Sarapan pagi merupakan suatu hidangan yang penting untuk kita amalkan bagi memulakan kehidupan seharian. Juadah hidangan sarapan di Malaysia juga mempunyai pelbagai variasi yang menarik dan salah satunya adalah telur separuh masak!

Mesti ada yang menggemari telur separuh masak bukan? Kelazatan kombinasi lada putih, kicap, dan kuning telur yang meleleh, satu hidangan yang lengkap untuk di makan pada waktu pagi.

Telur mempengaruhi kolesterol?

Telur merupakan makanan kegemaran nombor satu di Malaysia–pelbagai juadah yang berasaskan telur seperti telur dadar, telur sarang, telur mata kerbau, dan juga ia menjadi bahan utama untuk hidangan sampingan. Selain dari rasanya yang sedap, telur merupakan satu makanan yang kaya dengan protein dan juga sumber kalsium, vitamin dan banyak lagi khasiat nutrisi yang lain.

Mengikut perkongsian di HelloDoktor, kandungan kolestrol pada kuning telur ada tinggi! Sebiji telur yang bersaiz besar berkemungkinan mempunyai sebanyak 186mg kolestrol. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan telur tidak meningkatkan kadar kolesterol malah anggapan memakan telur yang banyak tidak sihat ini juga hanya mitos semata-mata.

Di sini ada perincian mengenai kandungan nutrisi yang ada dalam sebiji telur. Antaranya ialah:

  • Kalori: 72
  • Protein: 6.24 gram (g) iaitu 13% daripada nilai harian (DV) anda
  • Karbohidrat: 0.6 g
  • Jumlah lemak: 4.35 g (6% DV)
  • Lemak tepu: 1.6 g (8% DV)
  • Kolesterol: 207 miligram (mg) (69% DV)
  • Natrium: 64.9 mg (3% DV)
  • Vitamin D : 49.5 unit antarabangsa (IU) (6% DV)
  • Vitamin B12: 0.5 mikrogram (mcg) (21% DV)
  • Kalsium: 24.1 mg (2% DV)
  • Zat besi: 0.8 mg (4% DV)
  • Magnesium: 5.7 mg (1% DV)
  • Fosforus: 92.6 mg (7% DV)
  • Kalium: 66.4 mg (1% DV)
  • Zink: 0.6 mg (5% DV)
  • Iodin: 24.7 mcg (16% DV)
  • Selenium: 15.6 mcg (28% DV)

Wah! Siapa sangka sebiji telur yang bersaiz tidak hampir separuh tapak tangan kita ini boleh mengandungi nutrisi yang begitu banyak. Tidak di sangkal lagi kebolehan rakyat Malaysia dalam pemilihan diet pemakanan sangan hebat.

Artikel berkaitan: Telur Balut Enak Di Makan? Ketahui Hukum Memakan Makanan Eksotik Ini

IKLAN

Cara buat telur separuh masak yang cantik ala di restoran mamak!

Jadi bagi mereka yang sering ke restoran mamak, pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menghasilkan telur separuh masak yang begitu cantik? Bila kita cuba buat di rumah pasti akan gagal, selalunya akan masak sepenuhnya dan jadi telur rebus.

Untuk mendapatkan telur separuh masak yang cantik dan sempurna, anda perlulah mengikut panduan dan teknik yang betul. Ya, masak telur separuh masak pun perlu ikut aturan yang betul, baru lah menjadi.

Apa yang anda perlu sediakan? Haruslah sebiji telur (ikut berapa banyak biji anda mahu masak) dan sediakan juga periuk yang di isikan air untuk sesi mendidih nanti. Ha, ini lah yang menjadi rumit, jadi anda perlu ikut apa yang kami syorkan.

Langkah 1

Pastikan anda mempunyai periuk (jika buat mereka yang ada di asrama atau travel, gunakan kettle automatik anda). Pastikan anda tunggu sehingga air mendidih.

IKLAN

Langkah 2

Telur perlulah dalam keadaan suhu bilik, jangan terus ambil yang berada di dalam peti ais. Jika anda ada alatan seperti ‘egg pricker’ gunakan ia untuk menebuk telur terlebih dahulu. Alat ini berfungsi untuk mengurangkan risiko retak pada telur sewaktu proses merebus. Dengan perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan alatan seperti sudu atau senduk kecil untuk elakkan dari pecah.

Langkah 3

Tetapkan penggera masa dalam tempoh 4 hingga 5 minit untuk memastikan telur di masak dalam keadaan sederhana. Telur separuh masak kebiasaannya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh, bagi anda yang inginkan ia mempunyai kuning telur yang lebih keras, boleh rebuskan selama 6 hingga 7 minit.

Pastikan anda peka untuk meneliti masa supaya ia tidak terlebih masa merebus jika tidak ia akan menjadi telur rebus! Fokus pada masa dan jaga api tidak terlalu kuat, cukup untuk maintain keadaan yang sama. Di bawah ada juga panduan masa untuk mendapatkan jenis telur separuh masak yang berbeza, antaranya:

IKLAN
  • 5 minit:  Telur baru sahaja untuk mengeras. Tekstur kuning telur dan putih masih cair, ianya sesuai di jadikan sebagai pencicah untuk roti bakar anda
  • 6 minit: Putih telur menjadi keras tetapi kuning telur masih cair
  • 7 minit: Telur hampir mengeras sepenuhnya, namun, kuning telur masih lagi melekit
  • 10 minit: Telur telah siap masak sepenuhnya

Langkah 4

Telur yang siap di rebus mengikut masa yang sepatutnya itu akan segera di masukkan ke dalam air yang sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak. Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan kulit telur dapat di tanggalkan dengan mudah apabila hendak makan kemudiannya.

Jadi bagi setiap orang, cara telur separuh masak mereka adalah berbeza berpandukan dari tekstur yang mereka idamkan. Apa-apa pun telur memang bagus buat anda yang agak dalam keadaan rushing di kala pagi, jadi boleh sedia kan sementara anda sedang bersiap untuk bekerja.

Sumber info dan gambar: HelloDoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Tidak Mengapa Makan Telur 1-2 Biji Sehari, Tidak Memudaratkan Asalkan Kita Aktif Secara Fizikal

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI