Diuji penyakit kanser payudara sama sekali tidak mematahkan semangat bekas pengacara program bual bicara 3R, Kartini Kamalul Ariffin untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Baru-baru ini, wanita 40-an itu berkongsi kegembiraan menyarung jubah konvo dan menyandang gelaran Dr selepas menggenggam Doctor of Philosophy in Communications.
Meskipun mengambil masa enam tahun untuk dihabiskan, Dr Tini yang pernah bergelar penyampai radio, penulis skrip dan pelakon itu tetap komited mengejar ilmu.
Dalam hantarannya di Instagram, Dr Kartini meluahkan rasa syukur dan berkongsi doa agar ilmu yang diperolehnya akan dapat digunakan sebagai bakti dengan bimbingan daripada Allah.
Ads
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui proses ini.
Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini sebaik mungkin dan mencurah bakti kepada tujuan kehidupan saya, agama, komuniti dan semua yang baik-baik belaka.” Dr Tini Ariffin
Dr Tini menerima PhD itu dari Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) selepas enam tahun berjuang menuntut ilmu. Beliau turut berkongsi topik tesisnya iaitu Kepimpinan Wanita dalam Industri Kreatif di Malaysia.
Dr Tini sebelum ini mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser payudara tahap satu sejak awal tahun 2023. Beliau akhirnya terbuka bagi bercerita mengenai perkara tersebut selepas berjaya mengawal emosi selain mencari maklumat untuk dikongsi bersama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan jodoh itu rahsia Allah. Namun sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan boleh membimbing kita hingga ke jannah. Seperti perkongsian Prof Muhaya yang mengingatkan supaya mencari calon suami yang menjaga solatnya untuk dijadikan sebagai Imam kita.
Menurutnya melalui posting di laman instagram, Prof Muhaya memberitahu sia-sia bagi seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah sekiranya tidak bersolat kerana tidak boleh membimbing keluarga ke syurga.
“Pada semua yang tidak solat, sila bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, maka hidupnya akan sia-sia,” ujarnya.
Tambahnya lagi beliau turut mengingatkan wanita agar elakkan dari mencari lelaki yang malas dan hanya mahu mencari isteri yang berkerjaya dan rajin berdikari.
Lelaki jenis ini dibimbangi malas menjalankan tanggung jawab dan sekaligus tidak memberi nafkah sepatutnya pada isteri.
Perkongsian ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing bersetuju apa yang dipesan oleh pakar motivasi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Niat untuk menasihati atau menegur seseorang sudah baik, tapi cara pula tidak kena dengan gaya. Bahkan, ia berubah menjadi satu perselisihan faham dan bertengkar dengan rakan anda.
Perkara ini sering terjadi jika ingin menegur seseorang tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang kita juga sering lupa untuk ‘cermin’ dahulu diri sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Perselisihan atau perbalahan mungkin akan terjadi jika seseorang itu tidak faham erti ‘nasihat’ dan cara melakukannya. Ada yang suka memberi hujah tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Masalah yang terjadi juga akan berlarutan dari kecil sehinggalah buat sekian lamanya. Baginda pernah bersabda:
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (Muslim No: 2668 – Status Hadis Sahih)
Dijelaskan lagi oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan الْأَلَدُّ (Al’alad) pada penghujung ayat membawa maksud dengan permusuhan yang keras. Manakala perkataan الْخَصِمُ (Al-khosim) adalah permusuhan atau penentangan yang salah meski pun tujuannya untuk menegakkan kebenaran.
Ini membawa maksud bahawa Allah SWT turut membenci golongan yang suka menegakkan kebenaran mengikut cara yang salah. Contoh yang sering kita nampak adalah seperti menegur dengan menengking dan menggunakan perkataan yang mengguris hati seseorang.
Kebanyakan dari kita lupa prinsip asas dalam menyebarkan kebaikan adalah dengan menyantuni dengan cara yang baik. Agama Islam juga menekankan ihsan tentang melakukan sesuatu perkara dengan cara yang baik.
Ingat! Untuk menasihati orang itu tidak salah jika pada cara yang betul dan mempunyai isi yang bermanfaat. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya kerana anda ingin dilihat baik dan mempermainkan agama.
Gemar melihat personaliti ini yang kelihatan cantik, ceria dan cukup positif dalam setiap gambar deserta posting yang dimuat turun dalam laman sosialnya. Wanita cantik ini sering dilihat memuatkan kata-kata nasihat kepada followernya yang semakin hari kian bertambah. Terbaru personaliti TV, Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat turun satu nota yang ditulis oleh arwah suaminya.
Nota bertajuk ‘Kelebihan Bersuami itu dikongsi olehnya untuk panduan kepada kaum isteri di luar sana. Walaupun arwah sudah tiada, tetapi beliau tetap mengingati segala pesanan yang dititipkan dan dijadikan panduan untuknya melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina bersama suamnya kini.
Bukan sahaja untuk dirinya, bahkan buat wanita di luar sana yang sudah berkahwin dan mahukan hidup berkeluarga itu kekal hingga ke jannah.
Bismillahirahmanirahim. Satu perkongsian buat semua wanita. Kelebihan wanita yang bersuami. Nota ini diberikan kepada saya daripada arwah suami yang terdahulu. Sy ingin menyampaikan dan berkongsi nota ini agar arwah mendapat sedikit ganjaran dari kebaikan yg arwah tinggalkan. Sy ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suami terakhir sy inshaa Allah. ?? Kelebihan bersuami. .
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.