Menyatakan sokongan secara terang-terangan, model termuka antarabangsa, Bella Hadid turun ke jalanan bagi melakukan demonstrasi untuk membantah kekejaman Israel terhadap negara Palestin.
Perarakan yang berlaku di Bay Ridge, Brooklyn itu menarik ribuan orang untuk menunjukkan sokongan mereka. Bella, yang mempunyai darah keturunan Palestin daripada ayahnya, Mohamed Hadid dilihat mengenakan Keffiyeh iaitu pakaian tradisional Palestin sambil mengibarkan bendera Palestin.
Pada 4 tahun yang lalu juga Bella pernah menyertai demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.
Perarakan itu jatuh pada Hari Nakba, simbolik konflik 1948 sewaktu Israel mengisytiharkan kemerdekaannya yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kehilangan tempat tinggal termasuklah keluarga ayah Bella.
Ads
Baik Bella mahupun kakaknya, Gigi, masing-masing dilihat aktif menyuarakan pendapat mengenai mengenai konflik di antara Israel dan Palestin di laman sosial mereka.
Bella bersama kakaknya, Gigi.
Memuat naik foto perarakan tersebut, Bella meluahkan rasa teruja apabila dapat turut serta dalam acara tersebut bersama-sama dengan penyokong yang lain.
Ads
“Bila hati saya merasakannya… Apabila berada bersama dengan kelompok rakyat Palestin yang cantik, bijak, dihormati, penyayang, baik dan pemurah dalam suatu tempat yang sama, ia sangat mengujakan! Kita adalah keturunan yang unik! ❤️”
Konflik dan serangan yang berlaku saban hari ini menjadi isu hangat di serata dunia. Israel mengatakan bahawa 10 warganya telah mati dan Palestin pula melaporkan 139 orang telah terbunuh dalam konflik tersebut.
Selain jerawat, jeragat juga menjadi salah satu masalah penjagaan kulit wajah yang memang merisaukan setiap wanita. Memang sangat stress kalau wajah kita mengalami jeragat atau tompokan hitam di pipi kanan atau kiri. Memang sukar untuk menghilangkannya kerana ia seperti bersifat kekal di wajah jika tiada usaha untuk merawatnya.
Walaupun pelbagai produk sudah dicuba tetapi jeragat tetap ada di situ. Dan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan tahap keyakinan sangat rendah terutama untuk berjumpa orang lain. Lebih-lebih lagi jika jeragat ini sekali pakej dengan bintik-bintik hitam di muka. Malah ia juga akan menampakkan diri kelihatan lebih tua berbanding usia.
Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.
Admin nak kongsi petua semula jadi yang dikongsi oleh pengguna laman sosial facebook Esyima Zamri yang hanya menggunakan kentang dan lemon sahaja. Beliau yang juga seorang Pensyarah di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Perak juga turut memberitahu punca sebenar terjadinya jeragat.
Korang mesti stress kan bila masalah Jeragat ni tak hilang hilang. Dah cuba 1001 produk tapi langsung tak berkesan.
Sebenarnya korang kena tau punca jeragat ni terjadi. Baru senang nak atasi.
1) Hormon Di Dalam Badan Tidak Stabil, Terlalu Terdedah Pada Cahaya Matahari
2) Kekurangan Vitamin Dalam Badan Disebabkan Proses Mengandung Dan Penyusuan.
3) Penggunaan Komestik Yang Tinggi Bahan Kimia Juga Menyebabkan Terjadi Jeragat
Jom Syima nak share petua paling senang nak hilangkan jeragat hanya menggunakan potato dan lemon sahaja.
Kentang sangat tinggi antioksida untuk rawat jeragat. Ia juga mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.
Lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat.
Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
Cara penyediaan masker ini sangat mudah. Untuk penjelasan sila rujuk gambar
Bahan masker
Potato
Lemon
Blend potato yang telah dibersihkan.
Squeeze 1/2 lemon ke dalam potato yang telah di blend tadi.
Masukkan ke dalam icu cube tray dan masukkan dalam peti ais untuk dibekukan.
Potato masker ini boleh disimpan untuk kegunaan hari hari seterusnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehilangan orang yang disayangi memang menyakitkan. Apatah lagi saat baru menyulam kasih, insan yang dicintai pergi menghadap Illahi. Begitulah yang terjadi kepada pasangan ini.
Pada 6 November yang lalu, sepasang suami isteri dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Perling, Johor. Lebih meruntun hati apabila suaminya iaitu Muhd Harith Iqbal tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, manakala sang isteri yang dikenali sebagai May hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan itu baru bernikah pada 13 Ogos lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan majlis persandingan pada 27 November akan datang. Segala persiapan perkahwinan pun sudah dilakukan. Namun siapa sangka, Allah SWT lebih menyayangi suaminya itu.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosialnya, si isteri terlihat lemah longlai dan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah si suami. Dapat dilihat juga, si isteri setia menunggu jenazah suami di hadapan Jabatan Forensik.
Yang paling menyayat hati adalah ketika di penghujung video, May dilihat berbaring dan tidur di sisi suaminya yang sudah dikafankan di masjid sementara menunggu urusan pengebumian.
Usai daripada hantaran tersebut, seorang wanita telah memuat naik satu video berkongsi tentang detik sedih ketika May cuba memanggil suaminya yang terbaring. Wanita tersebut(saksi) akui sedih apabila teringat kembali kemalangan nahas yang berlaku di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, Allahyarham berada dalam keadaan nazak sementara si isteri sangat terkejut sambil menggoncangkan badan si suami.
“Ayu tengok budak tu dah terbatuk-batuk, nazak sangat dah. Dan Ayu dapat tahu dia baru 3 bulan berkahwin. Luluh gila hati, depan mata Ayu, isteri dia kejut dan goncang badan suami, ‘B bangun B, bangun’” ujarnya.
Kisah pasangan ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang dilalui wanita ini. Netizen turut mendoakan agar wanita terbabit tabah dan kuat meneruskan kehidupan akan datang.
“Allahu…semoga awak kuat la dik. Redha ye Allah lebih Sayang suami mu dik. doa byk2 semoga Allah tingkat kan lagi derajat mu.. Percaya pada Qada & qadar.Sabar Itu ilmu tingkat yg paling tinggi.U are strong.Salam takziah”
“Dugaan Allah yg amat susah utk Kita hadapi…tp semua ini telah tertulis buat Kita semua..Ya Allah kau bagilah kekuatan buat isteri arwah…”
“Allahuakbar dengar si isteri nangis auto air mata ni mengalir. Salam takziah dik. Semoga adik terus kuat dan tabah untuk menerima segala ketentuan.”
“Salam takziah May.. Semoga terus kuat dan tabah dengan ujian yang berat”
“Sebabtu orang kata hargai la pasangan. Sebab kita taktahu bila moment kita akan kehilangan, semua berlaku sekelip mata sahaja kalau Allah nak ambik. Al-fatihah buat arwah suami akak semoga terus kuat juga menjalani hari-hari tanpa suami di sisi…”
MasyaAllah, betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Team Hijabista turut mengucapkan takziah, dan mendoakan agar wanita ini diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Gadis yang dilahirkan pada 2002 di Bangladesh ini terharu selepas melihat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, seperti dilaporkan oleh UN Women.org.
Rima menjadi aktivis pada usia muda untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Bersemangat Mengajar & Memperkasakan Wanita Rohingya
Rima Sultana Rimu bermula dengan mengajar kanak-kanak di kem pelarian Rohingya dan mengajak wanita mengubah beberapa tabiat harian.
Dia menubuhkan sekolah tidak formal di kem pelarian kerana lebih ramai kanak-kanak diajar membaca, menulis dan membuat matematik.
Wanita muda ini lantang menentang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita Rohingya.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Beri Inspirasi Dengan Keberanian & Keazaman
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.