Baru-baru ini kita digemparkan dengan musibah yang menimpa pelakon muda, Alif Muhaimin apabila diuji dengan ujian berat rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana Ibunya sempat diselematkan oleh adiknya, sewaktu api marak itu sedang membakar kediaman mereka.
Ibu Sempat Hantar Whatsapp Maklumkan Kejadian
Perkara berkenaan dikongsikan Alif menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pada hantaran itu Alif berkongsikan momen rumahnya terbakar dijilat api semalam dalam bentuk video dan gambar.
Menurut Alif, ketika kejadian berlaku ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga memaklumkan insiden ngeri itu. Alif dan adiknya bergegas pulang kerumah sejurus menerima berita itu untuk menyelamatkan ibu mereka.
“Adik nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci demi selamatkan ibu, hingga tangannya melecur.
Ads
“Alhamdulillah, walaupun rumah terjejas dengan begitu teruk sekali, namun saya bersyukur bahawa ibu berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
Frame Mengandungi Ayat Suci Al-Quran Langsung Tak Terjejas!
Mengulas insiden malang itu, Alif berkata apa yang lebih menakjubkan selain keselamatan ibunya, adalah frame gambar berisi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang digantung di bawah alat pendingin hawa (air-cond) rumah itu langsung tidak terjejas.
Ayat Al-Quran di dalam frame itu kekal utuh, langsung tidak terusik samada koyak mahupun terbakar, meskipun air cond rumah mereka cair dan musnah dijilat api.
Malah, Alif turut merasa kagum terhadap kebesaran Allah yang maha esa, berikutan tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak susulan musibah yang menimpa itu.
Kalau dah namanya perempuan mesti ada sekurang-kurangnya compact powder satu dalam beg tangan. Perkara normal sebagai perempuan mesti pernah make up jatuh pecah berderai terutama sekali seperti eye shadow atau blush. Berkecai betul hati tengok make up jatuh kan?
Tapi jangan risau lah. Sebabnya, anda masih boleh kembalikan make up tu ke dalam bentuk asal. Jadi tidak akan comot beg hingga jadi berdebu kan?
SUMBER: Nifty
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menutup aurat memang menjadi kewajipan seorang wanita yang sudah akil baligh. Namun dewasa ini kita lihat memahai tudung itu sudah seperti berfesyen. Ada yang merasa sudah cukup dengan hanya menutup rambut dengan sehelai tudung tetapi masaih melakukan beberapa perkara yang turut menjadi kesalahan. Mereka ini menutup aurat bukan sekadar memenuhi tuntutan Allah tetapi lebih kepada niat untuk berfesyen. Tanpa sedar apa yang dilakukan itu tidak menepati syariat Islam. Ini antara kesalahan wanita berhijab yang sering abaikan tentang penjagaan aurat.
Memang dikatakan bertudung tetapi menayangkan jambul atau hujung tambut. Tahukah anda hanya dengan sehelai rambut dilihat lelaki, satu dosa yang akan kita dapat. Jadi dapatkan kiranya kita membuat perkiraan jika menampakkan rambut terutama pada gambar yang dimuat turun di laman sosial facebook. Bayangkan berapa pula mata lelaki yang memandangnya.
ini dikatakan trend apabila ramai hijabi kini gemar memakai hijab singkat. Asalkan rambut tidak kelihatan tetapi cara ini menampakkan sebaagian leher, tengkuk dan juga dada. Lebih teruk jika ada memuji penampian begini cantik tetapi perlu diingat pemakaian tudung itu mestilah menutup dada.
Ada juga yang berpakaian tetapi menggayakan baju yang menampakkan tubuh badan. Penampilan seperti ini sama seperti tidak memakai tudung. Berpakaian ketat hingga menampakkan sebahagian lurah dada atau bentuk peha dan betis.
Ada juga yang mengenakan tudung tetapi mengenakan baju t-shirt pendek hingga menampakkan lengan. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat kerana lelaki boleh melihat lengan yang terdedah. Kalau mahu mengenakan t-shirt sebegini elokkan dipakai dengan jaket atau kardigan.
Jangan tak tahu kaki kita juga adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stoking tetapi wajib menutup kaki. Seperti mana solat, perlu menutup kaki, lengan, rambut dan tubuh kerana ia adalah aurat.
Ada pula sesetengah yang memakain fesyen tudung bonggol unta dan ada mengatakan ia adalah haram. Hati-hati dengan cara pemakaian tudung sebegini kerana boleh undang hukum haram.
Kesimpulannya menjaga batasan aurat itu menjadi lebih mudah sekiranya tahu batasan hokum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat Allah SWT. Sekiranya diikuti pelbagai ganjaran dan pahala yang akan diperoleh. Jangan sampai apa dilakukan mendapat kemurkaan Allah. Jadi berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan cuba perbaiki kesilapan.
Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling agung. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata buat penyeri rumah tangga. Kalau boleh mahu lihat dia membesar cukup sempurna dengan penuh kasih sayang. Tetapi bagaimana pula yang hanya diberi tempoh singkat untuk bergelar ibu. Bagi Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32 tahun hanya berpeluang menjadi ibu selama 15 hari sebelum bayi ketiganya yang diberi nama Aisya Hanani Mohd Hannan meninggal dunia.
Malah dia turut berpengalaman melihat detik terakhir nyawa anaknya sebelum menarik keluar tiub pernafasan. Walaupun kejadian ini berlaku sekitar Jun lalu, tetapi kita sebagai wanita yang bergelar ibu dapat merasai kesedihan atas kehilangan anak tersayang.
Ikuti perkongsiannya yang menurut laporan di Harian Metro, anaknya itu dilahirkan lebih awal pada usia kandungan 26 bulan dengan berat hanya 880gm. Namun setelah 12 hari dilahirkan, Aisya mengalami gangguan pernafasan sehingga terpaksa dimasukkan tiub pernafasan sehinggalah nafas terakhir.
Wanita ini cukup redha dengan pemergian anaknya itu walaupun belum puas untuk membelainya. Dan dia juga sempat merasai pengalaman memberi susu ibu selama 7 hari yang diminum melalui tiub.
Menurut ibunya, Dr Shahidatul Adha Mohamad, 32, berkata, bayinya dimasukkan ke NICU sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram.
Bagaimanapun, ketika berusia 12 hari, Aisya mengalami gangguan pernafasan (Apnea) secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum Aisya menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…
“Sejak anak dirawat di HUSM, saya akan datang melawatnya setiap hari untuk melakukan pelukan “Kangaroo mother care” sekurang-kurangnya satu jam setiap hari kerana percaya pelukan itu mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan. Namun pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal.
“Setiap kali menatap wajahnya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya.
Biarpun doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hatinya bahawa semuanya akan kembali pulih.
“Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kalhirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah.
“Saya hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada Aisya yang diminum menggunakan tiub,” katanya.
Kali terakhir Shahidatul melihat anaknya itu pada jam 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu. Kira-kira jam 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang memaklumkan anaknya berada dalam keadaan tenat.
Shahidatul berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suaminya, Dr Hanna Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof, untuk segera datang ke hospital.
“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya.
“Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti. Allahuakbar.
“Saya redha dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” katanya.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.