Penampilan terbaharu pelakon Shikin Maembong bertudung mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan tudung berwarna putih di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Shikin memberi bayangan bahawa penampilan manis tersebut merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, penyanyi dan komposer, Cat Farish.
“Hadiah hari jadi suami. Agak-agak abang @catfarish suka tak?
Bismillah.”
Shikin Maembong Bertudung Raih Perhatian Warganet
Perkongsian pelakon berusia 36 tahun itu pantas mendapat perhatian pengguna media sosial. Ramai yang memuji penampilan Shikin yang kelihatan semakin ayu, sopan dan berseri apabila mengenakan hijab.
Ads
Selain memuji penampilannya, ramai juga mendoakan agar segala urusan Shikin dipermudahkan sekiranya benar dia sedang melangkah ke arah perubahan yang lebih baik.
“Bukan setakat suami akak saja suka, seluruh alam pun suka. Semoga istiqamah ya.”
“Jenuh juga fikir apa hadiahnya. Oh, baru perasan sebab pakai tudung ya.”
Belum Ada Pengesahan Mengenai Penghijrahan
Bagaimanapun, sehingga kini Shikin masih belum memberikan sebarang kenyataan sama ada penampilannya itu menandakan dia sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya atau sekadar penampilan khas bagi perkongsian tersebut.
Ads
Justeru, sebarang andaian mengenai keputusan peribadinya tidak wajar dibuat selagi tiada kenyataan rasmi daripada beliau sendiri.
Shikin Maembong Dan Cat Farish
Untuk rekod, Shikin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer Cat Farish pada 20 Disember 2015.
Penampilan Shikin Maembong bertudung ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah mengundang pelbagai doa dan kata-kata positif daripada warganet yang berharap agar beliau sentiasa diberikan ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan bersama keluarga.
Semoga setiap langkah Shikin menuju kebaikan sentiasa dipermudahkan serta dilimpahi rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap insan diuji Allah dengan dugaan yang tersendiri. Bagi gadis kecil molek yang berasal dari Kuala Lumpur, Era Masturah Ramlee, 22 tahun, keputusannya untuk mengenakan niqab pada usia muda sememangnya bukanlah mudah.
Ini kerana jarang sekali remaja seusianya memilih penampilan sebegitu. Walau bagaimanapun, gadis yang mesra disapa Era ini tidak gentar untuk mengambil langkah baru dalam hidupnya sejak tiga tahun lalu.
“Saya sudah mula mengenakan hijab sejak dari zaman tadika lagi dan mula berniqab sewaktu berada dalam semester dua di universiti sejak tiga tahun lepas. Saya memilih untuk berniqab kerana ianya merupakan sunnah isteri-isteri Nabi dan secara tidak langsung mendidik saya untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Mengenai cabaran sepanjang berniqab, bagi saya ian ada cabarannya yang tersendiri contohnya apabila saya didiskriminasikan oleh sesetengah masyarakat. Namun, saya tetap positif kerana faham mungkin mereka tidak jelas dengan niat dan tujuan saya bagi mengenakan niqab ini,” ungkapnya memulakan perbualan.
Bagi dirinya, hijab adalah satu tuntutan agama, bukan tanda penindasan dan bukan juga satu trend. Namun begitu, harus diingat agar jangan terus menilai melalui luaran seseorang kerana ia tidak mencerminkan baik dan buruk seseorang individu itu.
Bercerita tentang perkembangan dirinya, Era berkongsi kisah menarik sepanjang bergelar pelajar dan dalam masa sama gemar mengambil gambar menarik. Jika dilihat dalam laman Instagram miliknya, setiap gambar di muat turun mempunyai cerita tersendiri dan menjadikan halaman berkenaan cukup menarik.
“Alhamdulillah, kini saya telah berjaya menamatkan pengajian Diploma dan bergelar siswazah dalam jurusan Rekaan Fesyen dari Management Science of University (MSU) Shah Alam. Lebih menggembirakan saya juga telah diberikan Anugerah Presiden daripada pihak universiti,” ujar hijabi yang senang memilih gaya kasual setiap kali berpenampilan.
Justeru tanpa menoleh ke belakang lagi, gadis manis yang berkaca mata ini kini terus melebarkan sayapnya dan kini telah bergelar usahawan berjaya.
Dia telah mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehnya di universiti dengan melancarkan sendiri koleksi pakaian Ready To Eear di bawah syarikat Eralee Design Sendirian Berhad.
Selain itu, dia membuktikan bahawa tidak semestinya stail dan gaya penampilan seseorang hijabi itu menjadi terhad apabila berniqab. Seperti Era, dia mempunyai cita rasanya yang tersendiri, mengutamakan keselesaan pada tubuh dan yang paling penting sekali mengikut syariah.
“Warna-warna monochrome seperti hitam dan putih dengan silhouette oversized yang tidak menarik perhatian ramai menjadi pilihan saya. Stail saya juga banyak terinspirasi daripada seseorang yang saya kagumi dalam arena fesyen ini iaitu Yohji Yamamoto,” tambahnya yang juga begitu gemar melancong ini.
Telah menjelajah ke beberapa buah negara seperti Jepun dan Bangkok, Era merasakan cabaran mengembara ke tempat orang sebagai seorang yang berniqab ini tidaklah terlalu banyak cabarannya. Cuma menurut Era memang sudah menjadi lumrah apabila masyarakat luar memberikan pandangan yang pelik apabila melihat dirinya.
“Apa yang saya dapati, cabarannya tidaklah terlalu besar tetapi biasalah jika mereka asyik pandang-pandang disebabkan saya berniqab. Saya tidak kisah dengan semua itu kerana apa yang penting adalah kita menunjukkan akhlak yang baik dengan penduduk tempatan di sana.
“Kalau di Jepun memang agak sukar untuk mencari tempat solat. Kebiasaannya, saya hanya membawa lapik dan solat di mana-mana tempat yang bersih. Tambah mencabar lagi apabila tiada surau dan jika wuduk terbatal, memang sukar untuk menanggalkan pakaian yang berlapis-lapis lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Namun bagi saya, kesusahan inilah yang menjadikan kemanisan dalam pengalaman sebagai pengembara,” ujarnya dengan nada positif.
Era juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan perubahan positif dalam hidup tetapi takut untuk melakukannya.
“Teruskan berubah dan jangan termakan dengan apa orang kata kerana yakinlah hanya Allah sahaja yang Maha Kuasa dan mengatasi segala makhluk ciptaanNya. Beringatlah kepada Allah sentiasa dan kejarlah syurgaNya kerana segala di dunia ini bersifat sementara.
“Saya juga mengimpikan untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik di sisi Tuhan dan mengajak lebih ramai orang untuk mencintai Allah dan juga mecintai segala perkara kebaikan,” tambah Era sebelum mengakhiri bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meraikan Ulangtahun Ke-9 ALHUMAIRA, jenama hijab terulung ini mempersembahkan koleksi ‘EXPECTATION’ dan Hari Raya 2019 di pertunjukan fesyen yang diadakakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.
‘EXPECTATION’, siri yang menampilkan 10 koleksi berlainan dengan citarasa dan gaya minimalis. Koleksi ALHUMAIRA Hari Raya 2019 mempamerkan sisi berlainan berbanding ciri elegan dan ringkas yang dibawa oleh jenama ini sebelumnya.
Hani Elia Rousli telah memimpin dan meneraju ALHUMAIRA si cantik manis ini pernah menjadi penghias muka depan majalah hijabista pada April 2013. Jenama ini unggul pada kemunculan jenama-jenama hijab ketika itu kini AlHUMAIRA kembali dengan kolaborasi edisi kedua bersama Swarovski, ALHUMAIRA menampilkan lebih 900 biji kristal Swarovski yang “ditabur” di atas salah satu helai koleksi hijab dan telah menganggarkan ribuan tatahan Kristal Swarovski.
Namun ALHUMAIRA melangkah keluar daripada zon selesa mereka dengan hadirnya rekaan cetakan yang didedikasikan buat wanita cekal seluruh dunia. Tanpa mengabaikan keindahan karakter feminine, ALHUMAIRA telah mencorak garisan abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik kepada sofistikasi dengan sentuhan gaya retro.
“Agak mencabar untuk saya yang sukakan rekaan asas, yang turut menjadi signatureALHUMAIRA selama ini. Tetapi kali ini, kami maju selangkah ke hadapan dengan menawarkan koleksi bercorak untuk musim Hari Raya 2019. Ia mencabar, namun menjadikan perjalanan ALHUMAIRA sebagai satu jenama lebih menarik lagi. Helaian hijab bercorak kami adalah versatil, ia boleh digayakan dengan pelbagai cara di mana kami mencipta rekaan yang boleh diubah gaya,” kata Hani ketika acara pertunjukan fesyen ALHUMAIRA, yang mendapat tajaan tatahan kristal oleh Swarovski dan Caudalie sebagai penaja
Pelakon kesayangan Malaysia dan bintang media sosial, Elfira Loy sebagai ahli keluarga baru ALHUMAIRA dalam menyemarakkan lagi kempen dan kolaborasi musim Hari Raya.
Elfira Loy sentiasa memperlihatkan sokongannya terhadap helaian hijab ALHUMAIRA sejak bertahun lalu, sama ada melalui penggayaan dan pemakaian hijabnya atau kala berbicara bersama media ketika ditemu ramah. Pemahaman beliau dan penata gayaan hijabnya yang serasi dengan jenama ALHUMAIRA menyumbang dalam gaya hijab hariannya.
ALHUMAIRA berbangga memperkenalkan Elfira Loy sebagai wajah baru dan Duta Jenama di mana dirinya mempamerkan pemakaian helaian hijab ALHUMAIRA dengan penuh keyakinan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hitam adalah warna misteri. Memilih warna hitam memberi kesan tersendiri pada penampilan seseorang. Terdapat banyak kebaikan bagi pemakainya ketika memilih warna hitam sebagai warna pilihan termasuk warna pilihan hijab.
Setiap hijabi tentu mengimpikan satu almari hijab yang dipenuhi dengan warna serta corak yang berbeza. Tentu tiada lagi masalah untuk memilih tudung yang sesuai mengikut tona serta rekaan baju.
Namun dalam pelbagai warna yang ada, hijab hitam wajib ada di dalam almari anda. Rona hitam boleh menjadi penyelamat saat anda bingung memikirkan warna hijab yang sesuai untuk digayakan.
Ini sebabnya kenapa hijabi perlu ada hijab hitam.
BERSIFAT UNIVERSAL
Percayalah hijab hitam sesuai dengan semua warna baju dan pakaian yang sedia ada. Warna hitam dikatakan sesuai digayakan dengan pelbagai warna baju.
TIDAK NAMPAK KOTOR
Jika ada pun, tak nampak sangat. Ini salah satu sebab hijab warna hitam menjadi pilihan terutama bagi hijabi yang suka bersukan, mudah hendak basuh tanpa perlu sental lama-lama.
HAJI DAN UMRAH
Menjadi pilihan hijabi untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji, sesuai dengan budaya dan keadaan di sana.
NAMPAK PROFESSIONAL
Sangat sesuai untuk para hijabi yang berada dalam sektor professional, eksekutif dan korporat. Ia menunjukkan seseorang itu kelihatan berkaliber.
Istimewanya warna hitam berbanding warna yang lain:
HITAM BERBEZA
Cuba berdiri di sebelah mereka yang memakai hijab berwarna atau bercorak. Anda yang memakai hijab hitam akan kelihatan berbeza. Anda akan kelihatan anggun.
WARNA SELAMAT
Raikan siang atau malam, apa jua acara. Jangan risau, anda tetap akan kelihatan penuh karisma dengan warna gelap yang satu ini.
MUDAH DIPADANKAN
Cukup gabungkan pakaian warna terang anda dengan padanan hijab warna hitam, pasti penampilan anda nampak menyerlah.
SANTAI DENGAN CARA ANDA
Gandingkan hijab warna hitam untuk pelbagai gaya pakaian santai anda. Denim, kodroi, palazo, sesuai untuk acara santai.
ILUSI WAJAH LEBIH RUNCING
Jika pakaian, ia akan membuatkan anda kelihatan langsing namun jika hijab, pemakaian hijab warna hitam akan membuatkan wajah anda tampak runcing.
HIJABISTA: Kesimpulannya, hijab warna hitam wajib ada dalam almari setiap hijabi. Ia adalah warna hijab yang sesuai untuk semua suasana.
Sumber kredit: Top image: Canva
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di