Filem Gemini Man lakonan Will Smith mengisahkan tentang Henry Brogan yang ingin bersara daripada kerjaya sebagai pembunuh upahan. Namun, satu insiden tidak diduga berlaku apabila dia diburu oleh seseorang yang seperti tahu segala pergerakannya dengan tepat. Lebih mengejutkan lagi apabila dia mengetahui si pemburunya itu merupakan versi klon dirinya yang lebih muda.
Yang seronoknya mengenai filem ini adalah apabila kita dapat melihatnya dapat versi 3D+ HFR (High Film Rate) dengan memakai cermin mata khas yang disediakan. Memang syok sebab kita seperti dapat lihat semua senario itu berlaku depan mata kita.
Sis paling suka sewaktu babak kaca pecah dan bertaburan. Rasa macam nak elak je daripada terkena serpihan kaca tersebut.
Ads
Walaupun bagi sis perjalanan filem arahan Ang Lee ini agak perlahan, namun ia berjaya dikaburi dengan babak aksi pertarungan yang hebat oleh Will Smith.
Ads
Babak pertempuran dalam filem ini memang boleh buatkan penonton rasa debarannya dan rasa tak senang duduk di kerusi.
Ads
Mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada hari ini iaitu 10 Oktober 2019, sis memang syorkan pada semua untuk menontonnya dalam versi 3D+ HFR. Jangan risau, banyak pawagam di sekitar anda yang menyediakannya. Rasailah pengalaman baru itu. Memang tak rugi!
Kagum betul dengan semangat yang dimiliki penyanyi dan pelakon muda,Farisha Iris yamg tak pernah lelah menimba ilmu demi masa depan yang lebih baik.
Dua tahun lalu, Farisha berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ketika menerima skrol ijazah, selebriti kelahiran Selangor berusia 26 tahun ini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana (Master).
Farisha tetap ‘setia’ dengan jurusan komunikasi serta memilih universiti yang sama iaitu UiTM asbab keyakinannya terhadap kredibiliti yang dimiliki institusi pengajian tinggi terunggul itu.
Pada 2024, Farisha berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dengan cemerlang.
Tahun ini, Farisha atau nama penuhnya Farisha Asmadi bergelar graduan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.
Baru-baru ini, Farisha berkongsi beberapa hantaran di Instagram detik terindahnya ketika menerima skrol Ijazah Sarjana di pentas istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101.
Jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan pada raut wajah Farisha. Kurung moden rona ungu menyerlahkan keayuan Farisha sebagai seorang gadis Melayu.
Bagi Farisha, kejayaan itu bukan mudah kerana harus melalui segala cabaran dan kerja keras.
Tanpa doa, restu dan sokongan keluarga terutama ibu bapanya pasti dia tidak akan berada pada tahap sekarang.
“This journey was never easy. I’ve kept the challenges, struggles, and setbacks to myself.
“Thank you, Mama and Papa, for always being there and supporting every path I chose. And to a generous soul who believed in me and made this education possible, your support truly kept me going.
“This isn’t just a scroll. It’s proof that prayers, hard work, and a little bit of faith really do go a long way.
“And this might not be the end. I just might keep going to level up my life.”
Sedang memperlahankan kerjaya seninya, Farisha kini bergelar pensyarah dalam bidang komunikasi dan media di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.
Farisha memulakan kerjaya akademiknya itu sejak September 2024 dan mengajar pelajar-pelajar perigkat Ijazah Sarjana Muda.
Lebih membanggakan, selain mengajar Farisha juga sedang melanjutkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) tahun pertama.
“Seronok sebenarnya jadi pensyarah.Saya ada juga cuba minta universiti awam tetapi masih dalam tahun pertama PhD,” tutur pelantun lagu Tak Malu ini.
Terdahulu, Farisha Iris mula mencipta nama dalam program realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim ke-4 dan berjaya bergelar naib juara.
Seterusnya Farisha menyertai program realiti popular, Big Stage musim ke-3 namun perjalanannya dalam pertandingan itu hanya bertahan pada peringkat separuh akhir.
Semoga Farisha Iris terus cemerlang dan menjadi inpsirasi wanita khususnya generasi muda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelibat seorang gadis berhijab, Nur Syahindah Mohd Kamal yang merupakan pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan, ketika beraksi di padang bola memang menjadi viral.
Gadis kacukan Cina Thailand itu mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam misi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).
Ketika admin melayari instagram beliau ronaldinho_kelate, admin sedikit terpaku dengan keayuan gadis ini dan hampir tidak percaya yang beliau adalah pemain bola sepak wanita.
Gemar memakai tudung bawal ketika beraksi, pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan yang berusia 20 ini, pernah diperlekehkan dan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
Namun kerenah ramai itu tidak pernah melemahkan semangatnya walaupun pelbagai kata-kata dilemparkan seperti “perempuan lebih baik pergi masak di dapur”. Sebaliknya, Nur SyahIndah melihat cemuhan yang dilemparkan dengan pandangan positif.
Gadis manis ini yang diletakkan dalam posisi pertahanan kiri, setelah dipilih menyertai pasukan bertudung hujung tahun lalu. Beliau memang aktif dalam sukan seperti bola jaring, bola tampar dan futsal sejak di bangku sekolah lagi.
Peminat setia pasukan Barcelona dan pemainnya Ivan Rakitic, yang juga pemain Croatia. Selain itu, Nor Farhan Muhammad, penyerang bola sepak Kelantan adalah salah satu idolanya dalam arena sukan bola sepak.
Berasal dari Kampung Pintu Geng di Kota Baru, Nur Syahindah beruntung kerana ibunya, seorang suri rumah, dan bapanya, seorang pensyarah, tidak menghalang minatnya itu.
Meskipun beraksi di padang bola tetapi Nur Syahindah ternyata mewarisi kecantikan dan keayuan gadis Kelantan. Menerusi laman social instagramnya yang benama ronaldinho_kelate pasti ramai yang tidak percaya di sebalik aksi tangkasnya di padang tersembunyi seribu keaayuan setiap kali muat turun gambarnya.
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Baru-baru ini, gadis jelita ini diiktiraf sebagai ‘Digital Stars Under 30’ oleh Instagram.
Untuk info, Abir El Saghir terkenal dengan perkongsian videonya tentang penyediaan masakan antarabangsa. Pada Januari 2023, dia memenangi Anugerah Joy sebagai pempengaruh wanita pilihan.
Pada Ramadan 2023, Abir El Saghir menganjurkan program masakan 10 episod iaitu ‘Abir’s Kitchen’ di STC TV dan Jawwy TV. Dia berkongsi kandungan program di saluran YouTube peribadinya, Abirz Kitchen, yang mengumpul lebih 1.5 bilion tontonan.
Pada Oktober 2024, Abir El Saghir melancarkan kempen ‘Cook for Lebanon with Abir’ bagi menyediakan makanan harian buat golongan gelandangan di Lubnan.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
PANDAI BERFESYEN
Selain memasak, Abir El Saghir juga pandai bergaya. Hijabista kongsikan beberapa contoh gaya pashmina yang sering digayakan oleh Abir El Saghir: –
Semasa di Qatar, Abir El Saghir bergambar di bawah bendera 32 negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan pashmina hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.