Seperti yang kita tahu Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan boleh dianggap sebagai pasangan yang cukup romantik. Telah tujuh tahun berumahtangga dan kita boleh lihat, kemana-mana sahaja kelibat mereka berdua dan tidak boleh berenggang antara satu sama lain. Lapan jam lalu, penyanyi yang sudah berhijrah 360 darjah ini mengucapkan kata-kata cukup ‘sweet’ sempena hari jadi suaminya. Terasa betapa kuat cinta mereka walaupun sudah 9 tahun saling mengenali dan tujuh tahun usia perkahwinan belum dikurniakan anak.
Dalam posting yang dimuat turun itu Mizz Nina melahirkan kesyukuran kerana lelaki ini telah memilih dirinya, mempunyai keberanian dan yakin untuk memilihnya sebagai seorang isteri.
Bukan itu sahaja, Imamnya ini jugalah yang telah memberi tunjuk ajar serta membimbingnya melalui hijrah yang dilakukan lima tahun lalu. Noh juga percaya pada Mizz Nina dan turut membantu dirinya memakai hijab dan berdoa untuk terus berada di sampingnya semasa susah dan senang.
Mizz Nina turut meluahkan bahawa Noh juga lelaki yang begitu menjaga hatinya membuatkan dirinya tersenyum dan ketawa. Bukan itu sahaja bahkan Noh juga lelaki yang banyak memberi sokongan padu padanya, memberi motivasi dan juga bersikap jujur pada dirinya.
Ads
Teryata sepanjang mereka bersama, Mizz Nina begitu berterima kasih atas segala kasih sayang, kesabaran, peluk cium, kebaikan hati serta Noh juga disifatkan sebagai seorang yang sentiasa memikirkan perihal orang lain terutama bagi mereka yang memerlukan.
Diakhir postingnya itu, Mizz Nina tidak lupa berdoa kepada Allah agar Allah akan sentiasa merahmati suaminya itu, mengurniakan kesihatan yang baik dan memberi ketabahan seta terus dekal berpegang teguh terhadap agama Allah.
Ternyata perkongsian status Mizz Nina itu telah menerima respon positiffollower kedua-duanya. Mendapat lebih 30 ribu like dan masing-masing mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua dan berharap pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Rambut yang bermasalah sering menjadi keluhan ramai wanita yang berhijab. Salah satu cara untuk memperbaiki rambut rosak adalah dengan menggunakan serum rambut. Lambakan produk di pasaran hingga menemukan jalan buntu untuk memilih mana yang terbaik untuk mengatasi masalah rambut si hijabi.
Serum adalah salah satu solusi terbaik untuk merawat rambut dari akar kepala. Serum rambut yang berkualiti baik dapat memastikan rambut terus terhidrat, tidak rosak, lembut dan mudah diurus. Jika anda ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda.
Ini senarai serum rambut yang terbaik di pasaran untuk hijabi yang mempunyai masalah rambut rosak. Kekalkan seri rambut di sebalik hijab!
Serum ini menyuburkan rambut matang dan membantu mengurangkan hujung rambut yang pecah supaya rambut putih anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya. Rambut matang seringkali mempunyai masalah folikel rambut yang kasar dan kering. Disebabkan itu, rambut matang kelihatan mengerbang dan tidak bermaya. Serum rambut yang diperkaya dengan vitamin E dan minyak Habbastu Sauda ini dapat membantu dalam pelbagai cara untuk memulihkan tekstur dan kelembutan rambut anda.
Rambut yang dilurus dengan menggunakan mesin alat penggayaan akan cepat rosak dan kasar jika tidak dijaga dengan betul kerana rambut terdedah kepada bahan kimia terutama ketika melakukan teknik rebonding. Folikel rambut akan menjadi rapuh jika tidak mengenakan vitamin rambut yang membantu melindungi rambut dari rosak.
Diperkaya dengan kebaikan pro-vitamin B5, A, C dan E, membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Produk ini dilimpahi dengan kebaikan Aloe Vera dan minyak Morocco yang bersifat ‘anti-frizz’, dapat mengekalkan kelembapan rambut ketika berada dibawah pancaran sinar matahari.
Masalah kelemumur seringkali dikaitkan dengan rambut berminyak dan kulit kepala terlalu kering sehingga mengalami kegatalan yang teruk. Rawatan kulit kepala tanpa perlu bilas dari jenama BRIOGEO ini, akan membantu merawat kulit kepala dan mengembalikan kesegaran dengan membasmi masalah kelemumur.
Dirumus dengan Vitamin Biotin, minyak Tea Tree dan arang Binchotan, terkenal dengan keupayaannya membaiki masalah rambut, mengurangkan kadar penghasilan sebum di kulit kepala, mendetoksifikasi minyak dan menarik semua kekotoran yang menyumbat folikel rambut. Produk ini juga memberikan efek sensasi penyejukkan dan kesegaran serta tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala.
Rambut rosak bukan sekadar hujung rambut bercabang tetapi mengalami pecahan pada kutikel yang akan menyebabkan rambut menjadi kusam, kasar, menggerbang dan tidak mudah untuk diurus. Lucido-L Hair Vitamin ini amat sesuai untuk rambut rosak kerana dirumus dengan kebaikan kombinasi Vitamin A, C, E, minyak zaitun dan mengandungi ejen pelembap untuk melembap, menyubur serta rambut rosak menjadi lebih licin dan bersinar. Ianya juga produk anti-bilas yang senang digunakan, tidak melekit, mempunyai bauan flora yang menyegarkan dan berkos efektif!
Vitamin serum rambut dari Dove ini diformulasi dengan tekstur tidak melekit yang dapat menyerap masuk ke dalam akar umbi tanpa merosakkan folikel rambut. Rambut anda tidak akan kelihatan berminyak semasa memakainya dan produk ini dapat mengembalikan sinar rambut serta kelihatan bermaya dari jauh. Serum ini diperkaya dengan sejenis pelembap, memberikan kelembutan pada rambut anda tanpa perlu memakai pelembap yang lain.
Dengan haruman bunga dan buah-buahan, rambut anda akan berbau harum sepanjang hari serta kelihatan segar walaupun berada di bawah panas terik matahari. Pastikan anda guna dengan langkah yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik.
Rambut nipis adalah salah satu simptom rambut lemah dan tidak subur yang disebabkan oleh stres, masalah diet, kehamilan atau efek pengambilan ubat-ubatan. Produk botanikal ini dapat mengurangkan penipisan rambut dan membantu mikrosirkulasi secara natural kepada kulit kepala untuk membentuk persekitaran optimal bagi akar rambut yang baharu untuk tumbuh.
Produk ini dirumus dengan asid amino sulfur, vitamin dan protein untuk menyokong pertumbuhan rambut dari akar. Serum rambut ini membantu untuk melebat dan menguatkan rambut, melicin dan memperlahan produksi pengubanan.
Produk penjagaan rambut ini yang membantu untuk merawat rambut gugur dan menyuburkan kembali rambut untuk pertumbuhan baru. Formulanya yang kaya dengan Vitamin B, kafein, dan keratin untuk membantu mengurangkan keguguran rambut dengan banyak dan sekaligus merangsang pertumbuhan rambut baru dari akar umbi yang kuat.
Rambut yang diwarna seringkali kelihatan kasar dan kering akibat tidak melakukan penjagaan sebaiknya. Selain tidak bermaya, rambut yang diwarnai juga akan kelihatan menggerbang dan bercabang di hujungnya. Kebanyakan serum dipasaran tidak sesuai untuk rambut berwarna kerana produk serum yang lain akan melunturkan warna rambut anda.
Diformulasikan dengan 9 jenis minyak termasuklah minyak dari Vitamin E, produk lokal ini mampu merawat rambut berwarna sambil mengekalkannya agar tidak luntur. Produk ini juga membantu melembap rambut dan mengurangkan keadaan rambut tidak terurus.
Nah! Hijabi tidak perlu kusut dengan masalah rambut. Walaupun berhijab anda perlu mengekalkan serinya, rawat rambut dari akar di samping menjaga diet yang betul.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk seseorang itu mengecapi kejayaan. Pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi sebelum berjaya dalam bidang diceburi.
Seperti juga perkongsian dari Pengasas Kosmetik Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali dengan nama Alha Alfa yang menulis posting di laman Facebook dan Instagramnya. Bukan mudah untuk berjaya seperti hari ini. Ikuti perkongsian usahawan dan juru mekap terkenal ini.
Alhamdulillah..bagi orang lain mungkin mudah untuk bawak masuk product ke mall sebab ada cable, or sebab product memang sudah dikenali seantero dunia..lagi-lagi mall besar dan ternama..diorg perlekeh local product saya.
Nak share sikit pengalaman saya..pada awalnya saya nak msuk ke mall ni, jumpa pengurusan depa, diorang tak bagi langsung peluang time tu 2 tahun lepas..saya siap print dan tunjuk la kononya saya jual barang @alhaalfacosmetics_hq time tu dia tengok gitu-gitu je..heran pun tak..siap cakap “banyak dah local product masuk mall bukak kedai, jual kat kiosk..paling lama 5 bulan pastu bungkus.. dalam hati saya time tu “Allah, sedihnya dengar..so maksudnya international brand je yang mampu bertahan”
Kita pun sedar diri la jugak sebab baru lagi kan? Jadinya saya merayu-rayu dapat kiosk kecik pun jadilah..sebab nak cuba nasib jual product kat mall..teringin nak mcm MAC,NARS,DIOR dan lain-lain yang ada kat situ..time tu dia kata tengok nasib la..balik umah dlu..kalau ada rezeki diorg call..sewa kiosk je time tu tapak kecik dorang charge RM15K sebulan..tu belum lagi kira percent yang diorang akan ambil kalau capai target sale..maksudnya sewa boleh cecah 20K ke atas kalau barng kita laku..so saya amat-amat down..ape lagi? Saya pun mula la merengek-rengek kat managment tu..tunjuk macam-macam proof saya akan cuba majukan kedai saya..
A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on May 27, 2020 at 8:04pm PDT
1 day dia dah jemu agaknya, dia bagi saya pop-up booth..kat tingkat 2 hujunggg corok sana..sebelah kedai baby..xde sape tau ada kedai make-up kat situ..kedai pun tak ada pagar tutup dengan kain je…saya tekad kena buktikan product local boleh! Sekali!! Opening je orang dah beratur panjang..sampai kedai sebelah-sebelah complaint kata customer saya block kedai dia..
Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan..setiap bulan capai target dan managment mula pelik macam mana @alhaalfacosmetics_hq boleh bertahan..yela bayangkan booth je tapi boleh bayar sewa RM20K ..mulalah depa soh saya buat DEMO MAKEUP kat centre courth tu..tiap kali event offer saya buat demo..tahun kedua pun menjelma..depa rasa kesian kot letak kami corok-corok tu..diorang pindahkan kami ke bawah tempt ramai orang..Alhamdulillah lagi mencanak sale, lagi banyak la kami bayar sewa sebab diorang check sale kami..then cahrge ikot % ..senang kata tak kan kuranglah dari 20K..now syukur! Diorang dah percaya dan bagi PERMANENT OUTLET!!! tak kan pindah randah lagi! Tapi sakitnya, interior tak boleh kurang dari RM250K tapi syukur Allah bagi rezeki.
HIJABISTA: Moga kisah Dato’ Alha ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk berjaya dalam perniagaan seperti beliau.
Jika kanak-kanak lain seusianya akan menghabiskan masa bermain anak patung atau menonton kartun kegemaran di kaca televisyen. Tetapi bagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini lebih senang bermain dengan alat solek dan menata rias wajahnya menjadi seperti seorang gadis dewasa. Bagi adik Iris Khairi, 11 tahun,ini anugerah dikurniakan Tuhan ini tidak disia-siakan begitu sahaja.
Walaupun baru berusia 11 tahun tetapi keupayaannya menyolek wajah sendiri hingga meyerupai gadis dewasa sangat menakjubkan. Solekan kemas yang dibuat pada wajahnya sendiri menjadi tular di media sosial.
Dikatakan belajar mekap melalui youtube, Iris cukup mahir membuat solekan pelbgai look barbie, rock, bollywood, mata hijau dan juga glitter.
Sekali pandang bila melihat teknik solekan yang dimuat turut di laman sosial facebook miliknya ini juga seakan gaya sentuhan jurusolek profesional.
Dalam salah satu postingnya adik Iris ada memberitahu balik dari sekolah dia memang cukup teruja apabila ibunya memberitahu ada barang solekan yang baru sampai dan tidak sabar mahu menggunakannya untuk membuat tutorial mekap secara live.
Mempunyai follower di laman sosial facebook 45 ribu dan tidak mustahil pengikutnya akan bertambah dari masa ke semasa dek kerana cerita viral ini.
Iris juga turut ingat apa yang dipesan oleh ibunya yang memberitahu dia masih budak lagi dan baru berusia 11 tahun. Ibunya memberi nasihat agar dia berhati-hati di media sosial, mencari kawan dan bukannya lawan.
Selain itu ibunya juga menyuruh dia bersyukur apabila dipuji dan tidak melenting apabila ditegur dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Apa pun Hijabista doakan kejayaan adik Iris untuk bergelar jurusolek profesional bila sampai masanya nanti dan paling penting kekal berhijab serta tidak melupakan pelajaran.
Ayuh kita lihat hasil solekannya dan anda juga terasa seperti mahu mendapat sentuhan magis dari tangan si kecil ini bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.