TikTok memainkan peranan dalam melahirkan banyak trend kecantikan serta meraih perhatian ramai. Dengan kebangkitan media sosial, trend solekan kini lebih pantas menjadi tular dan ikutan.

Di antara trend solekan yang sempat tular adalah Teknik Igari Blush. Bahkan, Jennie BlackPink juga pernah tampil dengan solekan ini!

Apa itu Igari Blush?

Teknik Solekan J-Beauty, ‘Igari Blush’ Yang Viral Di TikTok, Ini Caranya

Igari Blush juga dikenali sebagai ‘hangover makeup’ yang melibatkan penggunaan pemerah pipi yang banyak di bawah mata, di atas tulang pipi dan di sepanjang batang hidung. 

Teknik ini dipopularkan di Jepun untuk mendapatkan solekan ala-ala watak anime ‘kawaii look’ dengan menyerlahkan warna merah jambu di bawah mata. Walaupun disapu terus di bawah mata, solekan ini memberi fokus pada warna wajah dan bukannya untuk menyerlahkan kawasan mata.  Ia juga membantu hijabi agar terlihat ‘innocent’ dan ‘fresh’!

Teknik Solekan J-Beauty, ‘Igari Blush’ Yang Viral Di TikTok, Ini Caranya

Trend solekan ini sesuai untuk semua orang. Tetapi jika anda mempunyai kulit dengan kedutan di sekeliling mata anda, anda harus memilih pemerah pipi serbuk berbanding pemerah pipi krim, kerana produk krim menjadikan kedutan anda lebih ketara.

Tambahan itu, jika hijabi mempunyai kulit yang terdedah kepada kemerahan dan rosacea, pastikan anda meneutralkan kemerahan zon T dan pipi terlebih dahulu, supaya tidak memerah seluruh muka apabila menggunakan teknik ini.

Artikel berkaitan: Tren K-Beauty Guna Sperma Salmon Untuk Kulit Cantik? Kim Go-Eun Turut Pakai Produk Ini 

Cara mengaplikasikan Igari Blush 

Dengan kesan yang membawakan rupa yang comel dan suci, maka tidak hairanlah teknik solekan ini semakin popular di kalangan anak muda terutama bagi hijabi yang menggemari gaya solekan yang “lembut” dan feminin. 

@hello.remi igari makup tutorial!! #igari #japanesemakeup #makeup ♬ 東京フラッシュ – Vaundy

Untuk mengaplikasikan solekan ini, hijabi perlu menggunakan pemerah pipi yang berwarna merah jambu atau warna yang lebih terang daripada pemerah pipi semulajadi serta elakkan apa-apa yang terlalu pic atau coklat. Setelah itu, ikuti langkah-langkah di bawah:

Teknik Solekan J-Beauty, ‘Igari Blush’ Yang Viral Di TikTok, Ini Caranya

Langkah pertama ialah menyediakan(prep) kulit menggunakan produk penjagaan kulit, kemudian sapukan mekap asas seperti concealer untuk meneutralkan kemerahan pada wajah.

Kemudian pilih berus pemerah pipi yang kecil. Berus jenis ini memudahkan anda untuk mengaplikasikannya di tempat yang hanya diperlukan.

Ketiga, mula gunakan pemerah pipi pada bahagian atas tulang pipi anda dan turun ke batang hidung anda dan terus sapu (jangan tarik). Ini kerana menarik dan memakai pemerah pipi membuatkan kulit muka anda kelihatan kasar. Selain itu, sapukan produk secara nipis dan sekata untuk membenarkan sebarang warna terbina tersembul keluar, tetapi jangan berlebihan.

Artikel berkaitan: Ingin Kelihatan Awet Muda Seperti Rakan Sebaya? Ini Essence Terbaik Kunci Kecantikan Wanita Korea Sesuai Untuk Hijabi Asia. 

Untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih cerah, ramai juga yang menggunakan teknik ini dengan menyapu pemerah pipi pada cuping telinga. Lagi terlihat ‘kawaii’! Ha,buat hijabi yang dah bosan dengan gaya pemerah pipi yang sama, boleh lah cuba cara ini!

Sumber: Byrdie

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI