Penyanyi kecil molek iaitu Ernie Zakri mencuri tumpuan ramai dengan imej unik dalam klip video musik terbaharunya iaitu Boneka. Penuh dengan warna, peminat berasa teruja kerana ini pertama kali Ernie bermain dengan konsep sedemikian.
Digayakan oleh Abu Shaef Hamza, Ernie tampak lain daripada lain apabila menyarungkan busana daripada jenama tempatan terkenal iaitu Behati.
Bukan itu sahaja, pengarah drama terkenal, Michael Ang turut memuji video klipnya ini yang disifatkan setaraf dengan kualiti antarabangsa dan tidak menjadikan hijab sebagai halangan bagi menghasilkan sesuatu yang hebat.
Salam semua. Saja nak share bukan tlg@org promote ke apa ke ya. Ini jujur nak share. Finally satu music video yg I find refreshing n beautifully conceptualise dari Editing, choreography, styling n concept. This video makes berhijab is not a big deal and the end of creative freedom. Dan lagu ni pun BEST! So bertambah onz video ni. Congrats @erniezakri n all the best. Luv u all n stay safe n have a great Sunday.
Sehingga ke hari ini, jumlah tontonan videonya di YouTube sudah mencecah lebih 400 ribu sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lalu. Para peminatnya juga turut teruja menyaksikan kelainan yang ditampilkan dan menganggapnya sesuatu yang segar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minggu lalu seorang lagi selebriti popular, Bella Dally selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Bella Dally setelah berpisah dengan bekas suaminya Nazim Othman tahun lalu. Pelakon cantik manis ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga terdekat.
Jika sebelum ini di majlis pertunangan, Bella atau nama Nabilah Ali Dally memilih busana rona kuning tetapi untuk majlis pernikahannya dia kelihatan begitu anggun dalam dress rona putih.
Tampil sedondon dengan pasangannya yang juga kelihatan cukup segak mengenakan baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan samping.
Untuk malis resepsi yang berlangsung di sebelah malamnya pula, Bella Dally menyarung dress rona pink rekaan Mimpi Kita yang dipadankan dengan hijab juga warna yang sama.
Aura pengantin baru begitu terserlah di wajah Bella Dally yang kelihatan sangat cantik mendapat sentuhan mekap jurusolek Yna Sakinah di majlis persandingan. Malah terpancar cahaya kebahagiaan di wajah Bella yang begitu sepadan berada di sebelah suaminya.
Begitu juga Arif yang tampil cukup tampal menggayakan suit untuk majlis persandingan diadakan di Putrajaya sambil disaksikan oleh teman-teman artis yang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahagia till jannah.
Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Bagi anda yang berkulit sawo matang ala Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Haa.. Kini anda pun boleh tampil yakin dan bergaya seperti Halima Aden ni, apa yang perlu anda lakukan adalah berani dalam bermain dengan warna serta dalam berfesyen! Keyakinan adalah ‘Pakaian’ terbaik yang seorang wanita boleh gayakan tau! Selamat mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah menjadi duta jenama tudung terkenal, kini Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan. Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 30 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya. Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar. Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global. Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah. Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu walaupun jadual sibuknya sebagai wajah kempen Raya Swarovski Asia Tenggara 2023, dan juga duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.