Pelakon, Ardell Aryana menunjukkan kreativitinya apabila mengubah suai sendiri kenderaan milik suami, Nadzmi Adhwa sebagai kejutan buatnya.
Menurut Ardell, sejak dari dahulu lagi dia lebih gemar melakukannya sendiri daripada menghantarnya ke bengkel. Dengan bantuan rakan-rakan, Ardell berjaya menyiapkannya dalam tempoh lima hari sewaktu Adhwa berada di Sabah.
Sebab susah untuk bergerak kerana ada anak kecil, maka Ardell memilih untuk membuatnya di rumah sahaja.
DIY sendiri, dari dulu bab ubah kereta bagi nampak nakal memang minat . Nak ke bengkel susah ada anak kecik, jadi kita buat kereta wawa dekat rumah je sendiri Matte black 🤭. Balik dari sabah nanti mesti dia marah kereta di comot kan 🥴
Ubah suai selama 5Hari 🚕 siap dah 2 hari lepas (Berpijor mata ) 😵, jaga urwa sambil nak siapkan surprise untuk wawa. Ok struggle nak buat tapi try & error je 🤷🏻♂️, pergi runner beli barang semua pastu buat sendiri kat rumah . Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang buat benda ni 😅 susah gak. Ini 4 orang punya kerja 👩🏻🔧 setiap hari pagi-malam ( Saya tak buat sendiri ya, saya buat dengan kawan-kawan yang biasa buat juga.. mana lah saya pro buat sume sendiri 🙂) . Subuh tadi keluar amik wawa kat airport ( finally selepas 7hari ) dia balik , berkerut muka dia 🤣 marah ke suke tak pasti . Nak tengok gambar full yang da siap wrapping & reaction muka wawa subuh tadi kat airport tak ? 🥴
Reaksi Adhwa yang terkejut dan terharu sewaktu Ardell menjemputnya di lapangan terbang dengan kereta yang telah diubah suai mengujakan penonton yang melihat video tersebut. Apatah lagi sewaktu Ardell menyebut, ”Terima kasih sebab cari rezeki untuk kitaorang.”
Sweetnya tengok pasangan ini! Untuk Adhwa dapat isteri yang mahir mengubah suai sendiri kereta. Banyak je cara sebenarnya untuk kita hargai pasangan kita macam yang mereka buat ni. Tak kisah bagaimanapun caranya yang penting ikhlaskan?
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Setelah mengalami saat terindah proses kehamilan selama 9 bulan, akhirnya pengasas tudung jenama terkenal, Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nonones selamat melahirkan anak pertamanya. Walaupun sudah dua minggu melahirkan anak, tetapi baru semalam Hanis berkongsi wajah puteri sulungnya itu.
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, Hanis memberitahu dia bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah terindah ini.
Masing-masing memuji kecomelan wajah si cilik ini yang dikatakan bernama Irina. Apa yang pasti kehadirannya akan lebih menyerikan rumah tangga Hanis dan suami tercinta.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga rumah tangga mereka berdua kekal till jannah.
Setiap orang pasti mempunyai gaya dan signature mereka yang tersendiri apabila kita melihat mereka. Elemen ini penting juga buat selebriti oleh kerana ianya suatu benda yang boleh membuatkan orang kenali mereka dengan lebih senang.
Cukup terkenal dengan gayanya yang berkilau serta unik, penampilan Dato’ Seri Vida baru-baru ini mengejutkan warganet dengan gaya yang lebih simple. Ada yang kata tampak lebih muda sebegini.
Siapa sahaja yang tidak tahu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, 51, yang popular di sebabkan personalitinya yang menghiburkan orang ramai. Tambahan pula, dia juga turut menjadi perhatian orang ramai oleh kerana penampilan yang sering di tonjolkan.
Gemar di kenali sebagai DSV, dia juga turut memperagakan beberapa jenis pakaian yang luar dari kebiasaan. Tidak ramai seperti dia, aksesori emas, penggunaan baju serta tudung yang berwarna hot pink menjadi signature dia dan ramai yang tahu itulah dia DSV.
Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ada memuatnaik satu posting di ruangan Instagram miliknya itu baru-baru ini. Menjadi aktiviti normal untuk melihat DSV berkongsi tentang outfit serta perkembangan hidupnya seharian.
Namun, kali ini ia mengejutkan ramai orang kerana DSV memilih untuk berpakaian lebih simple dan tampak lebih muda seperti yang di katakan dalam ruangan komen. Siapa sangka DSV akan pilih untuk bergaya seperti itu.
Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, mengenakan pakaian dress berwarna hot pink dengan perincian manik-manik yang melengkapi gaya yang simple dan sofistikated. Dia juga mengenakan gaya turban yang membuatkan gayanya tampak lebih fresh dan mempersona.
Sudah pasti ramai yang akan mengolah atau memberi komen tentang pemakaian DSV kerana dia sering menjadi perhatian orang ramai. Kini, ramai yang memberikan kata-kata positif mengenai pakaiannya. Bahkan ada juga yang minta kekalkan gaya seperti itu.
Rata-rata ramai yang memuji penampilannya yang tampak simple namun masih mengekalkan gaya signature Dato’ Seri Vida. Jelas sekali ramai yang menantikan yang gaya terbaru DSV setiap hari. Cantik dan ayu, tak sabar nak tengok apa yang akan di bawakan pada masa akan datang pula.