Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, apatah lagi apabila bekerja di rumah. Semuanya ada di depan mata. Dan paling mudah untuk mencuba pelbagai resipi. Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Ads
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Ads
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Ads
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiada yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira apabila berpeluang meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel apabila kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha mewarnai sambutan Ramadan pada tahun ini.
Berbicara soal sambutan Ramadan bersama puteri sulungnya, Hijabista menemu ramah secara eksklusif pelantun lagu Ku Bersuara dan Boneka, Ernie Zakri tentang pengalamannya menyambut bulan suci Ramadan ini sebagai seorang ibu.
“Pengalaman puasa yang sangat berbeza..”
Menyentuh soal pengalamannya berpuasa bersama anaknya, Ernie Zakri menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang berbeza dan indah. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, bulan Ramadan kali ini mengajar dirinya erti tanggungjawab yang sebenar.
“Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, ia memberi rasa keterujaan kepada diri saya. Walaupun berpuasa, saya harus memastikan anak saya mendapat bekalan susu yang secukupnya,” ujarnya gembira.
Namun, tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang masih baru bergelar ibu, sememangnya ia bukanlah proses yang mudah. Setiap hari pasti ada sahaja kesukaran dan cabaran yang dihadapinya, namun ia merupakan proses terbaik untuk dirinya belajar menjadi ibu yang baik kepada Nur Khawla Soleha.
“Jujurnya, ia bukanlah sebuah proses yang mudah. Saya mengalami sedikit kesukaran saat pertama kali bergelar ibu. Cabarannya lebih kepada menyusukan anak dan kadang-kala saya jadi sedikit buntu apabila anak menangis. Tak tahu sama ada dia mahukan susu atau sebaliknya.
Tetapi saya ambil pengalaman ini sebagai sebuah proses untuk saya belajar dan memperbaiki setiap kelemahan diri saya untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya,” tambah Ernie.
“Tidak terlalu berbelanja raya untuk Nur Khawla..”
Kongsi Ernie, sambutan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya dan suami. Namun, dari segi perbelanjaan raya, dia lebih selesa untuk berbelanja secara sederhana untuk Nur Khawla kerana puteri sulungnyaitu masih lagi kecil.
“Nur Khawla berusia dua tahun pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Jadi, perbelanjaan rayanya bersederhana sahaja. Apa yang penting, kehadirannya mengubat sedikit rasa sayu apabila kami meraikan Aidilfitri nanti tanpa ibu mertua saya,” ujarnya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sentiasa mencari cara untuk memperbaiki penampilan kulit. Produk ini telah memberi inspirasi untuk hijabi membangunkan rawatan khas yang dipanggil penggalak atau ‘booster’. Produk kecantikan bantu ‘repair’ kulit, adakah perlu atau tidak dalam rutin kecantikan?
Setiap penggalak mengandungi campuran bahan tertentu, dengan satu ramuan (atau satu kumpulan ramuan khusus) dalam kepekatan yang lebih tinggi daripada yang anda akan dapati dalam produk seperti pelembap atau serum.
Fokusnya adalah pada banyak faedah yang ditawarkan oleh ramuan khusus itu untuk pelbagai masalah kulit. Jika anda berpuas hati dengan serum yang anda gunakan sekarang, anda mungkin tidak memerlukan booster.
Jadi tidak perlu penggalak menggantikan serum anda dengan penggalak, tetapi gunakan penggalak bersama jika anda mahu atau perlu.
Setiap penggalak menawarkan anda pilihan untuk menyesuaikan rutin penjagaan kulit anda dengan keperluan kulit anda. Ini mungkin berbeza dari hari ke hari atau tahun ke tahun.
Contohnya, untuk kulit kering bermusim atau jika anda mempunyai kulit kering dehidrasi, kulit kombinasi, carai bahan yang mengandungi Asid Hyaluronik yang akan mengekalkan air dalam lapisan kulit sepanjang hari.
Apakah Penggalak Penjagaan Kulit?
Penggalak penjagaan kulit ialah ramuan yang sangat pekat yang menyasarkan satu masalah penjagaan kulit tertentu. Terdapat penggalak untuk menambah kelembapan tambahan pada kulit, penggalak untuk menghilangkan bintik hitam, penggalak untuk menangani kedutan…
Keseluruhan idea di sini ialah kulit anda berubah sepanjang masa. Ia boleh menjadi lebih kering, lebih berminyak, mendapat jerawat apabila anda dalam tempoh anda, mengembangkan kedutan apabila anda semakin tua…
Penggalak ada untuk menyerlahkan rutin penjagaan kulit anda, mencipta ramuan yang tepat yang diperlukan kulit anda pada bila-bila masa tertentu.
Bagaimanakah Skincare Boosters Berbeza Dengan Serum?
Serum dan booster adalah sepupu rapat. Kedua-duanya mengandungi kepekatan tinggi bahan aktif, tetapi lebih sedikit (jika ada!) pemekat, emulsi dan semua bahan lain yang memberikan pelembap kepada tekstur yang lebih kaya. Tetapi penggalak adalah lebih pekat daripada serum, jadi ia berfungsi dengan lebih cepat.
Jika anda telah menemui serum yang berkesan, anda tidak perlu mendapatkan booster lagi. Penggalak adalah untuk masa-masa apabila kulit anda memerlukan sedikit bantuan tambahan yang rutin penjagaan kulit biasa anda tidak dapat memberikannya.
Kebaikan menggunakan booster
Penjagaan kulit DIY: Anda boleh mencipta produk penjagaan kulit DIY sendiri dengan mudah dan mengubah pelembap kegemaran anda menjadi senjata anti-penuaan atau anti-cacat yang sangat berkuasa.
Penjagaan kulit harian yang dipesan lebih dahulu: Anda boleh memilih kekuatan rawatan setiap kali anda menggunakannya. Lebih banyak titisan yang anda gunakan, lebih kuat ia. Tetapi jangan berlebihan!
Bantuan tambahan: Terima kasih kepada kepekatan tinggi bahan aktif, ia akan membantu anda memperbaiki sebarang masalah kulit baharu dengan lebih cepat daripada produk penjagaan kulit lain.
Keburukan Menggunakan Booster
Keberkesanan dicairkan: Apabila anda mencampurkan penggalak penjagaan kulit dengan mana-mana produk penjagaan kulit lain, anda mencairkannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk bekerja.
Mahal: Ia biasanya datang dalam botol dan tiub yang lebih kecil yang berharga hampir sama atau lebih daripada serum dan pelembap bersaiz penuh.
Cara menggunakan booster
Jika anda telah memutuskan bahawa anda memerlukan penggalak, inilah yang anda perlu tahu untuk memasukkannya ke dalam rutin penjagaan kulit:
Anda boleh menggunakan booster sahaja atau campurkan dengan serum atau pelembap kegemaran anda (jangan sekali-kali dengan pelindung matahari kerana anda hanya akan mencairkan SPF!
Jika ingin mencampurkannya dengan produk lain, tuangkan sedikit pada tangan dan tambah satu atau dua titis penggalak (semakin banyak titisan yang anda gunakan, lebih berkuasa dan berpotensi merengsakan.
Lebih cepat anda menggunakan penggalak, lebih baik. Untuk hasil terbaik, sapu selepas exfoliant atau toner tetapi selalu sebelum serum.
Kebanyakan penggalak boleh digunakan pada waktu pagi dan malam. Pengecualian? Vitamin C dan retinol. Dos yang tinggi boleh merengsakan kulit jika tidak digunakan, jadi gunakannya setiap malam sahaja.
Serum ini mempunyai salah satu kepekatan retinol tertinggi. Ya, retinol sangat kuat, walaupun kepekatan 1% mempunyai pukulan. Jadi, apa yang ia lakukan? Ia mempercepatkan pusing ganti selular dan meningkatkan pengeluaran kolagen, dua perkara yang membantu menghilangkan kedutan.
Ia juga mengurangkan bintik hitam dan merawat jerawat. Selain itu, penggalak juga penuh dengan barang-barang yang menenangkan dan menghidratkan untuk memastikan kulit lembut dan anjal serta mengurangkan keradangan.
Apabila anda mempunyai kulit sensitif, amat sukar untuk mencari produk penjagaan kulit anti-penuaan yang tidak mengganggunya. Penggalak ini dimuatkan dengan bahan anti-radang untuk melegakan kerengsaan, antioksidan untuk mencegah kedutan, dan asid hyaluronik untuk menghidratkan kulit.
Tetapi bintang di sini adalah niacinamide: ia mengurangkan kedutan dan bintik-bintik gelap, menghidrat kulit, melegakan keradangan, dan juga merawat jerawat!
Apabila kulit anda memerlukan sedikit kelembapan tambahan, beralih kepada asid hyaluronik dan natrium hyaluronat, ia hampir sama. Bahan ini boleh menarik, dan mengikat, pada kulit sehingga 1000 kali ganda beratnya di dalam air.
Kulit anda tidak boleh mendapatkan lebih banyak kelembapan daripada itu! Apa yang membezakan serum ini ialah penambahan ceramida pembaikan kulit, ekstrak evening primrose yang menenangkan dan sekumpulan antioksidan yang menghalang kedutan. Dr Gross benar-benar memikirkan segala-galanya!
Pembungkusan adalah menyakitkan untuk digunakan, Clinique terpaksa memberikan arahan untuknya! Jus di dalamnya dimuatkan dengan 10% Asid Askorbik, bentuk tulen vitamin C.
a adalah superstar anti-penuaan yang kuat yang mencerahkan kulit kusam, mengurangkan bintik hitam, meningkatkan pengeluaran kolagen, malah menghalang kedutan. Selain itu, ia juga dimuatkan dengan antioksidan lain untuk membantu anda mengelakkan kedutan yang menjengkelkan itu lebih lama.
Penggalak kulit ialah rakan yang anda hubungi pada waktu anda memerlukan. Walaupun udah lama tidak berhubung, apabila anda memerlukannya, ia sentiasa ada untuk membantu kulit anda. Jika rutin penjagaan kulit anda memerlukan rangsangan, hubungi mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Suatu tika dulu ramai yang tidak berkesempatan untuk bercuti ke luar negara kerana kekangan bajet atau kesukaran mendapatkan tempat atau soal pengangkutan. Tetapi dalam dunia yang mana segala info di hujung jari, segalanya menjadi lebih mudah termasuklah jika mahu pergi bercuti. Pelbagai aplikasi digunakan seperti booking.com, expedia, agoda atau juga menggunakan travel agen yang bertauliah.
Sempena Edisi Travel kali ini, Hijabista berkongsi pengalaman hijabi yang masih muda tetapi sudah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang. Bagi usahawan muda, Nor Ezzatul Dyana Ismail berkongsi pengalaman melawat ke benua Eropan membabitkan lima buah negara, iaitu London, Paris, Belgium, Switzerland dan Amsterdam selama 13 hari.
Bukan itu, sahaja, dia juga pernah melawat Itali, Hanoi, Krabi, Korea Selatan dan juga Bali. Namun Dyana begitu terua berkongsi pengalaman tika bercuti ke benua Eropah yang disifatkan momen cukup menarik untuk dikenang.
“Kebanyakan negara yang saya lawati dirancang sendiri dan tidak melalui travel agen. Untuk urusan tiket kapal terbang saya banyak survey menggunakan apps seperti skyscanner ataupun expedia.
“Manakala untuk urusan hotel pula saya lebih senang cari melalui aplikasi agoda dan juga booking. Untuk urusan itinerary serta info berguna yang boleh kita jadikan panduan sepanjang percutian saya banyak cari di laman sosial facebook melalui group Backpackers Buddies Malaysia” ungkap Dyana memulakan perbualan.
Menurutnya kekerapan bercuti ke luar negara menyebabkan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai pengalaman menarik.
“Antara pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan adalah apabila mengalami kejadian pickpockets di Venice Itali. Waktu itu passport sekeluarga dan kad kredit dicuri dari handbag. Alhamdulillah, duit cash yang ada pada suami cukup untuk tambang kami ke kedutaan Malaysia di Rome untuk proses buat passport kecemasan dan cukup untuk kami beli tiket baru untuk balik ke Malaysia.
“Sepatutnya selepas habis trip ke Italy kami akan sambung perjalanan ke Dubai selama tiga hari. Namun oleh kerana passport hilang dan emergency passport yang ada tidak dibenarkan untuk singgah ke negara lain kecuali negara sendiri. Jadi kami terpaksa beli tiket baru untuk balik Malaysia terus,” tambahnya yang juga tidak melupakan pengalaman menarik ketika di Korea.
“Saya juga paling suka perjalanan ke Korea Selatan. Ini kerana masa itu anak kami sudah lincah dan sentiasa berminat untuk mencuba benda baru. Jadi itu adalah pertama kali kami bawa anak berjalan ketika musim sejuk untuk merasai pengalaman main salji, main sled, dan zoo tour di everland,” cerita Dyana yang memberitahu sepanjang bercuti ke luar negara tidak sukar untuk mencari makanan halal.
“Bagi kami sekeluarga yang merupakan tekak Melayu dan mahu menjimatkan kos, biasanya saya akan bawak rice cooker travel friendly, beras, sambal ikan bilis, dan serunding. Saya juga akan memilih hotel yang ada kemudahan microwave atau dapur dan saya boleh beli barang dapur di mini market berdekatan hotel dan masak sendiri di hotel.
“Itu bab makan, tapi soal shopping saya paling suka ketika bercuti ke London. London sememangnya paling seronok untuk bershopping sebab semua barangan yang kita mahu ada mengikut bajet masing masing. Semurah-murah barang boleh cari di primark dan semahal-mahal barang boleh dapat di Harrods/Selfridge.
“Manakala Korea pula syurga membeli belah untuk barangan penjagaan wajah sampai rambang mata untuk pilih sebab menarik dengan diskaun yang ditawarkan serta berbagai-bagai free gift ditawarkan peniaga,” jelasnya lagi.
Tambah Dyana penerimaa masyarakat untuk setiap negara yang dikunjungi juga berbeza-beza.
“Bagi saya masyarakat London sangat mesra dan begitu membantu dengan tourist. Begitu juga dengan rakyat di Korea Selatan. Mereka di sana sangat mesra dan membantu walaupun terhad kerana tidak fasih berbahasa English.
“Dan saya juga seronok berada di Korea sebab rasa ‘selamat’ untuk dikunjungi pelancong selain negara Jepun. Berada di sana saya tidak perlu risau dengan masalah penyeluk saku seperti beberapa negara lain.
“Manakala rakyat di Itali pula agak sedikit sombong. Kita perlu sentiasa menjaga barangan peribadi terutama di tempat tumpuan pelancong kerana penyeluk saku ada di mana-mana dan sangat cekap bertindak,” ujar Dyana yang tidak lupa membelikan barangan cenderahati untuk teman-teman jika berkunjung ke luar negara.
“Biasanya saya akan beli barangan yang murah, kecik dan tak makan banyak ruang dalam luggage seperti keychain dan fridge magnet. Saya memang suka belikan mereka door gift setiap kali bercuti kerana mahu berkongsi keseronokan bercuti bersama mereka.
“Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang untuk melawat Turki pula. Paling menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama-sama keluarga. Memang cukup terhibur dengan keletah anak kami yang baru berusia tiga tahun.
“Maklumlah apabila sampai di tempat baru banyak benda baru yang kita mahu cuba. Antaranya seperti bermain salji di Mount Titlis, main sled di Nami Island dan juga beri itik makan di Hyde Park London. Lagi satu paling best apabila kita cuba menggayakan diri kita dengan anak lari dari kebiasaan kerana perbezaan suhu. Misalnya pakai parka atau trench coat dan tampak cantik bila kita selfie,” tambahnya yang turut memberi sedikit nashi buat hijabi yang mahu rancang bercuti ke luar negara.
“Nasihat saya rancang pakaian mengikut suhu di negara yg dilawati. Lebih baik jika boleh bawak pakaian yg boleh di ‘mix and match’. Pilih kasut yang selesa dan sesuai. Dalam keseronokan kita berjalan jangan lupa faktor keselamatan lebih lebih lagi barangan peribadi. Saya nasihatkan pakai money belt untuk simpan barang berharga seperti passport dan duit.
“Jangan lupa juga untuk bawa fotostat passport untuk simpanan sendiri dan ada alamat serta nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang dilawati untuk rujukan jika berlaku apa apa yang tidak diingini.
“Lagi satu sentiasa apply sunblock dan jangan luoa untuk bawak losyen atau moisturiser terutamanya ke negara musim luruh/salji. Perubahan cuaca boleh buat kulit kering dan mengakibatkan kita gatal gatal sepanjang percutian nanti,” ujarnya yang juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen indah tika bercuti.
“Biasanya sebelum pergi, saya memang akan buat homework awal-awal. Cari rujukan orang lain yang sudah pernah pergi ke destinasi yang kita mahu. Jadi kita akan dapat buat gambaran awal untuk mengambil gambar dari sudut masa sekalipun. Kalau pergi bersama teman-teman, cari kawan yang tabah dan redha melayan kita selfie atau ootd.
“Kita juga perlu invest sedikit untuk membeli barangan gajet yang memudahkan untuk kita ambil gambar atau videa. Macam saya antara list gajet wajib bawak ketika travel adalah iphone, dji osmo mobile, Bluetooth remote, dan gopro. Saya siapkan dengan mounting yang boleh attach dengan stroller anak supaya lagi mudah untuk mengambil gambar,” jelas Dyana yang turut rajin mencari rujukan dengan melihat selebriti yang rajin bercuti.
“Saya juga akan luangkan masa mencari rujukan dari selebriti atau hijabista model yang pernah ke negara yang kita nak pergi atau ke negara yg berlainan musim. Jadi kita ada idea utk mix and match baju atau cara posing. Sumber inspirasi saya dari selebriti adalah Neelofa manakala untuk model hijabista pula saya suka Nabila Asyikin.
Dyana juga turut menitipkan pesan buat hijabi yang membawa anak kecil bercuti agar sentiasa bekerjasama dengan pasangan. Kalau boleh bahagikan kerja supaya segala yang dirancang berjalan lancar.
“Untuk hijabi yang bercuti dengan membawa anak-anak agar bijak menyusun masa. Seperti saya, suami akan menyiapkan anak setiap hari supaya saya tidak terkejar masa untuk sediakan sarapan, bersiap mekap dan memakai tudung.
“Dan biasanya selepas selesai berjalan dan kembali ke hotel, barulah saya pula akan pikul tanggungjawab selesaikan urusan anak untuk dia tidur dan suami akan siapkan makan malam,” ceritanya lagi mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti hijabi kelahiran Indonesia, Rahmalia Aufa Yazid berjaya menarik perhatian pencinta fesyen dengan gayanya yang tersendiri.Aufa yang dibesarkan di Tokyo ini merupakan seorang Muslim...