Setiap perkara yang kita lakukan, akan terbalas semula berpandukan dengan niat dan cara yang kita lakukan itu. Jadi apakah ia betul ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik” itu?

Penghuraian mengenai hal ini telah dijelaskan melalui Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memberi info lebih mengenainya. Jadi adakah ia hadis palsu dan rekaan semata-mata?

Artikel berkaitan: Supaya Konsisten Buat Kebaikan, Amalkan Tip Yang Ustazah Asma’ Harun Kongsi

Jadi adakah balasan kamu akan di balas semula?

Sumber dari Canva

Pernahkah anda dengar ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik”? Ia merupakan sebuah ungkapan yang masyhur. Ianya diambil dari sebuah riwayat seperti yang direkodkan oleh Abdul Razzaq dalam Musannafnya seperti ini:

الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ

Maksudnya: “Kebaikkan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah sepertimana yang kamu ingin, sepertimana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”

Namun, riwayat ini telah dianggap daif oleh para ulama hadis seperti Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari namun maknanya adalah benar. Dalam ungkapan hadis, Nabi Muhammad SAW telah membuat peringatan bagi sesiapa sahaja yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah SWT akan memudahkan urusan mereka.

IKLAN

Manakala penjelasan Imam Ahmad dalam al-Zuhd meriwayatkan hadis ini secara mauquf kepada Abu Darda’. Riwayat ini merupakan munqati’ kerana Abu Qilabah tidak pernah bertemu dengan Abu Darda’. Walaupun begitu, terdapat syawahid dari hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Ibn Adi dalam al-Kamil. Beliau menyebutkan beberapa riwayat dari Muhammad bin Abdul Malik al-Ansari beliau menyatakan bahawa:

وَكُلُّ أَحَادِيْثِهِ مِمَّا لَا يُتَابِعُهُ الثِّقَاتُ عَلَيْهِ وَهُوَ ضَعِيْفٌ جِدًّا

Maksudnya: “Setiap hadis-hadis yang diriwayatkannya tidak terdapat penguat (mutabaat) dari perawi yang thiqah dan dia seorang perawi yang daif jiddan[6].”

Manakala ada yang dijelaskan lagi oleh Imam al-Munawi tentang makna hadis itu:

كَمَا تَفْعَلُ تُجَازَى بِفِعْلِكَ وَكَمَا تَفْعَلُ يُفْعَلُ مَعَكَ

IKLAN

Maksudnya: “Sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas dan sepertimana kamu lakukan (kepada orang lain) kamu juga akan dilakukan dengan perkara yang sama[10].”

Artikel berkaitan: “Saya Bukan Seorang Yang Semuanya Perkara Boleh Buat Dengan Baik” – Neelofa Syukur PU Riz Ada Untuk Menegurnya

Riwayat itu juga selaras dengan sepotong ayat dari hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda:

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

IKLAN

Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

Jadi sebagai kesimpulan, kita perlu ketahui untuk membuat baik kepada sesama manusia mahupun makhluk yang lain agar kita dilindungi oleh Allah SWT. Membuat jahat itu satu pilihan, maka fikirkan dengan baik apa yang patut anda lakukan.

Sumber: Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI