Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijjah, ini demikian kerana ia merupakan hari kemuncak bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji dan melakukan wukuf di Arafah bermula pada waktu terbenamnya matahari pada waktu Zuhur 9 Zulhijjah hingga terbitnya fajar pada 10 Zulhijjah.
Namun, bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji adalah disunatkan kepada mereka untuk berpuasa pada hari Arafah kerana ia mempunyai ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Bagaimana Jika ‘Haid’ Dan Terlepas Peluang Berpuasa Di Hari Arafah?
Namun, bagi wanita-wanita yang sedang datang bulan (Haid) dan terlepas peluang untuk berpuasa di hari Arafah. Jangan khuatir sis! Anda masih berpeluang merebut ganjaran pahala dengan memperbanyakkan doa dengan memohon ampun serta meminta apa sahaja yang diingini kepada ALLAH.
Ini demikian kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda dalam Hadis Riwayat Tirmizi dan baginda menjelaskan bahawa “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
Dua Doa Yang Sesuai Dibaca Di Hari Arafah
Justeru, disini Hijabista mengesyorkan dua doa yang sesuai untuk anda pohon di Hari Arafah, kerana dua doa ini merupakan antara doa yang acapkali dibaca oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda:
(La ilaaha illaAllah wahdahu la syariikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syai’in Qadiir)
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA segala kekuasaan dan bagi-NYA segala pujian, dan DIA-lah Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Doa kedua ini merupakan doa tambahan kerana ia merupakan doa yang jarang-jarang dibaca, namun ia adalah amalan Rasulullah SAW ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ في قَلْبِي نُورًا، وفي بَصَرِي نُورًا، وفي سَمْعِي نُورًا، وعَنْ يَمِينِي نُورًا، وعَنْ يَسارِي نُورًا، وفَوْقِي نُورًا، وتَحْتي نُورًا، وأَمامِي نُورًا، وخَلْفِي نُورًا، واجْعَلْ لي نُورًا
Ads
Maksudnya: “Ya ALLAH, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan di pandanganku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dari kananku cahaya, dan dari kiriku cahaya, dan di atasku cahaya, dan di bawahku cahaya, dan di depanku cahaya, dan di belakangku cahaya, berilah aku cahaya.” (Sahih Bukhari, no. 6316)
Kedua-dua doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, terutamanya untuk mengisi jam-jam terakhir yang berbaki sebelum tamatnya hari Arafah pada 10 Zulhijjah.
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.
Ada individu yang sukar untuk bangun mengerjakan solat tahajud, walaubagaimanapun ada cara yang membolehkan kita menjadikan solat tahajud ini begitu mudah untuk dikerjakan.Amalkan 9 langkah ini insyallah rasa saying untuk tingglakan walaupun sehari.
1. Tidur Sedikit Pada Waktu Siang
Bagi yang bekerja, digalakkan tidur sekejap sebelum atau selepas zuhur (Qailullah).
Pejamkan mata 15-20 minit ketika waktu rehat tengahari.
2. Tidur Awal Pada Waktu Malam
Sebaiknya selepas solat isyak atau sebelum pukul 10 malam.
3. Menjaga Pemakanan
Elak makan dan minum dengan banyak kerana apabila kenyang, sukar untuk bangun malam.
4. Amalan Sebelum Tidur
Amalkan baca Mathurat sebelum tidur. Selain menjadi pendinding diri, ia juga membantu memudahkan bangun di tengah malam.
5. Pasang Niat
Niatkan dalam hati untuk bangun mengerjakan solat malam. Mohon pada Allah supaya tidur menjadi kerehatan buat kita sehingga berdaya bangun untuk menunaikan solat tahajud.
6. Posisi Tidur
Amalkan posisi tidur secara mengiring ke kanan.
7. Cuba amalkan tidur dalam keadaan berwuduk
Sebelum tidur amalkan berwuduk dan lebih baiknya kerjakan sunat witir.
8. Kuatkan Azam
Tekadkan diri untuk memperoleh pahala dan kelebihan mengerjakan solat malam.
9. Sentiasa Muhasabah Diri
Jauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat kerana ia boleh jadi penghalang untuk mudah bangun di tengah malam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Majlis yang penuh dengan mode k-pop, pelakon dan usahawan, Hanez Suraya telah melancakan produk pewarna bibir, Cake Pop serta mengadakan ‘baby shower’ untuk kelahiran anak keduanya di Hotel Grand Millennium, semalam.
Impian Mengeluarkan Produk Sendiri Selama 4 tahun
Berjaya menyakinkan suami setelah 4 tahun.
Setelah 4 tahun Hanez Suraya cuba menyakinkan suami untuk mengeluarkan produknya sendiri kini impian telah tercapai. Produk pelindung bibir yang berwarna atau lebih dikenali dengan nama CAKE POP Lip Tint ini di bawakan khas untuk peminat setia drama Kpop.
Bersama keluarga dan mereka yang mendokong usaha Hanez untuk menghasilkan CAKE POP
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural selebriti Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Kelihatan sangat semulajadi dan sangat segar.
Rakan yang selalu support perniagaan Hanez
“Disebabkan itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya lagi yang turut menjelaskan, Cake Pop sudah pun boleh didapati mulai hari ini dan dijual di atas talian menerusi instagram cakepop.hq .
Kehamilan Kali Kedua Obses Dengan Drama-drama KOREA
Tema warna Kpop untuk majlis yang cukup meriah.
Mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Malah katanya kepada, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan dari negara berkenaan.
Mia Ahmad antara selebriti yang rapat dengan Hanez
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat tetapi tidak hanya pada dunia hiburannya semata-mata,” katanya.
Tidak Perlu Bersolek Dan Tetap Menjaga Aurat Semasa Bersalin
Hanez sebagai duta Deja Kosmetik mempunyai kecantikan yang semulajadi.
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai ini. Duta rasmi Deeja Kosmetik ini juga dikurniakan kecantikan yang asli dan semulajadi walaupun tanpa mengenakan solekan.
Hijabista sempat mengajukan soalan adakah dia akan bersolek sementara menunggu untuk di bawa ke persalinan supaya penampilan lebih menyakinkan bagi berkongsi serta muat turun gambar selepas bersalin.
Bersama suami tercinta
“Setiap orang berlainan pembawakannya. Bagi Hanez dari mengandung anak pertama lagi Hanez tidak bersiap apa-apa kerana tumpuan lebih kepada mahu bersalinkan anak kedua ini. Dan bayi yang bakal lahir ini juga belum tentu lagi pembawakannya bagaimana.
Turut mengumumkan jantina kandungan keduanya
“Hanez yakin dengan penampilan diri sendiri walaupun tidak mengenakan sebarang solekan kerana saya jarang berkongsi di laman sosial.”
Hanez Suraya juga memilih doktor perempuan yang akan menyambut anaknya. Baginya dia lebih selesa dalam bilik bersalin bertemankan suami serta doktor dan pembantunya adalah perempuan. Ini kerana dia bimbang sekiranya semasa bersalin auratnya tidak terkawal.
Tidak Risau Untuk Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin
Hanez Suraya cukup bertuah mempunyai badan yang cukup langsing namun telah sarat berbadan dua, tidak nampak perubahan yang ketara. Bagi mereka yang lepas bersalin pasti mempunyai masalah untuk turunkan bert badan, lain pula Hanez.
Bersama suami dan anak tiri dan puteri kesayangan.
“Memang Hanez tiada masalah untuk turunkan berat badan, namun apa yang perlu Hanez titik beratkan adalah kesihatan dalaman. Jadi, Hanez akan berpantang betul-betul supaya badan kembali langsing seperti sebelumnya.
“Lepas bersalin Hanez akan pastikan elak minumam bergula dan juga akan amalkan minum air putih lebih banyak. Alhamdulilah selepas kelahiran pertama dahulu Hanez tidak punyai masalah dalaman,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Walaubagaimanapun bukan semua wanita rajin, untuk wanita yang penuh denga naktiviti semasa boleh dapatkan toner di pasaran Ini senarai make up remover yang terbaik yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water
Pencuci makeup all-in-1 ini mampu menghapuskan solekan, membersih dan menyegarkan kulit muka. Dengan hanya sedikit produk, ia akan terus menanggalkan makeup. Ia juga sesuai untuk bibir dan mata.
Pembersih serba boleh yang mengandungi teknologi micellar ini ibarat magnet yang menangkap dan mengangkat kotoran, minyak dan solekan untuk memberikan kulit terhidrat, bersih sempurna dan tidak mengeringkan.
Mary Kay Oil Free Eye Makeup Remover
Pencuci make up ini diiktiraf oleh ophthalmologist untuk pemakai contact lens dan kulit sensitif. Pencuci makeup ini juga telah diuji secara klinikal dan mengandungi bahan-bahan yang hypoallergenic dan bebas minyak, sesuai untuk kulit bermasalah dan alergi.
Watsons 3-in-1 Micellar Water Facial Cleansing Wipes 20’s
Bagi mereka yang always on-the-go dan memerlukan cucian yang menyeluruh sewaktu travel atau di tempat kerja, facial wipes daripada Watsons ini adalah amat berkesan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hanya dengan satu sapuan, kulit akan bebas daripada solekan. Tak percaya? Baca lambakan review positif daripada para pengguna daripada links yang kami paparkan.
Nivea [Hydration] Make Up Clear Micellar Water
Makeup remover ini menghilangkan makeup yang tak dapat ditanggalkan oleh air. Ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengekalkan dan menambah kelembapan kulit kering seperti hyaluronic acid, golden algae, hydra IQ, dan marine salt.
Ia juga bebas daripada alkohol, paraben, pewangi, pewarna dan silikon. Sifat bahannya yang lembut menjadikannya sesuai untuk digunakan di bahagian sensitif seperti mata.
Bioderma Sebium H20
Pencuci makeup ini membersihkan dan menghilangkan solekan tanpa mengeringkan kulit. Diperkaya dengan agen penyucian, glukonat zink dan tembaga sulfat, ia sesuai walaupun berkulit yang paling sensitif.
Ia juga mengawal penghasilan sebum supaya liang pori tidak tersumbat dan bebas dari bakteria, menjadikan kulit bebas daripada jerawat.
Innisfree Green Tea Cleansing Water 300ml
Pencuci makeup yang memberikan aroma teh hijau segar organik yang kaya dengan asid amino dan mineral yang melembapkan dan mencerahkan kulit yang kering akibat solekan.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu merawat kulit muka yang kering, memberikan perlindungan dari matahari dan sangat sesuai digunakan untuk kulit jenis kombinasi. Kulit akan kelihatan lebih segar dan licin selepas penggunaannya.
Maybelline Micellar Water 3-In-1 Makeup Remover
Kandungan air micellar bertindak sebagai ejen penyingkiran kotoran dan melindungi kulit anda daripada pencemaran. Ia mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka. Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari warna dan alkohol.
L’Oreal Paris Pink Micellar Water Moisturizing
Dirumus khas dari ekstrak french rose yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memberi kelembutan pada kulit dan tidak meninggalkan rasa ketat.Selain itu, teknologi molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kekotoran dari kulit dengan teliti. Ia membersih, mengeluarkan solekan dan menenangkan kulit selepas seharian.
Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
Gabungan ramuan 3 jenis minyak iaitu minyak kacang hitam, sesame hitam dan biji blackcurrant hitam. Minyak kacang hitam membantu mengawal sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi sensasi segar. Manakala, minyak sesame hitam adalah untuk hidrasi kulit dan mengekalkan keremajaan pada wajah.
Minyak biji blackcurrant pula adalah untuk melindungi kulit muka dan membaik pulih sel kulit. Pencuci makeup yang sangat sesuai untuk pembersihan sehingga ke dalam liang pori anda.
Pencuci makeup ini mengandungi ekstrak betik yang dapat melembutkan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak teh hijau yang bersifat antioksidan dan estrak moringa sebagai ejen anti-pencemaran. Makeup remover ini dapat menanggalkan solekan dengan mudah termasuk maskara kalis air dan gincu tanpa meninggalkan sisa dan melindungi kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...