‘Stretch mark’ bukanlah perkara baru dalam kehidupan kita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin. Ia bukan sahaja menjadikan kulit badan kita tidak sempurna, malah ia juga menjadikan kita kurang yakin dengan diri sendiri.
Umumnya,’stretch mark’ ini terjadi di banyak bahagian tubuh badan contohnya seperti di bahagian punggung, perut dan juga bawah ketiak. Team Hijabista kongsikan kepada kamu bahan-bahan semula jadi yang mampu untuk menghilangkan ‘stretch mark’.
Minyak zaitun terkenal dengan pelbagai khasiatnya. Ia mengandungi zat linoleic acid yang membantu untuk menjaga kadar air pada kulit. Selain itu, kandungan anti-oksidan yang dikenali sebagai polifenol dapat meregangkan serta merawat kulit yang rosak. Caranya, campurkan 1 sudu besar miny zaitun bersama-sama dengan satu sudu teh madu. Adun sehingga sebati dan sapukan pada kawasan yang mempunyai ‘stretch mark’.
Lendiran yang ada pada aloe vera diperkaya dengan pelbagai jenis Vitamin yang dapat memberi khasiat kepada kulit. Ia membantu untuk menghilangkan ‘stretch mark’ dan juga masalah jerawat. Caranya, ambil gel lidah buaya dan ratakan pada permukaan kulit yang rosak. Selepas 10-15 minit, bersihkan dengan air suam.
Putih telur dipercayai dapat mengenyalkan kulit wajah serta untuk mencerahkan kulit wajah kerana ia kaya dengan sumber protein dan mikronutrien. Putih telur juga boleh digunakan sebagai losyen. Untuk menghilangkan bau hanyir, campurkan sedikit dengan perahan lemon.
4. Kentang
IKLAN
Sumber gambar: Healthline
Kandungan mineral yang ada pada kentang dapat dijadikan sebagai antibiotik untuk membantu regenerasi kulit. Caranya ialah tumbuk halus kentang yang telah direbus dan campurkan dengan 2 sudu susu. Kemudian, sapukan pada kawasan yang mempunyai ‘stretch mark’. Tunggu selama 30 minit dan bilas dengan air bersih.
5. Lemon
Sumber gambar: Healthline
Lemon kaya dengan sumber Vitamin C yang berfungsi sebagai anti-oksidan. Ia juga mengandungi asam alpha hidroksi yang dapat menangkal radikal bebas yang ada di dalam kulit. Caranya mudah sahaja. Sapukan lemon yang sudah dipotong pada permukaan kulit yang rosak.
Kolagen adalah protein yang terdapat dalam jumlah yang agak tinggi dalam tubuh manusia. Kolagen bukan sahaja terdapat pada kulit, tetapi juga dalam tulang, tisu penghubung, kornea mata, gigi dan saluran darah.
Walau bagaimanapun, tahap kolagen juga boleh menurun dengan usia. Sebaliknya, kemerosotan kolagen juga boleh disebabkan oleh pencemaran udara, cahaya matahari dan mengamalkan pelbagai tabiat tidak sihat mulai dari merokok, kurang rehat dan makan makanan yang tidak sihat.
Langkah pertama yang anda boleh cuba tingkatkan penghasilan kolagen adalah dengan mengambil suplemen yang mengandungi kolagen.
Hari ini terdapat kajian yang menyimpulkan bahawa pengambilan suplemen kolagen selama 90 hari boleh mengurangkan penampilan kedutan dan menjadikan kulit kelihatan anjal dan terhidrat.
Ambil Vitamin C
Vitamin C biasanya digunakan untuk mengekalkan sistem imun. Selain itu, vitamin C juga dikatakan berperanan dalam meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit.
Selain mengambil makanan dan makanan tambahan yang mengandungi vitamin C, anda juga boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C, seperti serum, untuk mengekalkan keanjalan kulit.
Sapukan Produk Yang Mengandungi Asid Hyaluronik
Anda mungkin tidak asing dengan istilah asid hyaluronik. Bahan-bahan yang biasanya terdapat dalam pelembap kulit boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit.
Ramuan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit, malah mengurangkan kemerahan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan juga menyembunyikan parut jerawat.
Mengaplikasikan Produk Perawatan Kulit Yang Mengandung Retinol
Retinol adalah salah satu bahan yang popular di kalangan wanita ketika ini kerana ia boleh mengurangkan pelbagai masalah kulit. Selain itu, retinol juga boleh menghalang kerosakan kolagen dengan melindungi kulit daripada pendedahan matahari.
Selain daripada menggunakan produk yang mengandungi retinol, anda juga boleh makan makanan yang mengandungi vitamin A kerana retinol adalah terbitan vitamin A.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Beberapa amalan sunah digalakkan untuk dilaksanakan pada sambutan Aidilfitri antaranya mengenakan pakaian baharu. Sahabat Baginda, Jabir pernah memberitahu, “Sesungguhnya Nabi memiliki pakaian khusus yang hanya dipakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)
Al-Baihaqi juga ada meriwayatkan Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Jika diperhatikan pada tahun ini banyak jenama fesyen menawarkan baju raya wanita dengan rekaan lengan kembang pada bahagian bahu. Nama rekaan ini ialah ‘Puff Sleeve Top’.
Sebenarnya siapakah yang sesuai memakai baju dengan rekaan begini? Secara spesifiknya, bentuk badan dan bentuk lengan yang mana sesuai menggayakannya?
Berikut dikongsikan tip memilih baju raya dengan rekaan ini:
*Puff sleeve begini wujud dalam pelbagai saiz. Ada rekaan yang membentuk gelembung bersaiz besar dan tinggi, ada yang mempunyai saiz gelembung yang kecil dan ringkas.
*Jika anda mempunyai tubuh berbentuk kon, puff sleeve top yang mempunyai gelembung kecil dan ringkas lebih sesuai.
*Jika bentuk tubuh anda lebar dan berisi di bahagian dada, rekaan lengan sebegini boleh menjadikan anda kelihatan lebih lebar. Jadi lebih elok elakkan. Jika mahu pakai juga, pilih yang kecil dan ringkas.
*Secara umumnya, rekaan baju dengan puff sleeve top yang besar dan ketara lebih sesuai untuk wanita yang bertubuh kecil dan ramping serta mempunyai ukur lilit dada yang kecil.
*Jenis fabrik juga sangat mempengaruhi. Jika fabrik agak tebal dan keras (seperti fabrik broked), maka gelembung pada baju dengan lengan sebegini akan kelihatan besar dan kaku (stiff).
*Jadi si pemakai mudah nampak lebih lebar dan maskulin pada kawasan atas badan terutama kawasan bahu.
*Jika fabrik jenis lembut, gelembung pada baju sebegini akan menampakkan ciri-ciri lebih feminin pada si pemakai.
HIJABISTA: Tidak kira apa jua jenis dan fesyen yang kita pilih, biarlah menutup aurat. Jangan kerana terlalu ingin mengikut peredaran fesyen terkini, soal aurat ditolak ke tepi.
Sebelum kewujudan produk kecantikan yang pelbagai di pasaran, pelbagai cara untuk menjaga kecantikan dengan menggunakan bahan semula jadi. Kagum dengan kecantikan wanita pelbagai Negara, ketahui cara mereka menjalani rutin kecantikan harian.
Berikut ialah beberapa rahsia kecantikan terbaik dan paling mudah dari seluruh dunia untuk kekal cantik secara semula jadi. Pilih salah satu rutin kecantikan dari Negara yang anda gemari yang menjamin bahawa menambahkannya pada rejimen kecantikan harian akan membuatkan anda kelihatan seperti baru sahaja menjalani rawatan spa.
PERANCIS
1. Menyapu ketulan ais pada muka – Rawatan ringkas ini merangsang peredaran darah dan memberikan anda kulit yang lebih sihat dan berseri.
2. Pek muka panas dan sejuk bergantian – Ia memberi anda kulit yang sihat, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan keanjalan kulit dan menepukan kulit anda dengan kelembapan. Hanya celupkan tuala lembut dalam air yang sangat suam dan letakkan pada muka, kemudian ulangi prosedur yang sama menggunakan air sejuk. Ulangi teknik berselang-seli ini beberapa kali.
3. Menggunakan jus lemon untuk mengurangkan keradangan – Menyapukan sedikit jus lemon pada jerawat melakukan kerja yang baik untuk menjadikan jerawat menjengkelkan lebih kecil dan kurang merah.
CHILE
4. Kulit berseri dengan anggur merah – Wanita Chile mendakwa bahawa kulit mereka berseri adalah disebabkan oleh antioksidan yang terdapat dalam anggur merah. Mereka membuat pes dengan mencampurkan anggur merah dengan dua sudu tepung. Setelah pes siap, mereka meletakkannya di muka mereka dan biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya. Masker ini mempunyai kesan terbaik apabila digunakan pada waktu pagi.
SWEDEN
5. Pemakanan sihat – Ramai pakar kecantikan mengaitkan kulit bercahaya wanita Scandinavia dengan makan makanan sihat seperti ikan dan beri yang tinggi antioksidan.
6. Sauna – Haba sauna adalah kaedah yang berkesan untuk membuang toksin dari badan.
JEPUN
7. Air beras – Ia membersihkan muka anda, merangsang pengeluaran kolagen, dan memberikan kulit anda tekstur yang lebih licin.
8. Urutan muka setiap hari – Urutan membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyerap oksigen. Anda boleh menggunakan sebarang minyak atau krim untuk urutan muka. Teknik, bagaimanapun, boleh berbeza-beza bergantung pada keperluan kulit anda.
9. Kurang menggunakan bedak muka – Wanita Jepun percaya bahawa kulit yang sihat harus mempunyai sedikit sinar semula jadi. Oleh itu, penggunaan bedak muka dengan kerap boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan keradangan.
BRAZIL
10. Jus lobak merah – Jus ini adalah ubat yang sangat baik untuk menghilangkan jerawat di rumah. Jus lobak merah segar dibungkus dengan beta-karotena, yang diketahui dapat membantu badan anda menyembuhkan jerawat.
SEPANYOL
11. Potongan kentang mentah – Menggunakan kentang untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Potong kentang mentah menjadi bulatan nipis dan letakkan di atas kelopak mata anda selama 10 minit.
KOREA
12. Lendir siput – Ini adalah salah satu bahan paling popular untuk krim muka Korea. Ia mempunyai sifat penyembuhan yang baik dan mengandungi kolagen dan elastin.
13. Minyak – Untuk menjadikan kulit anda sangat licin, letakkan sedikit minyak kelapa atau argan pada muka anda sebelum menggunakan krim atau gunakan minyak ini sebagai topeng muka.
14. Serum dan emulsi berasaskan bahan semulajadi – Wanita Korea menggunakan serum setiap malam dan sangat kerap menggunakannya bersama-sama dengan minyak. Urutan penggunaan produk penjagaan kulit mereka adalah seperti berikut: serum, minyak, pelembap.
15. Gantikan produk kecantikan secara berkala – Ini menghalang kulit anda daripada membiasakan diri dengan bahan-bahan tertentu.
TURKI
16. Losen dan topeng berasaskan quince – Jika anda mempunyai kulit berminyak, produk pencuci muka ini adalah pilihan yang tepat.
17. Penggelek jed – Menggunakan penggelek jed pada muka meningkatkan peredaran darah dan warna kulit anda.
ISRAEL
18. Skrub kulit garam laut – Skrub garam laut bagus untuk membuang toksin dari badan anda.
CHINA
19. Teh – Teh herba dan beri sangat bagus untuk membersihkan kulit anda.
INDIA
20. Topeng muka madu dan lemon – Lemon mengurangkan benjolan di dahi anda dan juga di mana sahaja ia boleh muncul, manakala madu menenangkan kulit.
RUSIA
21. Skrub oatmeal – Gunakan skrub ini untuk membersihkan kulit anda dan mengetatkan liang-liang.
GREECE
22. Pemakanan yang betul – Wanita Yunani makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan. Diet mereka juga termasuk pelbagai jenis ikan yang mengandungi tahap tinggi asid lemak omega-3 dan omega-6.
23. Mengukus muka – Tuangkan 2 sudu besar bunga chamomile ke dalam 2 cawan air mendidih dan kukus muka anda selama kira-kira 20 minit. Ingat bahawa menggunakan skrub selepas mengukus muka adalah lebih berkesan.
24. Kiub ais – Ia menggalakkan pembaharuan sel kulit dan merangsang sintesis kolagen semulajadi dan gentian elastik. Selain itu, air berais meningkatkan seri wajah.
25. Topeng muka kunyit – Topeng ini mempunyai ciri antibakteria dan antiseptik yang kuat.
26. Minyak zaitun – Urutan minyak zaitun akan membantu menjadikan kulit anda sihat, lembut dan lembap.
MESIR
27. Topeng tanah liat putih – Topeng tanah liat putih digunakan untuk membersihkan, menyuburkan, dan memutihkan kulit.
28. Krim aloe vera – Aloe vera secara aktif melembapkan, menyuburkan dan melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang. Tumbuhan ini juga bagus untuk memulihkan keseimbangan lembapan dalam sel.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.