Selain dikenali sebagai usahawan dan beauty influencer yang minat travel oversea, pengalaman terbaharu Bella Park tawan negara New Zealand sekali lagi menuai perhatian.
Berusia 28 tahun, nama Bella Park sememangnya sinonim dengan dunia solekan di media sosial. Kerap berkongsi tutorial solekan, sifat lucu Bella Park yang masih bercakap dengan loghat Kedah yang pekat membuatkan ramai wanita tertarik dengan personalitinya.
Merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Bella Park juga gemar melancong dan berkongsi pengalaman indahnya dengan pengikut.
Terbaharu, wanita ini dilihat berkunjung ke negara New Zealand disamping selebriti Farahanim Razak dan Berry Farhana.
Ads
Bijak memilih pakaian yang sesuai dengan tempat dikunjungi, penampilan Bella Park ketika melancong menyuntik inspirasi. Sewaktu ke New Zealand, Bella kemas bertudung bawal dan pakaian sejuk, gaya hijabi dengan jutaan pengikut ini meraih pujian!
Serius cantik sangat negara ni, jom tengok perkongsian Bella Park ni, siap ‘belanja’ pemandangan menarik di sana…
Kata orang, semakin jauh kita berjalan, semakin banyak pengalaman dan pengetahuan yang akan diperoleh. Semoga kita semua pun direzekikan dapat ‘makan angin’ macam Bella Park dan dapat nikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan.
Bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung bukan lagi sekadar mitos kecantikan. Tanpa sedar, rutin mengikat rambut terlalu ketat setiap hari demi mendapatkan bentuk tudung yang lebih ‘terletak’ boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan kulit kepala.
Gaya bonggol atau sanggul tinggi memang popular dalam kalangan wanita berhijab kerana ia memberi ilusi wajah lebih tirus dan penampilan yang lebih kemas. Namun di sebalik gaya yang nampak elegan itu, ada risiko yang ramai terlepas pandang.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ikatan rambut yang tinggi dan ketat boleh menyebabkan tekanan berulang kepada folikel rambut. Keadaan ini dikenali sebagai traction alopecia iaitu keguguran rambut akibat tarikan berterusan.
Inilah antara bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung yang sering dipandang ringan. Apabila rambut sentiasa ditarik kuat dalam tempoh lama, akar rambut menjadi lemah. Lama-kelamaan, garis rambut di bahagian depan dan atas kepala semakin menipis. Dalam masyarakat kita, keadaan ini sering disebut sebagai “dahi sulah”.
Masalah ini tidak berlaku serta-merta. Ia terjadi secara perlahan dan berperingkat. Antara tanda awal yang boleh diperhatikan ialah:
Jika dibiarkan tanpa perubahan gaya, folikel rambut boleh rosak secara kekal dan rambut mungkin sukar tumbuh semula. Oleh itu, memahami bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung adalah langkah penting sebelum masalah menjadi lebih serius.
Selain isu kesihatan, gaya ini juga sering dibincangkan dari sudut agama. Dalam penjelasan di portal Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat hadis yang menyebut tentang wanita yang kepalanya seperti “bonggol unta yang senget”.
Ia merujuk kepada dua keadaan:
Larangan tersebut lebih cenderung kepada sanggul yang terlalu tinggi dan menonjol di bahagian atas kepala dengan tujuan menarik perhatian atau bermegah-megah. Dalam konteks ini, bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, tetapi juga soal kesederhanaan dalam penampilan.
Namun, jika bonggol terjadi kerana rambut panjang dan hanya membentuk sedikit bonggol kecil di belakang kepala tanpa niat berlebihan, maka ia dibolehkan dalam konteks masyarakat hari ini. Seperti yang ditegaskan oleh pihak mufti, setiap perbuatan bergantung kepada niat.
Tidak salah untuk bergaya, tetapi kesihatan rambut juga perlu diberi perhatian. Bagi mengurangkan bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung, beberapa langkah pencegahan boleh diamalkan:
Selain itu, amalkan penjagaan kulit kepala yang baik seperti menggunakan syampu sesuai, melakukan urutan lembut pada kulit kepala dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk menyokong pertumbuhan rambut yang sihat.
Kesimpulannya, bahaya gaya rambut bonggol bawah tudung memang wujud jika diamalkan secara berlebihan dan terlalu ketat. Gaya ini mungkin nampak cantik dan kemas, tetapi jangan sampai mengundang masalah rambut gugur dan dahi sulah.
Seimbangkan antara gaya, keselesaan dan tuntutan agama. Kerana kecantikan yang sebenar bukan hanya pada luaran, tetapi apabila ia tidak memudaratkan dan tidak melampaui batas.
Elly Mazlein tolak tawaran RM500,000 demi hijab, prinsip hidup lebih utama daripada wang. Satu keputusan besar yang membuktikan bahawa hijrah bukan sekadar perubahan penampilan, tetapi melibatkan kekuatan iman dan pendirian diri. Bagi penyanyi dan pengacara popular ini, hijab adalah maruah serta janji kepada Allah SWT yang tidak boleh digadai walau dengan jumlah wang yang lumayan.
Mesra disapa Kak Lina, Elly Mazlein percaya setiap rezeki sudah ditentukan. Keberanian untuk berkata tidak demi nilai diri akhirnya membuka pintu rezeki lain yang lebih bermakna dan diberkati, sekali gus menguatkan keyakinannya terhadap prinsip hidup yang dipegang.
Menurut Elly Mazlein, tawaran bernilai setengah juta ringgit itu hadir ketika dirinya baru sahaja mengambil keputusan untuk berhijab. Namun, tawaran tersebut disertakan dengan syarat yang jelas bertentangan dengan prinsip hidupnya sebagai wanita Muslimah.
“Tawaran datang ketika diri baharu berhijab dan ia bersyarat yang mana saya perlu membuka tudung. Setengah juta itu satu amaun yang besar. Takkanlah kita tak nak, tapi kena ingat ada banyak lagi rezeki untuk Kak Lina,” kongsinya jujur.
Bagi Elly Mazlein, walaupun jumlah itu mampu mengubah banyak perkara, ia tetap tidak setimpal dengan pengorbanan prinsip hidup yang telah dipilih dengan penuh kesedaran dan keikhlasan.
Elly menegaskan, keputusan untuk berhijab bukan dibuat sehari dua, sebaliknya melalui proses muhasabah diri dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
“Takkanlah kita nak gadaikan prinsip hidup kita demi wang. Apabila membuat keputusan untuk berhijab, kalau tawaran lumayan sekalipun pada saya tidak mengapa untuk ditolak kerana insya-Allah akan ada rezeki yang lain,” katanya.
Tambah Elly Mazlein, apa yang ingin disampaikan adalah mesej penting buat masyarakat dan industri bahawa wanita berhijab juga wajar diberi kepercayaan serta peluang yang sama tanpa prejudis.
“Tidak salah rasanya jika duta memakai tudung. Apa pun, Alhamdulillah sentiasa ada rezeki untuk saya. Saya kekal dengan prinsip saya untuk kekal berhijab,” jelasnya penuh yakin.
Menariknya, selepas menolak tawaran tersebut, rezeki Elly Mazlein semakin dipermudahkan. Ditemui di pertunjukan fesyen Ariani Lebaran 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi meluahkan rasa syukur apabila kini bergandingan bersama jenama tersebut sebagai duta.
“Tahun lepas saya bersama Jakel tetapi tahun ini 2026 saya menerima tawaran Jakel dan Ariani. Rezeki sentiasa ada, saya sangat berterima kasih. Alhamdulillah. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik,” kongsinya.
Beliau turut mendedahkan selepas itu menerima beberapa tawaran lain daripada jenama berbeza, sekali gus menguatkan keyakinannya bahawa rezeki tidak pernah salah alamat buat mereka yang berpegang teguh pada prinsip hidup.
Dalam perkembangan lain, Elly Mazlein yang bakal muncul dalam program Sembang Sahur di TV3 menyifatkan penglibatannya sebagai satu ‘comeback’ yang bermakna. Pada usia 46 tahun, beliau mengakui kekal relevan hampir tiga dekad dalam industri seni bukan sesuatu yang mudah.
Menurutnya, sikap terlalu selesa dan berkira dalam bekerja adalah antara perkara yang perlu dielakkan jika mahu terus bertahan dan dihargai dalam industri.
“Untuk kekal dalam satu pekerjaan, apabila mendapat tawaran buat sehabis baik. Contohnya untuk buat kandungan, saya akan tekankan produktiviti dan sediakan semuanya. Dari situ orang akan nampak kesungguhan,” jelasnya.
Bagi Elly Mazlein, kunci utama kejayaan adalah bekerja dengan penuh keikhlasan dan tidak melakukan sesuatu secara sambil lewa.
“Tip pertama, kena kerja betul-betul dan jangan separuh jalan. Usaha buat yang terbaik,” katanya.
Kisah Elly Mazlein ini menjadi inspirasi buat wanita Muslimah bahawa menjaga hijab dan prinsip hidup tidak pernah menghalang rezeki, malah membuka ruang kepada keberkatan, ketenangan dan kejayaan yang lebih bermakna.
Penampilan terbaharu pelakon Shikin Maembong bertudung mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan tudung berwarna putih di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Shikin memberi bayangan bahawa penampilan manis tersebut merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, penyanyi dan komposer, Cat Farish.
“Hadiah hari jadi suami. Agak-agak abang @catfarish suka tak?
Bismillah.”
Perkongsian pelakon berusia 36 tahun itu pantas mendapat perhatian pengguna media sosial. Ramai yang memuji penampilan Shikin yang kelihatan semakin ayu, sopan dan berseri apabila mengenakan hijab.
Selain memuji penampilannya, ramai juga mendoakan agar segala urusan Shikin dipermudahkan sekiranya benar dia sedang melangkah ke arah perubahan yang lebih baik.
“Bukan setakat suami akak saja suka, seluruh alam pun suka. Semoga istiqamah ya.”
“Jenuh juga fikir apa hadiahnya. Oh, baru perasan sebab pakai tudung ya.”
Bagaimanapun, sehingga kini Shikin masih belum memberikan sebarang kenyataan sama ada penampilannya itu menandakan dia sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya atau sekadar penampilan khas bagi perkongsian tersebut.
Justeru, sebarang andaian mengenai keputusan peribadinya tidak wajar dibuat selagi tiada kenyataan rasmi daripada beliau sendiri.
Untuk rekod, Shikin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer Cat Farish pada 20 Disember 2015.
Penampilan Shikin Maembong bertudung ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah mengundang pelbagai doa dan kata-kata positif daripada warganet yang berharap agar beliau sentiasa diberikan ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan bersama keluarga.
Semoga setiap langkah Shikin menuju kebaikan sentiasa dipermudahkan serta dilimpahi rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di