Menjelma tahun baru antara yang paling popular yang ingin dilaksanakan dan yang pasti kebanyakan dari kita berazam untuk menyimpan lebih duit sebagai salah satu azam tahun baru.

Perkongsian kali ini ialah bagaimana 11 hack ini dapat membantu anda untuk simpan duit anda. Saving Hack ini sekiranya dilakukan dengan displin insyallah anda mempunyai pendapat lumayan.

1. Sistem sampul surat

Bagaimana ia berfungsi? Benda pertama ialah dapatkan sampul surat kosong atau lebih baik, kitar semula kertas yang ada. Anda memerlukan lebih kurang 4 sampul surat; duit barangan rumah, duit barangan kecantikan, duit minyak kereta dan duit belanja makan. Duit komitmen tetap (bil dan simpanan) biarkan di dalam akaun anda.
Selepas mendapat gaji, bahagikan duit gaji kepada setiap kategori ini. Setiap perbelanjaan bulanan anda harus tidak melebihi duit yang telah diletakan di dalam setiap sampul.

2. Sarapan di rumah

Memang budaya masyarakat kita lebih gemar makan diluar, apatah lagi sarapan kerana untuk membuat sarapan kita perlu bangun lebih awal. Begitu juga amalan suka membeli kopi di kafe. Cuba anda kira semula purata sarapan dan kopi anda sehari berapa? Sebulan? Katakan RM8 sehari untuk sarapan, seminggu anda sudah berjaya menjimatkan duit anda sebanyak RM48!

3. Gunakan duit sebenar

Menggunakan kredit kad atau debit kad memang lebih mudah berbanding duit sebenar. Namun apabila kita menggunakan duit sebenar, kita akan nampak lebih jelas duit yang dikeluarkan. Anda juga boleh menetapkan jumlah duit yang anda ingin bawa untuk mengawal penggunaan duit semasa ingin makan di luar.

4. Bandingkan

Jadilah pengguna yang bijak! Sekarang terdapat banyak iklan mengenai harga jualan serta terdapat juga aplikasi atas talian yang membolehkan kita membuat perbandingan harga. Dengan ini, kita dapat memilih tempat beli belah yang lebih menjimatkan.

5. Kupon

IKLAN

Selain membandingkan harga, anda juga boleh membeli-belah menggunakan kupon! Di surat khabar serta laman sosial terdapat banyak kupon promosi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan kupon-kupon ini.

6. Cabaran

Terdapat banyak trend cabaran mengumpul duit yang anda boleh lakukan. Contohnya cabaran 52 minggu, cabaran memenuhkan botol minuman 2 liter dengan duit syiling, atau mengosongkan poket anda dari syiling setiap pagi dan isikan di dalam bekas khas. Tanpa anda sedari, anda sudah mula menabung!

7. Hari tanpa belanja

Ini mungkin kedengaran tidak logik, tetapi sebenarnya tidak mustahil. Jadikan sehari di dalam seminggu sebagai hari tanpa belanja anda. Ini bermakna, di dalam tempoh 24 jam anda tidak boleh membelanjakan duit anda. Ini juga bermakna, bersarapan di rumah, membawa bekalan dari rumah serta makan malam di rumah.

8. Menyertai program pelanggan setia

Tahukah anda kebanyakan pasaraya menyediakan keahlian program pelanggan setia? Kebanyakan program ini akan melayakan anda untuk mendapat harga istimewa, jualan khas, serta kupon eklslusif. Sertai program mereka dan dapatkan lebih penjimatan dan simpan duit anda.

IKLAN

9. Catatan kewangan

Catatkan perbelanjaan mingguan anda, masukan semua maklumat seperti jika anda ada meminjam duit orang atau meminjamkan duit kepada orang, atau menggunakan duit untuk membayar sesuatu seperti bil. Dengan catatan sebegini, anda akan lebih berwaspada di mana anda patut kurangkan belanja.

10. Cari peluang

Kini anda sudah mempunyai catatan kewangan anda jadi anda boleh mencari ruang atau peluang untuk lebih berjimat dan simpan duit anda!

11. Jualan terpakai

Daripada anda membuang atau terus menyimpan barangan atau pakai yang tidak digunakan lagi, jualkan ia! Jualkan pakaian atau barangan anda yang masih elok di atas lain atau di aplikasi atas talian seperti Carousell. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapat duit daripada terus membiarkan barangan atau baju terus rosak.

Kaji selidik ‘Power Of Secondhand Gifts’ dari Carousell mendedahkan barangan terpakai kini diterima baik

Carousell, salah satu daripada pasaran jual-beli antara pengguna dan pengiklanan barangan terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menyeru para netizen untuk mempertimbangkan idea untuk menjual-beli “barangan terpakai” di kala ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli belah pada jualan akhir tahun. Hasilnya menunjukkan bahawa Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia sebenarnya A-OK dengan hadiah dari barangan terpakai, malah boleh menjadi satu pilihan dalam menguruskan pemberian hadiah yang berpatutan serta mesra alam.

Kaji selidik Power Of Secondhand Gifts dari Carousell telah dijalankan secara atas talian pada November 2019 dengan seramai 2,419 responden di Malaysia.

IKLAN

Secara keseluruhannya, jelas sekali idea pemberian hadiah dari barangan terpakai ini semakin diterima ramai – 88.9 peratus berkata mereka akan berasa gembira menerima hadiah dari barangan terpakai, sementara 84.8 peratus mengatakan mereka memilih barangan terpakai yang mereka benar-benar mahu berbanding barangan baru yang tidak diperlukan.

Ini semestinya berita baik buat mereka yang sering kali keliru dalam mempertimbangkan keperluan untuk mencari hadiah yang bersesuaian dan juga yang menepati bajet. Ini disebabkan barangan terpakai itu mampu menawarkan harga mampu milik bagi pengguna, berkualiti dan terdapat pelbagai pilihan.

Dua pertiga daripada responden memperakui nilai-untuk-wang sebagai insentif utama, kerana kini mereka dapat mencari barangan berkualiti dari jenama yang baik dengan harga yang berpatutan. Lebih separuh mengatakan ia adalah alternatif penjimatan kos yang baik, dan juga cara terbaik untuk mengesan barangan yang jarang ditemui.

Selain keseronokan dalam proses tawar menawar atau penantian dalam menyempurnakan sebuah koleksi item yang jarang dimiliki, 33 peratus daripada responden juga melihat ini sebagai cara yang lebih mampan dan mudah untuk membeli belah, dengan ramai yang bersetuju bahawa ia mampu untuk mengurangkan pembaziran.

“Hasil kaji selidik dari Power Of Secondhand Gifts adalah sangat menggalakkan, kerana ia menunjukkan lebih ramai orang menghargai nilai dan sentimen di sebalik pemberian hadiah, yang bebas daripada nilai materialnya,” kata Tang Siew Wai, Ketua Negara, Carousell Malaysia. “Di Carousell, kami ingin memberi peluang kedua bagi barangan terpakai supaya ia memberi manfaat kepada penjual dan juga pembeli. Pada masa yang sama, barangan terpakai sebagai hadiah bukan sahaja praktikal dan kosnya efektif, malah dan ada kalanya lebih bermakna buat penerima; respon positif ini memperkuatkan lagi misi kami dalam mengimaginasi semula pasaran iklan kecil dan menjadikan urusan jual beli barangan terpakai sebagai pilihan utama.”

Pada hujung spektrum ini, sesetengah golongan berpendapat bahawa hadiah mestilah baharu; satu pertiga mengakui alasan utama untuk membeli barangan yang baharu adalah atas sebab kebimbangan bahawa pembeli akan dilihat sebagai seorang yang ‘kedekut’, dan penerima pula mungkin akan berasa tersinggung.

Walau bagaimanapun, apabila menjelang penghujung tahun, pembelanjaan untuk musim percutian pula semakin meningkat. Justeru itu, membeli belah barangan terpakai memainkan peranan yang penting dalam penjimatan masa dan wang, dan mungkin menjadi suatu norma satu hari nanti. Berikut adalah senarai pilihan barangan terpakai yang terbaik dari hasil kajian tersebut:

  • item antik dan vintaj, 57.2 peratus
  • barangan koleksi, 39.4 peratus
  • pakaian, 33 peratus
  • berangan elektrik dan mudah alih, 27.8 peratus
  • buku, 27.7 peratus

Bagi meraikan musim cuti ini, Carousell mengumumkan kempen “’Tis the Season to Carousell”! Miliki barangan bertemakan perayaan khas istimewa termasuk barangan buatan tangan, barangan fesyen dan kecantikan, barangan yang sukar untuk ditemui seperti plat Krismas yang klasik, cawan HRH Queen Elizabeth II Silver Jubilee, buku muzikal yang klasik, koleksi kad rekod vinil dan banyak lagi tanpa perlu berhadapan dengan masalah mencari tempat letak kereta, kesesakan orang ramai dan beratur panjang.
Carikan barangan-barangan ini dan ribuan lagi sempena jualan akhir tahun ini di https://my.carousell.com/ atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, ikutilah Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau di Instagram @carousell.my.

Selamat Mencuba

Sumber: The Asian Parent

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI