Pencarian Hero Remaja akhirnya melabuhkan tirainya pada 6 November 2021 dengan menobatkan Muhammad Amirul Aiman bin Norazman atau lebih dikenali sebagai Mierul Aiman, 23 sebagai juara Hero Remaja edisi kesebelas pada tahun ini.
Menerusi siaran langsung selama satu jam setengah di saluran Astro Ria, On Demand dan aplikasi Astro Go, empat orang finalis akhir yang terpilih untuk berentap di pentas finale bersama-sama Mierul Aiman ialah Aqil Taqeeuddin bin Tuhit (Aqil Taqee), Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff (Fazziq Muqris) dan Afiq Hilman bin Hamidon (Afiq Hamidon).
Masing-masing telah memberikan saingan sengit menerusi tiga cabaran utama yang diberkan. Pada malam tersebut, mereka telah dihakimi oleh dua orang juri tetap program Hero Remaja iaitu Datuk Rosyam Nor dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tanpa kehadiran juri jemputan.
Cabaran pertama yang perlu dilalui adalah pengacaraan solo secara langsung di mana setiap finalis perlu menyampaikan poin berkaitan empat buah filem arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diminati penonton tempatan selama dua minit yang diberikan. Antara filem yang dipilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah (Afiq), 17 Puasa (Fazziq), Rock Oo (Aqil) dan Zombie Kampung Pisang (Mierul).
Memasuki pusingan kedua, satu kelainan baharu disuntik oleh pihak penganjur dan produksi di pentas finale Hero Remaja menerusi cabaran sketsa lakonan untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran. Setiap finalis diberikan tempoh empat minit untuk menyampaikan persembahan sketsa mengikut idea, skrip dan memilih pelakon iringan sendiri pada malam tersebut. Di sinilah momen di mana masing-masing menunjukkan kelebihan bakat mereka sebagai anak seni di samping pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ruminah Sidek (Fazziq), Wan Maimunah (Mierul), Johan As’ari (Aqil) dan Wani Kayrie (Afiq).
Segmen ketiga dan terakhir menyaksikan finalis berdepan sesi soal jawab (Q&A) bersama juri tetap. Masing-masing mendapat topik mutakhir yang menjadi bualan ramai seperti mengenai golongan antivaksin (Aqil), jenaka rogol dalam kalangan rakan (Fazziq), musuh utama dunia (Mierul) dan juga sama ada remaja wajar lantang bersuara atau mendengar dengan teliti (Afiq).
Ternyata setelah mereka diadili dalam tiga segmen tersebut, Mierul Aiman mendahului lain-lain peserta dengan persembahan yang cukup menyakinkan juri serta penonton. Mierul dinobatkan sebagai juara oleh Datuk Rosyam Nor, manakala kedudukan finalis lain adalah seperti berikut; Naib Juara, Aqil Taqee; Pemenang Tempat Ketiga, Fazziq Muqris dan Pemenang Tempat Keempat, Afiq Hamidon.
Dua lagi kategori yang turut disampaikan pada malam tersebut menjadi milik Aqil Taqee bagi kategori Hero Inspirasi dan Syazani Zainal bagi kategori Hero Favourite hasil undian peminat di laman web rasmi Majalah Remaja sepanjang percarian berlangsung.
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat Hero Remaja 2021 telah dianjurkan pada Disember 2020 secara atas talian seiring dengan norma baharu yang ditetapkan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.
12 orang finalis terpilih kemudian diperkenalkan menerusi siri Prelude Hero Remaja 2021 sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria, On Demand dan di aplikasi Astro Go sejak 13 Julai lalu. Ia diikuti oleh tayangan program Hero Remaja 2021 sebanyak lapan buah episod bermula 11 September 2021. Sepanjang lebih empat bulan itu, 12 orang finalis menyaksikan pebagai cabaran utama yang perlu diharungi bagi mencungkil potensi mereka sebelum menyertai industri seni selepas ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Ia juga meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men menerusi beberapa episod yang ditayangkan.
Bagi mengikuti info mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI