Sejak memutuskan untuk berhijab tiga tahun lalu, selebriti ini sentiasa menjadi perhatian pihak media. Ternyata bentuk wajah serta personalitinya menyerlahkan lagi kejelitaan diri yang sebenar. Malah jarang cerita viral Singgah dalam diari kehidupan, sebaliknya hanya cerita kejayaan bergelar usahawan mengiringi perjalanan hidup Sherry Ibrahim atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 35 tahun.
Namun baru-baru ini Shery terpalit dengan satu isu yang sedikit sebanyak mengganggu dirinya kerana menjadi buruan media. Biarpun begitu, sikap tenang menjawab segala persoalan yang menjadi kekuatan berdepan situasi berkenaan.
Biarpun begitu kehadirannya ke Studio Karangkraf untuk sesi fotografi sempena Edisi Hijabersary baru-baru ini tidak berkisar pada persoalan itu, sebaliknya lebih menyelami perjalanan hidupnya dalam penghijrahan bekas pramugari yang pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti lelaki popular.
Maksud definisi hijab pada Sherry
Hijab bagi Sherry adalah suatu tuntutan yang wajib pada semua wanita bergama Islam. Jika sudah bersedia why not dan yang sudah berhijab teruslah kekal istiqomah. Untuk kekal istiqomah pula pastikan ada teman-teman yang baik boleh tegur setiap kesilapan yang kita lakukan.
Tiada Situasi Yang Menyusahkan
Ads
Sudah 3 tahun berhijab dan dalam tempoh itu alhamdulillah tidak ada-apa situasi yang membuatkan saya susah. Sebelum berhijab pun Sherry ada dengar macam-macam cerita misalnya sakit kepala bila pakai inner. Tapi alhamdulillah Sherry dari mula berhijab sampai sekarang tiada masalah begitu. Segalanya seperti dipermudahkan. Cuma kadang-kadang dugaannya bila kita ada photoshoot ada yang nampak seluar singkat atau anak rambut yang boleh menjadi bahan kecaman netizen di luar sana. Tetapi biasanya bila Sherry rasa macam dah terkeluar sikit dari landasan, cepat-cepat Sherry akan muhasabah dan berpatah balik.
Jadi bagaimana agaknya untuk Sherry terus kekal berhijab?
Sebenarnya bila kita sudah berhijab, memang banyak dugaannya. Bagi Sherry setiap teguran yang datang itu Sherry take it positif dan jangan rasa marah atau sebagainya.
Kita Manusia Tiada Yang Sempurna
Sebenarnya Sherry beruntung kerana di kelilingi kawan-kawan yang baik. Mereka sangat protective dan pantang nampak apa yang tak betul dengan penampilan Sherry. Contohnya kalau ada photoshoot dan tudung dipakai nampak leher, cepat-cepat mereka akan ingatkan untuk tutup. Mereka inilah yang sering tegur apa yang tak kena dengan penampilan dan kadang-kadang buat kita lupa. Biasalah kita manusia ini tidak begitu sempurna dan kalau ada kesilapan yang Sherry buat dan ditegur dalam media sosial, Sherry tak akan ambil hati. Sherry ambil itu sebagai satu nasihat berguna.
Ads
Baju Yang Longgar Dan Stail Yang Menarik
Dari dulu Sherry memang suka tengok penampilan Laudya Cynthia Bella . Bagi Sherry dia seorang wanita Muslimah yang begitu menjaga penampilannya. Kita lihat dia sering mengenakan baju yang longgar tapi masih ada stail dan menarik mata menandang. Bukan itu saja, dia juga turut mengenakan stoking, baju labuh tapi still can style and stailo. Sama seperti kawan baiknya Zaskia Sungkar. Sherry memang suka dan respek lihat mereka berdua. Sherry suka lihat penampilan mereka dan ia memang beri inspirasi pada Sherry. Sebenarnya ia juga boleh jadi inspirasi hijabi di luar sana yang boleh berbisnes, bercuti walaupun berpenampilan begitu dan tidak membataskan masa untuk kekal aktif.
Penampilan Yang Outstanding
Sherry lebih suka bergaya sendiri tapi kalau ada majlis penting, Sherry akan pakai penata gaya, Ina sebab dia amat memahami kehendak Sherry. Kadang-kadang orang suruh kita pakai itu ini tetapi tidak begitu sesuai. Sebenarnya Sherry seorang yang ringkas dan begitu pentingkan keselesaan. Biasanya kalau keluar Sherry akan pakai hijab cara ringkas. Cuma jika ada majlis atau photoshoot bersama Sherry Scraves, Sherry akan ambik penata gaya supaya penampilan jadi lebih outstanding.
Boleh ceritakan sedikit perkembangan tentang Sherry Scarves?
Ads
Untuk koleksi Sherry Scarves memang Sherry lebih pentingkan keselesaan. Jadi Sherry akan keluarkan hijab apa yang disukai dan bukannya mengikut trend. Buat masa ini Sherry akan lebih fokus pada persiapan untuk raya dan akan all out. Insya-Allah.
Pesanan Buat Hijabi Di luar Sana
Untuk memastikan kita cantik luar dan dalam seseorang itu perlu ada hati yang ikhlas, tidak busuk hati dan jauhkan sifat dengki. Tak kisahlah macam mana gaya hijab dipakai, sama ada turban atau selendang, end of the day apa yang ada di dalamnya. Ini yang tunjukkan kita jenis insan bagaimana di sisi makhluk Tuhan.
Just be yourself, keep inspiring dan kalau rasa macam dah terkeluar cepat-cepat patah balik. Jangan rasa disebabkan kita berhijab banyak benda yang kita tak boleh buat. Dulu Sherry pun pernah rasa begitu terutama apabila mahu pergi gim. Cabarannya bagaimana untuk cari penampilan yang sesuai dan waktu itu rasa macam tak boleh bernafas. Lama kelamaan, baru Sherry jumpa pakaian yang bersesuaian dan jangan sesekali rasa ada kesusahan. Akhir sekali doa banyak-banyak pada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan. Sherry sudah buat benda ini dan memang Sherry sedar betapa besarnya kuasa Allah sebab kita betul-betul nak berhijab. Berhijab bukan sebab trend atau imej tetapi sebab dari dalam diri kita sendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehadiran selebriti ini pada mulanya tidak begitu dikenali. Namun setelah menang Pelakon Baru Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 28 yang lalu, Falisha Crossley Faizal mula jadi sebutan ramai. Anugerah dimenangi membolehkan gadis yang memiliki wajah eksotik semakin menempa nama dalam industri seni tanah air. Mengenali gadis sosok genit yang berdarah kacukan Russia-Cina-Melayu ini, begitu peramah orangnya. Dia kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Siapa sangka rezeki Yang Maha Esa telah diaturkan terbaik buat dirinya. Selepas beberapa bulan berhijrah, bakat beliau pula diiktiraf. Seiring dengan usia yang semakin bertambah, Falisha menyimpan azam untuk menyempurnakan penghijrahan yang telah dipendam sekian lama. Hijabista merungkai perjalanan penghijrahan gadis dari Kuching Sarawak.
Boleh ceritakan dengan bagaimana anda boleh terbuka hati untuk berhijab?
Pintu hati saya terbuka untuk berhijrah secara tiba-tiba dan tanpa saya duga. Tiada juga peristiwa pelik yang terjadi ke atas diri saya. Saya mula berhijab tiga hari sebelum Ramadan tahun 2016 lalu. Pada hari itu, saya merasakan tidak lengkap dan merasakan seperti ada yang kurang tika hendak keluar rumah.
Saya terus sarungkan selendang dan alhamdulillah ia bertahan sehingga ke hari ini. Kalau diikutkan, nawaitu itu memang sudah lama terpendam namun kekangan kerja merupakan faktor saya menangguhkan hasrat itu. Ketika itu, baru saya sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan perlu tetapkan hati hanya kerana Allah SWT.
Semuanya memberikan respons yang positif dan suka dengan penampilan saya sekarang. Pada mulanya, memang keluarga agak terkejut dan merasakan saya hanya suka-suka untuk berhijab. Akan tetapi, selepas mereka mengetahui nawaitu suci saya ini, mereka terus bagi semangat dan galakan yang tidak berpenghujung.
Kini, saya berasa lebih tenang dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ketenangan itu. Saya juga berasa lebih santun kerana sudah tidak terlalu mendedahkan aurat yang sepatutnya memang perlu ditutup. Cara pergaulan saya juga berubah secara automatik.
Saya masih seperti Falisha yang dahulu. Saya masih berkawan dengan semua orang tetapi saya cuba untuk mengawal batasan pergaulan antara kawan lelaki dan perempuan. Selain itu, saya juga ada menghadiri usrah untuk lebih mendalami ilmu agama agar lebih dekat dengan-Nya. Bagi saya, jika kita bergaul dengan mereka yang boleh membawa kita ke arah kebaikan, insya-Allah akan lebih mudah untuk kita sentiasa istiqamah.
Saya merasakan kekuatan dalaman diri sendiri itu perlu ada untuk terus bertahan mengawal nafsu. Ia sebenarnya pendorong paling utama kerana kita sendiri yang tetapkan arah tujuan kita selepas berhijrah. Ia akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya orang lain mencuba sedaya upaya untuk memberi dorongan pada kita, sedangkan hati kita tidak ikhlas melakukannya. Apa-apa keputusan yang dibuat juga adalah datang dari hati kita sendiri. Orang sekeliling kita sebagai penambah semangat sahaja.
Apakah perancangan anda bagi jangka masa akan datang?
Alhamdulillah, saya sudah berhijab lebih kurang empat bulan. Buat masa ini, saya masih menerima tawaran berlakon dan tiada apa yang berubah. Berkenaan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki, saya rasa tiada masalah kerana sebelum berhijab pun tidak banyak yang memerlukan untuk berpegangan tangan. Jadi, apa yang boleh dielak saya akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkannya. Saya rasa pihak produksi juga akan faham situasi saya. Apa yang boleh saya katakan, semuanya masih sama.
Walaupun tidak ramai yang menyedari, penjagaan kulit juga merupakan komponen penting dalam kesihatan. Menurut jurulatih yoga, ketika anda menjalani perawatan diri sebagai sekunder, kesihatan anda sangat menderita, menyebabkan kulit rosak berjerawat, kedutan pramatang dan lain-lain.
Oleh itu, penting untuk memperhatikan diet anda dengan menghindari makanan berlemak, berminyak dan diproses. Perlu tingkatkan pengambilan air untuk menghidrat kulit dan menggunakan pelindung matahari yang berkualiti jika terdedah kepada cahaya matahari serta faktor-faktor seperti tekanan dan kegelisahan yang akan berlaku.
Gaya hidup anda yang tidak tetap, amalan fizikal juga menyebabkan penuaan dini, kedutan dan garis halus. Anda pasti tidak sedar bahawa postur yoga dan latihan meditasi, membantu membersihkan, merangsang, membantu, dan mendorong kulit yang sihat.
Jom lakukan 6 langkah senaman yoga ini untuk menegangkan dan kurangkan garis-garis halus di bahagian mata:
1. Posisi Baby Crane
Letakkan siku ke bawah
Jari-jari anda harus menunjuk ke depan dan jari-jari anda harus dibentangkan.
Bersandar ke depan sehingga semua berat badan anda beralih ke trisep anda.
Cari keseimbangan dan perlahan-lahan angkat kedua kaki dari tanah. Satukan kaki anda.
2. Posisi Adomukhi Svanasana
Pastikan tapak tangan berada di bawah bahu dan lutut di bawah pinggul.
Angkat pinggul, luruskan lutut dan siku, dan bentuk ‘V’ terbalik.
Sekarang jauhkan lebar bahu tangan, jari menunjuk ke depan.
Tekankan tapak tangan anda dan buka belah bahu anda.
Cuba tolak tumit ke lantai.
Perhatikan mata anda pada jari kaki yang besar.
3. Posisi Halasana
Berbaring di punggung anda
Letakkan telapak tangan anda di lantai di sebelah badan.
Dengan menggunakan otot perut anda, angkat kaki anda hingga 90 darjah.
Tekan telapak tangan anda dengan kuat di lantai dan biarkan kaki jatuh ke belakang kepala anda.
Biarkan punggung tengah dan bawah anda mengangkat lantai untuk membolehkan jari kaki menyentuh lantai di belakang.
Cuba bawa dada anda sedekat mungkin dengan dagu anda
Tapak tangan boleh digunakan untuk menyokong bahagian belakang
4. Posisi Padahastasana
Mulakan dengan berdiri di Samasthiti
Tarik nafas dan bengkokkan bahagian atas badan anda dengan lembut dari pinggul dan sentuh hidung ke lutut
Letakkan tapak tangan di kedua-dua belah kaki
5. Posisi Sarvangasana
Bermula di punggung anda
Angkat kaki, pelvis dan punggung dari lantai
Bawa lengan bawah dari lantai dan letakkan telapak tangan di punggung untuk sokongan.
Cuba capai garis lurus antara bahu, tubuh badan, pelvis dan kaki.
Cuba sentuh dagu dengan dada dan fokuskan pandangan ke arah kaki.
6. Posisi Dolphin
Mulakan dengan meletakkan siku dan telapak tangan anda ke tanah.
Sebarkan selebar bahu dan arahkan jari ke hadapan.
Jalan kaki anda ke siku sambil menjaga kaki anda lurus.
Arahkan pelvis anda ke atas.
Gunakan kekuatan otot teras, bahu dan lengan anda untuk mengekalkan postur sekurang-kurangnya 30 saat.
SUMBER: The Indian Express
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gigi merupakan komponen yang sangat penting di wajah seseorang. Ada juga yang rasa ‘insecure’ apabila gigi mereka dalam keaadan yang tidak cantik, jarak, berterabur dan rosak. Kita juga tahu, gigi antara komponen di muka yang amat penting tidak kira dari segi kesihatan mahupun kecantikan. Kebanyakan orang akan membuat rawatan gigi sekurangnya 6 bulan sekali.
Penjagaan gigi semestinya sangat penting kerana anda perlu mengetahui kondisi gigi anda dan sekiranya mempunyai sebarang rawatan yang perlu dilakukan supaya keaadan gigi sentiasa dalam keadaan baik. Semakin lama, semakin kerap kita dengar kes doktor palsu dan baru baru ini pula banyak kes tentang berani dimana klinik rawatan gigi tidak berdaftar bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
Baru-baru ini, tular tentang 3 pusat rawatan gigi yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Klinik berkenaan menawarkan servis rawatan pergigian seperti venir pergigian dan juga pendakap gigi telah diserbu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Menurut pengarah kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ri Ngadiman, tindakan perlu diambil atas susulan aduan orang awam. Ketiga-tiga pusat rawatan gigi ini tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia, malah premis yang dijalankan juga tidak berdaftar dengan KKM.
Dr Sha’ari berkata, ketiga-tiga klinik gigi tersebut dikendalikan oleh warga tempatan dan didapati perkhidmatan mereka itu berleluasa di media sosial seperti laman Instagram, Facebook dan TikTok. Serbuan telah dilakukan di Bandar Baru Bangi dan Bukit Jalil serta diikuti beberapa hari kemudian premis di Subang Jaya.
“Pada selasa lepas serbuan dilakukan, kami dapat merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam menawarkan rawatan pergigian dan jugak rawatan kecantikan atau estetik,” Kata Dr. Sha’ari
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana menyediakan klinik pergigian atau klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan mengikut akta ini dan Akta Pergigian 2018 [Akta 804] yang mana amalan pergigian dilakukan oleh orang tidak berdaftar,” katanya pengarah kesihatan
Seterusnya, pengarah kesihatan, KKM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan. Menurut KKM, semestinya harga yang ditawarkan murah akan tetapi perlu diingatkan bahawa orang ramai yang terjebak dengan perkara tersebut akan terbeban selepas itu kerana kos rawatan susulan yang sangat tinggi akibat daripada kompilasi rawatan berkenaan.
“Orang awam akan berisiko mendapat jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis akibat penggunaan peralatan tidak dibasmi kuman secara sempurna.” Katanya
Semestinya kita tidak mahu membebani diri dengan kos rawatan yang lebih tinggi oleh kerana pihak yang mengambil remeh dan hanya memikirkan duit sahaja. Berhati-hatilah ketika ingin memilih klinik pergigian. Dinasihatkan supaya orang ramai supaya menyemak kesahihan rawatan gigi melalui laman sesawang http://www.dpims.moh.gov/ manakala semakan klinik pergigian yang berdaftar dengan KKM boleh dibuat di laman sesawang http://www.medicalprac.moh.gov.my/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti hijabi kelahiran Indonesia, Rahmalia Aufa Yazid berjaya menarik perhatian pencinta fesyen dengan gayanya yang tersendiri.Aufa yang dibesarkan di Tokyo ini merupakan seorang Muslim...