Anda mesti ada dengar ramai orang tidak menyarankan untuk menggunakan bedak bayi. Salah satu sebabnya adalah kandungan yang ada pada bedak bayi iaitu talc atau talkum di anggap toksik dan berbahaya kepada organ pernafasan dan pembiakan.

Pernahkah anda mencuba gunakan bedak bayi sebagai bahan masker untuk kulit muka? Hakikatnya, bedak bayi adalah lembut, tidak merengsakan kulit, dan ia juga boleh melindungi kulit sensitif. Oleh dengan itu, ada juga orang yang percaya bedak bayi dapat mengatasi masalah kulit muka.

Bedak bayi tidak selamat?

Ya, mungkin anda banyak dengar ramai orang tidak mengesyorkan penggunaan bedak bayi. Ia mendapat banyak tentangan di sebabkan oleh kandungan talc atau talkum yang di anggap toksik atau berbahaya terutama sekali mengancam kesihatan organ pernafasan dan pembiakan.

Menurut hellosehat, FDA (Food and Drug Administration) mengatakan bahawa talc atau talkum di perbuat dari bahan mineral semulajadi yang pada asasnya tidak berbahaya dan boleh di gunakan dalam kosmetik dan bedak bayi.

Kandungan yang berisiko yang menjadikan reputasi penggunaan bedak bayi sangat merudum dengan timbul pelbagai masalah kesihatan adalah akibat tercemar dengan asbestos, iaitu sejenis mineral silikat yang bersifat karsinogen (punca penyakit kanser). Produk bedak bayi yang di luluskan oleh ujian klinikal mempunyai kandungan talc yang cukup selamat pada kulit.

Kebaikan bedak bayi membantu kulit

IKLAN

Ada juga petua serta saranan dalam penggunaan bedak bayi untuk penjagaan kulit khusus kepada bayi. Tidak hairan juga, produk ini yang mempunyai sifat yang ‘ringan’ bukan sahaja di gunakan pada bayi, malah, pada kulit orang dewasa.

Kenapa bedak bayi sangat bagus untuk di buatkan sebagai masker? Kami ada beberapa sebab yang boleh menunjukkan kebaikan yang boleh di manfaatkan oleh anda, salah satunya adalah:-

1. Memaksimumkan penyerapan produk penjagaan kulit

Secara keseluruhannya, penggunaan masker adalah untuk membantu membuka liang pori dan membuang sel kulit mati. Tambahan pula, keberkesanan campuran masker bedak bayi yang membuang sel kulit mati itu dapat membersihkan pori-pori dan sebarang penggunaan produk penjagaan muka yang mengandungi bahan aktif akan lebih mudah terserap ke dalam kulit.

2. Mengurangkan iritasi

Bakteria sering menjadikan kulit wajah sebagai sasaran utama untuk berkembang dan membiak yang menyumbang kepada iritasi kulit. Penggunaan bedak bayi dapat membantu mencegah dan mengatasi masalah kulit yang berjangkit serta meradang kepada sembuh.

IKLAN

Apabila mencampur untuk masker bedak bayi, anda boleh juga menambah beberapa sudu teh minyak zaitun ke dalam campuran. Hal ini kerana kandungan oleocanthal dalam minyak zaitun dapat mengurangkan rasa tidak selesa dan iritasi yang berlaku pada kulit.

3. Dapat mengatasi masalah jerawat

Jerawat berlaku apabila pori-pori tersumbat oleh bakteria atau sel kulit mati. Anda pasti yakin bahawa mencuci muka selepas melakukan aktiviti luar atau sebelum tidur dapat membantu mengatasi masalah jerawat, sejujurnya tidak.

Anda perlu mencari satu alternatif untuk meningkatkan lagi suatu cara untuk mengatasi masalah jerawat yang boleh berlaku. Di sebabkan masker bedak bayi yang boleh membuang sel kulit mati, produk yang di gunakan oleh anda dapat di maksimakan kebolehan untuk menyembuhkan masalah jerawat.

IKLAN

Cara untuk membuat masker dari bedak bayi

Sudah tentu anda ingin cuba keberkesanan bedak bayi ini apabila kami telah berceritakan mengenai kebaikannya, bukan? Jadi jangan risau, cara membancuh masker bedak bayi ini mudah. Ikuti langkah-langkah yang kami sertakan di bawah:-

  1. Anda perlukan bedak bayi, bekas dan apa-apa jenis air untuk melarutkan campuran (sama ada air kosong atau minyak zaitun, terpulang kepada anda)
  2. Campurkan ke semua bahan
  3. Sukat kelikatan mengikut ke sukaan anda
  4. Apabila siap di campur, anda boleh sapukan masker ke seluruh wajah mahupun leher, biarkan selama 15 sehingga 20 minit
  5. Selepas itu, anda boleh bilas dengan air bersih dan gunakan produk penjagaan kulit anda.

Campuran masker bedak bayi ini boleh terpulang mengikut citarasa anda. Jadi kreatif dengan keberkesanannya yang boleh di manfaatkan. Cuma anda perlu ingat, jangan terlalu leka sehinggakan anda banyak mencampur bahan-bahan yang tidak serasi sekali yang boleh menyebabkan kerosakan pada wajah.

Sumber info dan gambar: hellosehat dan Canva

Artikel berkaitan: Guna Bedak Bayi Lentikkan Bulu Mata Secara Semula Jadi, Cubalah, Menjadi!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI