Terpesona dengan dekorasi yang memberi pesona warna si merah jambu. Pandora Malaysia memulakan pelancaran semula jenamanya yang sangat dijangkakan. Acara eksklusif ini bertepatan dengan tema Koleksi Musim Luruh 2019 yang terbaharu dari Pandora Malaysia.
Be Creative Girls
Hiasan aksesori musih luruh menyerlahkan penampilan hijabi dengan himpunan koleksi terbaharu ini. Dengan rekaan charm terbaharu dari pandora, hijabi tiada limit untuk menggayakannya.
Rekaan Pandora O pendent mengambil isyarat reka bentuknya dari simbol Pandora O – satu bulatan yang mewakili kuasa menyatukan barang kemas dan ekspresi peribadi tanpa batas – Pandora Moments O Pendant baru menerangkan intipati Pandora menjadi sekeping barang kemas.
Ads
Pandora Moments O Pendant boleh didapati dalam tiga saiz: perak sterling O Pendant datang dalam kecil, sederhana dan besar, dan versi Pandora Shine dan Pandora Rose adalah kecil dan sederhana. Loket O Kecil, sederhana dan besar O boleh membawa tiga, lima dan tujuh ornamen, dari rekaan minimalis hingga maksimalis.
Ads
Dihadiri oleh media dari seluruh Malaysia, acara ini mengungkapkan koleksi baru yang menakjubkan pada setiap rekaan yang dipamerkan pada gelang, anting-anting, cincin, pendants yang penuh pesona.
Merah Jambu Pesona Hijabi
Koleksi Musim Luruh 2019 yang diilhamkan dengan daun oak dengan siluet asimetri secara terperinci dengan asimetrik ira tulang daun. Bentuk dan pergerakan dedaunan dan dua nada pesona Murano dengan berhati-hati diukir ke dalam perhiasan daun tergantung. Menggabungkan keperibadian dengan reka bentuk yang inovatif dan abadi, koleksi musim ini bertujuan untuk memberi suara kepada semua.
Ads
Pengerusi Pandora Malaysia & Brunei Dato’ Sri Meer Habib menyatakan “Pandora selalu sinonim dengan ekspresi diri dan pemberdayaan. Dengan koleksi baru ini, kami berharap dapat melihat wanita bersama-sama meraikan apa yang mereka impikan dan siapa mereka sebenarnya.”
Pandora dengan identiti visual yang benar-benar segar. Merah jambu sebagai warna pilihan utama, mengagumkan si pemakai dengan pesonanya tersendiri. Koleksi Autumn 2019 baru menjemput pengumpul dan penggemar charm yang boleh didapati di kedai-kedai dari 29 Ogos 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Personaliti ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang bijak bergaya. Apatah lagi sejak berhijab dua tahun yang lalu. Jika dilihat di laman instagramnya memang kena sahaja suai padan yang digayakannya sama ada ketika bersantai atau menghadiri majlis formal. Terbaru Azrinaz Mazhar Hakim bercuti Bersama suaminya dan rakannya di Amerika Syarikat. Lihat sahaja #OOTD yang digayakan sepanjang berada di sana memang Wow. Complete dengan aksesori seperti kasut dan beg yang melengkapi penampilannya.
Malah #OOTD yang digayakan oleh Azrinaz ini juga turut mendapat pujian netizen. Rata-rata suka melihat penampilannya yang bijak suai padan busana mengikut situasi.
Setelah lama berteka-teki mengenai status terkini dirinya, pelakon serta usahawan kecil molek Elfira Loy akhirnya memuat turun sekeping foto sempena hari bahagianya yang berlaku tahun ini. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, tetapi kapsyen yang ditulis seolah memberitahu dirinya kini sudah bergelar tunangan orang sekali lagi. Jika dulu memilih persalinan batik warna purple, tetapi kali ini busana warna pink pula menjadi pilihannya. Lebih simple berbanding dulu, tetapi majlis yang dilakukan di kediamannya 2 September lalu disambut dengan penuh kegembiraaan serta kesyukuran.
Pada majlis itu, Elfira mengenakan busana moden rona merah jambu rekaan Rizman Ruzaini yang dipadankan dengan sarungan hijab rona senada yang dililit ringkas. Dengan solekan nipis gandingan hebat Celebrity Makeup Artis Najeeb Azmi dan Jijie Zainal tetap menyerlahkan keanggunan pelakon yang memiliki kening tebal ini.
Pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi juga dilihat memakai persalinan rona sama sedondon dengan Elfira.
Menurut Elfira dalam instagramhya itu media sosial ini telah menjadi digital albumnya dan berkongsi segala apa yang disukainya termasuk perasaan dialaminya sekarang. Salah satunya adalah sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini.
Instagram has been my digital album since forever , i share what i like , what i love , and i like to express about almost everything in here . Because , for me this is my personal space that people cannot invade.Whatever that i share comes from the heart & you will feel close to me personally. However , i know people still gonna have their opinion and i gotta respect that with full manners.
Namun begitu tidak dipastikan bila majlis cukup indah ini berlaku. Apa pun Hijabista mengucapkan tahniah dan semoga apa yang telah dirancang tercapai hingga ke jenjang pelamin.
Tersenyum menyambut tahun baru yang pastinya akan memberikan kegembiran berterusan buat kita. Namun ada juga momen tahun lalu yag sukar kita kikis dari ingatan. Antaranya adalah menyaksikan beberapa selebriti yang mendirikan rumah tangga. Dan sebagai ‘public figure’ pastinya penampilan mereka di hari bahagia turut diperhatikan peminat atau netizen. Walau apa jua rekaan yang digayakan, yang pasti menggambarkan cita rasa setiap pasangan.
Jom kita intai penampilan selebriti paling menyerlah dan cukup diingati netizen di hari bahagia mereka. Masih lagi mengekalkan ciri santun sama ada untuk majlis pernikahan atau resepsi.
Admin paling suka stail fesyen digayakan Tunku Tun Aminah dan juga Izara Aishah. So classy, bukan?
Baju kurung tradisional lipat lengan digayakan Tunku Aminah memang sangat menarik perhatian. Lebih istimewanya baju yang dipakai Tunku Tun Aminah itu telah direka oleh beliau sendiri, manakala fabriknya pula direka oleh ibu saudaranya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Lebih menarik busana ini ditenun oleh banduan di Penjara Penor, Kuantan Busananya cukup ringkas namun menyerlahkan kejelitaan Tun Tun Aminah di hari bahagianya.
Walaupun dikecam kerana dikatakan busana nampak besar dan layahnya agak kejung di majlis pernikahannya, tetapi penampilan Izara tetap memukau. Lain daripada yang lain hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim. Gayanya sangat ‘classy’ dan busana di majlis resepsi juga sangat wow idea duoRizman Ruzaini. Solekan anggun menyerlah kejelitaan Izara.
Menggayakan kurung moden di hari pernikahannya. Memilih rona putih dengan perincian sangat kemas. Juliana Evans memang sangat cantik seperti Barbie Doll dengan solekan nipis yag dikenakan di wajahnya.
Semuanya perfect tetapi solekan Bella pula dikecam netizen kerana menampakkan sisi tua. Namun dress labuh rona putih cukup santun digayakan Bella dan kelihatan sangat menawan. Sama juga ketika majlis resepsi menyarung persalinan tradisional dengan pemilihan rona terang. Satu lagi ketika majlis resepsi di Jakarta Bella bemilih rekaan dres jumpsuit yang lain dari lain.
Sesuai dengan karektor Ummi Nazeera, persalinan yang digayakan olehnya di majlis pernikahan dan perkahwinan juga sangat sweet. Rona pastel serta terang jadi pilihan kedua mempelai. Wajah Ummi juga mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Saidatulnisa Aminudiin. Paling suka melihat persalinan kurung moden kain bertingkat digayakan di majlis perkahwinannya.
Kalau orangnya sudah cantik, pakai apa sahaja tetap cantik. Pelakon berdarah pan Asian ini memilih persalinan putih untuk pernikahan. Sedondon dengan suami tersayang. Tanpa solekan tebal, kejelitaan wajah Siti Saleha begitu menonjol dengan persalinan putih dan dia memilih songket pula di majlis resepsi.
Menjadi Ratu Jawa di majlis pernikahan menjadikan Mawar Rashid lain daripada yang lain. Pasangannya juga turut menggayakan penampilan sama. Cuma untuk majlis resepsi, Mawar memilih dress moden dengan sentuhan feather di bahagian skirt. Sememangnya bekas finalis Dewi Remaja ini berjaya mencetus kelainan di majlis perkahwinannya.
Isteri kesayangan Sharnaz Ahmad ini cukup cantik sekali di hari bahaginya. Kakak kepada Neelofa ini bijak memilih dres dengan rekaan sederhana tetapi tetap menyerlahkan kejelitaaanya tika bersanding di sebelah suami tersayang.
Juga menamatkan zaman bujangnya tahun ini bersama penjaga gol pasukan JDT. Mia Ahmad begitu cantik sekali di hari perkahwinanya. Mengadakan beberapa majlis dan menyarung beberapa persalinan rona pastel menjadikan gayanya berbeza untuk setiap majlis. Cukup berpadanan dengan hijab yang dipakai.
Pelakon kecil molek in sekali lagi berkahwin dengan pelawal Jep Sepahtu. Walaupun majlis diadakan secara tertutup, tetapi Sari Yanti tetap kelihatan comel sekali. Dia dan Jep sedondon dalam persalinan serba putih. Solekan bersesuaian menyerlahkan lagi kejelitaaan wajah Sari Yanti di hari penuh bersejarah buat kali kedua dalam hidupnya.