Pelakon dan penyanyi terkenal kelahiran Singapura, Hannah Delisha memang sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan kecantikan dan bakat seni yang dimilikinya.
Baru sahaja mendirikan tangga bersama cinta hatinya, Imam Shah, ramai yang terpegun dengan alunan selawatnya apabila suaminya itu memuat naik klip video yang dirakamnya apabila Hannah sedang berselawat.
Ads
Biarpun rakamannya hanya 15 saat, ramai yang memuji suara pelakon Cinta Sekali Lagi itu dan berasa sungguh tenang apabila mendengarnya.
Lengkap pakej! Orangnya cantik, pandai mengaji pula tu. Sejuk hati mendengarnya. Ramai yang meminta versi penuh selawat ini. Mana tahu suatu hari nanti Hannah boleh rekod versi penuh pula kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siti Ameera Liana Ahmad Kamal telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia setelah berjaya meraih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian di The University of Edinburgh, Scotland. Gadis ini bukan sahaja cantik, malahan dia juga cemerlang dalam pelajaran.
Menerusi laman profil LinkedIn Ameera, dia telah berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sering memberikan sokongan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Jonathan Shek, atas bantuan dan sokongan berterusan sepanjang tahun. Beliau merupakan penyelia yang sangat baik dan telah menyokong saya hingga akhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemeriksa saya, Dr Paul Judge, atas maklum balas dan idea yang membina untuk memastikan saya berada di landasan yang betul.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah merealisasikan impian dan memberikan peluang buat saya untuk belajar di sebuah universiti terkemuka dunia.”
“Tidak ketinggalan juga buat kedua ibu bapa saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan sokongan,” jelas Ameera.
Meninjau di ruangan komen profil LinkedIn Ameera, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas kejayaannya. Rakan-rakannya turut berbangga dengan kejayaan gadis itu.Kisah kejayaan Ameera juga telah dikongsikan di laman muka bukuSinar Bestari dan telah mendapat kesukaan sebanyak 8.7K. Perkongsian ini juga telah meraih banyak komen positif daripada rakyat Malaysia.
“Congratulations to you, Ameera. We Malaysian, proud of your achievement. Keep continue your great work. May Allah bless you.”
“Wow congratulations. A great achievement. You have been a pride to all Malaysians. Do come back to serve our beloved country Malaysia.” begitulah coretan warganet buat Ameera.
Siapa tidak kenal dengan Pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan kekasih jutawanya, Aliff Awang.
Terbaharu, menerusi muat naik hantaran story di laman Tik Tok, suami Fatin Afeefa telah membelanjakan sejumlah wang bernilai hampir RM 5,000 untuk menghadiahkan isterinya 19 helai tudung dan mahu isterinya itu mula berjinak-jinak menutup aurat.
Menerusi hantaran berkenaan dapat dilihat Fatin Afeefa yang sedang sibuk memilih corak dan warna tudung sambil mencuba beberapa helai tudung di kepala untuk melihat kesesuaian tudung berkenaan dengan wajahnya.
Reaksi comel Fatin Afeefa itu telah dirakam Aliff yang lebih mesra disapa sebagai Opai merakam di sebuah butik tudung terkemuka.
Malah, menerusi hantaran lain pada Tik Tok story berkenaan, Opai turut merakam jumlah harga tudung yang perlu dibayarnya di kaunter pembayaran usai Fatin Afeefa memilih semua tudung mengikut citarasanya.
Bagi 19 helai tudung yang telah dipilih Fatin Afeefa itu harganya mencecah RM 5,000.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, hantaran tersebut dan mendapati rata-rata wargamaya memuji sikap Opai sebagai suami yang dikira tidak lokek membelanjakan sejumlah wang untuk tujuan kebaikkan, agar isterinya tampil lebih sopan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Selain itu, terdapat juga segelintir wanita bujang yang meluahkan rasa cemburu terhadap Fatin Afeefa kerana mempunyai suami yang baik dan berharap agar bakal suami mereka nanti juga mempunyai sikap sama, iaitu tidak berkira dengan isteri untuk membeli barang-barang keperluan.
Sekadar Info, Fatin Afeefa dan Aliff Awang disatukan dalam sebuah majlis Ijab Qabul tertutup secara sederhana pada 31 Disember tahun lalu.
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 23 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Puteri Yang Terbuang ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti. Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Haziq Nadzli ini telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan diri betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun 2018 bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama. Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.