Memang seronok setiap kali bershopping atau sekadar cuci mata di pusat beli belah. Namun usah dilupa untuk menunaikan solat jika sudah masuk waktunya. Kebanyakan semua pusat beli belah menyediakan tempat bersolat yang selesa, bersih dan kemas. Walaupun begitu, sikap kita sebagai jemaah di surau berkenaan menyebabkan beberapa masalah kebersihan dan tingkah laku baik sering diabaikan. Luahan hati wanita ini yang menegur mentaliti sebilangan wanita yang bersikap sambil lewa ketika solat di surau wanita.
Lila Vee berkongsi luahannya di laman sosial facebook hingga mendapat lebih 5 ribu butang like dan share serta komen melebihi 600 komen netizen yang rata-rata betsetuju dengan pandangan disampaikan.
Mentaliti wanita di surau di shopping mall
Hari pertama 2019, mak terasa dah sampai masa untuk meluahkan 9 perkara yang mak pendam sepanjang beberapa tahun ini. Tentang MENTALITI WANITA DI SURAU. Terutama surau di SHOPPING MALL. Puncanya sebab dah dua kali kejadian yang menyebabkan mak hangin berlaku dalam dua hari berturut-turut mak pergi mall ni. Nak tak nak mak kena tulis dan post juga. Siapa yang lepas baca 9 perkara ni setuju dengan mak, marilah kita sebarkan pada yang lain supaya ia tak berlaku lagi okay!
Ads
Kasut nak letak dekat depan pintu
1)Sebelum masuk Surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk kau ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Takkan roboh rak kasut tu walaupun kasut wedges 5 inci kita tu seberat batu bata. Ini bukan main komen nak maju macam negara Jepun, tapi mentaliti kita dah sampai ke belum? Dan mak pernah terpijak kasut tumit tinggi yang runcing tu sebab diletak merata depan pintu. woi sakitnyaa hanya tuhan sahaja yang tahu!
Chop tempat solat awal-awal
2) Mengecop tempat dengan letak segala handbag, dan beg shopping atas sejadah, Kemudian ambil telekung awal-awal di rak dan cop tempat sambil shawl dihampar selebar lautan. Tapi dia baru nak pergi beratur ambil wudhu’, cabut pin tudung, bersihkan makeup yang dalam tempoh masa tu sempat orang lain yang dah selesai berwudhu tadi solat selesai 4 rakaat siap. Mak pernah alihkan tudung seorang wanita yang buat perkara di atas ni dan solat atas sejadah yang dia dah cop sebab ruang terhad, sejadah habis dan Saif dah meraung dalam surau tu. Waktu tu Daddy Saif tak ada sama untuk gilir solat. (Kena mention ni penting) Selesai mak beri salam dia baru terkedek-kedek dari tempat wudhu’. Dan dia boleh bercekak pinggang marah mak sebab alih tudung dia. Of course mak hangin, tapi mak biarkan jelah dan angkat Saif yang melalak itu lebih penting.
Sebab tak lap betul, makeup cair berbekas dekat telekung
3) Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam handbag mahal kita tu. Jangan kedekut, makeup remover beli sebungkus dekat tesco pun ada. Tak ada sangat guna jelah baby wipes adik atau anak kita tu. Tolonglah jangan lap makeup yang tak remove lepastu bila ambil wudhu’ makeup cair berbekas terus dekat telekung tu. Siap ada kesan bibir. Ewww! Geli weh! Walaupun telekung tu hitam, tolonglah. Biasakan jadi pembersih, ia akan jadi tabiat kita. Percayalah. Dalam hal ni mak puji usaha beberapa shopping mall dan stesen minyak yang tukar ganti telekung bersih setiap hari mengikut warna. Contohnya Aeon Midvalley dan beberapa stesen Petronas.
Ads
Buat telekung macam ‘harta’ sendiri
4) Telekung yang diletakkan dalam surau mall tu untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung tu juga. Kalau bawa telekung sendiri lain cerita. Ini real kejadian berlaku pada diri mak sendiri sampai terpaksa merayu nak mintak dilepaskan telekung tu untuk bagi kita solat sekejap. Siap dia buat muka kat mak ala-ala mak rampas barang. Aduhai, kau nak judge orang tu solat hujung waktu ke apa kau punya pasal. Tapi agak-agak kalau orang tu terlepas solat sebab kita tak kasi dia guna telekung siapa yang lagi berdosa?
Conquer sejadah seorang, apa salahnya bentang memanjang
5) Sejadah. Memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak conquer sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya, dah la telekung nak punyakan, sejadah tak nak kongsi, bawa sendiri punya pun tidak. Jangan macam tu para wanita solehah sekalian. Sejadah tu kalau dah nampak orang ramai dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain. Tak berdosa aih, dijamin! Dan ia menjimatkan masa, ruang, dan memudahkan lebih ramai orang.
Elakkan zikir lama-lama sebab ramai lagi menunggu turn untuk solat
6) Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong kau nak zikir, baca al-quran dan sebagainya silakan) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh offer terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat. Biarlah orang lain tak hantar pun, biarlah orang lain campak je pun, kau hantar lah. Bila kita mulakan sesuatu yang baik, mesti akan ada yang segan dan ikut. Kau try buat dan tengok. Kau akan rasa seronok.
Ads
Tak salah bersiap di tandas berdekatan
7) Selesai Solat, kita nak berhijabista, lilit tudung tujuh lapan lilitan, bermakeup ala-ala nak makeup pengantin, tak ada masalah, silakan. Tapi please, ladies.. Bukan di atas sejadah yang orang lain bersusun beratur dekat belakang tengah tunggu giliran dan bukan juga di cermin belakang atau tepi tempat solat yang ruangan dia besar lagi sekangkang kera. Biasanya, kebanyakan surau mall letaknya sangat berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas. Nak duduk 3 jam dalam tu pun tak ada siapa nak marah selain suami atau pakwe kita yang kematu menunggu.
Surau jadi tempat membawang, elak, gosip
8.) Nak membawang, gelak mengilai, bergosip, tempatnya ada banyak dekat mall yang kita pergi tu. Duduklah berapa jam pun yang kita mahu. Tapi bukan dalam surau. Ya, kau nak berehat, tapi dalam keadaan surau yang sesak terutama di kemuncak waktu solat, perbuatan kita itu sangat mengganggu.Ya, tahu kau ada banyak cerita bila jumpa kawan – kawan sekali sekala. Mak pun macam tu juga. Tapi, pernah tak belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan, bab beradab di tempat ibadah? Dalam buku teks sejarah tahun 6 pun ada bab ni. Jangan sampai mak bukak kelas tuisyen kat sini. Haaaa.
Untuk kaum ibu tolonglah tukar pampers anak dalam baby room
9) Untuk rakan-rakan kelab emak-emak pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing dan berak dan paling huduh sekali perangai bila kita tinggal begitu sahaja pampers tersebut dekat situ. Apa guna mall serba canggih sediakan baby room banyak – banyak tu kawan. Tong sampah dekat mall tu walaupun cantik dan canggih, tetap boleh digunakan untuk buang sampah. Jangan takut. Dan diharapkan, tahun 2019 ni buanglah mentaliti, cleaner dibayar untuk urus sisa dan sampah yang kita tinggalkan. Mudahkan kerja orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan dalam cara yang kita tak sangka.
Akhir kata, bertimbangrasa dan bertanggungjawablah, segala kemudahan awam di shopping mall mahupun di mana-mana sahaja adalah hak kita bersama, elok kita guna, elok lah keadaannya untuk kegunaan bersama yang berpanjangan. Jagalah harta benda awam sebagaimana kita jaga harta benda kita sendiri. Guna dengan berhemah, kemudian baru kita boleh duduk dan sembang kencang tentang mentaliti kelas pertama. Sekian.
Komen Netizen
Fara HamidiHaaa ni sokong sgt2. Pernah solat kat satu surau, masa sampai tu baru nak azan maghrib. Adalah few jemaah lain sampai jgk. Masing2 pakat book row belakang. Bila kita selesai solat, dah la susah nak bergerak sebab penuh kat belakang tu. Sutrah pun tak letak.
Adlina EmeryAgree wit this comment. Mmg betul terjadi pun. Surau kt mall sometime ada yg kecik betul.. blh plak 1 family dok dlm tu even yg tk solat. And plg best sejadah conquer sorg.. sgt selfish. Utk org yg perangai mcm ni, kalau tk suka share sila bwk sendiri dr rumah. Tu public punya, bukan hang punya.
Fatimah Allisaya setuju sgt2 cdgn diatas..seb itu saya membawa telekung sendiri..cuma kdg sejadah x cukup seb budak kecik pon diletakan sejadah sebelah emak nya…sepekara lg..saf dihadapan selalu ada ruang, kosong tp bila nak lalu pyh seb x ada laluan seb bhgian belakang dipenuhkan…sy pon pelik kenapa begitu, sepatot penuh kan dihadapan dahulu…Bab selipar/ kasut sama..dah terang ada rak disediakan nak juga diletak depan pintu…semoga kita menerima teguran ini dgn hati yg terbuka..terima kasih pd puan yg menyuara nasihat ini.
Nor Hayati AlwiSebenarnya mentaliti pentingkan diri dan tak hormat org lain ada dlm situasi lain juga..jelasnya sifat keakuan menjadi semakin tebal dlm masyarakat kita skrg
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita sering lupa tentang kebersihan kasut dan selalu sahaja buat tidak endah tentang bertapa kotornya kasut kita. Hal itu boleh membuatkan kaki berbau dan kesihatan kaki juga terganggu.
Kaki kita sering terdedah kepada iritasi dan tekanan dari memakai kasut dalam tempoh masa yang sangat lama. Jadi kebersihan kasut sangat perlu di jaga demi kesihatan kaki yang baik.
Bagi anda yang terasa ingin membersihkan kasut dan tidak ingin kesihatan kaki terganggu, kami ketahui beberapa tip yang boleh di cuba. Anda perlu tahu bahawa tip yang berikan ini mungkin juga boleh membantu dari segi penjagaan kaki yang sempurna tanpa kerisauan.
Tip 1: Gunakan serbuk penaik untuk menyingkirkan bau busuk
Kita sering lihat ramai orang yang menggunakan serbuk penaik ataupun dikenali sebagai ‘Baking Soda‘ ini boleh menyingkirkan bau dari kasut. Hal ini kerana serbuk penaik mempunyai kandungan istimewa yang sangat efektif yang boleh menyingkirkan apa-apa bau busuk dari objek dan perkakas di rumah.
Cara untuk gunakan serbuk penaik sebagai bahan menyingkirkan bau busuk adalah dengan meletakkan sedikit serbuk penaik (dalam sukatan satu sudu) dalam kasut anda. Biarkan serbuk itu semalaman untuk proses menyingkirkan bau busuk dari kasut.
Tip 2: Rendam kasut dalam larutan cuka
Cuka juga sangat membantu dalam menyingkirkan bau busuk. Kadar asid dalam cuka dapat membantu dalam menyingkirkan bau busuk dari kasut kerana kebanyakan bau adalah alkali, jadi ia biasanya mempunyai nilai pH melebihi 7.
Jadi untuk buang bau yang busuk dari kasut, anda boleh rendamkan kasut semalaman dalam air rendaman cuka. Campur dua cawan cuka ke dalam dua gelen air.
Tip 3: Bekukan kasut anda
Apa bekukan kasut? Ya, betul, bekukan kasut kerana bakteria membiak dalam keadaan yang suam dan gelap, jadi dengan meletakkan kasut di tempat beku ia boleh mengacau pembiakan bakteria dengan perubahan keadaan yang mengejut. Justeru itu, keadaan cuaca yang agak panas di Malaysia juga membolehkan anda menggunakan cara ini dengan selamat.
Tip 4: Letakkan pasir kucing dalam kasut
Pasir kucing mempunyai sifat yang boleh meneutralkan bau. Oleh kerana bakteria gemar membiak di kawasan yang gelap, lembab dan suam, pasir kucing juga boleh menyerap kelembapan yang ada dalam kasut. Cara ini agak pelik tetapi ia boleh mengurangkan bau yang tidak anda ingini dalam kasut anda.
Tip 5: Letakkan kasut di ruangan yang berudara
Kasut yang terperap di satu kawasan atau sudut membuatkan ia menjadi semakin lembab dan bakteria akan mula membiak. Tambahan pula, bau akan mula muncul apabila kita kian membiarkannya di kawasan yang mennyumbangkan faktor pembiakan bakteria. Jadi kami sarankan anda untuk meletakkan kasut di kawasan yang ada pengudaraan yang bagus supaya kasut anda boleh kering dan cahaya UV dari matahari juga boleh membunuh bakteria yang sedia ada.
Kiub ais biji rami adalah penemuan terbaru dalam arena kecantikan. Ketulan ais ini menawarkan cahaya yang berseri pada kulit wajah anda jika digunakan setiap malam.
Menggosok kiub ais biji rami ke seluruh muka anda boleh membantu menghapuskan banyak masalah seperti pengurangan jerawat, bintik-bintik hitam yang pudar dan menegangkan kulit. Urutan ais biji rami juga membantu produk penjagaan kulit anda meresap lebih dalam ke dalam kulit, menghasilkan hasil yang lebih cekap dan lebih pantas.
Biji rami membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, melembapkan kulit, dan menggalakkan peremajaan kulit. Adakah anda masih keliru tentang cara membuat dan menggunakan kiub ais biji rami? Jika ya, jom baca resipi terperinci.
Kaedah 1: Kiub ais biji rami untuk kulit yang mudah berjerawat
Bahan-bahan:
4 sudu besar serbuk biji rami
2 cawan air
Minyak pokok teh
Dulang ais
Cara penyediaan:
Pertama, anda perlu menyediakan gel biji rami.
Jadi untuk itu, tuangkan 2 cawan air dalam senduk dan tambahkan 4 sudu besar serbuk biji rami. Didihkan air biji rami.
Matikan api apabila cecair seperti gel berbuih putih terbentuk. Tapis gel biji rami menggunakan kain muslin nipis.
Tambah beberapa titis kiub ais pokok teh dan tuangkan gel ke dalam dulang ais. Bekukan selama beberapa jam untuk mengubahnya menjadi kiub ais.
Kaedah 2: Kiub ais biji rami untuk kulit kering
Bahan-bahan:
4 sudu besar gel aloe vera
2 sudu teh serbuk biji rami
1 cawan air
Dulang ais
Cara penyediaan:
Masukkan 2 sudu teh serbuk biji rami ke dalam secawan air dan biarkan ia mendidih. Matikan api selepas 5 minit dan masukkan gel aloe vera ke dalam air biji rami.
Tuangkan campuran biji rami aloe vera ke dalam dulang ais kiub dan bekukan selama 4 jam. Anda boleh menambah 1 sudu teh minyak vitamin E ke dalam campuran jika anda mempunyai kulit kering.
Kaedah 3: Kiub ais biji rami untuk kulit berminyak
Bahan-bahan:
2 sudu teh multani mitti
2 sudu teh serbuk biji rami halus
1 cawan air
Dulang ais
Cara penyediaan:
Tambah 2 sudu teh serbuk biji rami halus dan 2 sudu teh multani mitti ke dalam secawan air.
Campurkan larutan biji rami dengan baik, tuangkannya ke dalam dulang kiub ais, dan bekukan selama 4 jam.
Cara menggunakan kiub ais ini
????????????????????????????????????
Gosok 1 kiub ais biji rami pada muka dan leher. Biarkan gel kekal pada kulit anda selepas menggosok kiub ais selama 10 minit dan basuh.
Ikuti rejim penjagaan kulit biasa anda.
Gunakan 1 kiub ais biji rami setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Anda boleh menyimpan kiub ais ini di dalam peti sejuk selama 2 minggu.
Kiub ais biji rami berfungsi seperti sihir pada kulit jika anda mengalami jerawat yang berterusan. Ia mengurangkan pengeluaran minyak pada muka dan mengurangkan bengkak dan benjolan dari jerawat.
Ketulan ais ini membantu untuk meminimumkan penampilan pori-pori pada kulit. Disebabkan kesan menegangkan kulit pada wajah selepas menggosok kiub ais, pori-pori kelihatan ketat dan jelas. Pada bila-bila masa anda mahukan cahaya serta-merta dan kelihatan segar, hanya gosok 1 kiub ais kecantikan dan anda boleh pergi. Ia semudah itu.
Bukan sahaja untuk kulit muka, ia berfungsi dengan baik pada mata. Ia membantu mengurangkan bengkak di sekitar mata dan kantung bawah mata. Gosok kiub ais ini perlahan-lahan di sekeliling mata anda secara membulat dan mata anda akan bersinar.
Ia juga membantu menghilangkan lingkaran hitam kerana apabila disapu di sekeliling mata anda, ia meningkatkan peredaran darah dan memberikan kesan menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan mata. Urutan ais biji rami meningkatkan kecekapan produk penjagaan kulit yang lain. Anda boleh menggunakan ais biji rami sebelum menggunakan produk penjagaan kulit yang lain seperti krim malam, serum, gel anti-jerawat dan lain-lain.
Terapi ais berfungsi dengan baik untuk mengurangkan jerawat, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan kedutan. Termasuk muka; urutan ais dalam rutin penjagaan kulit anda dan anda akan melihat hasilnya dalam masa sebulan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
Banyak Benda Tentang Agama Saya Tak Tahu – Lisa Surihani
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada Hijabista.
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
Lebih Selesa Tampil Di Khalayak Berwajah Polos
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Sekadar info, artikel in merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...