Setelah 2 Minggu Lahirkan Anak, Pengasas Tudung Ruffle Nonones Dedah Wajah Puteri Sulungnya

Share

Setelah mengalami saat terindah proses kehamilan selama 9 bulan, akhirnya pengasas tudung jenama terkenal, Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nonones selamat melahirkan anak pertamanya. Walaupun sudah dua minggu melahirkan anak, tetapi baru semalam Hanis berkongsi wajah puteri sulungnya itu.

Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, Hanis memberitahu dia bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah terindah ini.

Malah Hanis juga turut memuji kebesaran Allah yang telah memudahkan segala urusan dalam melahirkn anak perempuan dua minggu lalu.

Hanis turut berkata anak itu adalah anugerah terindah dalam hidupnya yang telah dikurniakan oleh Allah padanya.

Sebagai wanita yang baru bergelar ibu, dia juga turut mendoakan semoga puteri sulungnya itu akan membesar menjadi anak yang soleh.

Sebaiki dimuat turun, Hanis yang mempunyai lebih 500K follower turut menerima ucapan tahniah bertalu-talu.

Beautiful baby

Mashaallah comelnya

Alhamdulillah… so cute

Cantik macm mama dia

Masing-masing memuji kecomelan wajah si cilik ini yang dikatakan bernama Irina. Apa yang pasti kehadirannya akan lebih menyerikan rumah tangga Hanis dan suami tercinta.

Hijabista ucapkan tahniah dan semoga rumah tangga mereka berdua kekal till jannah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NONONES

IKLAN