Setiap umat Islam pastinya mahu menghabiskan kehidupan di dunia dengan husnul khotimah iaitu pengakhiran yang baik serta diredhai oleh Allah S.W.T.
Oleh kerana itu, kita disarankan untuk membaca doa supaya Allah S.W.T memberikan kesempatan kepada kita untuk mengakhiri perjalanan hidup kita dengan sebuah kebaikan, bukan kebinasaan. Antara doa pendek yang boleh diamalkan ialah:
“Allahummaj’al Khoiro ‘Umrii Aakhirohu, Wa Khoiro ‘Amalii Khowaatimahu, Wa Khoiro Ayyaamii yauma Alqooka Fiihi.”
Ertinya :
Ads
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku adalah umur yang terakhirnya, sebaik-baiknya amalku adalah amal-amal penutupannya dan sebaik-baiknya hariku adalah hari saat aku menghadap-Mu.”
Doa ini tidak hanya memohon kematian yang baik sahaja, namun maknanya jauh lebih mendalam. Amal ibadah yang akan menjadi penentu baik dan buruknya hidup kita adalah amalan penutup yang akan menemani perjalanan kita di akhirat kelak. Seberapa banyak pun amalan baik yang kita lakukan dalam hidup, namun jika akhirnya kita mati dalam keadaan bermaksiat, maka yang tercatat adalah keburukan.
Sebaliknya, meskipun kita hidup dalam bergelimang dosa dan kesalahan, namun jika di akhir hayat kita mampu bertaubat, maka InsyaAllah kebaikan akan menjadi penutup kehidupan kita.
“Allaahummaj’al Khoiro Umrii wa Amalii Khowaa Timahu wa Khoiro Ayyaamii Yauma Liqooika”.
Ertinya :
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku hingga ajal (menjemput) diriku, dan jadikanlah sebaik-baiknya perbuatanku hingga kesudahannya, dan sebaik-baiknya masaku hingga berjumpa dengan-Mu.”
Sesungguhnya, semasa kita sihat bernafas ini, jadikanlah ia sebagai amalan tambahan untuk kita mengumpul pahala supaya boleh dijakan bekalan di akhirat kelak. Semoga semua yang membaca artikel ini diberi pengakhiran ayng baik, Husnul Khotimah oleh Allah S.W.T. InsyaAllah! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemakanan adalah suatu benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Diet dan juga keseimbangan dalam makanan perlu di teliti supaya kesihatan terjamin.
Sering kita lihat tip-tip yang di sebut untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup yang seimbang supaya kesihatan badan terjamin. Juga sudah tentu ada amalan pemakanan yang boleh kita ikuti seperti makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Menjadi suatu panduan kita untuk mengikuti apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, kita harus menyakini apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW bakal memberikan manfaat buat diri kita.
Jadi di sini kita ingin menyentuh soal gaya pemakanan Rasulullah SAW, sudah pasti Baginda mempunyai makanan kegemaran. Kita juga dalam tidak sedar mungkin sudah mmengamalkan makanan kegemaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Mengikuti perkongsian dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerangkan tentang makanan kegemaran Baginda, antaranya:
Di perjelaskan oleh Imam at-Tirmizi melalui karyanya, al-Syamail al-Muhammadiyyah, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah barli.
Ada juga di ceritakan dalam sebuah hadis sahih Bukhari:
“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.
Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Ya, sering menjadi perhatian kita ketika bulan Ramadan. Kurma merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Baginda sering menjamah kurma memandangkan ia merupakan makanan ruji pada zaman baginda.
Sabda Nabi, “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain dari itu, melalui Saaid bin Abi Waqqas, baginda SAW juga turut bersabda:
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buah tembikai yang sedap, manis, dan sangat melegakan tekak ketika panas hari dengan sensasinya yang nyaman. Ia juga menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA, “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Di nyatakan dalam sebuah hadis, Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda, yang berbunyi:
“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),
“Manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (Hadis Riwayat Ahmad)
Melalui hadi riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati.”
Kita tahu bertapa bagusnya penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Ia juga di jelaskan boleh mencegah penyakit strok malah menurunkan berat badan.
Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah berkata mengenai amalan Rasulullah SAW yang sering minum air kosong. Beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (Hadis Riwayat Muslim).
Rata-rata makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah makanan ruji yang sering menjadi juadah harian kita tanpa sedar. Alangkah bagusnya pemilihan pemakanan oleh Baginda SAW yang dapat memberikan manfaat serta kesihatan tubuh badan.
Pelakon popular yang mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019, Nelydia Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat begitu sibuk menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tercintanya Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Namun, baru-baru ini, pelakon ini menimbulkan tanda tanya terhadap peminat-peminatnya mengenai imejnya yang dilihat di laman Instagram milik ‘fan club’ Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab. Wah! Benarkah Nelydia sudah berhijab? Sudah pasti ramai yang teruja melihat imejnya yang semakin ayu, manis dan sopan itu!
Rata-rata peminatnya mendoakan agar ianya sebuah penghijrahan yang benar. Tambahan pula, Nel baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah dan ia menguatkan lagi sebab untuk Nelydia berhijrah ke arah yang lebih baik.
Apa-apapun, andai benar pelakon kesayangan ramai ini sudah mula berhijrah ke imej yang lebih baik, team Hijabista mendoakan agar Nelydia terus kekal istiqomah dan diberikan keberkatan dari Allah SWT..InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tampil berniqab dan berpurdah, penghijrahan bekas pengacara Meletop, Hajah Noor Neelofa Mohd Noor sememangnya mengejutkan ramai orang, sekaligus menjadikannya sumber inspirasi dan role model dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.
Bagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Neelofa akui bukan perkara mudah baginya untuk kekal istiqomah dalam penghijrahannya yang kini sudah menginjak dua tahun.
Ketika menghadiri program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, Neelofa turut berkongsi tip kekal istiqomah kepada para peminatnya yang mahu berubah kearah lebih baik.
Antara pendekatan yang dilakukan ibu kepada Muhamad Bilal, untuk kekal Istiqomah adalah dengan ‘berubah secara paksaan’. Menurut Neelofa, teknik ini adalah yang termudah untuk diamalkan.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Selain itu, Neelofa menegaskan, sokongan keluarga dan orang sekeliling yang rapat dengan kita juga memainkan peranan yang penting baginya untuk kekal Istiqomah.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.