Fitrah wanita yang gemarkan kecantikan terutama dalam soal penampilan diri. Bersolek adalah salah satu cara untuk wanita tampil lebih yakin. Walau bagaimanapun dalam berhias jangan sampai melanggar batas-batas syariat.

Tapi apakah hukum bersolek sebenarnya? Apa pula pandangan Islam terhadap wanita yang gemar bersolek. Amat berat sebenarnya isu solekan dan perhiasan wanita ini.

Bukan wanita tidak boleh bersolek langsung tetapi bersoleklah secara sederhana, tidak berlebih-lebihan sehingga menaikkan rasa nafsu bagi kaum lelaki yang memandang sehingga ia boleh mendatangkan fitnah.

TIGA TIP UNTUK MUSLIMAH BERSOLEK:

1. Gunakan warna-warna yang natural 
Elakkan lipstik yang berwarna garang dan kelihatan terlalu menarik perhatian seperti warna merah, purple, pink terang, maroon gelap dan sebagainya. Pilih warna-warna yang SESUAI dengan warna kulit dan HAMPIR dengan warna semulajadi bibir kita. Elakkan warna-warna yang terang seperti eye shadow hijau, biru, ungu dan sebagainya. Jika perlu, pilih yang berwarna natural seperti coklat dan perang (bronze). Konsep mekap hanyalah untuk menyerikan dan meningkatkan keterampilan bukannya sehingga menjadi topeng di muka.

2. Jangan gunakan bulu mata palsu
Bulu mata palsu adalah sama hukumnya seperti menyambung rambut dan ianya adalah HARAM. Jika mahu, boleh gunakan sedikit maskara. Pastikan dibersihkan sempurna jika mahu ambil wuduk. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam memakai dan memakaikan bulu mata palsu mendapat dosa.

IKLAN

3. Kening tidak dicukur/ dicabut
Antara perkara yang menjadi kelaziman adalah mencukur kening. Tahukah anda bahawa ianya adalah HARAM dan BERDOSA?

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (Al Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah”

(Riwayat (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud)

IKLAN

Dalam Surah An-Nur; Ayat 31 menerangkan dengan terperinci tentang batas aurat dan penampilan wanita. Ayat ini memang panjang tetapi teramat penting untuk kita benar-benar baca dan faham,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Di dalam Islam, solekan atau memperlihatkan perhiasan berlebihan itu digelar Tabarruj.

Tabarruj menurut bahasa adalah wanita yang mempamerkan keindahan dan perhiasannya berlebihan kepada lelaki bukan mahram (tafsiran Ibnu Manzhur di Lisanul Arab).

IKLAN

Tabarrajatil mar’ah maksudnya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada lelaki bukan mahram dengan niat untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Dan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda,

“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”

Tanya diri, apabila kita berniat bersolek untuk cantik, maka untuk siapakah kecantikan kita itu ditunjukkan? Bagi wanita yang sudah berkahwin, solekan itu buat si suami, mungkin dengan solekan nipis pada wajah, dapat membuatkan pandangan orang lain terhadap suami itu lebih baik.

Jadi cukuplah jika seorang wanita itu berhias secara sederhana demi menjaga nama suami, keluarga dan anak-anak. Kecantikan sebenar seorang wanita itu adalah pada akhlaknya. Jadi bersederhanalah dalam berhias.

Sumber kredit: Elle Zada

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI