Pengacara, pelawak serta penyampai radio popular, Johan Yazid atau lebih dikenali dengan panggilan Johan berkongsikan tentang pembantu rumahnya yang beragama Kristian, kini memeluk agama Islam.
Menurut Johan, penghijrahan pembantu rumahnya yang berasal dari negara seberang Indonesia itu terjadi apabila seringkali mendengar amalan tazkirah yang disampaikan olehnya kepada keluarga selepas selesai solat berjemaah.
Ia menjadi sebab utama pembantu rumahnya terbuka hati untuk mendalami Islam sehinggalah melafazkan dua kalimah syahadah.
Tambahnya lagi, pembantu rumahnya sudah berkerja dengannya selama tiga tahun dan acapkali meluangkan masa bersama-sama untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Johan yang selalunya dilakukan antara waktu Mahgrib dan Isyak.
Pembantu rumah saya beragama Kristian. Selalunya bila sesi tazkirah bersama keluarga, dia akan duduk di sudut surau mendengar sesi perkongsian ilmu berlangsung tanpa bertanya apa-apa.
Apa yang lebih menyentuh perasaan Johan ialah apabila dia terjumpa sebuah buku nota milik pembantu rumahnya yang diisi dengan surah al-Fatihah dan ditulis dalam tulisan rumi. Kesungguhannya itu membuatkan Johan benar-benar mengagumi pembantu rumahnya itu dalam usaha untuk mendalami ilmu Islam.
Ads
Apabila Johan sekeluarga mula mengetahui tentang penghijrahan pembantu rumahnya itu, Johan terus memberi bimbingan kepada pembantunya itu dalam mengajar tentang agama Islam.
Minyak rosehip juga dikenali sebagai minyak biji rosehip. Tidak seperti minyak mawar yang diekstrak dari kelopak mawar, minyak rosehip ditekan dari buah dan biji tanaman mawar.
Dihargai sejak zaman kuno kerana manfaat penyembuhannya yang berharga, minyak rosehip dipenuhi dengan vitamin berkhasiat kulit dan asid lemak penting. Mengandung fenol yang telah terbukti memiliki sifat antivirus, antibakteria dan antijamur. Minyak rosehip sering digunakan sebagai minyak pembawa untuk minyak pati yang terlalu kuat untuk langsung di kulit anda.
Minyak rosehip dapat memberi manfaat kepada kulit anda dan bagaimana menambahkannya ke rutin penjagaan kulit anda.
Penghidratan sangat penting untuk mendapatkan kulit yang lembut. Kekurangan hidrasi boleh menjadi masalah semasa cuaca melampau atau seiring bertambahnya usia. Minyak rosehip mengandungi banyak asid lemak penting, termasuk linoleat dan asid linolenik. Asid lemak membantu mengekalkan dinding sel agar tidak kehilangan air.
Asid lemak dalam minyak rosehip menjadikannya pilihan terbaik untuk menghidrat kulit kering dan gatal. Kulit juga menyerap minyak dengan mudah membolehkan antioksidannya menyerap jauh ke lapisan kulit.
Pelembap membantu mengunci penghidratan semula jadi kulit anda dan minyak tambahan. Kajian percaya menggunakan serbuk rosehip menunjukkan bahawa ia menawarkan beberapa sifat anti-penuaan, termasuk keupayaan untuk menjaga kelembapan kulit.
Anda juga mungkin mendapat faedah ini dengan menggunakan minyak rosehip secara topikal. Minyak rosehip adalah minyak kering atau tidak berminyak. Ini menjadikannya pelembap semula jadi yang hebat untuk semua jenis kulit.
Pengelupasan semula jadi dengan minyak rosehip dapat membantu mengurangkan kulit kusam dan menjadikan kulit anda bersinar dan berseri. Ini kerana minyak rosehip tinggi vitamin A dan C. Vitamin A atau retinol, mendorong pergantian sel kulit. Vitamin C juga membantu dalam regenerasi sel, meningkatkan cahaya keseluruhan.
Kolagen adalah blok bangunan kulit, penting untuk keanjalan dan ketegangan kulit. Tubuh anda secara semula jadi menghasilkan lebih sedikit kolagen seiring bertambahnya usia. Vitamin yang terkandung di dalam roseship, diperlukan untuk penghasilan kolagen.
Rosehip kaya dengan polifenol dan antosianin yang dapat membantu mengurangkan keradangan. Ia juga mengandung vitamin E, antioksidan yang terkenal dengan kesan anti-radang. Minyak rosehip dapat menenangkan kerengsaan seperti rosacea, psoriasis, eczema dan dermatitis.
Kerosakan kumulatif dari paparan sinar matahari seumur hidup memainkan peranan utama dalam penuaan pramatang. Pendedahan UV juga boleh mengganggu kemampuan tubuh menghasilkan kolagen.
Minyak rosehip mengandungi antioksidan seperti vitamin A, C, dan E. Vitamin ini terbukti dapat melawan sinaran secara sinergis. Minyak ini dapat digunakan untuk membantu mengurangkan kesan negatif pendedahan UV. Tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai ganti pelindung matahari. Berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi anda tentang bagaimana anda boleh menggunakan kedua-duanya dengan selamat dalam rutin penjagaan kulit.
Hiperpigmentasi berlaku apabila melanin berlebihan membentuk bintik-bintik gelap atau tompok-tompok pada kulit. Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuk, pendedahan cahaya matahari, perubahan hormon, seperti kehamilan atau menopaus dan ubat-ubatan tertentu, termasuk pil kawalan kelahiran dan ubat kemoterapi
Retinoid dalam minyak ini terkenal kerana kemampuannya untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan lain yang dapat dilihat dengan penggunaan biasa. Mengandungi lycopene dan beta karoten, bahan-bahan ini dikatakan mempunyai sifat pencerah kulit menjadikannya bahan utama dalam banyak produk pencerah kulit.
Minyak rosehip kaya dengan asid lemak penting dan antioksidan, yang tidak dapat dipisahkan untuk pertumbuhan semula tisu dan sel di kulit. Tidak hairanlah bahawa minyak ini telah lama digunakan sebagai ubat tradisional untuk penyembuhan luka, serta pengurangan parut dan garis-garis halus.
Minyak rosehip kaya dengan antioksidan dan asid lemak tak jenuh ganda, seperti asid linoleat, yang sangat penting untuk mencegah kerosakan selaput sel pada kulit. Sel yang kuat dan sihat bertindak sebagai penghalang untuk mencegah bakteria menyerang kulit yang boleh menyebabkan wabak dan jangkitan.
Minyak rosehip adalah minyak kering yang mudah menyerap ke dalam kulit. Umumnya selamat untuk semua jenis kulit, anda harus melakukan ujian tampalan sebelum penggunaan pertama. Ini akan memastikan bahawa anda tidak alah kepada minyak.
Cara menguji:
Setelah anda melakukan ujian tampalan, anda boleh menggunakan minyak rosehip hingga dua kali sehari. Minyak boleh digunakan sendiri, atau anda boleh menambahkan beberapa titis ke minyak pembawa lain atau pelembap kegemaran anda. Untuk membantu memanjangkan jangka hayatnya, simpan minyak di tempat yang sejuk dan gelap. Anda juga boleh menyimpannya di dalam peti sejuk.
Minyak rosehip mempunyai sejarah yang panjang sebagai ubat terapi dan produk kecantikan. Ia penuh dengan vitamin, antioksidan dan asid lemak penting yang semuanya dinilai kerana kemampuannya menyuburkan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini selebriti popular, Nur Fazura meluahkan rasa syukurnya apabila koleksi terbaharu hijabnya, ‘Rahmat Ramadhan’ habis terjual 200,000 helai hanya dalam masa sejam sahaja.
Dengan rasa rendah hati, pelakon filem Gol & Gincu ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan buat dirinya.
Kejayaan ini juga turut menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada warganet yang membuat anggaran mengenai jumlah keuntungan yang diperoleh oleh jenama Tudung Fazura tersebut.
Rm27 sehelai je..tp bjaya jual 200ribu dlm hanya sejam..senang2 je fazura dpt RM 5.4juta 😱
Rm27 sehelai je..tp bjaya jual 200ribu dlm hanya sejam..senang2 je fazura dpt RM 5.4juta 😱 pic.twitter.com/jRx97pNMEN
Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsiannya dan tidak menafikan sememangnya Fazura layak menerima keuntungan sebegitu apatah lagi fabrik hijab jualannya sangat berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam rakyat Malaysian digemparkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melanjutkan tempoh masa parti politik untuk membentuk kerajaan.
Parti politik negara yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu mengemukakan senarai sokongan dengan menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, sebelum jam 2 petang, hari ini.
Bagaimanapun, adakah penantian rakyat akan terjawab hari ini? Siapakah bakal dipertanggubgjawabkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya?
Persoalan ini tidak hanya timbul dikalangan netizen sahaja, malah ia turut menjadi topik hangat yang menjadi perdebatan dikalangan artis tempatan.
Antara selebriti yang lantang bersuara menyatakan pendapat mereka terhadap isu ‘kerajaan tergantung’ ini adalah tiga pengarah tersohor tanah air Michael Ang, Datuk Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Selebriti Chef, Datuk Chef Wan.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Pengarah dan pelakon Michael Ang membahaskan berkenaan ‘coaliation’ atau gabungan parti politik negara bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.
“Apa akan jadi ya kalau BN tak nak menyertai PN atau pun PH? Sebab PN dan Borneo yang sama-sama menyekat PH pun tidak cukup majoriti. Adakah kita perlu keluar mengundi balik?
“Siapa boleh jawab sebab Google juga tidak mempunyai jawapan untuk persoalan ini?” soalnya.
Mengulas isu sama, pengarah dan juga pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki pula bertindak mempertikaikan sistem Pilihanraya Malaysia.
“Sesuatu yang tidak kena dengan sistem kita. Mungkin, okey bila hanya dua blok politik parti besar. Tapi, bila ada tiga blok besar, kemungkinan benda ni berlaku adalah tinggi (kesukaran memilih).
“Masalahnya kalau tidak ubah legistatif tentang pilihan raya, rata-rata rakyat rasa buang masa sahaja pergi mengundi. PH mempunyai 5.8 juta undian dengan 82 kerusi dan PN pula memiliki 4.7 juta undian dengan 73 kerusi.
“Ingat tagline ini, ‘rakyat memilih, bukan MP sepakat’,” ujar Afdlin.
Artikel Berkaitan: Mira Fillzah Terkilan, Dua Pemimpin ‘Popular’ Negara Kecundang Pada PRU15
Dalam pada itu, Erma Fatima menerusi medium sama juga turut memuat naik tangkap layar artikel sebuah akhbar memaparkan situasi Malaysia, yang dibayangkan ‘hebat’ sekiranya PH bergabung dengan PN dan parti Sabah dan Sarawak.
Namun, menerusi ruangan kapsyen, pada hantaran tersebut, pelakon watak utama Mak Cun itu meragukan perkara itu.
Bagaimanpun, Erma juga menyatakan bahawa dia turut berdebar menantikan keputusan kerajaan baharu yang bakal diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
“PH menewaskan PN dengan 1.2 juta undian popular. Jika PH tidak berpeluang untuk menubuhkan kerajaan, maka mandat rakyat telah dirompak semula.
“Kuasa sebenar kerajaan terletak di tangan pengundi. Bukan parti atau calon yang menang. Oleh itu, pengundi perlu diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.
Melihat kepada perkara ini, Hijabista merasakan setiap rakyat Malaysia mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.
Walaupun terkadang bercanggah fahaman, namun itu tidak mematahkan semangat dan kecintaan kita sebagai satu bangsa Malaysia.
Hijabista berharap agar kerajaan yang baharu dapat ditubuhkan segera dengan barisan kepimpinan yang layak untuk menerajui tampuk kepimpinan negara kearah Malaysia yang lebih baik.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.