Mesti ramai yang perasan dengan gaya selendang pada baju kurung yang digayakan oleh Raja Permaisuri Agong. Sebenarnya tak perlu mesin jahit dan tak perlu menjahit pun. Seorang tukang jahit berkongsi tip cara pakai selendang pada baju kurung ala Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sekarang ni trend Gaya pemakaian selendang ala permaisuri kan…..senang je nak buat sendiri.xpayah nak tggu tailor buat ke nak fikir beli kain berapa meter ke……meh sini hakak ajar cara nak buat dgn kos yg paling low cost……. .xperlu nak mesin2 jahit bagai…..guna shawl dan brooch jer…..
Tak banyak pun bahan yang perlu disediakan.
Selendang 2 helai Beberapa biji kerongsang/brooch Kapur (untuk tanda) jika tiada kapur, boleh guna pensel Pembaris
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Ambil ukuran bahu dulu.
Yang ni close up.
Lipat selendang kepada dua bahagian. Tandakan 7 inci sahaja supaya ia terletak di atas bahu menggunakan kerongsang tadi.
Ads
Ini ukuran siku.
Ukuran dari susut close up.
Bentangkan semula selendang dan cantumkan dengan selendang kedua.
Disarankan untuk menggunakan selendang half moon untuk nampak kemas dan cantik. Selendang dengan bentuk bersegi akan membuatkan selendang pada baju kurung kelihatan sangat labuh.
Gaya fesyen ini bukan sahaja ringkas tetapi yang penting menutup aurat. Nampak eksklusif sangat!
Sebaik mengetahui dirinya hamil kembar, peminat pelakon Zizie Izette ini memang tidak sabar menanti kelahiran bayinya ini. Walaupun kini usia kandungan sudah memasuki 6 bulan, namun Zizie masih lagi cergas ke sana ke mari tanpa ada halangan. Baru-baru ini beliau mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke beberapa buah negara termasuk London dan Turki. Walaupun tanpa kehadiran suami, Zizie tetap enjoy dan bijak bergaya sambil bersantai di kota besar itu ditemani ibu tersayang, Khaty Fauziah dan juga anaknya, Nayla Nurjenna yang berusia 2 tahun.
Admin suka melihat foto yang dimuat turun oleh Zizie. Biarpun dalam keadaan hamil,dia tetap maintain menjaga penampilannya yang serba sempurna dari ‘top to toe’. Sememangnya Zizie antara kalangan artis yang bijak bergaya walau dalam apa situasi. Pelakon Hero Seorang Cinderella ini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Ahli Parlimen Kinabatngan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada 2009.
Sebelum itu, mommy to be itu ada muat turut status memberitahu dia sedang hamil anak kembar dan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Zizie hingga saat melahirkan nanti. Dia dijangka melahirkan anak sekitar Disember atau Januari jika dipermudahkan oleh Allah nanti.
@amthaqshoppe Semoga Allah mudahkan urusan sebelum & selepas bersalin nanti sis @zizieizette . Orang kata byk bjln mudah bsalin. Have a safe journey to both u, jenna & babies?
@lengloy Mommy Cantikk & comel bby bump
@alizasyakira Npk perut mcm baby girl
@ena_krol78 Cantiknya ibu..@zizieizettemcm baby boy ja…ibu cantik sgt…
@nurakmar786 Luv yr style?mom n daughter n mom..simply awesome
Dalam pada itu, netizen juga tidak terkecuali memuji seri ibu mengandung ini. Rata-rata memuji stail Zizie yang bijak mix & match penampilannya sepanjang percutian ini. Beliau menyarung kemeja atau blaus yang dipadankan dengan jaket atau kardigan pelbagai saiz. Biarpun gaya selendang yang digayakan hanya terletak begitu sahaja di kepala, tetapi kelihatannya cukup stailo. Begitu juga dengan kasut, nampaknya Zizie senang memilih yang bersesuaian agar selesa untuk melangkah.
Melihat penampilan Zizie begitu, ada juga usikan nakal pabila melihat perut Zizie Izzete menyangka dia mengandung baby boy atau girl. Walaupun apa sekali jantinanya, rata-rata mengharapkan Zizie akan selamat melahirkan anak kembarnya itu nanti.
Siapa kata hamil tak boleh bergaya, foto-foto ini buktinya.
Masalah utama kaum wanita yang boleh turunkan tahap konfiden adalah kenaikan berat badan yang mendadak. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Tetapi usah risau kerana tetap ada jalan penyelesaiannya.
Seperti perkongsian kakak kepada justawan kosmetik, Yatie Sendayu Tingggi yang pernah mengalamai pertambahan berat badan selepas melahirkan anak. Tujuh tahun lalu beratnya ketika itu 80 kilogram (sewaktu mengandung) tetapi dalam masa empat bulan berjaya turunkan hingga 45 kilogram.
Namun berkat kesungguhannya, Yatie berjaya mendapat berat badan ideal. Menurutnya tidak perlu berlapar, cuma perlu pandai kontrol makan dan yang paling penting disiplin.
Ayuh ikuti perkongsiannya dalam posting di laman sosial instagram.
Yang masih tak berjaya turunkan berat badan jangan kecewa !
Kak Yatie mmg dari anak dara jenis berisi. Berat dlm 58-60kg since bujang lagi. Lepas kawen agaknya, berat mendadak naik sbb happy
Org cakap biasanya perempuan lps kahwin mmg akan naik berat badan. Jadi Kak Yatie buat kira2 kalau biar je setahun naik 2kg, kalau 5 tahun dah 10kg. Kalau beranak, mau tmbh 5kg minima. @ady_sendayu.tinggi pulak jenis susah naik berat badan since bujang. Pastu suka menyakat picit2 lemak blkg leher cakap byk daging. Terasa tau bila badan nak naik start diet. Malam tak hamah makanan berat.
Itu lah reason utama nak kurus & sihat. Sbb lps bersalin berat 79kg. Berkobar2 nak kurus. Malam tak jamah makanan berat dah even dlm pantang. Last makan jam 6.30ptg. Kalau kebulur ambil Easyfull je 2 scoop
Kak Yatie jenis kuat makan sbb dulu masa kecik2 mak abah susah, jadi bila bab makan ni pantang nampak .. jadi nak kontrol makan mmg payah. Mcm memanggil2 tau. Sbb tu mesti ambil Easyfull segelas dlm 15 minit sblm mkn berat. Mesti nasi x abis. If uols jenis pandai kawal sendiri tak perlu la ambil pun. Plus Easyfull ni kontrol craving pd makanan manis, berminyak & crunchy
DTox tu Kak Yatie mmg consume harian sbb jenis susah ke tandas walau dah balun pisang, betik, minum air bagai. Skin mmg nampak beza lps amalkan ni. Blh tgk dlm video tu masa lps pregnant ke 2. Masa pregnant 1st DTox xde lagi .
Bagaimana Nak Maintain Berat Badan”. Yang tu susah dan ramai gagal. Alhamdulillah lepas 7 tahun berat Kak Yatie sama je. Paling berat pun cecah dlm 48kg sbb travel byk ni mengundang rutin berbeza nak2 tang makan kan
Orang wanita memang tak lari dari rasa nak tampil cantik. Apa juga petua pasti akan dicuba. Cuma, adakah semua yang kita buat itu dibolehkan dalam Islam? Misalnya mencukur buku kening. Ramai yang buat lebih-lebih jika bulu kening berserabut hingga mencacatkan riasan wajah.
Dalam hal ini hukumnya adalah HARAM bagi wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu kening. Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita.
Para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita. Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, mencabut untuk mencantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.