Masakan telur dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya juga sedap dan boleh buat kita tambah nasi berkali-kali.
Siapa yang tidak suka makan telur dadar bukan? Makan dengan nasi kosong panas-panas bersama kicap pun selera bukan main. Sajian telur dadar bukan sekadar pelengkap hidangan tetapi juga antara menu wajib yang mesti ada setiap kali menjamu selera.
Kalau inginkan kelainan masak telur dadar, boleh cuba resipi wanita ini. Memang ‘terangkat.’
Siapa pernah buat? Kalau sudah hujung bulan akak biasa buat untuk tambah-tambah lauk sementara tunggu gaji. Telur dadar goreng tepung. Akak guna tepung goreng serbaguna (pedas) yang biasa untuk goreng ayam.
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Buat telur dadar kemudian potong-potong.
2. Ambil secukupnya tepung goreng kemudian bancuh dengan air jangan cair sangat cukup boleh lekat telur dadar yang sudah siap digoreng.
3. Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam tepung goreng yang kering macam hendak buat ayam goreng tepung.
4. Goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.
Setiap selebriti pasti ada rahsia tersendiri untuk kelihatan cantik dan berpenampilan menarik setiap kali berada di luar atau majlis tertentu. Maklumlah ada di antara selebriti ini yang menjadi idola kepada peminat mereka.
Malah perkembangan artis ini akan diikuti oleh peminat mereka melalui laman sosial seperti instagram, facebook atau tweeter. Salam seorang artis yang juga menjaga kecantikan wajahnya adalah penyanyi kelahiran Sabah, Adira.
Seperti yang kita maklum, dia antara artis yang memiliki kulit putih melepak dan tanpa solekan tebal juga dapat menyerlah kejelitaan sebenar ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Menurut adira dia tidak perlukan suntikan pada wajahnya sebaliknya mengamalkan 5 cara ini untuk kekal anggun, cantik dan berwajah mulus. Dia juga sebenarnya dikurniakan kulit yang cerah sejak kecil.
Jom kita intai regim penjagaan wajah Adira yang cukup sinonim dengan jolokan ‘Snow White Malaysia’ dek kerana wajahnya yang putih, halus dan gebu itu.
Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Adira sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk kekalkan kulit putih dan cantik
Tidak dinafikan krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekali gus kulit anda akan kekal cantik. Jangan sesekali biarkan kulit kering kerana akan menyebabkan masalah menggelupas. Carilah krim bersesuaian untuk disapu sama ada sebelum ke tempat kerja atau ketika mahu tidur.
Jangan terlalu rakus memilih makanan yang digemari tanpa mengetahui khasiat di sebaliknya. Sebaliknya pilih pemakanan yang sihat. Lebih elok amalkan pengambilan makanan yang direbus, kurang minyak dan juga bakar. Sangat baik untuk kesihatan kulit anda.
Sangat penting mengambil air yang cukup setiap hari. Pengambilan ai boleh mengelakkan masalah dehidrasi dan juga penting untuk kelempaban kulit. Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya. Pastikan ada botol berisi air kosong yang dibawa ke mana-mana sahaja.
Selain pemakanan yang sihat, pengambilan buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C misalnya oren memang menjadikan kulit anda cantik sekali gus mencerahkan kulit. Seeloknya makan buah sebelum mengambil pemakanan berat.
Jika mampu tidak salah rawatan kecantikan ‘top to toe’ di salun. Jika tidak boleh anda lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan alami semula jadi. Carian di internet akan memberi pelbagai informasi atau petua alami yang diamalkan orang dulu-dulu. Misalnya membuat masker daripada ketulan kiub tomato.
Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook berkenaan ‘daging’ yang dimasak oleh anak seorang wanita yang bertukar menjadi pucat putih. Wanita itu sangat terkejut dan cemas melihat gambar yang di tunjuk oleh anaknya itu.
Anak kepada pemilik akaun Cekta Hermosa yang membuat perkongsian itu di Facebook telah mengadu kepada wanita itu berkenaan hal ini. Dengan segera dia mendapatkan kepastian dari rakan-rakan bangsa cina untuk memastikan sama ada itu daging khinzir atau tidak.
Pemerhatian secara kasar, rakan-rakannya yang berbangsa Cina melarang untuk mereka makan daging tersebut kerana kelihatan seperti daging khinzir. Oleh kerana rasa was-was, wanita tersebut turut melarang anak-anaknya untuk menjamah daging itu.
Menurutnya lagi, daging itu telah dibeli oleh bekas suaminya pada seorang penjual daging di sebuah pasar berada di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Tidak mahu terus menyalahkan mana-mana pihak, wanita itu mengharapkan perkara ini tidak berulang kembali.
Dalam Islam, Khinzir merupakan salah satu najis mughallazah (najis berat). Menurut Hellodoktor, kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016 telah menunjukkan daging khinzir mengandungi spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik Ampicilin, Tetracyclin, Trimethoprim, Sulphonamide, atau Streptomycin.
Jadi bagaimana kita nak kenali perbezaan daging khinzir bersama daging lembu? Ini ada beberapa caranya untuk anda!
Daging khinzir mempunyai tekstur yang lembih dan mudah direngang berbanding kebanyakan daging lembu yang teksturnya kaku dan padat. Perbezaan ini juga boleh terasa jika anda pegang dan dapat terasa perbezaan yang ketara antara kedua jenis daging ini.
Aroma dari daging khinzir sendiri mempunyai satu bau yang meloyakan berbanding daging lembu yang hanya hanyir. Bau ini sangat penting untuk membezakan kedua daging itu kerana meski pun warna berubah, aroma kedua daging itu tetap boleh dibezakan.
Warna bagi daging khinzir lebih pucat berbanding daging lembu. Ia berwarna seakan-akan putih seolah-olah daging ayam yang merah pucat.
Namun, perbezaan ini tidak terlalu ketara kerana warna pada daging khinzir kebiasaannya disalut dan disebatikan dengan lumuran darah lembu dan boleh dihilangkan dengan rendaman air.
Kedua-dua daging ini mempunyai perbezaan yang sangat jelas dengan serat yang boleh dilihat secara kasar. Pada daging lembu sendiri, kita boleh melihat garisan yang padat jelas terlihat.
Daging khinzir pula tidak sama sekali seperti daging lembu. Ia tidak kelihatan serat-seratnya kerana agak samar dan sangat renggang.
Perbezaan juga boleh di lihat melalui keanjalannya. Daging khinzir punyai tekstur lemak yang lebih elastik serta lemak lembu yang lebih kaku dan berbentuk.
Manakala, daging khinzir sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingya. Tidak seperti daging lembu, ia lebih kering dan kelihatn berserat.
Pelbagai ragam rakyat yang dapat kita lihat sewaktu menanti pengumuman siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ada juga yang meraikan pentauliahan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perlantikan itu dengan keadaan yang berbeza dari rata-rata orang.
Begitulah kisah kedua pasangan ini yang meraikan perlantikan DSAI sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam penerbangan. Cara mereka terima maklumat juga unik dan meraih perhatian orang ramai atas perkongsian mereka itu.
Berlainan buat Nur Hazreen Mohd Ramzi meraikan detik bersejarah bersama suami tercinta, Muhammad Afiq Faisal Shamsuri sewaktu penerbangan mereka dari India balik ke Malaysia.
Ditemu bual oleh mStar, mereka menjelaskan ketika itu masih lagi samar mengenai keputusan PM10 yang menjadi tanda tanya orang ramai. Mereka yang berada di India juga dapat rasakan debaran itu meski pun berjauhan di sana.
“Suami saya ada night stopi tiga hari dekat Delhi jadi dia ajak ikut bersama. Biasanya jarang saya ikut tambah-tambah lagi kalau penerbangan ke luar negara. Tapi kali ini saya ikut suami ke India,
“Masa itu Malaysia tiada PM lagi. Jadi suami masih tak senang duduk selagi belum tahu siapa PM baharu,
“Sehinggakan masa dalam perjalanan balik masih tak ada keputusan. Saya minta supaya dia bersabar.” katanya.
Penantian mereka berakhir apabila DSAI kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Apa yang uniknya, mesej yang mereka terima mengenai berita itu disampaikan melalui sistem pautan data digital dalam bentuk mesej ringkas antara pesawat.
Khabar berita itu cukup menggembirakan Reen bersama suaminya yang merupakan salah seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan serta anak kapal yang lain di dalam pesawat ketika mereka sedang melintasi ruang udara Andaman Sea, Myanmar.
“Kami tak jangka pula akan dapat keputusan masa dalam flight. Suami ada bertanya beberapa controllers Pusat Dispatch Operasi (ODC) yang jaga laluan udara menggunakan ACARS (alat komunikasi dan sistem pelaporan tenatng kondisi pesawat),
“Salah seorang daripada mereka membalas dengan PM10-DSAI,
“Waktu itu suami saya tengah rehat untuk ke tandas, dia setkan mod auto pilot. Lepas itu, dapat tahu sahaja terus dia beritahu saya. Dia tunjuk video rakaman yang dia tanya ODC itu,
“Kami pun sambut kegembiraan itu dengan makan sate dalam flight. Saya tenfok muka suami ceria betul sampai tak boleh sorok.” katanya lagi.
Alhamdulillah, meski pun berjauhan dari Malaysia, Reen dan suami dapat mengetahui juga mengenai perkembangan yang berlaku di dalam negara. Semoga Malaysia lebih maju dalam masa akan datang!