Setiap manusia punyai masa silam dan zaman jahil masing-masing yang tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana ia seolah membuka pekung didada dan mencanang aib yang telah Allah tutup rapi demi menjaga air muka umatnya.
Begitu juga dengan apa yang dialami seorang hijabi dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ apabila dia yang dahulunya gemar mencacah tatu kekal pada setiap bahagian tubuhnya termasuk wajah, akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Ebit Lew Antara Yang Bertanggungjawab Membimbing Mondy Ke Pangkal Jalan!
Perubahan drastik dari segi penampilan Mondy yang kini terlihat begitu sopan, lengkap bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut warganet dari Indonesia hingga ke Malaysia.
Perkara berkenaan mulai tular di laman Tik Tok milik Mondy sendiri apabila dia memuatnaik video dirinya, yang cantik berpakaian labuh longgar, patuh syariah lengkap bertudung labuh diiringi oleh beberapa rakan yang lain di sebuah lokasi.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan sosok yang tidak asing lagi iaitu pendakwah bebas popular dari Malaysia, ustaz Ebit Lew yang turut berada di lokasi sama.
Hijabista difahamkan bahawa Ustaz Ebit merupakan antara figura yang bertanggungjawab diatas penghijrahan gadis tatu, Mondy hingga mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari orang ramai.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan positif kearah lebih baik yang dilakukan Mondy terhadap penampilannya sebelum ini.
Selain itu, ramai dikalangan wargamaya turut mendoakan agar segala urusan Mondy dipermudahkan oleh Allah dan semoga dirinya terus kuat dan istiqamah menutup aurat dan meneruskan penghijrahanya ke arah yang lebih baik.
Jika dilihat di laman instagram selebriti ini, dia memang rajin muat turun foto sama ada selfie atau dalam keadaan pose. Lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara bersama suami tersayang. Walaupun sedang bercuti, pelakon tinggi lampai, Bella Dally ini tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan wajahnya. Pelakon dan isteri kesayangan Nazim Osman ini memang diakui mempunyai kulit yang halus, putih dan berseri. Bukan itu sahaja, Bella Dally juga antara selebriti yang dikurniakan wajah jelita mirip keanak-anakan. Nak jadi cantik macam Bella Dally, jom kita tengok rutin penjagaannya.
Bella mengamalkan tiga langkah sebaik sahaja sedar daripada tidur. Cuci muka, aplikasi ‘toner’ dan sapuan rata sedikit krim pelembap. Sekiranya melangkah keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria. Langkah diulangi pula pada malam hari.
Meneguk dua gelas air suam pada waktu dinihari. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.
Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.
Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu. Saya gemar sisi natural.
Adakah anda tercari-cari bagaimana menyimpan Instastory dengan muzik di galeri? Ya, anda ini langkah yang betul! Instastory adalah salah satu pilihan yang paling banyak digunakan di Instagram, di mana individu terbuka untuk berkongsi fail media apa pun.
Instagram juga menyediakan pilihan untuk menyimpan dan memuat turun Instagram Story. Sekiranya anda mahu melakukannya, anda perlu mengetahui cara menyimpan Instastory dengan muzik di galeri. Jom kita lihat cara yang berbeza mengenai cara menyimpan cerita instagram dengan muzik di galeri dan juga cara memuat turun kisah Instagram dengan muzik.
Kisah Instagram biasanya hilang selepas 24 jam. Sekiranya anda ingin menyimpan cerita Instagram anda, ada beberapa kaedah yang tersedia untuk anda cuba menyimpan cerita Instagram dengan muzik di galeri. Bagaimana cara menyimpan cerita dari Instagram dengan muzik? Untuk menyimpan atau memuat turun cerita Instagram dengan muzik, terdapat lima kaedah yang mesti anda cuba untuk menyimpan cerita terbaik yang anda miliki sebagai ingatan.
Muat turun video Instagram di Android
Muat turun video Instagram di iOS
Sekiranya anda ingin menyimpan instastory anda pada aplikasi berasaskan web, anda boleh mencuba salah satu aplikasi ini.
Pilihan lain untuk menyimpan Cerita Instagram adalah Mengarkibkan cerita anda. Apabila mengaktifkan pilihan ini di Instagram secara automatik akan menyimpan semua cerita anda di Instagram. Ikuti langkah-langkah yang diberikan di bawah untuk mengaktifkan pilihan ‘Arkib’.
Anda juga boleh memuat turun instastory secara manual ke Roll Camera anda. Untuk melakukan ini, ikuti langkah di bawah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.