Bayaran zakat tertakluk seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri.
Kebiasaannya harga pembayaran zakat yang biasa adalah RM7. Namun tahukah anda jika di dapur anda menggunakan beras yang lebih mahal seperti beras wangi, beras jepun dan beras basmathi, disunatkan membayar zakat mengikut jenis beras ini.
Misalnya di Selangor jika di dapur anda menggunakan beras jenis beras wangi, beras import, beras perang dan beras herba poni, jumlah bayaran zakat sekepala yang digalakkan adalah RM14. Manakala jika anda menggunakan beras basmathi sebagai beras makan harian, jumlah sekepala pula berjumlah RM21.
Dalam soal jawab bersama Zakat Selangor, mereka menerangkan tentang isu bayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.
Beras merupakan makanan ruji masyarakat di Malaysia. Kredit foto: Pexels/Vie Studio
Hukum membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat dan dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
Ads
“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra: Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, dari satu sha’dari kurma. (Sahih Bukhari)”
Menurut penyataan itu lagi, kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golonganyang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir miskin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja ubat pasti akan dikaitkan dengan memasukkannya ke dalam badan. Tidak kiralah dengan memakannya atau dicucuk di tangan. Yang pastinya ubatan ini pasti akan memasuki tubuh badan kita.
Jadi, bagaimana pula semasa bulan Ramadan ini? Adakah ia akan membatalkan puasa kita? Mari lihat beberapa jenis rawatan dan juga ubatan yang tidak membatalkan puasa kita.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal.
Nota: Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialisis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Maka, sekiranya anda merupakan salah seorang penerima rawatan atau diberi ubatan di atas ia tidak menghalang anda berpuasa sama sekali. Anda tetap boleh berpuasa seperti biasa melainkan jika anda tidak larat atau sakit.
SUMBER: MEDIA PERUBATAN SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bergelar ibu pada usia muda membuatkan Eyra Hazali,22, semakin matang dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama keluarga tersayang.
Faham dengan kewajipan menunaikan solat, ibu kepada Muhammad Hayder Qhalish ini telah berkongsikan cara yang memudahkan buat mereka yang bergelar ibu sepertinya untuk solat bersama bayi di laman Instagram miliknya.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu, if Hayder cranky, dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir, takkan takda cara ?
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat-sangat mudah.
Dukung, if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga. Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada-ngada nak juga guling 😂. Semoga bermanfaat untuk kita semua ❤️
Berikutan perkongsian isteri kepada Haziq Nadzli ini, ramai yang terinspirasi dengan video yang dimuat naiknya dan mengakui ia sangat membantu buat mereka yang berada dalam situasi seperti dirinya.
Rezeki manusia dijamin oleh Allah SWT. Sebaik-baik rezeki ialah yang mengandungi nilai keberkatan. Oleh itu janganlah hanya mengejar limpahan rezeki, tetapi kejarlah keberkatan rezeki.
Bukan rezeki yang banyak yang cukup. Kecukupan berkaitan dengan keberkatan. Apabila rezeki itu berkat, banyak atau sedikit menjadi lapang. Namun, apabila keberkatan hilang, lebih kurang boleh membawa kepada kehidupan yang sempit.
Photo by tara-winstead from Pexels.
10 AMALAN KECIL BOLEH MEMBAWA REZEKI YANG TAK DISANGKA-SANGKA
1. Doa jangan lupa. Doa hanya perlukan keyakinan, kesabaran, ikhtiar dan istiqamah. Dan semua ini percuma. Orang yang sedang susah boleh berdoa, orang sakit boleh berdoa, orang yang tidak ada wang boleh berdoa. Doa tidak perlukan sebarang “modal”. Setiap hari berdoalah agar diberikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. (Dalam Secret Group saya ajarkan dengan lebih lengkap tentang ini).
2. Jika terjumpa sampah kecil, kadang mungkin hanya sehelai tisu yang kita tolong buangkan. Alihkan batu tengah jalan. Itu juga boleh membawa kepada rezeki. InsyaAllah. Buat baik selalu. Ingatlah setiap kebaikan akan dikira.
Photo by rfstudio from Pexels.
3. Sabar dengan ujian Allah. Ketika orang fitnah, kata yang tidak baik. Atau sebarkan berita yang tidak betul tentang kita… Sabarlah selalu. Jika benar anda difitnah, maka InsyaAllah doa orang yang difitnah tidak ada hijab. Lalu berdoalah yang baik-baik termasuk rezeki yang baik. Jangan sesekali mendoakan hal yang tidak baik termasuk kepada orang yang berkata hal yang tidak benar tentang kita.
4. Selalu permudahkan urusan orang lain. Kadang kecil sahaja bantuan kita. Tapi Allah gantikan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka yang besar bagi mu. Bantu beri laluan kepada orang yang melintas jalan ketika memandu, bantu tekankan butang lift, bantu angkatkan anak kecil yang terjatuh dipadang… Semua ini kecil-kecil sahaja bukan? Cubalah.
5. Setiap kali membeli pisang goreng, kuih, air, buah atau sarapan yang dijual di tepi-tepi jalan, bayarlah lebih sedikit. Beritahu penjual nanti untuk sedekahkan makanan jualan mereka kepada orang yang layak. Dengan itu kita dapat bantu perniagaan penjual dan juga bersedekah kepada yang memerlukan.
6. Setiap hari usah lupa untuk bahagiakan orang di sekeliling kita. Ziarah sahabat dan keluarga. Jemput mereka ke rumah. Raikan orang selalu. Semua ini akan membawa kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
Photo by mentatdgt from Pexels.
7. Senyum selalu. Biar dalam keadaan apapun janganlah berat untuk senyum. Senyum kepada tukang cuci waktu masuk tandas awam dan cashier ketika membeli barang sekali pun. Jangan memilih orang untuk memberikan senyuman. Senyum adalah sedekah yang sangat murah.
8. Banyakkan sedekah. Selalu sangat kita dengar ini kan? Tetapi yakinlah dengan ajaibnya bersedekah. Sedekah makanan kepada guard, ringankan tangan untuk beli jualan orang yang susah namun rajin berusaha untuk berniaga. Bila kita beli, kita bahagiakan mereka. Dulu saya pun berniaga bawah panas tepi jalan. Sukanya walau orang beli barang RM5.00 sekalipun. Duit itulah untuk beri anak-anak makan. Usah hina orang yang susah namun rajin usaha. Hidup kita macam roda.
9. Bercakap yang baik-baik tentang orang selalu. Tulis yang baik-baik selalu. Sebarkan berita dan khabar bahagia yang baik selalu. Ini akan membawa kepada rezeki dan pahala sehingga mati.
Photo by werner-pfennig from Pexels.
10. Ingatlah bahawa rezeki yang tidak disangka-sangka itu tidak semestinya mendapat wang tunai yang besar. Atau keuntungan perniagaan yang besar. Atau menjadikan kita tiba-tiba kaya. Ianya lebih dari itu. Rezeki yang baik boleh jadi kesihatan yang baik pada usia tua.
Kebahagiaan yang tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Bayangkan jika kita duduk dalam limpahan wang namun sakit terbaring di katil. Atau kaya yang amat, namun sering bersedih.
Maka sihat dan bahagia serta ketenangan itu adalah di antara sebaik-baik rezeki juga.
Atau mungkin juga pekerjaan yang baik, jodoh yang baik, jiran yang baik, tiba-tiba didatangkan Allah seseorang yang mempermudahkan urusan kita.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...