll’ dengan tema ‘pinkish’.
Shila kelihatan tampil jelita menggayakan busana moden warna pink dengan hijab juga warna sedonon. Penampilan Shila cukup ringkas ditambah dengan solekan juga sentuhan warna pinkish di bahagian mata yang menyerlahkan kejelitaan penyanyi berusia 27 tahun.
Pada majlis itu juga, keluarga menyarung cincin pertunangan di jari manis Shila dan dilihat hanya kenalan rapat hadir di majlis penuh bersejarah buat penyanyi ini. Tunang Shila juga sebelum ini pernah bekerja sebagai wartawan The Star pada tahun 2015.
Dalam satu post di laman IGnya, Shila dan Haris sebenarnya sudah lama saling saling mengenali, iaitu kira-kira 7 tahun lalu. Ketika itu Haris berusia 21 tahun dan dalam tempoh itu, lelak ini setia menunggunya.
A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Shila tertarik dengan sikap Haris yang sering membuatnya ketawa, sentiasa mendorong dirinya untuk mencapai apa yang diimpikan, menyukai sikap humor dan kecintaan pada buku dan juga seni. Dan juga Shila tertarik dengan mata coklat milik Haris dan paling penting sentiasa membacakan buku padanya sebelum masuk tidur. Penyanyi ini juga berjanji akan hidup bersama selamanya apabila kasih sudah termeterai nanti.
Pasangan sama cantik sama padan ini dilapor akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan. Terdahulu ibu bapa Shila turut gembira dengan majlis petunangan anak sulung mereka dan merasa bahagia apabila anak-anak gembira.
Sejak kebelakangan ini ramai hijabi lebih senang memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Membuat paid review dengan menggunakan medium laman sosial instagram, kebanyakan dari mereka berpeluang jana pendapatan cecah ribuan ringgit. Salah seorangnya adalah influencer yang viral kerana mempunyai wajah persamaan dengan penyanyi popular, Aiman Tino. Pyka Rahman yang berasal dari Temerloh Pahang ini baru berusia 19 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai influencer. Dia juga mengumpul follower di laman instagram 111K.
Menurut Pyka dia tidak menyangkan akan terbabit dalam kerjaya ini. Malah bersyukur kerana persamaan wajahnya dengan penyanyi remaja popular Aiman Tino membuka ruang dan peluang untuk kekal popular di alam maya.
“Hahahaha thank you Aiman! Kalau tak kerana muka dia, belum tentu Pyka jadi seperti hari ini. Sebenarnya tak sama pun, cuma ada beberapa gambar yang nampak sedikit sama. Tetapi tetap disebabkan viral, Pyka dapat naikkan nama Pyka di alam maya.
“Pyka start jadi influencer pada Mac 2017. Pada mulanya, saya terima klien untuk review product mereka di account instagram Pyka. Dari situ Pyka buat duit dengan ambil sedikit bayaran untuk setiap slot review yang klien mahukan.
“Semakin lama, semakin banyak permintaan. Dari review, Pyka mula hadir ke event beberapa jenama. Biasanya kalau untuk hadir event pun Pyka ambil bayaran. Ini kerana klien minta kita post di instagram. Sampai ke hari ni Pyka masih lagi review product dan juga hadir ke mana-mana event,” ujarnya membuka cerita permulaan bergelar influencer.
Tambahnya lagi, setelah hampir setahun dalam bidang ini Pyka mula terasa keseronokannya. Malah dia juga turut mendapat pendapatan dengan cara cukup mudah.
“Income yang kita dapat hanya dengan cara yang mudah. Misalnya jika satu event dalam RM300 hingga RM500. Kita cuma perlu hadir ke event dan ambil gambar. Dan kalau attend event tu adalah salah satu yang Pyka suka sebab dapat menambah kenalan baru.
“Sebulan Pyka melalui laman instagram, Pyka boleh dapat pendapatan sekitar RM3 ribu hingga ke RM6 ribu sebulan bergantung pada sesuatu musim. Lagi rajin kita buat review lagi tinggi hasil pendapatan kita,” jelas Pyka yang gemar membuat review produk klien skincare dan juga outfit.
Tambahnya dia tidak kisah berulang alik dari tempat tinggalnya di Temerloh ke Kuala Lumpur jika perlu menghadiri event daripada klien.
“Saya tak kisah berulang alik. Lagipun tak jauh dalam 3 jam sudah boleh sampai ke Kuala Lumpur. Biasanya saya akan tinggal dua tiga hari dan pergi untuk beberapa event. Saya suka pergi sebab boleh tambah kenalan.
“Pyka sebenarnya adalah full time influencer dan dalam masa sama part time study marketing. Jadi setiap kali tak ada event, Pyka akan join open marketing class yang ada. Untuk tambah ilmu marketing. Open marketing class pula cuma sehari dua sahaja dan tak menjejaskan waktu Pyka bekerja,” jelasnya yang turut mendapat sokongan ahli keluarga terhadap kerjayanya sekarang.
“Memandangkan background family Pyka juga dalam bisnes, jadi pada awalnya agak susah untuk mereka terima. Alhamdulillah sekarang, family sudah mula faham cara Pyka bekerja dan minat Pyka.
“Mereka bagi sokongan pada Pyka. Cuma Pyka akan beritahu setiap perkembangan Pyka kepada keluarga. Nasihat mereka asalkan pandai jaga diri sudah memadai,” cerita Pyka yang memberi tafsiran tersendiri maksud sebenar influencer itu.
Bagi Pyka influencer itu bermaksud sesuatu pengaruh yang menaikkan nama setiap brand yang bekerjasama dengan Pyka. Jika Pyka tidak mampu untuk naikkan nama dia orang, Pyka tak layak jadi seorang influencer.
“Memandangkan influencer ini hanyalah seorang social media celebrity, jadi pendapatan tidaklah setinggi golongan artis. Pendapatan yang tak menentu ini dan takut untuk upah orang lain bekerja dengan kita sebagai pembantu.
‘Jadi setiap kerja yang influencer dapat, kami kena aturnya sendiri. Mungkin disebabkan bahagian pengurusan itu kurang yang menjadikan influencer ini lambat dalam beberapa perkara,” jelasnya berkenaan soalan jika ada influencer yang bermasalah untuk dihubungi.
Menurutnya yang mempunyai follower lebih 100 ribu ini mengakui turut menerima kecaman daripada netizen. Walaupun masih muda, tetapi Pyka berjaya mengatasinya dengan cara tersendiri.
“Pyka cuma biarkan sahaja setiap kecaman dari netizen. Mungkin netizen yang suka mengecam ini sebab dia tak dapat apa yang kita dapat.
“Susah kalau kita nak minta netizen faham kita, jadi Pyka rasa biar Pyka yang faham netizen ini. Makin kita layan, makin dia orang suka mengecam,” katanya yang mula berhijab sejak usianya 6 tahun. Ibunya yang dipanggil Ummi telah membelikan tudung sejak dia masih kecil dan alhamdulillah masih kekal berhijab hingga kini.
Menurut Pyka dia sebenarnya tidak ada stail tertentu untuk hijab. Ini kerana setiap kali memakai tudung mesti dengan gaya yang berbeza-beza.
“Jika tanya sama ada bawal atau shawl? Dua2 pun Pyka suka. Sebab Pyka tak suka kekal dalam satu gaya sahaja. Untuk idola dalam berfesyen, Pyka jadikan Neelofa sebagai idola dan kalau di luar negara pula, Pyka jadikan Noor Tagouri sebagai idola,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua followernya yang sentiasa melihat kehidupan dia di instagram.
“Terima kasih atas komen positif yang dilemparkan. Pyka harap anda semua akan kekal dengan Pyka sampai bila-bila.
“Dan terakhir terima kasih untuk ummi. Ummi yang paling faham setiap minat Pyka hari ini dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk Pyka ILOVEYOUMOM,” tambah Pyka sebelum mengakhiri perbualan.
Kecil-kecil cili padi! Itulah ungkapan yang sesuai buat adik Saidatul Zakirah,11. Minat sukan permotoran sejak dari kecil lagi telah mendorongnya untuk menceburi seterusnya aktif dalam sukan tersebut.
Menurut gadis kecil molek yang menetap di Qatar ini, dia sememangnya menggemari aktiviti sukan lasak. Sebaik sahaja Qatar Motor Sports Academy ditubuhkan pada tahun lepas, ibu bapanya terus mendaftarkannya di bawah akademi tersebut.
Sebelum ini, dia yang mesra disapa Zakirah ini telah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam sejak usia 5 tahun lagi. Ujarnya, seluruh ahli keluarganya juga berkongsi minat yang sama terhadap sukan lasak dan permotoran.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya Zakirah juga merupakan pemainn bola sepak mewakili sekolahnya. Selain itu, gadis kelahiran Brunei ini turut meminati bidang lakonan dan juga peragaan. Dia juga pernah ke Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu bagi menyertai ujibakat di sana. Wah, memang serba boleh ya adik Zakirah ini!
Ujar Zakirah, menjadi rider Malaysia yang berjaya merupakan impiannya suatu hari nanti.
“Zakirah mahu jadi seperti Khairul Idham Pawi dan Hafizh Syahrin yang mewakili Malaysia di MotoGP. Di samping itu, Zakirah juga mahu menadi seorang pemain violin yang professional.
Bagi mencapai cita-cita tersebut, Zakirah kena belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam pelajaran. Jika tidak, Zakirah pasti tidak dibenarkan mengikuti latihan permotoran lagi,” jelasnya.
Teruja Hijabista mendengar kisah adik Zakirah ini. Menarik sekali apabila melihat kaum Hawa menyertai sukan sebegini dan tidak menjadikan hijab sebagai halangan untuk dia terus mara dalam bidang yang diceburinya. Buat adik Zakirah, moga terus maju ke hadapan dan dapat harumkan nama Malaysia suatu hari nanti. You go girl!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.