Setiap manusia memiliki warna kulit yang berbeza sama ada cerah, gelap ataupun sawo matang. Wanita terutamanya mendambakan kulit cerah kerana itulah ‘standard‘ kecantikan bagi mereka. Namun, anda silap! Kulit sawo matang adalah yang terbaik sebenarnya.
Di era moden kini, ramai wanita ingin terlihat ‘putih’ dan cerah. Bagi mereka, kulit cerah itulah ‘pengukur‘ kecantikan yang sebenar. Buktinya, banyak lambakan produk untuk memutihkan kulit yang ada di pasaran. Sehinggakan terdapat lambakan produk yang tidak mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Ramai wanita yang terpedaya dengan pelbagai iklan produk pencerah kulit tanpa mengambil kira kesan jangka masa panjang pada kulit dan kesihatan mereka. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasalah membuat kajian sepenuhnya sebelum menggunakan sesuatu produk. Untuk wanita berkulit sawo matang, tak perlu nak berasa tidak yakin dan ‘insecure’ lagi! Banyak sebenarnya kelebihan kulit sawo matang ini. Kalau anda nak tahu, orang luar negara pun menginginkan dan cemburu dengan warna kulit orang Asia ini.
DEFINASI ‘SAWO MATANG’
Perkataan sawo matang itu sebenarnya berasal daripada buah bernama sawo atau ciku yang berwarna ‘kecoklatan’ apabila sudah dimasak. Jadi apa kaitannya dengn warna kulit? Dalam konteks warna kulit, ianya bermaksud seseorang yang berkulit coklat, iaitu warna perantaraan antara tona warna yang cerah dan gelap (brown skin atau mature tan). Kalau orang melayu lebih suka menggelarnya sebagai ‘hitam manis’. Sekarang anda pasti dah nampak kaitannya bukan?
Artikel berkaitan: Tutorial Mekap: Tampil Berbeza Buat HIjabi Berkulit Hitam Manis Berseri Bak Supermodel
DISEBABKAN OLEH KANDUNGAN MELANIN YANG TINGGI DALAM BADAN
Pertama sekali, anda perlu mengetahui bahawa individu yang memiliki kulit sawo matang ini mempunyai kandungan melanin yang tinggi dalam badan. Kandungan melanin yang tinggi inilah yang membantu membuatkan individu berkulit sawo matang lebih unik dan mendatangkan banyak kelebihan.
APA ITU MELANIN?
Melanin adalah pigmen ‘pemberi’ warna kulit, rambut dan mata kita. Meninjau perkongsian dari Sehat Q, melanin dihasilkan oleh sel yang dipanggil ‘melanosit’. Setiap orang mempunyai melanosit yang sama. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mempunyai kandungan melanin yang lebih tinggi. Perbezaan dalam melanin ini yang membuatkan setiap individu mempunyai warna kulit, rambut dan bola mata yang berlainan. Jadi buat anda yang berkulit sawo matang, tak perlu rasa nak rendah diri lagi. Berikut adalah di antara kelebihan memiliki kulit sawo matang:
1.Tubuh Badan Yang Lebih Sihat
Siapa sahaja yang tidak mahu tubuh badan yang lebih sihat kan? Untuk individu berkulit sawo matang, anda perlu berasa gembira kerana kandungan melanin yang tinggi ini secara ringkasnya membantu anda memiliki tubuh baik yang sihat dengan menggalakkan penglihatan mata serta pertumbuhan sel tubuh badan anda. Beruntungnya anda kerana semua proses ini berlaku secara semula jadi.
2. Melawan radikal bebas
Mereka yang mempunyai warna kulit sawo matang ini mempunyai keupayaan yang hebat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan badan. Untuk pengetahuan anda, radikal bebas ini mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Tetapi disebabkan kandungan melanin yang tinggi, ianya boleh menghalang sinaran UV daripada memasuki kulit.
3. Mengelakkan pelbagai masalah kulit
Jarang rasanya kita mendengar individu yang berkulit sawo matang ini mengalami masalah seperti breakout, berparut atau selar matahari kan? Menurut laman Hello Doktor, individu dengan warna kulit ini jarang mendapat masalah kulit kerana melanin yang tinggi bertindak untuk menjaga kulit daripada pelbagai masalah kulit termasuklah alahan atau jangkitan. Beruntung kan!
4. Menguatkan Tubuh Badan
Tambahan itu, kandungan melanin yang tinggi ini juga dapat menguatkan badan. Melanin juga boleh membantu kulit dan badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D dalam cahaya matahari, yang baik untuk pembentukan kalsium. Kandungan kalsium yang tinggi dalam badan boleh menguatkan tulang anda. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis. Kalau anda nak tahu, osteoporosis adalah keadaan di mana ketumpatan tulang berkurangan, menyebabkan tulang menjadi berliang dan mudah patah.
5. Awet Muda
Memang menjadi idaman setiap wanita untuk sentiasa tampil awet muda. Pasti anda senyum sampai ke telinga apabila dipuji. Anda perlu tahu bahawa melanin juga memberikan kesan anti-penuaan. Hasil daripada kesan anti-penuaan inilah yang membantu individu berkulit sawo matang kelihatan lebih muda. Selebriti di Malaysia seperti Nabila Huda dan Dayang Norfaizah telah membuktikan bahawa orang yang berkulit sawo matang ini awet muda! Malahan, mereka juga turut bangga dengan warna kulit mereka.
Sekarang anda pasti rasa bersyukur kerana mempunyai kulit sawo matang kan? Tak perlu dah berlumba untuk mendapatkan kulit cerah. Kulit sawo matang lah best dan banyak kelebihannya! Sebagai kesimpulan, anda haruslah belajar menerima dan bersyukur tak kira apa pun warna kulit anda.
Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google
Artikel berkaitan: 10 Inspirasi Warna Hijab Yang Sesuai Untuk Gadis Berkulit Sawo Matang Ala Halima Aden
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=YkhBdRmIqEI&list=PLwTVJflD5bmE1XTPKBdcOYPwqHbRS0QJe&index=23
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI