
Bawang putih sememangnya satu bahan yang sering digunakan di dalam masakan sebagai penambah rasa. Seperti yang anda semua tahu, bawang putih sangat baik untuk kesihatan manusia.
Tetapi jangan terkejut kerana bawang putih juga sebenarnya bermanfaat untuk kecantikan. Jom semak manfaatnya.
1. Mencegah Penuaan
S-allyl cysteine yang terdapat pada bawang putih dapat melindungi kulit dari sinar UV dan mencegah kedutan pada kulit. Makan satu ulas bawang putih mentah dengan campuran madu dan lemon pada pagi hari dapat mencegah penuaan.
2. Membasmi Jerawat
Bawang putih memiliki zat anti inflamasi dan anti-microbial. Zat-zat tersebut dapat melawan racun dan bakteria penyebab jerawat. Anda boleh makan satu ulas bawang putih mentah, lalu minum air putih.
3. Menghilangkan Stretch Mark
Ada stretch mark pada badan? jangan bimbang kerana bawang putih boleh atasi masalah anda. Caranya, panaskan minyak zaitun dengan 2 hingga 3 ulas bawang putih. Jika sudah naik bau bawang putih, tutup api dan biarkan ia suam seketika. Kemudian, gunakan minyak tersebut untuk memicit bahagian yang mempunyai stretch mark.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
ARTIKEL BEKENAAN: Susahnya Nak Hilangkan ‘Stretch Mark’! Cara Tadisional Ini Solusinya, Buat Di Rumah Sahaja
Sumber: cewekbanget
https://youtu.be/VfM9f2lAf3Q
Ini Tip Cantik Sebelum Tidur, Barulah Kulit Wajah Nampak Glowing Di Pagi Hari

Rutin kecantikan atau perawatan kulit wajah sangat membantu meningkatkan penampilan kulit wajah di pagi hari, terutama saat bangun tidur. Jika anda melakukannya dengan cara yang betul dan konsisten nescaya pasti hasilnya memuaskan hati.
Bagaimana biasanya anda merawat kulit wajah di malam hari? Berikut ini beberapa tip perawatan kulit wajah di malam hari agar anda bangun dengan keadaan kulit yang lebih baik.
DOUBLE CLEANSING SEBELUM TIDUR
Lakukan pembersihkan kulit wajah di malam hari, termasuk double cleansing. Mulailah dengan produk pembersih berbahan asas minyak untuk membersihkan mekap, kemudian gunakan produk berbahan gel atau krim yang lembut sebelum melembapkan kulit wajah, dan menggunakan krim malam.
MENCUCI RAMBUT DI MALAM HARI
Mandi di malam hari dapat menjimatkan waktu anda untuk bersiap-siap di pagi hari. Cucilah rambut anda di malam hari. Apabila bangun di pagi hari, anda hanya perlu menggunakan leave in conditioner.

MENATA RAMBUT DI MALAM HARI
Setelah mencuci rambut, tatalah rambutmu di malam hari juga. Selain mempersiapkan kulit wajah, tatalah rambut dengan gaya low bun, sehingga di pagi hari, anda akan bangun dengan rambut bergelombang, bebas keriting.
MENGGUNAKAN PAD PEEL
Sekali atau dua kali dalam seminggu, gunakan pad peel untuk menghilangkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit wajah.

MERAPIKAN ALIS DI MALAM HARI
Alis mungkin menjadi bahagian yang memerlukan waktu paling lama untuk dirapikan. Inilah mengapa merapikan alis di malam hari adalah solusi terbaik untuk menjimatkan waktu di pagi hari.

MELEMBAPKAN KULIT
Di saat anda merasa kulit wajah anda sedang sangat kering, cubalah mengaplikasikan masker wajah. Untuk daya penyerapan yang lebih baik, letakkan tuala yang telah dicelupkan ke dalam air suam selama beberapa minit.
MENGATUR LETAK PRODUK KECANTIKAN YANG SERING ANDA GUNAKAN
Sama halnya seperti pakaian, mengatur produk kecantikan yang sering anda gunakan akan memudahkan rutin kecantikan anda tanpa harus kelam kabut mencarinya di mana-mana. Apabila anda tidak kelam kabut maka wajah anda juga akan tampil berseri dan ceria.
Inilah tujuh tip cantik yang perlu anda amalkan sebelum tidur. Amalkan ya sis!
Lima Bahan Dari Dapur Ini Boleh Buat Minyak Lebatkan Rambut & Hilangkan Masalah Gatal Kulit Kepala

Perlakuan menggaru kulit kepala sudah tentu menjengkelkan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan kulit kepala. Bermula dari masalah kulit kepala yang agak ringan jika tidak dirawat boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti keguguran rambut dan sebagainya.
Malangnya kegatalan kulit kepala tidak hanya boleh mengganggu keselesaan dan kesegaran rambut, tetapi juga boleh menjejaskan penampilan diri. Ini kerana kadang-kadang kulit kepala yang gatal dan sering digaru boleh menyebabkan serpihan putih pada kulit kepala iaitu kelemumur jatuh mengenai pakaian terutama pada bahagian bahu.
Masalah ini perlu dirawat agar tidak terus berlanjutan. Ikuti perkongsian Sarifa Redzuan II
Minyak ini boleh membantu menyelesaikan masalah kulit kepala. Manfaat minyak ini adalah:
– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang
Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekaligus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.
Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.
Namun, ada baiknya awak amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.
Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .
Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.
Bahan yang digunakan sangat mudah di dapati. Cikgu ambil di belakang rumah jer.
Awak pun boleh tanam dalam pasu .
Ini resipinya:
RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT
1. Segenggam daun kari
2. Segenggam daun inai
3. 2 ulas bawang putih
4. 1/2 biji limau purut
5. 250 ml minyak kelapa
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. 100 ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati
2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.
Nota kaki: Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.
Rutin Penjagaan Kulit Berkala Bersama Pengasas Jenama Pixi, Petra Sarankan Rangkaian Yang Sangat Berbaloi. Hasilnya Wow!

Hijabi dan penjagaan kulit anda pasti hanya mahukan yang terbaik, dengan pelbagai maklumat mengenai penjagaan kulit. Bersama pakar, anda akan mempelajari teknik penjagaan kulit terbaik dan yang benar-benar berbaloi bermula dari pelembap, pencuci muka, pembersih, dan banyak lagi yang sesuai untuk anda bagi menangani jerawat, pori, bulu mata, kedutan dan pigmentasi.
Panduan penjagaan dan produk terpilih bulan ini iaitu rangkaian produk kecantikan Pixi, oleh itu hijabista sangat gembira dapat berpeluang temu ramah dengan pengasas jenama eksklusif Pixi Petra Strand jenama yang membawa kandungan produk terbaik untuk wanita yang on the go dan padat dengan aktiviti semasa.
Kebanyakkan anda sebagai pemula dalam mencari produk kecantikan yang sesuai pasti akan mencuba apa sahaja produk yang sesuai malah ada yang mempunyai kesan sampingan dan menyebabkan keadaan kulit wajah semakin parah. Menurut Petra
Amalan atau petua bagi pemula sangan mudah, jangan langkau dua langkah ini baik pagi atau malam.
“Nasihat saya selalu mengenai penyelenggaraan berkala berbanding pembaikan cepat. Pengenalan yang saya cadangkan untuk Pixi mudah tetapi sangat berkesan:
AM: Pixi Hydrating Milky Cleanser, Rose Tonic, Hydrating Milky Serum, Rose Ceramide Cream dan Glow Mist.
PM: Hydrating Milky Makeup Remover, Glow Mud Cleanser, Glow Tonic, Rose Oil Blend, Rose Ceramide Cream
Ini adalah rangkaian produk yang paling asas untuk pemula menjalani rutin harian. Walaubagaimanapun beliau menyarankan beberapa produk untuk anda yang mensasarkan pada kulit wajah yang bermasalah.

5 Produk Kecantikan Paling Inovatif dari Pixi untuk semua jenis kulit misalnya anda yang mengalami kulit hidrasi penambahan bahan seperti:
- Pixi Retinol Tonic adalah cara terbaik untuk memperkenalkan retinol ke dalam rutin anda! Retinol dalam tonik kami adalah pelepasan masa dan dikemas, ditambah formula dikemas dengan ekstrak botani untuk menghidrat dan menenangkan.
- Pixi pHenomenal Gel, pelembap peneutralan pH ini boleh digunakan untuk menghidrat dan menenangkan semua jenis kulit dan sangat bagus digunakan setelah semua produk penjagaan kulit yang aktif kerana ia mengekalkan kulit yang cantik dan seimbang.
- Pxi Rose Caviar Essence – Hibrida esen serum tanpa berat ini mengandungi ekstrak bunga mawar, geranium dan ylang ylang yang terbungkus yang bergabung ketika dicampur ke dalam kulit. Ia menghidupkan dengan serta-merta!
- Hydrogel Eye Patches – Patch ini pra-jenuh dengan serum dan telah dirancang untuk memberikan hasil segera pada kulit halus di bawah mata. Tambahan pula, patch mata itu sendiri boleh terbiodegradasi. “Kami mempunyai versi yang berbeza untuk keperluan pengabaian anda. Manakala DetoxifEYE mengurangkan bengkak, firma dan nada FortifEYE, produk pelancaran terbaharu kami, BeautifEYE di mana mencerahkan dan memberi tenaga serta-merta” ujar Petra.
- Peel & Polish – “Saya merancang gommage ini untuk memberikan hasil yang berkualiti tinggi. Asasnya adalah formulasi gel krim yang mengandungi enzim dari pepaya untuk mencerahkan, asid laktik untuk membantu proses pengelupasan. Zarah-zarah kecil adalah sfera gula yang sempurna untuk mengangkat sel kulit mati dan memperbaiki tekstur kulit.
Penjagaan Kulit Berganda Semasa Pandemi Corona Virus
Dalam beberapa bulan yang lalu, kebayakkan industri kecantikan terkesan dengan pandemi Corona virus. Tetapi lain pula pandangan dari Petra “saya rasa dalam beberapa kes orang lebih banyak beralih kepada penjagaan kulit. Sangat baik untuk ketenangan fikiran untuk mengadakan ritual penjagaan kulit pagi dan malam bersama dengan hari-hari yang dikhaskan untuk rawatan diri menggunakan topeng dan rawatan.

Kebanyakkan mereka melalui hari yang sukar di mana lebih ramai orang mengalami masalah jerawat atau mendapati bahawa kulit mereka menjadi sangat kering walaupun duduk di rumah. Jadi adalah satu perkara yang baik untuk memulakannya dalam “perjalanan penjagaan kulit” yang baru ini. Manakala solekan menjadi sekunder.
Secara peribadinya Petra juga mempunyai rangkaian produk dari Pixi yang menjadi kegemarannya sebagai rutin atau rejim kecantikan.
“Saya suka Glow Tonic kerana ia adalah produk warisan untuk Pixi. Itu adalah koleksi kulit pertama yang saya kembangkan dan mempunyai pangkalan pelanggan yang setia dan global. Ini telah menjadi identik dengan Pixi dan mempunyai hasil yang luar biasa pada semua jenis kulit dan usia.”
“Rose Oil Blend dan Overnight Retinol Oil adalah dua campuran minyak sinergis yang menyaluti kulit dengan kelembapan dan banyak kegunaannya. Penjagaan malam pula saya memilih, Overnight Retinol Oil yang mempunyai kelebihan tambahan bahan berprestasi tinggi seperti retinol, ceramides dan peptida untuk meningkatkan tanda-tanda penuaan, sedangkan Rose Oil Blend sangat berkhasiat dan melembapkan” Ujar Petra.
“Saya juga menyukai semua face mist Pixi! Saya adalah penyokong besar untuk multi-misting untuk benar-benar menyiapkan dan melembapkan kelembapan ke dalam kulit.”
Petra adalah seorang wanita yang inginkan wanita lain cantik dari segi penampilan walaupun sesibuk mana anda. Suka saya menasihati pembaca hijabista di mana seorang yang berkeyakinan dan berketerampilan haruslah menjaga kecantikan wajahnya iaitu penyelenggaraan berkala adalah kunci! Dan berusaha untuk benar-benar memahami kulit anda.
Setiap orang boleh mendapat manfaat daripada pembersihan dua kali pada waktu malam, menggunakan tonik asid sekurang-kurangnya 3 kali seminggu pada waktu malam dan multi-misting untuk mencapai hasil terbaik untuk kulit anda.