Kadang-kadang sudah lama hidup berumahtangga dan asyik melakukan perkara sama akan membuatkan hidup terasa bosan. Kata orang ‘tiada color’ dalam kehidupannya yang kalau sudah 10 atau 20 tahun tetap begitu caranya. Ada pasangan yang nakal terutama lelaki akan mula membuat aktviti sendiri salah satu melayan media sosial. Kalau setakat melihat sahaja tidak mengapa tetapi bagaimana pula yang rajin ‘like’ dan ‘share’ bahan lucah seperti wanita seksi walaupun sesama mereka dalam grup ‘whatsapp’.
Perkongsian dari seorang lelaki ini juga sepatutnya boleh diambil perhatian terutama kepada pasangan yang sering berbuat demikian. Walaupun tak semua bersifat demikian, tetapi bak ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lelaki sepatutnya menjaga, melayan dan menghormti isteri dalam apa jua cara.
Tidak kisah apa bentuk fizikalnya, dia tetap wanita dan isteri yang anda kanal ketika mula-mula lafaz hijab dan Kabul. Bagi pemilik akaun facebook Akhtar Syamir menulis bukan untuk menyalahkan kaum lelaki tetapi menyedarkan mereka yang bersifat begini. Jom baca perkongsiannya.
“Isk! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
YANG ADA ANAK DERET PUN BUAT
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
IKLAN
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
ISTERI DAH TAK CANTIK
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.
“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.
SUAMI TAK JAGA
IKLAN
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
IKLAN
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
TIADA RASA HORMAT
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
MINTA MAAF PADA ISTERI
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu berhati-hati dengan apa yang mereka makan supaya susu mereka tidak berhenti. Mencuba untuk menurunkan berat badan dengan makan lebih sedikit boleh menyebabkan ini berlaku dan juga membuat ibu berasa teruk.
Ia tidak bertentangan dengan peraturan untuk berdiet semasa menyusu, tetapi ia bukan idea yang terbaik.
Seorang ibu yang menyusukan bayinya perlu makan makanan yang mencukupi untuk memastikan dia boleh terus membuat susu. Jika dia tidak cukup makan, ia boleh menyukarkan untuk membuat susu untuk bayi.
Jika seorang ibu ingin makan lebih sedikit untuk menurunkan berat badan semasa menyusu, dia boleh mulakan dengan makan kurang 100 kalori setiap hari. Dia perlahan-lahan boleh makan lebih sedikit sehingga dia cukup makan untuk menurunkan berat badan. La Leche League International berkata ini adalah cara yang baik untuk melakukannya.
Kita perlu makan makanan yang sihat semasa menyusu, bukannya makan sedikit sahaja untuk menurunkan berat badan dengan cepat.
Makanan Yang Diambil Ketika Diet Semasa Menyusui
Apabila seorang ibu menyusu, dia perlu makan lebih banyak makanan untuk memastikan dia mempunyai tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk membuat susu untuk bayinya. Tubuhnya seperti bekerja keras untuk membuat susu, jadi dia perlu memberi lebih banyak makanan.
Apabila seorang ibu menyusu, dia perlu makan lebih banyak makanan daripada biasa, kira-kira 500 kalori tambahan setiap hari. Dia juga perlu makan makanan yang mempunyai vitamin dan mineral tertentu seperti protein, vitamin D, vitamin A, vitamin E, vitamin C, B12, selenium dan zink.
Makan banyak makanan sihat yang berbeza adalah sangat penting untuk anda dan bayi anda. Apabila anda memilih makanan yang mempunyai banyak nutrien yang baik di dalamnya, ia membantu badan anda kekal sihat dan mendapatkan semua perkara yang diperlukan.
1.Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran
Makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Anda boleh menyediakannya segar, beku, tin atau kering. Hanya ada segelas kecil jus buah yang tidak mempunyai sebarang gula tambahan.
2.Makanan Berserat
Makanan yang mempunyai bahagian bertali yang baik untuk badan anda. Fikirkan ia seperti makan mi spageti yang sihat yang membantu anda kekal kuat dan sihat!
Apabila anda cuba makan sihat semasa menyusu, anda boleh makan makanan seperti roti, pasta, nasi atau kentang yang diperbuat daripada gandum. Makanan ini mempunyai sesuatu yang dipanggil serat yang sangat baik untuk badan anda dan boleh membantu anda.
3.Makanan Kaya Protein
Apabila seorang ibu menyusukan bayinya dari badannya, dia perlu makan makanan dengan banyak protein seperti daging, ayam, ikan, telur, kacang, biji dan soya. Jika dia ingin menurunkan berat badan, dia hanya perlu makan ikan dua kali seminggu, dan salah satu daripada masa itu ialah ikan berminyak.
4.Makanan Yang Diperbuat Daripada Susu
Susu, keju dan yogurt adalah baik untuk tulang anda kerana ia mengandungi sesuatu yang dipanggil kalsium di dalamnya. Mereka juga memberi anda tenaga kerana mereka mempunyai satu perkara yang dipanggil protein.
Kehilangan berat badan selepas melahirkan bayi sepatutnya berlaku dengan perlahan, sama seperti mengambil masa yang lama untuk menambah berat badan. Tidak mengapa jika ia mengambil sedikit masa untuk kehilangannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hanya pakai sarung kaki sahaja banyak memberikan manfaat kepada kesihatan kita? Ada juga kata ia boleh membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti?
Mungkin ada yang daripada kalangan kita yang sangkal tentang fakta ini bukan? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut tentang manfaat memakai sarung kaki bersama kami di Hijabista.
Menurut hantaran Public Health Malaysiadi Facebook, pemakaian sarung kaki ini mempunyai beberapa manfaat yang tersendiri. Ada juga antara dari kita yang sudah mulai menggunakan cara ini bukan? Jadi bagi anda yang tidak tahu ada banyak manfaatnya tersendiri.
Pemakaian stokin seringkali dikaitkan dengan kelebihannya ketika tidur. Rutin ini sebenarnya boleh membantu kita mengawal suhu dalaman tubuh.
Suhu badan teras seseorang boleh berubah pada waktu malam. Seorang individu boleh mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi di mana purata suhu adalah 98.6 darjah Fahrenheit, namun, ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Manfaat memakai stokin ketika tidur adalah seperti berikut:-
Mencegah rasa panas: Sebilangan wanita memakai stoking juga bertujuan untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
Merawat tumit retak: Pemakain stokin selepas menggunakan pelembap boleh membantu menjaga kesihatan tumit daripada kering.
Meningkatkan potensi orgasma: Menurut laporan BBC, para penyelidik mencatatkan kajian pemakaian stokin boleh meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus!
Mengurangkan risiko serangan Raynaud: Penyakit Raynaud ini akan menjejaskan bahagian kulit di kaki dan jari dimana terdapat kehilangan sirkulasi dan mulai berdenyut atau bengkak. Memakai stoking pada waktu malam boleh membantu mencegah penyakit ini dan memberikan kehangatan dan pelancaran peredaran darah.
Tapi…sebelum pakai stokin kena tahu ini!
Ya, tidak disangkal anda akan mencuba untuk pakai stokin ketika tidur selepas ini bukan? Tapi anda harus tahu terdapat beberapa perkara yang patut dielakkan sebelum memakai stokin, antaranya:-
Elakkan stokin yang kotor! Ia boleh memberikan jangkitan kepada kaki anda.
Jangan pakai jika ada kurap di kaki!
Elak memakai stokin ketika kaki luka
Elakkan stokin yang ketat, kecuali anda telah dapat nasihat dari doktor
Masalah seperti ‘angin masuk’ bagi wanita yang baru melahirkan anak tiada kena mengena dengan pemakaian stokin. Anda kena ingat, keselesaan diri adalah keutamaan untuk diri anda.
Hidup dalam era yang serba moden serta canggih ini, kita seringkali terleka dengan dunia, sehingga terkadang lupa untuk hidup dengan tenang dan menghargai diri sendiri.
Begitulah apa yang dirasakan oleh pelakon dan juga usahawan jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz saat ini.
Isteri kepada aktor kacak Fattah Amin ini mengakui bahawa dia kini lebih memilih menjauhkan diri dari hiruk pikuk dunia yang merunsingkan, agar dapat lebih menikmati kehidupan dengan lebih tenang dan menghargai dirinya sendiri.
Fazura Fokus Pada ‘Small Circle’ Dan Lebih Hargai Diri Sendiri Untuk Hidup Yang Lebih Tenang!
Perkara berkenaan di maklumkan Faz menerusi sebuah muat naik hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini. Dalam video berkenaan memaparkan Faz yang
“Menjauhkan diri itu bukan kerana benci, tapi kerana sudah cukup kecewa di hati.
“Semoga kita sentiasa bijak menghargai, sepertimana kita mahu dihargai,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan dengan menyertakan tanda pagar #protectingmypeace (menjaga ketenangan diri)
Hijabista sempat meninjau ruangan komen yang ditinggalkan para peminat sebagai respon kepada kenyataan Faz itu. Rata-ratanya menyokong dan bersetuju terhadap sudut pandang yang diutarakan oleh Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya menarik perhatian Hijabista!
“Betul sungguh. Kadang-kadang kawan-kawan terlalu toksik dan jatuhkan kita buat diri perlahan-lahan menjauhkan diri.
“Kecilkan circle (lingkungan) kawan dan fokus kepada keluarga lagi bagus.
“Bila orang khianati kita memang sakit. Dan, bila orang tidak hargai, kita juga (yang) sakit,” demikian antara komen yang ditinggalkan peminat.
Hijabi juga boleh mengambil pengajaran dari apa yang dilakukan oleh Faz ini. Apa pun yang kita lakukan, kita haruslah menghargai diri kita terlebih dahulu. Sebelum mementingkan orang lain!