Sempat untuk memeluk agama Islam sekali pun hanya mengucap dua kalimah syahadah di atas katil, gadis ini pergi meninggalkan ibunya selepas 13 hari memeluk agama Islam. 

Subhanallah, alangkah beruntungnya gadis ini mendapat hidayah dari Allah SWT dan di kurniakan kudrat untuk memeluk Islam sebelum pergi meninggalkan keluarganya. Takziah buat ahli keluarga Allayarhamah.

Sempat mengucap dua kalimah syahadah meski pun atas katil

Allayarhamah Fatimah Abdullah, 25, telah berhasrat untuk memeluk Islam namun kata ibunya ia tertangguh sebelum ini kerana dia terpaksa di masukkan ke hospital bagi menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu. Pemergiannya sangat menghayat hati dan juga menjadi inspirasi buat mereka yang ingin memeluk agama Islam.

Kata ibu Allayarhamah, Hanna Zulaikha, dia juga telah terlebih dahulu memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, pada 3 Ogos lalu. Sementara itu, anak perempuannya, Fatimah, memeluk agama Islam pada tanggal 8 September lalu sewaktu menjalani rawatan di Hostpital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Artikel berkaitan: “Dia Akan Dengar Tanpa Tanya Apa-Apa”- Pembantu Rumah Peluk Islam Selepas Dengar Johan Baca Tazkirah.

IKLAN

“Sudah lama anak berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia di masukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,

“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini,

“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru di lahirkan walaupun ketika itu sedang sakit,” katanya sewaktu temubual bersama Harian Metro sewaktu pengebumian Allayarhamah di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale.

IKLAN

Menurutnya lagi, meski pun kesedihannya mengenangkan pemergian anaknya yang tercinta pada 20 September lalu, namun dia tetap memanjatkan rasa kesyukuran kerana Fatimah ‘pergi’ selepas sahaja memeluk agama Islam. Ia juga telah menjadi hasrat arwah juga untuk memeluk agama Islam yang telah lama dia minati.

Hanna Zulaikha juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi kerana sudah bertungkus-lumus membantu dalam memudahkan urusan pengebumian arwah Fatimah. Di fahamkan lagi bahawa jenazah anaknya itu baru sahaja dapat di kebumikan pada 22 September kerana perlu melalui pelbagai prosedur perubatan yang salah satunya melibatkan untuk pengesahan bebas Covid-19.

Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah di mana mereka di maklumkan bahawa anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeluk agama Islam.

IKLAN

Sumber: Harian Metro

Artikel berkaitan: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI