Bibir yang cantik munggil berwarna pinkish memang menjadi idaman semua orangkan. Tapi, untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering dan merekah, ianya pasti agak sukar.
Jangan risau girls! Apa kata kita usaha ikhtiar dengan mengikuti tip ini. Bukan sahaja menjadi, malah kesannya juga boleh dilihat dalam waktu yang pantas. Jom kita cuba.
Kalau amalkan secara konsisten, hasilnya nanti pasti akan bertambah baik. Mesti orang akan ingat kita memakai gincu tapi hey, ini warna original tau! Gabungan tiga bahan ini memang ajaib dan yang paling penting ianya selamat digunakan. Jangan lupa amalkan ya hijabi untuk bibir yang cantik dan sihat.
Ads
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tak dinafikan dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang muka sama seperti kita. Jika ‘kembar’ kita itu popular pasti akan menerima tempias. Seperti penyanyi muda yang popular masa ini, Wany Hasrita yang dikatakan seiras wajah YB Nuru Izzah. Sekali pandang memang ada irasnya terutama di bahagian hidung dan bentuk wajah. Bagi Wany Hasrita dia sebenarnya cukup berbangga apabila ramai memberitahu wajahnya mereka adalah seiras. ini kerana setiap kali orang memandang YB Nurul Izzah pasti akan teringat dirinya juga.
Menurutnya juga dia telah menyedari hal ini dari tahun lepas dan ia dianggap sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi setelah beliau menang dalam pilihan raya lalu.
“Saya ada terjumpa YB tahun lepas dan sempat bergambar bersama. Bezanya YB berkulit putih dan saya gelap. Tetapi ada juga yang cakap muka saya seperti beberapa artis lain dan saya anggap itu sebagai bonus.
“Sebaik YB Nurul Izzah menang dalam pilian raya tempohari memang ramai juga yang ucap tahniah padanya dan mereka juga turut tag nama Wany di Twitter. Wani anggap itu sekadar main-main dan gurauan sahaja,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Wany, memamg ramai yang cakap muka mereka sama, tetapi apabila berjumpa YB sendiri, beliau seorang yang cukup humble orangnya.
“YB sendiri bagi tahu dia minat lagu saya. Tetapi ketika itu pertemuan kami singkat dan tidak berpeluang berbual panjang. Insya-Allah kalau ada masa saya berminat untuk bertemu dengan beliau lagi. Mungkin ada perancangan yang boleh kami jalin bersama.
“Sebenarnya Wany sendiri melihat YB Nurul Izzah sebagai seorang wanita yang sangat-sangat berani berjuang untuk keluarga, berjuang untuk orang yang berada di belakangnya dan sememangnya beliau adalah seorang wanita pejuang. Sama seperti bondanya Datin Seri Wan Azizah,” tambahnya lagi.
Menurut Wany dia memang kagum dengan wanita yang ada semangat begini. Ini membolehkan dia belajar bagaimana cara mereka membawa diri, bercakap dan YB Nurul Izzah juga dilihat begitu lantang bersuara.
“Walaupun saya melihat beliau lantang menyuarakan sesuatu isu, tetapi masih terlihat kelembutannya lagi di situ.
“Jika wanita lain pula saya melihat Neelofa sebagai seorang wanita yang dilihat begitu berjaya dalam bidang usahawan yang diceburinya,” jelasnya.
Bagi Wany juga tidak akan menolak jika satu hari nanti diberi peluang untuk bekerjasama dengan YB Nurul Izzah terutama bab menaikkan martabat wanita. Juga dalam soal memberi kesedaran kepada wanita di luar sana yang rasa diri tertindas.
Persamaan wajah mereka juga turut menarik dan diakui oleh netizen. Malah ada yang berkata kedua-duanya seperti adik beradik dan juga kembar.
Trend parodi ‘geng Marhaban’ masih lagi menjadi ikut-ikutan dikalangan selebriti dan pempengaruh media sosial di negara ini. Tidak ketinggalan pelakon jelita, Zara Zya yang turut sama mengikuti arus video tular berkenaan.
Namun, apa yang menariknya adalah apabila Zara Zya menampilkan kelainan membuat parodi berkenaan bersama ibunda tercinta sambil melakonkan babak paling ‘legend’ hingga berjaya menggamit kembali memori warganet sewaktu kecil dahulu.
Video berkenaan memaparkan Zara Zya dan ibunya melakonkan kembali situasi seorang anak rancak berborak ketika sesi marhaban berlangsung dan dianggap menganggu dan memalukan ibunya.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah Zara Zya sempat dicubit oleh ibunya agar kembali fokus bermarhaban. Namun tidak diendahkan oleh Zara Zya sehinggalah ibunya mengeluarkan ‘hanger’ sebagai amaran hingga membuatkan ibunya tidak fokus dan hilang muka surat yang dibaca ketika marhaban.
Video menggamit kenangan berkenaan telah berjaya mencuit hati wargamaya hingga ia ditonton seramai 817.9 ribu tontonan dan menerima 44.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat raksi yang ditinggalkan wargamaya, rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Justeru, ramai diantara netizen yang tampil berkongsi rasa geli hati ketika mengimbau kembali kenangan seumpanya, kerana masing-masing juga pernah berkelakuan begitu di zaman kanak-kanak. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”
“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”
“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”
“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”
“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”
Sekadar info, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian (berendoi), cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.
Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban sering dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda nabi Rasulullah S.A.W
Semenjak Covid-19 menyerang negara, kini ramai yang sudah mula mengambil vaksin atas langkah berjaga-jaga dan juga antara salah satu usaha untuk menurunkan kadar peratusan Covid-19.
Majoriti dari masyarakat kita sudahpun berjaya mengambil vaksin dari pelbagai jenis, dan tidak kurang juga, ramai yang masih menunggu giliran untuk disuntik vaksin yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan.
Usaha ini juga nampaknya disambut baik bukan sahaja dari netizen, malah juga selebriti tempatan. Salah satunya ialah Nurheliza Helmi atau lebih dikenali sebagai Heliza. Baru-baru ini Heliza, yang sememangnya sudah dikenali umum terutamanya cara pemakaiannya yang sopan dan melambangkan wanita muslimah, berkongsi pengalamannya mengambil vaksin Astra Zeneca (AZ) di laman Instagram dalam bentuk video. Video yang berdurasi pendek itu sangat menarik apabila Heliza mengambil semua babak perjalannya mengambil vaksin dari mula hingga ke akhir.
Warga net juga turut memberi komen positif dan menzahirkan rasa keterujaan mereka melihat selebriti kesayangan ramai ini selesai menerima vaksin untuk mencegah Covid-19. Ada juga yang berkongsi pengalaman disuntik menjadikan ruang komen begitu meriah!
Apa yang menariknya lagi, Heliza juga turut berkongsi cara pemakaian yang sesuai dan sopan untuk mengambil vaksin. Pertanyaan dari peminatnya di ruang komen itu dijawab mesra dan sangat jelas.
Mesra, ringkas dan jelas kan jawapan Heliza kepada pertanyaan peminatnya? Sungguh peribadinya melambangkan wanita muslimah yang patut kita contohi! Jadi, pada pembaca Hijabista yang masih menunggu giliran untuk mengambil vaksin, jangan lupa gayakan gaya muslimah yang disarankan oleh Heliza okay?
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.