Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang bersedih kerana Ramadan kali ini tidak dapat solat Terawih di masjid. Pendek kata semuanya tidak best Ramadan kali ini sedangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memberikan kita peluang untuk mendekatkan diri pada Allah.
Ini perkongsian penuh makna Khairul Faizie.
Betapa penuh kasih dan rahmatNya Allah pada kita hambaNya yang selalu leka. Dia buka jalan untuk kita supaya tidak leka.
1) Berpuluh tahun tak habis habis polemik solat terawih 8 rakaat Vs 20 rakaat. Berbuih mulut ustaz bagi penerangan. Nah Allah suruh kau terawih di rumah. Ikut suka kau nak buat berapa. Mata kau tak sakit tengok orang siap 8 balik rumah sebab orang lain tak solat terawih kat rumah kau.
2) Berpuluh tahun tak habis polemik ‘ buat tazkirah antara solat terawih ‘ VS ‘ tak buat ‘. Nah Allah suruh kau terawih kat rumah, ikut suka kau nak buat tazkirah ke tak kat anak bini kau. Kau nak tazkirah ke, baca Al Quran ke, zikir ke, makan onde onde ke in between terawih, ikut suka kau.
Ads
3) Berpuluh tahun sibuk cari masjid/surau yang baca surah pendek masa terawih. Nah, Allah suruh kau terawih kat rumah. Ikut suka kau nak ulang surah surah pendek juz Amma, atau kau nak habiskan Al Baqarah satu rakaat. Terpulang.
4) Berpuluh tahun AJK masjid jenuh mengingatkan jemaah jangan parking kereta berterabur, block laluan, menyusahkan orang lain. Nah sekarang Allah suruh kau terawih kat rumah, motor kapcai kau pun kau tak guna biar park je.
5) Berpuluh tahun kau rosakkan pahala puasa sebab mata tengok aurat perempuan di bazar ramadan. Nah Allah nak jaga mata kau, bazar pun takda.
6) Berpuluh tahun kau membazir duit tergoda di bazar ramadan, beli makanan yang akhirnya kau tak makan. Nah Allah batalkan bazar ramadan, harapnya nafsu kau kalau pergi pun bazar drive thru/beli online adalah terkawal. Kalau ini pun kau membazir, baik kau mati.
Ads
Gambar: Peraktoday.com
7) Berpuluh tahun kau sibuk dengan kerja sepanjang Ramadan. Lepas terawih mata ngantuk, tau tau tido. Nah Allah paksa kau cuti sebulan duduk rumah ramadan ini. Kalau kualiti & kuantiti bacaan Al Quran kau tak makin baik dari tahun tahun sebelum ini, baik kau mati.
Dulu kau nak tahajud lama lama pun fikir esok pagi nak pergi kerja, nah sekarang Allah paksa kau cuti. Tahajud lah lama lama sampai bengkak kaki, ataupun kau tersembam jatuh tertidur.
8) Berpuluh tahun setiap kali malam Aidilfitri kau sibuk masak lemang ketupat, kau sibuk alter baju raya last minit. Nah Allah batalkan sambutan Aidilfitri kau, supaya malam Aidilfitri kau taqarub kepada NYA:
Ads
“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Siapa kata berpuasa Ramadan sepanjang PKP tak best?
Barangsiapa yang duduk di rumah sepanjang PKP, tak perlu keluar kerja, TOLONGLAH grab peluang ini.
HIJABISTA: Inilah masanya untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Solat yang tak cukup waktu dicukupkan waktu. Al-Quran yang sudah lama tidak disentuh mula dibaca. Tidak mengapalah merangkak-rangkak asalkan ada usaha untuk membacanya.
Penyanyi dan juga aktivis, Mizz Nina, telah di anugerahkan dengan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Mizz Nina yang di kenali dengan kegiatan dakwah serta aktivis kemanusian sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai. Tidak sangkal lagi, dia menjadi idola buat ramai atas usahanya yang banyak membantu ramai saudara sesama Islam.
Penerima ikon aktivis kemanusiaan
Sumber gambar dari Instagram Mizz Nina
Siapa sahaja tidak tahu kegiatan aktivis kemanusiaan Mizz Nina atau nama sebenarnya Sayzrina Azman, 42, sebagai salah seorang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 144H/ 2022M dalam kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan. Dia yang telah giat menjalankan kegiatan aktivis kemanusiaan telah melebarkan sayapnya sehingga ke luar negara.
Mizz Nina telah mula bergiat melakukan kemanusiaan sejak tahun 2013 dan melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada tahun 2017. Pada tahun 2016 pula, Mizz Nina turut bersama rakan kongsinya mengasaskan saluran gaya hidup Islam yakni Deen Of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang telah menghasilkan beberapa siri episod TV dan program bual bicara.
Perkongsian Mizz Nina bersama golongan yang kurang bernasib baik juga telah membuatkan dia untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan juga Into Taqwa Malaysia.
Mei tahun 2021 lalu, Mizz Nina juga berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta yang di dermakan oleh orang ramai bagi rakyat Palestin. Sumbangan ini juga di usahakan menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang turut di sertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan.
Sumbangan itu juga di maklumkan telah di gunakan secara berperingkat di salurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
Mizz Nina juga tidak lupa untuk berkongsi setiap sumbangan dan aktiviti sumbangan menerusi Instagram miliknya kerana tidak sangka ramai yang memberikan sokongan luar biasa. Acara yang berlangsung pada hari ini juga di serikan oleh ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima anugerah di Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan itu.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Mizz Nina
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajjud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat Tahajud. Antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
Selebriti yang juga usahawan terkenal, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran yang pertama untuk tahun 2022 ini.
dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun 2022😢🤲 ( simpan untuk kenangan ) #fgkhatam
Berikutan perkongsiannya itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa syukur termasuklah selebriti seperti Neelofa, Siti Fazurina dan Zarina Zainuddin.
Pada tahun lepas, Fouziah juga telah memberi inspirasi kepada orang ramai apabila berjaya khatam sebanyak dua kali sewaktu bulan Ramadhan.
InsyaAllah, kita juga boleh sama-sama khatam bacaan Al-Quran tahun ini seperti beliau. Yang baik kita jadikan teladan. Marilah kita berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari hari semalam. Jom!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...