
Isi Kandungan
ToggleKonsep dan tujuan bersedekah adalah bertujuan membantu golongan yang lebih memerlukan dari diri kita. Malah, rezeki lebih midah datang sekiranya kita sering berkongsi rezeki bersama orang lain. Tidak kisah samada pemberian itu banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keihklasan diri kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Begitu jugalah dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki dermawan ini.
Cari Pendapatan Sampingan Jual Ais Krim, Tak Halang Lelaki Ini Bersedekah!
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Tindakan murah hati, lelaki ini yang memberikan ais krim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah tular di laman sosial.
Hantaran video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @ruimeilo, memaparkan lelaki berkenaan meletakkan tanda “Ais krim percuma kepada OKU” di motorsikal miliknya menjadi tular.
Hijabista difahamkan bahawa lelaki ini merupakan seorang penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih untuk menyara isteri dan anaknya dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai.
Artikel berkaitan: Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Ketika disoal mengapa dia memutuskan untuk melakukan tindakan sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit dan meninggal dunia. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Netizen Kagumi Kemuliaan Hati Lelaki Ini, Tetap Mahu Bersedekah Meski Hidup Serba Kekurangan
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mrndapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak dan mengagumi semangat serta kemuliaan lelaki berkenaan yang sanggup berkongsi rezeki meskipun serba kekurangan.
Sekadar info, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Apa yang penting, sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati si pemberi.
Sumber: TikTok @ruimeilo
Artikel berkaitan: Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini. Paling Mudah Baca Al-Fatihah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Petua Berhasil Agar Dipercepat Jodoh Yang Baik Bagi Mereka Yang Masih Single

Isi Kandungan
TogglePasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.
Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat..
Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung tiba, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.
Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Perkahwinan itu rezeki. Semua orang boleh mendapatnya
Ada pepatah arab yang berbunyi:
Man Yazro’ Yahsud”
Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.
Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.
Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Perkahwinan , ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.
Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh
1. Memperbetulkan kembali niat kita
Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.
2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri
Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.
Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.
Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh. Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan tudung, memakai wangian, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.
3. Tingkatkan kepercayaan diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat
Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri? Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.
Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
— Yusuf :87
4. Memperluaskan Jaringan Pergaulan
Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya. Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.
Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Antara tujuan laman sesawang ini membantu anda mengenai soal jodoh dan memfokuskan program memudahkan carian jodoh dengan kaedah islami. Mungkin salah satu diantara ahlinya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari. Itulah gunanya networking yang luas.
5. Memperbaiki Diri Sendiri Dahulu
Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?
Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.
Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita. Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.
6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga
Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain
Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain.
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT. Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha.
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.
8. Lapangkan Hati dan fikiran seluas-luasnya.
bila lagi giliran awak?”
“awak dah berpunya ke?”
“bila lagi nak makan nasi minyak”.
Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya. Pasti. Peluh besar. Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.
Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.
Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil. Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.
Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:
- “Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”
- “Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”
- “Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”
Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik. Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita. Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.
9. Mengamalkan Doa agar dipercepatkan Jodoh
Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh. Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.
Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
“Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
(Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita
“Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
Bersabarlah. Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive 🙂
SUMBER : AKU ISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Mereka Dalam Zon Dunia Tipu-Tipu’- Lufya Harap Netizen Unfollow Mereka Yang Bermasalah

Berkongsi di laman instagram, penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar meminta semua untuk membantu mereka yang sedang menghadapi masalah dengan tidak mengikuti akaun media sosial mereka.
Jelasnya, ini perlu dilakukan supaya mereka dapat kembali sedar mengenai salah dan silap kelakuan mereka yang di luar kawalan.
Itulah cara terbaik untuk kita bantu mereka yang sedang bermasalah dengan keyakinan dirinya. Ini cerita bukan pasal seorang tapi sekumpulan.
Tambah Lufya, dia takut perkara sebegini menjadi ikutan ramai di media sosial hingga ke sanggup menjadi murtad.
Bacalah posting seseorang itu dengan hati yang terbuka dan positif. InsyaAllah faham dengan apa yang nak disampaikan. Baca ayat 3 Qul, tidurlah dengan tenang.
Hantaran oleh Lufya itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pandangannya itu. Netizen juga berharap agar mereka yang sedang ditimpa masalah itu diberikan hidayah dan dapat kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Hamid Arshat Dedah Hijabi Muda Kini Senang Dapat Penyakit, Kongsi Tip Kekal Sihat & Panjang Umur

Isi Kandungan
ToggleUjian datang tidak mengira usia muda ataupun tua dalam pelbagai cara termasuk soal kesihatan. Malah menurut Dr Hamid Arshat perkongsian di laman sosial facebooknya, tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas anat membimbangkan. Dikatakan dalam kalangan mereka menghidap sakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol tinggi. Semua ini boleh menyumbang kepada berlakunya serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, berkemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan juga komplikasi kesihatan.

Namun begitu menurut beliau, selain berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan, turut disaran amalkan tabiat gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga.
KUATKAN IMMUNITY ATAU KEKEBALAN ANDA UNTUK MENANGKIS SERANGAN PENYAKIT
Tahap Kesihatan orang-orang dewasa Malayasia, berumur 18 tahun ke atas amat membimbangkan; 30% mengidap penyakit darah tinggi, 17.5% mengidap penyakit kencing manis Dan 50% mengalami tahap cholesterol tinggi. Lebih kurang 15% dalam kaedaan prediabetic dan berpotensi mengidap diabetes dalam tempoh beberapa tahun jika tiada kawalan.
Mereka ini terdedah kepada serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyuk, kemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan lain-lain komplikasi Kesihatan.
Bila umor meningkat 60 tahun satu dari 4 orang akan diancam penyakit kanser dan dalam umor 70 tahun keatas 10 – 15% akan dilanda nyanyok dan alzheimer.
Pada keseluruhan tahap kesihatan penduduk malaysia semakin meningkat; jangka hayat 75 tahun, 72 tahun untuk orang lelaki dan 77 tahun bagi wanita Malaysia.
Sambil kita berdoa setiap hari untuk mohon sihat serta kuat tubuh badan dan akal fikiran, kita perlu mengawal diri dengan mengamalkan tabiat-tabiat hidup sihat.
1. Berfikiran positif, tenang, ceria dan lapang dada.
Segala fungsi-fungsi tubuh dikawal olih otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala-galanya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.
Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.
Orang-orang yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha’Allah akan lanjut usia.
Stres merupakan satu penyebab utama bagi berbagai-bagai penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stres jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.
2. Kawal stres
Bila stres, hormon steroids meningkat dan saluran darah kuncup. Jika berterusan boleh merosakkan organ-organ terpenting saperti jantung, otak dan buah pinggang.
Ada bermacam-macam kaedah untuk mengawal stress, termasuk solat, puasa, baca quran, zikirullah, selawat, exercise, deep breathing exercises, yoga, Tai chi Dan lain-lain. Kita pilih yang mana sesuai untuk diri kita dan amalkan setiap hari.
Exercise yang paling mudah dilakukan ialah ‘deep breathing exercise’ , sambil duduk sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam yang bolih dan lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut. Ulang pernafasan selama 5 minit dan ulang exercise di mana-mana tempat bila berasa keletihan dan mental tertekan.
Amalkan berzikir dan selawat bila memandu kereta dan bila-bila masa lapang.
Walau pun menghadapi provokasi, cuba tahan marah, jangan simpan dendam.
Bila timbul perbalahan, pertengkaran, isteri berleter atau konflik tinggalkan tempat tersebut. Banyak beristighfar.
Bila ditimpa musibah, banyak bersabar, jangan terlalu sedih dan hampa menghadapi qada’ dan qadar Allah SWT.
3. Makan yang berkhasiat dan berzat.
Kenbanyakkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan makanan yang seimbang, bekhasiat dan berzat. Mereka terlebih makan gula dan manisan, karbohaidret dari makanan-makanan segera, junk foods, makanan-makanan diperoses , diawet dan dimaniskan. Kurangkan atau jauhi makanan-makanan tersebut.
Lebihkan makanan-makanan yang mentah dan segar; buahan-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulam dan sumber-sumber protein, daging, ayam, ikan-ikan dan makanan laut yang segar tanpa diperoses. Sepatutnya 70% daripada diet kita terdiri makanan-maknanan mentah dan segar.
Ulam raja dikatakan berkesan sebagai anti kanser. Peria boleh kawal kolestrol dan gula dalam darah.
Kurangkan makanan-makanan digoreng dan berlemak santan, susu atau lain-lain. Makanan-makanan yang distim atau diebus dan dicampur dengan ramuan-ramuan halia, kunyit, bawang putih dan merah adalah lebih berkhasiat.
Amalkan jus buah-buahan segar dari lemon, limau nipis, apel, carrot, jambu, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Jus-jus tersebut menjadi sumber vitamin, logam, anti oksidan dan serat.
Makanan sampingan : Bila lapar sebelum waktu makan, amalkan makan kacang badam, walnut, peanuts, gajus; biji-biji labu, sunflower, kismis, keroma, apricot dan cranberry kering. Semua boleh dibeli dari kedai arab.
4. Amalkan senaman 30 minit setiap hari.
Bersenam mudah diucapkan tapi sukar dilakukan. Jangan tangguh, terus lakukan setiap hari.
Hanya 30% penduduk Malaysia pernah bersenam buat dan hanya 14% yang betul-betul bersenam secara berkesan.
Paling mudah ialah berjalan kaki selama 30 minit khususnya lepas makan atau lepas solat subuh.
Bersenam dengan treadmill, angkat berat atau basikal spin lebih intensif dan berkesan.
Faedah bersenam ialah membakar lemak, mengawal gula dalam darah serta menguatkan otot-otot dan organ-organ.
Ia juga mengawal hormon steroids; mengeluarkan endorphins dalam otak yang memberi rasa tenang dan ceria.
Di peringkat dalaman sel-sel , senaman menjadikan telomere dalam DNA menjadi lebih panjang dan seterusnya meningkatkan kesihatan.
Saya berkebun di sekitar kawasan rumah untuk menggantikan senaman harian dan untuk tanam herba, ulam-ulam dan sayur-sayuran.
5. Vitamin, logam dan suplemen.
Vitamin-vitamin dan logam-logam adalah sangat penting bagi pembinaan dan pertumbuhan sel-sel, dan tisu. Percambahan sel-sel sangat penting untuk peroses baik pulih tisu-tisu dan organ-organ yang sentiasa terancam oleh trauma, serangan kuman-kuman dan pelbagai racun.
Seringkali pemakanan harian kita tidak mengandungi zat-zat dan vitamin yang cukup dan seimbang. Ada kala pula usus kita tidak dapat menyerap sepenuhnya vitamin-vitamin dan logam-logam. Kekurangan vitamin dan logam mengakibatkan berbagai penyakit dan kerosakkan tisu dan organ-organ terpenting.
Saya dan isteri mengamalkan makan multivitamin jenama obimin, calcium, fish oil dan vitamin C setiap hari sejak berpuluh tahun.
Bila kita keluar negara seperti pergi umrah kita makan lebih vitamin C sampai satu gram sehari. Alhamdulillah jarang diserang kuman virus.
Saya juga mengambil suplemen yang mengandungi resveraterol dan antioksidan lain dari biji anggur. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kerosakkan sel-sel dan tisu-tisu jantung dan otak.
6. Kawal kegemukan
Malaysia punyai jumlah tertinggi penduduk yang terlalu gemuk (obesity) , 13.3 % dan yang sederhana gemuk (overweight) 38.5%.
Kegemukan menimbulkan bermacam-macam penyakit termasuk diabetes, darah tinggi, sakit jantung, serta ketidak suburan dan gangguan haid di kalangan wanita.
Menang mudah naik berat badan khususnya selepas kahwin, tapi berbagai usaha menurunkan berat badan sering gagal.
Tiada punca lain bagi kegemukan melainkan makan berlebihan khususnya makanan-makanan karbohidrat dan manisan. Tapi orang-orang gemuk menafikan hakikat ini (denial).
Kawal dan kurangkan amoun makan, gantikan karbohaidret dengan sayur-sayuran dan lauk-laun protein.
Lakukan senaman untuk bakar lemak dan kuruskan badan.
Ada suplemen untuk kurus tetapi tidak boleh bergantung terlalu lama pada ubat-ubat tersebut.
7. Cukup tidur dan rehat.
Sebaiknya seseorang tidur selama 5 – 7 jam dalam sehari semalam. Badan perlu rehat untuk proses baik pulih sel-sel dan tisu-tisu dan organ-organ.
Saya amalkan tidur awal jam 10.00 malam dan bangun jam 5.00 pagi untuk solat tahajud diikuti solat subuh berjemaah di masjid.
Alhamdulillah dalam umur 73 tahun Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan untuk terus memberi khidmat perubatan kepada yang memerlukan.
Sumber kredit: Dr Hamid Arshat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI