Setiap orang ada impian tersendiri dalam hidup. Ada yang mahukan pangkat, populariti dan kekayaan. Namun, ada juga yang tidak mengharapkan apa-apa melainkan mengejar redha Allah agar mendapat kebahagiaan di akhirat nanti.
Seperti kisah yang dikongsikan di Twitter ini, pemuda ini merupakan insan yang sangat bertuah yang telah diberikan rezeki oleh Tuhan mengenai suatu peluang yang didambakan oleh semua Islam. Apakah itu?
Tidak memilih wang…
He was from Pakistan. In the Kaaba, he was voted the most diligent cleaner of the month. They wanted to reward him money but he refused. Instead, he said he wanted to pray in Hijr-Ismail. The doors were closed, Hijr-Ismail was assigned to him and this image transpired. pic.twitter.com/q9fTrbJpfx
— 'Izz al-Dīn Kaykhusraw (@undersubscribed) May 13, 2019
Ads
Seorang pemuda dari Pakistan telah dipilih sebagai tukang cuci terbaik bulanan di Masjidil Haram. Pihak pengurusan mahu menghadiahkannya wang namun dia menolaknya. Sebaliknya, dia hanya mahukan solat di Hijr-Ismail. Umum sedia maklum bahawa setiap jemaah pasti berasak-asak mahu bersolat di situ. Rezeki buatnya, pintu ditutup dan ruang itu dikhaskan hanya untuk dirinya sahaja bersolat dengan limparan cahaya dari Kaabah.
Ads
Para netizen menyifatkan ianya ‘sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang’. Moga Tuhan kurniakannya keberkatan dan rahmat di dunia dan akhirat. Amin.
Tanggapan orang kita tidak mampu nak ubah apatah lagi apabila mereka membuat spekulasi yang berlebih-lebihan. Walau apa-apa pun Sharifah Rose tetap positif dalam segala cabaran yang di tempuhi.
Kini nama melonjak naik di dalam industri tanah air, Sharifah Rose kini giat aktif dalam dunia lakonan. Kecaman demi kecaman bukan menjadi satu penghalang buatnya untuk teruskan lagi dalam kerjaya ini.
Sharifah Rose, 24, kini telah berjaya melakar namanya di dalam industri lakonan sejak mula bergiat pada tahun 2019 dalam ‘Cerita Hantu Asrama’ siaran di Astro Prima. Bukan setakat itu sahaja, dia juga masih meneruskan lagi dalam bidang ini dengan drama-drama yang baru.
Terdahulu, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira atau lebih gemar di kenali sebagai Sharifah Rose merupakan seorang personaliti media sosial atau influencer yang cukup terkenal di kalangan remaja. Perubahan dari seorang personaliti media sosial kepada pelakon juga menjadi bual bicara buat seketika, namun, Rose menerangkan dengan tenang mengenai perubahan itu.
“Personaliti Rose yang bawak Rose sampai ke tahap ini. Jadi memang Rose takkan ubah personaliti ini,
“I memang start dari bawah dari influencer ke pelakon. I work from the bottom dan naik slow-slow,
“I already accept kecaman yang di terima. Dari dulu lagi kecaman ini, tetapi what I’m gonna do is to make the best out of it. Try evaluate diri and improve apa yang boleh.” jawabnya apabila di soal mengenai reaksinya terhadap kecaman yang di terima.
Katanya lagi meski pun menjadi seorang personaliti media sosial, dia tidak pernah menyalah gunakan namanya untuk mencuri peluang. Keyakinannya yang membuatkannya berjaya melakarkan nama dalam industri.
“Orang yang ikut perkembangan Rose tahu what ever Rose experience its forme,
“Apa achievement yang Rose sudah tempuhi, itu hanya Rose sahaja tahu bagaimana peritnya. Itu biarlah semuanya hanya untuk kemenangan bagi diri Rose.” apabila di soal mengenai kerjayanya.
Rose juga akui dia juga tidak mensia-siakan masa yang ada jika berada di set penggambaran untuk menimba ilmu lakonan. Dia jelaskan bahawa lakonannya juga banyak di bantu oleh rakan-rakan artis yang lain untuk membaiki lagi bakat yang ada.
“Dulu Rose memang susah nak menangis, nak keluarkan air mata itu memang sangat sukar. Nak kena take time,
“Tetapi bila dah mula praktis, tengok reference, join class, ada juga bertanya dengan pelakon-pelakon veteran di set untuk tunjuk ajar.” ujarnya.
Sharifah Rose juga bukan sahaja personaliti media sosial dan pelakon, malah, dia juga merupakan seorang usahawan bagi peniagaan tudung iaitu IniHariRose. Dia di temui pada majlis peragaan ‘ready-to-wear‘ Bridal Collection RR 2022/23 oleh Rizman Ruzaini di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Kematian yang dicemburi ramai, pemergiannya masih dirasai setiap sudut hati rakyat Malaysia. Umum Siti Sarah Raissudin meninggal pada hari ini 9 Ogos 2021 disebabkan virus covid-19 dan melahirkan anak yang ke-4.
Namun apa yang menjadi kehairanan setiap hati berkata apa amalan yang dibuat Almarhumah sehingga ramai yang menangisi pemergiannya. Sedikit demi sedikit segala kebaikan beliau diceritakan di kalangan selebriti.
Rupanya semasa hayatnya mengamalkan 5 tip ini yang menjadi satu keajaiban yang kita semua lihat hari ini. Apakah perkongsian yang arwah kongsikan itu.
Masyallah, rupanya ini amalan arwah Siti Sarah sehingga dijemput meninggla dengan cara yang diimpikan semua umat Islam. Apa yang penting arwah juga berpesan supaya berfikiran positif kerana yakin keajaiban dariNya pasti ada. Wallahualam!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tak kenal dengan penyanyi muda Aina Abdul? Sebut sahaja namanya pasti terbayangkan fesyen-fesyen luarbiasa yang berani digayakan sehingga mendapat julukan ‘Katy Perry’ Malaysia.
Baru-baru ini Aina telah mengadakan sebuah persembahan yang julung-julung kali diadakan di negara seberang, Singapura. Malah persembahan Aina disana berjaya memukau orang ramai dengan alunan suara emas miliknya.
Seramai lebih 1,000 orang ramai telah membanjiri lokasi persembahan yang berlangsung di Teater Mediacorp lapor penganjur acara tersebut. Jelasnya, ini merupakan sambutan luar biasa kali pertama yang diterima sejak 2019 lagi.
Tidak dapat disangkal lagi, Aina sememangnya mempunyai kualiti vokal yang cukup mengagumkan, ditambah pula dengan bunyi sound sytem yang setaraf sudah pasti acara tersebut mendapat pujian dan perhatian ramai.
Meninjau ke ruangkan komen pada hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Tik Tok Pasak Bumi, rata-ratanya memuji kehebatan vokal yang ditampilkan Aina pada persembahan tersebut.
Tidak sahaja mendapat respon positif dari warganet di Singapura, komen senada turut ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang bangga dan berpuas hati dengan persembahan serta imej negara yang dibawa Aina.
Untuk rekod, pada majlis amal tahunan terbesar anjuran Media Corp itu, Aina telah mendendangkan tiga lagu sebagai halwa telinga para peminatnya iaitu Shadow, Terus Hidup dan Permission To Dance (Duet bersama penyanyi lain).
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.