Senyuman yang menawan merupakan bonus bagi kita semua! Untuk memiliki senyuman yang menawan, salah satu faktornya ialah dengan memastikan gigi sentiasa putih bersih berseri!
Tahukah anda, penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Menggigit epal atau lobak adalah jauh lebih baik untuk gigi daripada memotongnya atau meminum jusnya.
Semua orang tahu, susu, keju atau yogurt adalah penyumbang kalsium dan fosforus terbaik untuk badan. Tetapi tidak ramai yang sedar, pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu serbuk penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukannya seminggu sekali.
Setiap minuman, kecuali air masak, mampu meninggalkan kesan kepada permukaan gigi dan melunturkan warnanya. Gunakan straw setiap kali anda minum air berperisa untuk mengelak ia daripada terkena permukaan gigi anda, sekali gus untuk memelihara keputihan gigi.
Ads
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neeofa memang seorang yang bijak bergaya. Walaupun dikritik netizen, tetapi wanita ini tetap mempertahankan stail digayakan. Neelofa begitu berani bergaya luar dari kebiasan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun. Jadi tidak hairanlah ramai menggelarkannya ikon fesyen atau queen of trend. Dan terbaru ketika membuat lawatan kerja di luar negara, pengacara Meletop ini sangat stailo menggayakan turban dengan pelbagai gaya.
Malah Neelofa juga bijak suai padan turban digayakan dengan busana yang tersarung di tubuhnya serta padanan aksesori menarik. Nampak cantik dan sangat kena dengan personaliti pengacara kesayangan ramai ini.
Ternyata personaliti ini memang menjadi kesayangan ramai walaupun ada kalanya penampilan beliau yang terlalu mengikut fesyen sering dikritik haters.
Buktinya Neelofa turut memenangi dua trofi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke 31 dalam kategori Pengacara TV Popular dan Artis Sensasi Popular untuk tahun 2018 ini.
Ayuh, kita lihat fesyen turban yang digayakan Neelofa sepanjang urusan kerja di luar negara.
Bawang adalah penyelamat penjagaan rambut. Anda mungkin tidak menyukai idea mengurutnya ke kulit kepala anda. Tetapi dalam kes ini, anda perlu mempercayai keajaiban sejumlah besar faedah penjagaan rambut yang membingungkan dengan serta-merta.
Oh, adakah anda tahu di mana anda boleh menebus setiap manfaat ini? Ya, kita bercakap tentang syampu bawang. Berikut ialah 5 sebab mengapa anda mesti melabur dalam syampu ini dengan kadar segera, terutamanya jika anda ingin mengurangkan kerosakan dan meningkatkan pertumbuhan rambut anda!
Bawang mengandungi sulfur dan sulfur memainkan peranan penting dalam penjanaan semula folikel rambut. Ia mengurangkan kerosakan dan menghalang rambut daripada menipis. Memandangkan ia menyokong rambut yang tebal dan kuat, syampu bawang juga meningkatkan pertumbuhan dan meminimumkan keguguran rambut. Sulfur menggalakkan penghasilan kolagen juga. Ini membolehkan pertumbuhan rambut yang sihat. Bawang juga meningkatkan peredaran darah di kulit kepala anda dan ini meningkatkan pertumbuhan.
Memandangkan bawang mempunyai sifat anti-bakteria dan juga antikulat, ia menghalang jangkitan daripada merosakkan kulit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa sayur-sayuran mempunyai keupayaan untuk merawat keadaan seperti kelemumur dan kutu juga. Ingat bahawa kulit kepala yang dijangkiti boleh menyebabkan keguguran rambut.
Bawang dibungkus dengan sifat anti-radang. Ciri ini membolehkan ia menenangkan kulit kepala yang gatal, meradang dan kering, serta menguatkan folikel.
Bawang juga sarat dengan antioksidan. Antioksidan ini melawan radikal bebas – yang memusnahkan folikel dan membawa kepada penipisan rambut juga melindungi rambut daripada kerosakan alam sekitar. Bawang mungkin memperlahankan uban dan menghalang uban pramatang.
Dalam jangka masa tertentu, bawang boleh menambahkan kilauan semula jadi pada rambut dan memberi nafas hidup pada rambut anda yang lembik dan tidak bermaya. Mengapa melabur dalam rawatan kimia apabila sesuatu yang semulajadi seperti sayur-sayuran boleh memulihkan kilauan rambut anda?
Kuatkan folikel rambut anda dan kembalikan kilauan pada rambut, dengan syampu ini. Dirumus dengan ekstrak bawang merah, minyak habbatus sauda, dan pro-vitamin B5, syampu ini sangat bergantung pada sains dan alam semula jadi untuk memberikan anda kunci rambut berkilat dan sihat. Minyak habbatus sauda mempunyai ciri anti-radang dan membantu mengurangkan kelemumur juga.
Kebaikan
Kekurangan
BELI DI SINI:
Dikuasakan dengan ekstrak keratin tumbuhan, syampu ini bukan sahaja membersihkan rambut dan kulit kepala anda tetapi juga menghalang kekeringan, menjadikan rambut lembut dan licin selepas dibilas. Minyak biji bawang dalam syampu menggalakkan peredaran darah di kulit kepala dan cenderung kepada penyaman keseluruhan rambut anda. Ia sesuai untuk semua jenis rambut, kerana ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
Kebaikan
Kekurangan
BELI DI SINI:
Formula bioaktif syampu bawang ini menambahkan kilauan pada rambut anda sambil menjadikannya lebih bersih dan mengekalkannya dengan baik. Syampu ini mengandungi ekstrak beberapa tumbuhan paling penting dalam Ayurveda, seperti bhringraj, neem, amla, shikakai, minyak pokok teh, rosemary, habbatus sauda, badam, kelapa, kastor dan mentega shea. Mencuci tetap menggunakan syampu ini mengurangkan keriting, meningkatkan daya tahan rambut, melicinkan kunci anda dan menjadikannya lebih mudah diurus.
Kebaikan
Kekurangan
BELI DI SINI:
Syampu anti rambut gugur, syampu ini memperbaiki keadaan kulit kepala, mengurangkan rembesan sebum tambahan, menguatkan akar rambut dan mengurangkan kepatahan rambut, menjadikan rambut lebih panas dan kuat.
Perapi anti rambut gugur, sedikit menenangkan kulit kepala, menguatkan folikel rambut dan menguatkan akar rambut, untuk mengurangkan keguguran rambut dengan berkesan.
Kebaikan
BELI DI SINI:
Bawang bukan sahaja berkesan dalam mengurangkan rambut gugur, malah ia juga mengembalikan kilauan rambut kusam. Bawang mengandungi sulfur diet yang tinggi. Apabila digunakan pada kulit kepala, sulfur menggalakkan pengeluaran kolagen dan menggalakkan pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat. Jika anda telah membuat keputusan untuk beralih kepada syampu bawang, anda juga dinasihatkan untuk mengikuti diet sihat yang kaya dengan protein untuk mengurangkan rambut gugur. Protein adalah bahan binaan rambut anda, dan diet yang baik akan membantu meningkatkan tekstur rambut anda.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suka betul kami melihat gaya fesyen selebriti Zulin Aziz pada kala ini. Lebih ceria, versatil dan paling penting, nampak semakin ayu! Semenjak berat badannya sudah mula turun dengan banyak, gaya fesyen Zulin sudah mula berubah dan semakin menarik. Tambahan pula baru-baru ini Zulin sudah banyak memuat naik gaya OOTD nya yang sememangnya ‘on-point’ dari atas sampai ke bawah!
Padanan baju, aksesori, warna serta pemilihan gaya hijab semuanya begitu sempurna hingga terpanggil untuk team Hijabista memilih gaya OOTD untuk dikongsikan kepada anda supaya bisa menjadi rujukan untuk gaya fesyen anda!
Mudah sahaja untuk menghasilkan gaya yang ‘daring’ dan tampak feminin. Zulin bijak menyarungkan padanan warna yang menyerlahkan sisi kelembutan serta keayuannya. Apa yang menarik dalam gaya OOTD ini, pemilihan fabrik yang dipilih oleh selebriti ini menampakkan keselesaan dan kemewahan buat si pemakai. Masih dalam konteks muslimah dan menutuo aurat, potongan di bahagian dada masih menjadi sebuah simbolik bonus dalam seleluruhan gaya! Pilihan aksesori ala kasual dan bersantai di tepi pantai menghidupkan keseluruhan gaya ini!
2. Gaya formal sofistikasi
Tidak terlalu menekankan konsep formal pada keseluruhan gaya, namun masih tetap kemas dan rapi amat sempurna untuk anda yang inginkan gaya formal yang sofistikasi. Rekaan yang memiliki unsur tambahan seperti ‘peplum’ di bahagian tengah serta potongan celana yang ‘midi-palazzo’ kelihatan sangat selesa! Apa yang menariknya dalam gaya OOTD Zulin ini, pemilihan rona biru lembut ini sesuai dipadankan dengan warna kulitnya dan menyebabkan keseluruhan gaya tampak mewah, “less is more”! Untuk tidak bosan dalam penampilan gaya, Zulin bijak mengenakan padanan kasut bertumit tinggi serta ‘handbag’ berwarna hitam untuk menaikkan lagi aura ‘officewear’ yang patut kamu cuba!
3. Gaya ‘sport’ yang ranggi!
Ketepikan dahulu padanan ‘windbreaker’ bersama dengan ‘legging” untuk menghidupkan gaya sukan yang kuat. Lihat sahaja gaya Zulin ini! Pemilihan fabrik yang seakan dari material rekaan sukan serta padanan kasut ala sukan amat sempurna untuk mencipta gaya kasual yang mewah! Apa yang pasti, keseluruhan gaya ini tampak selesa, ranggi dan bersedia untuk kemana-mana! Mungkin Zulin sendiri suka akan rona biru, pemilihan rona biru ala biru Tiffany’s’ ini amat eksklusif dan glamor! Lihat sahaja padanan aksesori ‘sling bag’ yang sama rentak warnanya dengan keseluruhan gaya ini, TERBAIK!
4. Persis ‘Lady Boss’!
Bijak dalam berfesyen, Zulin tidak kekok untuk menyarungkan helaian ala futuristik yang sememangnya menjadi ‘fashion statement’ dalam stail ini. Rekaan seolah ‘cape’ ataupun belahan kemeja berona hitam itu amat sepadan dengan kemeja putih untuk gaya formal yang mewah. Namun, masih mengekalkan ciri-ciri kasual, padanan jeans juga memainkan peranan penting untuk nilai kekemasan dan rapi. Tidak lari jauh dari keseluruhan gaya, pemilihan rona aksesori juga sama tonanya dengan stail Zulin ini. Sememangnya gaya OOTD yang harus anda rujuk untuk ke pejabat buat si ‘Lady Boss’!
5. Santai & Selesa
Lebih mudah, ringkas dan bersahaja. Bagi anda yang cukup tempoh matang selepas 14 hari mengambil dos yang kedua, inilah masanya untuk anda berjumpa dan meluangkan masa bersama yang tersayang dengan mengikut SOP yang ditetapkan! Jadi, apa kata rujuk gaya OOTD Zulin ini untuk gaya kasual yang urban dan menarik. Padanan ‘jumper’ bersama corak cetakan dan seluar denim mengukuhkan gaya untuk wanita moden! Nak tahu apa yang menarik, ‘statement’ yang ada pada ‘sling bag’ Zulin itu! Pastinya mencuri tumpuan ramai!
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.