Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Menurut Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga, walaupun tahu akan kesan sampingannya tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah.
Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar.
Sumber: AlHijrah Online
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Muzik video Muah Muah Raya dendangan selebriti serta usahawan viral, Dato Seri Vida (DSV) mendapat perhatian ramai setelah dilancarkan pada dua minggu lepas. Sehingga kini, muzik video yang sudah mendapat jumlah lebih 525 ribu tontonan itu mendapat pujian serta kritikan sehingga dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Kel Wen, pengarah muzik video Muah Muah Raya, dia bersama Dato Seri Vida dipanggil oleh pihak SKMM untuk menerangkan mengenai konsep muzik video tersebut. Perkongsiannya menerusi laman Instagramnya itu mendapat perhatian team Hijabista, untuk menemu bual secara eksklusif berkaitan isu berkenaan.
Kel Wen menerangkan bahawa pertemuannya bersama pihak SKMM bertujuan untuk menerangkan tentang video yang menjadi viral dek kerana mempunyai unsur-unsur LGBTQ yang membuatkan ramai yang memberi komen negatif.
Tambahnya lagi, sebenarnya ramai yang tersalah faham mengenai konsep tersebut. Niatnya hanyalah untuk meraikan nilai cinta yang disulami dengan rasa sayang di hari raya, bukan untuk menyebarkan unsur-unsur yang tidak berkaitan sepertimana tanggapan orang ramai terhadap video tersebut.
“Ramai yang tersalah faham mengenai konsep video tersebut dan mempersoalkan tentang konsep LGBT yang ada dalam video tersebut. Konsep LGBTQ yang dimaksudkan ialah seperti lelaki berpakaian dan bersolek seperti wanita.
Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Lelaki berpakaian dan bersolek persis wanita itu hanyalah simbolik untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang dalam video tersebut. Malah, dari dahulu lagi, kita dapat lihat ada sahaja lelaki berpakaian seperti wanita untuk suka-suka sahaja” ujarnya kecewa.
Kongsinya lagi dengan nada yang kecewa, dia begitu hairan melihat ramai yang memandang serius berkaitan hal itu dan menjadi sangat sensitif sehingga memberi komen-komen yang negatif dan tidak elok.
“Bagi saya, di luar sana ramai sahaja kaum lelaki yang berpakaian wanita untuk tujuan hiburan semata-mata seperti berlakon dan lain-lain . Begitu juga saya. Lainlah sekiranya di dalam video itu, ada babak dua orang lelaki bercium dan sebagainya, itu saya akui merupakan sebuah kesalahan besar yang menyanggah peraturan terutamanya di dalam agama Islam sendiri.
Bagi saya, tarian di dalam video itu juga tidak seksi dan tidak melanggar mana-mana peraturan. Malah, ia tampak molek dan tidak melebih-lebih. Jadi ia bukanlah sebuah isu besar pun. Seperti yang saya katakan tadi, ia hanyalah sekadar hiburan yang sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.
Sesungguhnya, muzik video Muah Muah Raya ini ialah sebuah hadiah untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dan untuk menjadi peringatan bahawa setiap orang berhak untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah tidak kira umur, saiz, warna kulit, jantina atau apa-apa sahaja,” komen Kel Wen tegas.
Menurut Kel Wen, muzik video Muah Muah Raya diinspirasikan daripada semarak rasa cinta yang ada dalam diri kita. Untuk menjadikan sambutan raya lebih bermakna, Kel Wen selaku pengarah yang menggalas tanggungjawab untuk mencorakkan muzik video tersebut, membawa tarian dan gaya solekan serta fesyen sebegitu hanya semata-mata untuk meraikan definisi cinta untuk semua di hari raya.
Beberapa makanan paling sedap di Malaysia juga merupakan antara yang paling berminyak, yang menimbulkan dilema bagi pemerhati berat badan. Anda tidak mahu terlepas tambang tempatan tetapi anda juga tidak mahu menggalakkan pinggang anda berkembang.
Malah sarapan pagi biasanya nakal, kegemaran tempatan sepanjang masa ialah nasi lemak, yang bermaksud nasi lemak! Untuk memulakan pagi dengan cara yang kurang kalori tanpa mengorbankan perisa asli Malaysia, cuba alternatif ini apabila makan di luar di kopitiam (kedai kopi Cina), restoran mamak (India Muslim), atau warung tepi jalan (gerai makanan Melayu).
Senarai sarapan ini boleh dijadikan sajian menu bersahur, sihat dan bertenaga. Untuk tambahan sediakan minuman berkhasiat sebagai penambah tenaga.
Thosai ialah roti India rata yang diperbuat daripada lentil hitam dan adunan beras, dengan sedikit minyak. Ia pada asasnya adalah krep yang ditapai, yang menyumbang kepada rasa yang sedikit masam. Nipis dan rangup tetapi lembut, thosai dilipat di atas pinggan dan dihidangkan bersama santan kelapa dan kari lentil (dhal) untuk dicelup. Rasanya memang ringan kerana ia akan mengenyangkan. Terdapat variasi lain seperti telur, keju atau kentang.
Satu lagi jenis roti rata India, chapati diperbuat daripada tepung gandum dan air, sesuai untuk mereka yang melihat ‘spare part’ di pinggang. Ia menyerupai penkek rata dan harus lembut dan ringan, walaupun dalam rasa. Chapati biasanya dihidangkan dengan dhal (kari lentil) atau kuah kari ayam atau ikan yang ringan.
Idli merujuk kepada kek beras kukus yang lembut dan span. Adunan terutamanya terdiri daripada lentil hitam dan beras yang ditapai, yang apabila dimasukkan ke dalam acuan dan dikukus, menjadi bulat-bulat kecil. Dua keping idli yang dimakan bersama chutney kelapa atau kuah kari boleh memberi anda permulaan hari yang bebas rasa bersalah.
Puttu mendapat markah yang tinggi pada skala yang sihat kerana ia hanya diperbuat daripada tepung, kelapa parut dan air, kemudiannya dikukus dalam pembuat puttu silinder. Jika dibuat dengan tepung ragi, hasilnya adalah puttu coklat dan rendah kalori. Penduduk tempatan menikmatinya dengan gula perang atau pisang masak, jelas sekali, anda akan memilih yang kedua untuk sarapan yang lebih berkhasiat.
Kawal bahagian anda! Sesetengah hidangan datang dalam kecil atau besar jadi jika ada pilihan, pesan hidangan kecil atau kongsi dengan rakan. Juga, berhati-hati dengan alat tambah yang tidak sihat. Selain itu, makanan yang lebih kecil dan ringkas mengambil sedikit masa untuk dihadam, terutamanya apabila diambil sebelum tidur. Melalui pelbagai blog tidurnya bahawa perut yang terlalu kenyang boleh menyebabkan senak dan refluks asid, seterusnya boleh menyebabkan kurang tidur.
Dim sum terdapat dalam bahagian kecil yang bertujuan untuk berkongsi, seperti tapas. Pelbagai pilihan termasuk jenis goreng atau kukus, daging atau bukan daging, sedap atau manis dan juga hidangan berasaskan nasi seperti bubur. Elakkan jenis yang digoreng dan pesan yang dikukus seperti har gow (ladu udang) atau roti isi kukus.
Diperbuat daripada mi nasi leper, terdapat dua jenis chee cheong fun yang popular: Gaya Hong Kong terdiri daripada kepingan licin nipis yang diisi dengan udang atau potongan daging dan disira dengan kicap. Versi Pulau Pinang didatangkan dalam bentuk gulungan panjang yang dipotong-potong sebelum biji bijan ditabur sebagai hiasan, kemudian dihidangkan sos perang manis dan sos cili. Sesetengah tempat juga menawarkan sos kari dan alat tambah lain seperti bebola ikan, kepingan kacang soya goreng dan tauhu. Jika anda mempunyai alat tambah, maka dua gulung chee cheong fun sudah memadai.
Pada waktu pagi, tiada apa yang lebih menyelerakan daripada semangkuk bubur nasi kosong dengan perasa seperti daun bawang, bawang merah goreng, lada putih dan kicap. Cuba variasi makanan laut, ayam atau daging untuk lebih rasa dan jika anda tidak kisah dengan kalori tambahan.
Ia mungkin kelihatan pelik untuk menikmati mi sup panas pada waktu pagi, tetapi ia menjadikan sarapan pagi yang lazat selain cepat dihidangkan, berpatutan dan tidak terlalu berminyak. Di gerai penjaja Cina, cari gerai yang menjual mi sup bebola ikan atau mi sup daging. Versi Melayu hidangan ini akan melibatkan ayam dan rempah; tanya penjual sama ada mereka mempunyai mi sup atau mi soto.
Kombo mudah tetapi memuaskan dua telur dan roti bakar separuh masak boleh didapati di kebanyakan kedai kopi Cina konvensional dan pada menu sarapan tempatan. Pecahkan telur ke dalam piring yang disediakan, masukkan secubit lada putih dan kicap, gaul semuanya dan cedok. Minta roti bakar biasa jika tidak, anda mungkin dihidangkan versi berdosa yang disapu dengan mentega dan kaya.
Selalunya suka dirujuk sebagai ‘serangan jantung di atas pinggan’, anda perlu mencuba hidangan kebangsaan tidak rasmi, sekurang-kurangnya sekali – katakan, pada hari ‘cheat’ anda.
Makanan ruji Malaysia ini terdiri daripada nasi yang dimasak dalam santan, sambal (pes cili), ikan bilis goreng, kacang tanah, telur dan timun. Di gerai dan restoran nasi lemak, anda juga mempunyai pilihan tambahan seperti kari ayam, daging dan kerang. Bunyi berat? Memang, tetapi anda boleh meringankannya dengan memilih telur rebus berbanding goreng, kurangkan makan nasi dan elakkan hidangan daging.
Pilihan yang baik untuk memulakan dan memastikan ia lebih terurus dari segi kalori ialah nasi lemak bungkus, nasi lemak pra-bungkus dalam bentuk paling asas. Piramid mini yang dibalut dengan daun pisang dan kertas surat khabar atau kertas lilin perang, setiap bungkus (paket) memberi anda sebahagian kecil nasi dengan sambal, sepotong telur rebus, hirisan timun dan taburan ikan bilis dan kacang tanah. Anda boleh menemuinya di atas meja di restoran atau gerai mamak, di kedai serbaneka dan kedai stesen minyak.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.