Tak dinafikan dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang muka sama seperti kita. Jika ‘kembar’ kita itu popular pasti akan menerima tempias. Seperti penyanyi muda yang popular masa ini, Wany Hasrita yang dikatakan seiras wajah YB Nuru Izzah. Sekali pandang memang ada irasnya terutama di bahagian hidung dan bentuk wajah. Bagi Wany Hasrita dia sebenarnya cukup berbangga apabila ramai memberitahu wajahnya mereka adalah seiras. ini kerana setiap kali orang memandang YB Nurul Izzah pasti akan teringat dirinya juga.


Menurutnya juga dia telah menyedari hal ini dari tahun lepas dan ia dianggap sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi setelah beliau menang dalam pilihan raya lalu.

BEZA YB BERKULIT PUTIH, WANY GELAP

“Saya ada terjumpa YB tahun lepas dan sempat bergambar bersama. Bezanya YB berkulit putih dan saya gelap. Tetapi ada juga yang cakap muka saya seperti beberapa artis lain dan saya anggap itu sebagai bonus.

“Sebaik YB Nurul Izzah menang dalam pilian raya tempohari memang ramai juga yang ucap tahniah padanya dan mereka juga turut tag nama Wany di Twitter. Wani anggap itu sekadar main-main dan gurauan sahaja,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

A post shared by WH (@wanyhasrita) on


Menurut Wany, memamg ramai yang cakap muka mereka sama, tetapi apabila berjumpa YB sendiri, beliau seorang yang cukup humble orangnya.

“YB sendiri bagi tahu dia minat lagu saya. Tetapi ketika itu pertemuan kami singkat dan tidak berpeluang berbual panjang. Insya-Allah kalau ada masa saya berminat untuk bertemu dengan beliau lagi. Mungkin ada perancangan yang boleh kami jalin bersama.

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on


“Sebenarnya Wany sendiri melihat YB Nurul Izzah sebagai seorang wanita yang sangat-sangat berani berjuang untuk keluarga, berjuang untuk orang yang berada di belakangnya dan sememangnya beliau adalah seorang wanita pejuang. Sama seperti bondanya Datin Seri Wan Azizah,” tambahnya lagi.

IKLAN

KAGUM SEMANGAT YB NURUL IZZAH

Menurut Wany dia memang kagum dengan wanita yang ada semangat begini. Ini membolehkan dia belajar bagaimana cara mereka membawa diri, bercakap dan YB Nurul Izzah juga dilihat begitu lantang bersuara.

“Walaupun saya melihat beliau lantang menyuarakan sesuatu isu, tetapi masih terlihat kelembutannya lagi di situ.

“Jika wanita lain pula saya melihat Neelofa sebagai seorang wanita yang dilihat begitu berjaya dalam bidang usahawan yang diceburinya,” jelasnya.

A post shared by WH (@wanyhasrita) on


Bagi Wany juga tidak akan menolak jika satu hari nanti diberi peluang untuk bekerjasama dengan YB Nurul Izzah terutama bab menaikkan martabat wanita. Juga dalam soal memberi kesedaran kepada wanita di luar sana yang rasa diri tertindas.

Persamaan wajah mereka juga turut menarik dan diakui oleh netizen. Malah ada yang berkata kedua-duanya seperti adik beradik dan juga kembar.

IKLAN

@salwarahmad Muka sama…mcm adik beradik

@sham_ef9 kembar

@qaqacula Haaa…kan dh cakap @wanyhasrita ade iras2 @n_izzah kaaannn

@mayraa.handbags Mcm kakak ngn adik

IKLAN

@sanni786 Ma shaa Allah both looking beautiful

@zamriza3639 Mcm twins

@candrawasih Adik beradik ni.. serupa dah

@mir_sis_rose Muka Sama

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL IZZAH & WANY HASRITA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI