Jika di majlis pernikahan dan persandingan di sebelah perempuan keduanya mengenakan persalinan moden, tetapi untuk majlis bertandang Tasha Manshahar dan suaminya Raqib Majid sepakat memilih persalinan klasik dengan menggayakan songket yang cukup menawan sekali. Sebaik keduanya melangkah masuk ke dewan, terserlah seri pengantin baru dengan alunan zikir yang mendamaikan jiwa.
Untuk majlis bertandang ini, kedua-duanya sepakat untuk memilih persalinan klasik dengan pemilihan songket tetapi diberi sentuhan moden.
Rekaan busana yang unik dari @lumiereconcept dengan padanan warna lembut menyerlahkan lagi kejelitaan wajah Tasha Manshahar.
Ditambah dengan aksesori cucuk sanggul seakan tiara dengan layah panjang juga dari fabrik songket. Solekan yang nmpak segar hasil sentuhan @erinleolamakeupartist bersesuaian nyata melengkapi penampilan ratu sehari ini.
Ads
Begitu juga Raqib tampak segak menggayakan persalinan lengkap bak pahlawan Melayu dengan tengkolok keris serta capal bersesuaian.
Rata-rata netizen berstuju dengan memberi komen baju yang digayakan sangat cantik untuk majlis bettandang di sebelah raqib yang diadakan di Melaka ini.
Sebaik mengetahui dirinya hamil kembar, peminat pelakon Zizie Izette ini memang tidak sabar menanti kelahiran bayinya ini. Walaupun kini usia kandungan sudah memasuki 6 bulan, namun Zizie masih lagi cergas ke sana ke mari tanpa ada halangan. Baru-baru ini beliau mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke beberapa buah negara termasuk London dan Turki. Walaupun tanpa kehadiran suami, Zizie tetap enjoy dan bijak bergaya sambil bersantai di kota besar itu ditemani ibu tersayang, Khaty Fauziah dan juga anaknya, Nayla Nurjenna yang berusia 2 tahun.
Admin suka melihat foto yang dimuat turun oleh Zizie. Biarpun dalam keadaan hamil,dia tetap maintain menjaga penampilannya yang serba sempurna dari ‘top to toe’. Sememangnya Zizie antara kalangan artis yang bijak bergaya walau dalam apa situasi. Pelakon Hero Seorang Cinderella ini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Ahli Parlimen Kinabatngan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada 2009.
Sebelum itu, mommy to be itu ada muat turut status memberitahu dia sedang hamil anak kembar dan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Zizie hingga saat melahirkan nanti. Dia dijangka melahirkan anak sekitar Disember atau Januari jika dipermudahkan oleh Allah nanti.
@amthaqshoppe Semoga Allah mudahkan urusan sebelum & selepas bersalin nanti sis @zizieizette . Orang kata byk bjln mudah bsalin. Have a safe journey to both u, jenna & babies?
@lengloy Mommy Cantikk & comel bby bump
@alizasyakira Npk perut mcm baby girl
@ena_krol78 Cantiknya ibu..@zizieizettemcm baby boy ja…ibu cantik sgt…
@nurakmar786 Luv yr style?mom n daughter n mom..simply awesome
Dalam pada itu, netizen juga tidak terkecuali memuji seri ibu mengandung ini. Rata-rata memuji stail Zizie yang bijak mix & match penampilannya sepanjang percutian ini. Beliau menyarung kemeja atau blaus yang dipadankan dengan jaket atau kardigan pelbagai saiz. Biarpun gaya selendang yang digayakan hanya terletak begitu sahaja di kepala, tetapi kelihatannya cukup stailo. Begitu juga dengan kasut, nampaknya Zizie senang memilih yang bersesuaian agar selesa untuk melangkah.
Melihat penampilan Zizie begitu, ada juga usikan nakal pabila melihat perut Zizie Izzete menyangka dia mengandung baby boy atau girl. Walaupun apa sekali jantinanya, rata-rata mengharapkan Zizie akan selamat melahirkan anak kembarnya itu nanti.
Siapa kata hamil tak boleh bergaya, foto-foto ini buktinya.
Gula dikaitkan dengan kenaikan berat badan, kemurungan, dan peningkatan risiko hampir setiap penyakit dan mengurangkan pengambilan anda disarankan oleh setiap pakar kesihatan di seluruh dunia.
Walaupun memotong gula buat sementara waktu untuk ‘reset gula’ dapat membantu anda memulakan kebiasaan dan mencari hubungan keseluruhan yang lebih sihat dengan gula dalam jangka panjang.
Pertaruhan terbaik anda, bagi mereka yang menganggap diri mereka ketagih manisan, ada berita baik, anda hanya memerlukan dua minggu untuk hentikan keinginan. Dan jika anda menjadikannya sebulan, bagi kebanyakan orang, ini bermakna mereka telah menemui cara yang berkelanjutan untuk makan tanpa gula. Tetapi kebanyakkan individu berulang pada minggu ketiga atau keempat.
Berikut adalah beberapa peraturan umum untuk mengurangkan gula pada otak dan badan anda dengan lebih mudah.
Cabaran tanpa gula telah menjadi sangat popular. Tetapi ini bukan idea yang bagus untuk kebanyakan orang. Kecuali jika anda sudah cukup nekad mengenai pengambilan gula, cuba mencapai gula sifar akan menyebabkan kemerosotan. Sebagai gantinya, berhasrat untuk mengurangkan hanya 10% kalori harian anda dari gula tambahan, itulah yang dinasihatkan oleh setiap badan pakar. Setelah 10% terasa berkelanjutan mungkin selepas empat minggu, anda boleh terus mengurangkannya hingga serendah mungkin.
Tambahan, gula semula jadi adalah pilihan terbaik untuk memuaskan gigi manis anda. Jangan tertipu dengan versi yang diproses, seperti buah kering.
Sekiranya tidak ada, anda tidak boleh memakannya. Kedengarannya asas, tetapi konsep yang paling penting untuk dikuasai. Lakukan pembersihan di seluruh rumah, periksa peti sejuk dan almari dan baca setiap label, buang apa sahaja yang mempunyai gula halus. Pembersihan secara besar-besaran juga membantu mengurangkan keletihan mental kerana perlu memeriksa setiap ramuan semasa anda memasak makan malam.
Dan kami bermaksud segalanya. “sos tomato, sos barbeku, kebanyakan granola, dan kebanyakan bijirin sarapan benar-benar sarat dengan gula. Lain-lain pesalah yang biasa anda anggap selamat: yogurt Yunani, salad dressing, dan juga air tonik yang anda gunakan dalam koktel.
Minuman manis-gula adalah barisan serangan pertama, yang paling jelas tentu saja soda. Tetapi kira-kira dua pertiga peminum kopi dan satu pertiga peminum teh meletakkan gula atau perasa manis dalam minuman mereka. Jangan lupa tentang alternatif susu kebanyakan oat, soya, dan hampir susu yang digunakan di kedai kopi adalah pelbagai pemanis.
Terima kasih kepada rakan sekerja anda salah satu makanan diet terbesar. Keseluruhannya memerlukan idea kampung, pukul 3 petang ketika anda sedang lapar dan daya tahan anda turun dari hari yang panjang, ruang persidangan yang dipenuhi dengan pastri tidak mustahil walaupun keinginan kuat terus berlalu.
Terdapat banyak cara untuk mempunyai rasa manis dan karbohidrat dalam diet anda dan menjadi sihat. Ubi ungu misalnya, adalah karbohidrat manis yang enak dan pertukaran yang baik untuk kerepek kentang yang mengandung gula. Buat senarai yang paling anda gemari atau snek dan pilihan yang lebih sihat dengan palet serupa contohnya badam coklat gelap untuk pretzel yang ditutupi coklat, yogurt Yunani biasa dengan beri untuk ais krim dan kombucha untuk soda.
Seperti yang anda ketahui dari menatal Instagram, hanya melihat gambar gula memancarkan penggera di otak kita. Data MRI yang berfungsi telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pengaktifan paling banyak di pusat ganjaran otak mereka ketika melihat gambar gula juga cenderung mengalami kenaikan berat badan. Anda cuba menyahtoksik badan dan otak dari gula, jadi jangan sampai memberi peluang untuk menyalakan kotak bijirin. Pegang perimeter luar kedai sebanyak mungkin, yang paling kerap adalah tempat semua makanan segar berada.
Fokus untuk mengisi makanan yang tepat iaitu protein yang berkualiti dan lemak yang sihat yang akan mencegah gula dalam darah anda menurun, yang akan membuat anda ingin mendapatkan gula. Kacang-kacangan, avokado dan telur rebus semuanya menjadi penstabil gula dalam darah yang cepat dan bebas gula.
Atlet mempunyai lebih banyak kerosakan gigi, gingivitis petunjuk awal penyakit gusi dan keradangan gusi walaupun terdapat tahap memberus gigi dan flos yang tinggi dan pemeriksaan doktor gigi biasa. Semuanya kerana mereka menggunakan begitu banyak minuman sukan dan gel yang semuanya mengandungi gula. Perhatikan gel yang anda pakai, bar protein, minuman penghidratan, dan serbuk protein semuanya sering berisi gula tambahan dan cubalah hanya pemanis semula jadi seperti kurma dan buah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mahu merakamkan momen-momen yang menarik dan kongsikan kepada umum. Ramai yang tertarik dengan perhatian yang diberikan sehingga ada yang terlebih ‘kongsi’ di sosial media sehingga membawa keburukan.
Namun, tidak semua yang sukakan kehidupan terlalu ‘expose‘ di media sosial kerana ingin menjaga privasi. Jadi ingin tahu bagaimana artis terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, menjaga privasi di laman media sosial? Ikuti artikel ini.
Aktress terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, baru sahaja memuatnaik sebuah hantaran yang menunjukkan gambar kaki anak lelakinya. Walaupun hanya sekeping foto, ribuan peminatnya membanjiri ruangan komen memberi kata-kata yang positif.
Dia juga terkenal dengan caranya untuk menjaga privasi kehidupan hariannya tidak mahu terlepas untuk berkongsi sedikit perubahan dalam kehidupannya bersama peminat. Jadi bagaimana pula dia menjaga privasi di sosial media seperti yang di katakan? Ini adalah beberapa tip yang boleh kita lihat darinya.
Umumnya Son Ye-Jin akan memuatnaik beberapa gambar ucapan hari perayaan dan tanda terima kasih kepada peminat, krew produksi dan apa-apa anugerah yang bermakna buatnya. Ini menunjukkan tanda penghargaannya buat mereka yang sudi bersamanya dalam perjalanan kariernya.
Fotonya tidak terlalu keterlaluan, cukup sekadar dia gambarnya bersama hadiah dari peminat dan ucapan yang cukup ringkas dan manis. Melalui caranya, kita boleh lihat tidak semua perkara perlu di dokumentasikan di sosial media.
Ye-Jin juga jarang sekali memuatnaik gambarnya bersama ahli keluarga mahupun teman rapat kecuali anjing peliharannya. Boleh dilihat di sini bahawa Ye-Jin amat menitikberatkan privasi orang di sekelilingnya.
Ada antara dari kita yang suka untuk memuatnaik foto keluarga bersama di media sosial, itu tidak mengapa. Namun, pada zaman sekarang yang agak bahaya ini, orang yang tidak kenali mudah sahaja mendedahkan ahli keluarga kita tanpa sedar.
Dia juga sangat rajin menulis pada setiap hantarannya di Instagram untuk menjelaskan pengalaman serta berkongsi perkara yang positif kepada followers-nya. Ini membuatkan peminatnya lebih jelas memahami situasi yang terjadi bukan sekadar sekeping foto sahaja.
Siapa sahaja yang tak ingin kongsikan gambar suasana apabila melancong ke luar negara, sudah tentu anda teruja bukan? Tetapi bagi Ye-Jin dia hanya berkongsi gambar itu tanpa perlu tag lokasinya berada di mana, cukup sekadar gambar yang menceritakan semuanya.
Jadi bagi anda yang ingin mulakan kehidupan yang punyai privasi tersendiri, bolehlah ikuti Son Ye-Jin menjaga privasi hidupnya di sosial media. Ingat, tak perlu terlalu berkongsi kerana boleh membawa padah!
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.