Bawang putih adalah rempah dapur terkenal yang hampir selalu ada dalam setiap hidangan. Bagaimanapun, bawang putih bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus, ia juga boleh dimakan mentah untuk membawa beberapa manfaat kepada tubuh.
Faedah makan bawang putih mentah boleh berbeza-beza bergantung pada kandungan serat, protein, kalsium dan antioksidannya. Tidak hairanlah rempah ini telah menjadi salah satu rawatan penyembuhan tamadun purba.
Berikut adalah beberapa kebaikan makan bawang putih mentah yang boleh anda alami.
1.Meningkatkan Kesihatan Kulit
Manfaat pertama makan bawang putih mentah adalah baik untuk kesihatan kulit. Bawang putih boleh mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat di muka.
Mengambil bawang putih juga boleh menyembuhkan luka seperti psoriasis, ruam, dan lepuh kulit. Kandungannya juga dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan mencegah penuaannya.
2.Menyembuhkan Batuk dan Selsema
Ads
Bawang putih boleh meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan batuk, selsema atau selesema. Anda boleh makan dua ulas bawang putih sehari untuk mendapat manfaatnya. Dalam sesetengah budaya, menggantung beberapa ulas bawang putih pada tali di leher kanak-kanak boleh membantu melegakan kesesakan yang disebabkan oleh selsema.
3.Baik Untuk Kesihatan Jantung
Kandungan allicin dalam bawang putih membantu dalam menurunkan LDL, atau kolesterol jahat. Oleh itu, anda boleh meraih kebaikan makan bawang putih mentah untuk meningkatkan kesihatan jantung anda dengan mengambilnya secara berkala.
Ads
Bawang putih juga boleh mengurangkan pembekuan darah dan mencegah tromboembolisme, atau pembekuan darah, di kaki, pangkal paha atau lengan.
4.Meningkatkan Fungsi Otak
Sifat antioksidan dan anti-radang bawang putih boleh meningkatkan kesihatan otak. Bawang putih juga boleh melawan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan demensia.
Bawang putih mengandungi gabungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk fungsi kognitif otak. Anda tahu, rempah dapur ini juga boleh meningkatkan mood anda.
Ads
5.Mengecah Kanser
Manfaat terakhir makan bawang putih mentah ialah ia boleh mencegah risiko kanser, terutamanya kanser kolon. Menurut Kajian Kesihatan Wanita Iowa, wanita yang kerap makan bawang putih dengan sayur-sayuran dan buah-buahan lain mempunyai risiko 35 peratus lebih rendah untuk mendapat kanser.
Berikut adalah 5 kebaikan makan bawang putih mentah yang boleh anda alami selepas anda memakannya. Selepas melihat pelbagai khasiat ini, adakah anda berminat untuk makan bawang putih mentah?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekarang tengah viral lagu pendek video animasi ‘Bahenol’ yang melanda media sosial. Watak animasi bertajuk Si Nopal ini yang menceritakan dua beradik iaitu ‘Nopal’ dan ‘Cute Girl’ yang ingin pergi berkhemah dan sangat popular bukan sahaja di Indonesia tetapi juga Malaysia.
Namun ramai tertanya-tanya siapakah empunyai pemilik suara Si Nopal ini. Jika melihat maksud ‘bahenol’ itu dalam bahasa Indonesia bermaksud montok, mengghairahkan. jadi pastinya kita akan terfikir empunya suara seorang yang punya fizikal begitu.
Tetapi rupa-rupanya ia milik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikenali dengan Nadia Rifatummumtaz berasal dari Bagor Indonesia. Nadia dilihat sangat comel dan turut menutup aurat.
Walaupun sekadar mengenakan tudung bawal, tetapi tetap menyerlahkan sisi comel dirinya. Manakala animasi tersebut pula telah dihasilkan oleh abangnya, Naufal Faridurrazak.
Dia juga yang menjadi latar suara untuk watak Cute Girl. Watak animasi ini memang menjadi bahan jenaka kerana menyerupai bentuk seperti punggung, di mana watak kartun hanya mempunya mulut tanpa mata dan hidung.
Malah kerana penangan viral video lagu pendek ini juga menyebabkan follower Si Nopal sudah mencecah 1 juta pengikut di serata dunia terutamanya bagi negara Asia.
Usahawan terkenal, Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis buku mengenai jatuh bangunnya sebagai seorang ahli perniagaan selepas 10 tahun terlibat dalam industri ini.
Jelas Vivy, banyak lagi kisah mengenainya yang belum diceritakan dan ingin dikongsikan pada semua.
“Fashion Valet (FV) bakal memasuki usia 10 tahun bulan depan. Menandakan sudah 10 tahun juga saya bergelar seorang usahawan.
“Dengan pembelajaran selama satu dekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku! Terlalu banyak pencapaian, kesilapan dan kisah yang belum saya ceritakan lagi.
“Bidang keusahawanan ini seperti ‘roller coaster’ yang banyak naik turunnya, dan saya bakal memasuki dekad kedua pula perjalanan hebat ini. Ikuti saya? Bismillah!,” tulis pengasas jenama dUCK itu di laman Instagramnya.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya dan tidak menyangka perniagaannya berkembang dengan berjaya sehingga dikenali ramai pada hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sudah tentu kita mempunyai kelakuan aneh yang sering kita lakukan secara senyap. Haruslah kena senyap-senyap! Kalau tak nanti kantoi dan di tertawa oleh orang sekeliling terutama sekali kawan-kawan.
Namun, ada beberapa sebab kenapa anda perlu TIDAK malu pada kelakuan aneh yang anda lakukan. Ianya juga dikatakan bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi tak usahlah rasa pelik.
SUdah pasti anda malu untuk mengaku perkara aneh yang sering anda lakukan mungkin sekali dalam sehari. Ya, min pun malu nak mengaku kalau terjadi dekat diri sendiri sebab benda itu sangat privasi dan kalau boleh nak sorokkan dari sesiapa pun.
Jadi apa yang kelakuan aneh dan kotor yang di bangkitkan ini? Adakah ia seperti menggaru kepala di khalayak ramai atau cungkil gigi depan-depan orang? Ayuh kita lihat beberapa kelakuan aneh yang sebenarnya elok untuk kesihatan tubuh badan.
#1 Kentut!
Ya, betul! Kentut adalah salah satu kelakuan yang sering di pandang serong oleh kebanyakkan orang. Ianya mungkin kerana bau yang busuk dan juga bunyi yang kelakar daripanya. Tetapi sebenarnya kentut ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan gas toksin dari dalam badan. Apabila mencerna makanan, saluran pencernaan akan menghasilkan karbon dioksida dan metana lalu ia akan menjadi kentut.
#2 Sendawa
Dah kenyang lepas makan lepastu–BURP! Ha, bunyi sendawa yang kuat kita keluarkan tanpa sengaja. Ada yang menganggap perbuatan ini kurang sopan dan ia menganggu orang di sekitar. Hakikatnya, sendawa sangat bagus untuk badan.
Bila kita sendawa, ia akan keluarkan gas yang boleh menyebabkan sakit dada. Bahkan, ia juga singkirkan gas berlebihan dari dalam perut. Jika anda seorang yang sendawa secara berlebihan, itu tanda untuk membuat pemeriksaan kerana ia boleh menunjukkan penyakit refluks asid.
#3 Tak mandi?
Allahuakbar! Ada yang ponteng mandi? Kenapa sampai begitu sekali? Apa kebaikannya pulak!
Sabar sis! Min tahu ada yang tak keruan bila dengar seseorang itu tidak mandi dan menjaga kebersihan diri. Mandi pula di lakukan oleh kerana untuk membersihkan diri dari kekotoran. Tetapi bagi mereka kadang kala malas untuk mandi, ia boleh mengekalkan minyak semula jadi yang ada pada kulit badan–serta ia melembapkan dan mengubah mikrobiota. Mikroorganisma ini baik untuk badan dan ia membantu mengekalkan kesihatan kulit.
#4 Menggigit Kuku
Ramai yang menegah kelakuan ini kerana menggigit kuku hanya membuatkan kesihatan kuku mudarat! Tambahan pula, apabila anda gigit kuku, anda berpotensi untuk kena jangkitan kuman dan membuatkan anda sakit perut! Tetapi ada pendapat yang mengatakan bila anda di jangkiti kuman atau bakteria yang sama, sistem imun badan akan berusaha untuk membanteras jika berlaku jangkitan yang sama pada badan.
Bila kita lihat mereka yang suka kunyah makanan secara berlebihan ini, kelihatan sangat serba tidak kena dan kurang sopan. Namun, mengunyah adalah suatu perkara yang boleh berikan manfaat buat anda! Mengunyah adalah suatu proses pencernaan, ia akan mengeluarkan air liur serta melancarkan proses pencernaan dengan lebih baik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...