Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.
Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.
Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.
Ads
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ads
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
Ads
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam zaman millenium kini yang lebih mengutamakan media sosial untuk mendapat berita atau cerita lebih pantas. Malah ada di kalangan hijabi yang turut memperoleh pendapatan daripada media sosial dengan bergelar selebriti di media sosial. Ada juga menggelar mereka instafamous atau influencer yang mana mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial. Kehidupan mereka tak ubah seperti selebriti popular dan penampilan mereka jika hadir majlis tertentu juga tidak kurang hebatnya. Namun sebenanrnya kehidupan segelintir mereka yang digelar instafamous ini tidak seindah disangka.
Penjelasan gadis ini yang berkongsi kisah sebenar temannya yang merupakan seorang instafamous memberi gambaran realitinya sisi kehidupan mereka yang dipanggi selebriti media sosial ini.
Menurut Hawa Wong kawannya yang merupakan seorang instafamous popular ini mengalami tanda-tanda depersi yang agak teruk seperti tidak boleh tidur malam dan cepat marah
Tazkirah Jumaat.
Semalam ada kawan lama telefon ajak jumpa. Hal penting katanya. Biasa kalau kawan lama nak jumpa ini ada dua kategori je, pinjam duit atau ajak join mlm. Hawa pesan awal-awal, kalau sebab dua benda ni Hawa taknak. Dia jawab, tak. Dia depresi katanya.
Jadinya terpaksa Hawa kerja separuh hari demi nak melayan si dia ni. Cerita ini sangat serius bagi Hawa. Kawan Hawa ni merupakan salah seorang yang popular di socmed. Dia popular di laman instagram dan twitter dek kerana mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan menarik.
Dia kata dia mengalami tanda-tanda depresi yang agak teruk. Tidak boleh tidur malam. Cepat marah. Sedih tiba-tiba. Tidak fokus dalam melakukan sesuatu.
Malah kawannya itu juga sebenarnya cukup tertekan menjadi orang yang popular. Mereka ini mehidap sejenis penyakit dipanggil narsis kerana perlu berselfie dan muat turun foto setiap hari.
Bila menjadi orang yang popular, kehidupannya menjadi tidak menentu. Dia menghidap penyakit narsis yang perlu selfie setiap hari untuk muat naik gambarnya dia socmed.
Dia harus pastikan setiap gambarnya sempurna kerana dia perlu meraih like yang banyak. Sampaikan gajinya habis dek kerana sentiasa beli baju baru, kasut baru dan beg tangan baru. Nasibnya agak baik kerana dia ada mata pencarian tambahan dengan “paid review” di laman instagram.
Tapi lama kelamaan dia merasakan ini bukan dirinya lagi. Dia perlu berlakon menjadi orang lain. Dia perlu bersaing dengan insta famous yang lain walaupun mereka yang popular di laman instagram ini berkawan antara satu sama lain.
Juga mempunyai sikap tidak boleh lebih dari orang lain.jika temannya itu membeli beg baru, dia juga perlu memilikiinya. Begitu juga dengan alat solek atau barangan lain. Barangan yang dipakai juga perlu ada jenama untuk dilihat berada dalam kelas tersendri.
Bila ada kawannya beli bag tangan baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya yang beli baju baru, dia juga perlu beli baju baru. Bila ada kawannya beli alat solek baru, dia juga perlu beli yang baru. Bila ada kawannya beli kasut baru, dia juga perlu kasut baru.
Barangan yang mereka beli dan pakai haruslah barang yang berjenama. Baru ada class katanya. Dia juga jenuh google quote menarik setiap hari agar sesuai dengan gambar yang dia muat naik pada laman instagramnya.
Selepas muat naik gambar atau update twitter, dia akan cek siapa yang like gambarnya dan retweet tweet dia. Walaupun beribu yang like dia sanggup cek satu persatu. Sanggup baca komen-komen pengikutnya. Sesiapa yang beri komen negatif dia akan block pengikutnya.
Bila ada kawan-kawan tak like gambar dia, dia akan mula mempersoalkan perkara itu pada dirinya sendiri. Kenapa ek dia tak like gambar aku? Kenapa ek dia tak komen gambar aku? Dia cemburu lah tu.
Sanggup ketepikan keluarga demi semata-mata untuk menunjukkan kepada pengikutnya gaya hidup mewah sebenar. Malah temannya itu sanggup membuat pinjaman di bank semata-mata untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Hari hujung minggu yang sepatutnya dia penuhkan dengan keluarga, dia batalkan dan akan pergi ke kafe atau restoran mewah. Sebelum makan, ambil gambar dulu dan muat naik pada socmed. Setiap kali ada cuti panjang dia akan pergi bercuti ke luar negara walaupun jarak dekat semata-mata untuk muat naik gambar dalam kapal terbang. Pernah satu ketika dia buat loan bank hanya semata-mata mahu menaiki penerbangan kelas perniagaan ke luar negara.
Apabila melihat ada kawan lain yang muat naik gambar dengan baju/bag/kasut atau kereta baru dia akan mula rasa tertekan dan rasa tercabar. Dia mahu menjadi lebih dari mereka. Kalau dia tak mampu untuk menandingi kawannya, dia akan terpuruk di dalam bilik mengira baki wang yang ada dan akan usaha sedaya upaya untuk ada apa yang kawannya ada.
Wang simpanan juga telah habis dipakai dan hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari produk review yang dibuat. Sampai satu masa mengambil keputusan untuk bunuh diri kerana gagal melunaskan pinjaman di bank.
Bila pulang ke rumah selepas bekerja, masa dia hanya pada socmed sahaja. Dia tidak lagi mempedulikan ahli keluarganya yang lain. Tidurnya tidak pernah cukup kerana socmed. Begitulah hidup dia sehari-hari.
Sekarang, wang simpanan telah habis dipakai. Hanya mengharapkan gaji bulanan dan imbuhan dari paid review yang dia lakukan. Malangnya, pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk membayar hutang-hutang dia pada bank.
Sampai satu ketika dia merasa diri dia tidak berguna lagi kerana menjadi hamba socmed. Pernah terniat untuk bunuh diri supaya dia tidak lagi perlu berlawan dengan insta popular yang lain.
Ada juga kawannya yang mengalami masalah yang sama. Sehinggakan sanggup menjual maruah demi wang asalkan dapat tunjuk di socmed yang kehidupan mereka begitu mewah dan bahagia. Dia juga hampir-hampir melakukan perkara yang sama tapi mujur imannya masih ada.
Hawa menyarankan rakannya itu supaya berjumpa doktor bagi mengelak penyakit ini terus melarat. Dia hanya mendengar sahaja dan tidak boleh membuat apa-apa. Malah Hawa turut mengingatkan rakannya itu supaya mensyukuri nikmat Tuhan.
Selepas tekun mendengar segala cerita dia, Hawa sarankan dia jumpa doktor supaya tidak melarat. Hawa hanya mampu mendengar sahaja. Hawa tak boleh buat apa-apa.
Hawa sempat berkata, mungkin kau kurang mensyukuri nikmat Tuhan. Betapa ramai manusia yang hidupnya susah. Kais pagi, pagi pun tak mampu dapatkan makanan. Cuma Hawa tidak mahu berlebih-lebih dalam menasihati dia kerana Hawa faham depresi itu tiada wajah. Boleh jadi dia gembira di pagi hari tapi di malam hari dia menangis hingga keesokkan paginya.
Kesimpulannya, kurangkanlah masa dengan socmed. Jadi manusia yang bijak dalam mengatur masa. Hawa hanya buka socmed sekali sehari atau Hawa peruntukkan satu jam sehari tapi boleh buka socmed banyak kali.
Kehidupan sebenar tanpa socmed itu lebih indah. Tanya pada diri sendiri apa yang kita mahu sampaikan pada socmed masing-masing. Mahu berkongsi kehidupan sendiri atau sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk kehidupan sendiri? Mahu membaca berita, menjadi penyampai berita atau mereka-reka berita? Mahu bersilaturrahim atau mencipta musuh? Mahu berkongsi ilmu atau menunjuk ilmu? Mahu mengejar populariti atau mahu bersederhana? Mahu menjadi pemarah atau pemurah?
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Tidak salah mahu berkongsi. Tidak salah mahu belajar. Tidak salah mahu mengajar. Tidak salah mahu menyampaikan. Yang salah bila kau menjadi hamba pada socmed hingga kau lupa tanggungjawab kau sebagai manusia.
Mohon maaf, tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Sekadar berkongsi kisah yang harus kita ambil teladan dan pelajaran darinya.
Bagi admin, mungkin ada segelintir yang bersikap demikian, tetap ada juga yang bijak dalam mengendalikan kerjaya sebagai selebriti media sosial. Jika tahu mengatasi segala masalah yang berlaku, tidak mustahil kerjaya ini mampu memberi pendapatan sangat lumayan. Apatah lagi pada zaman sekarang, jual produk dengan hanya di laman sosial sahaja boleh meberi keuntungan berlipat ganda.
Walau apa cara sekalipun kita bekerja, apa yang penting sentiasa mengingati Tuhan kerana setiap reseki yangkita dapat ini adalah semuanya daripada Tuhan. Jangan sesekali melupakan-Nya kerana jika Dia berkehendak sekelip mata kesenagan itu boleh ditarik balik.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM (GAMBAR TOP SEKADAR HIASAN)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan isu curang kini umpama satu trend yang tiada berkesudahan. Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga angkara ‘orang ketiga’ mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.
Malah, isu ini boleh menjatuhkan maruah agama kerana ia melibatkan pergaulan tanpa batas di antara lelaki dan perempuan.
Terkesan dengan isu tersebut, dramatis dan penyanyi Zara Zya atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi memberikan pendapatnya di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Tidak mengaitkan dengan mana-mana individu, kata Zara Zya pentingnya seseorang itu menjaga ikhtilat (batas pergaulan) untuk mengelakkan terjadinya hubungan terlarang.
Menurut Zara Zya, baik lelaki mahupun perempuan tidak seharusnya terlalu mudah membuka ruang untuk bermesra atas niat sekadar berkawan.
Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Datin Rebecca Nur Al Islam menyatakan kesudiannya bagi menjaga kanak-kanak yatim piatu Muhammad Arfan Ziqri,2, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini.
Menerusi laman instagramnya, beliau sedia menjaga Arfan jika tiada waris yang berbuat demikian.
Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga❤️… #ComelnyaAwakSayang… Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya…. . . Posted @withrepost • @pencetusummah_amin Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti.. . Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan.. . Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !.. . Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr.. . Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya ❤️
Ramai yang terharu melihat keikhlasan niat Datin Rebecca yang ingin menjaga anak kecil itu. InsyaAllah, didoakan moga baiknya itu dipermudahkan dan Arfan juga terus dilimpahi kasih sayang daripada orang sekelilingnya. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kesempatan bertemu dengan pengacara dan pelakon cantik Uyaina Arshad pada acara sebuah majlis pertunjukan fesyen bau-baru ini membuka peluang kepada Hijabista untuk mencungkil rahsia...