Tidak dinafikan bahagian kulit wajah memang cukup sensitif terutama pada usia yang masih muda. Jika salah penjagaannya akan menyebabkan masalah kulit yang teruk hingga boleh menyebabkan timbul jerawat dan jadi breakout. Dan ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Ada kalanya faktor pemakanan, persekitaran dan juga gaya hidup turut menyumbang kepada masalah kulit wajah.
Seperti perkongsian gadis ini yang menggunakan akaun nama @rabiatulxivii di laman twitter yang masih belajar dan mengalami masalah kulit wajah breakout sejak setahun lalu.
Menurutnya setelah menumpukan sepenuh perhatian dalam proses penyembuhan, akhirnya masalah breakout ini berjaya diatasi dengan hanya menggunakan produk bajet tidak sampai RM100.
Lepas setahun proses penyembuhan.
Walaupun wajah alami breakout tetapi tak sedih sebab terlalu sibuk dengan pengajian.
Masa itu, memang tempat tidur tak menentu, di lantai yang memang banyak habuk. Duduk juga dalam bilik berhawa dingin yang boleh menyebabkan masalah kulit jadi kering.
Ads
Tidak pernah sekalipun pakai sunscreen.
Itulah yang menyebabkan wajah jadi breakout teruk. Jerawat keluar banyak.
Renung semula rutin kehidupan sebelum ini yang tidak menyihatkan. Mula susun jadual kehidupan supaya boleh jadi manusia normal.
Ads
Balik setiap petang ke kolej dengan berjalan kaki yang ambil masa 25 minit. Jimat duit, dapat sedut oksigen dan bersenam.
Kulit makin pulih, mula beli skincare setelah lakukan survey pasal penjagaan wajah.
Tapi sebab masih belajar, tak pilih produk mahal. Cuba balik guna produk yang pernah digunakan sebelum ini.
Untuk hilangkan parut jerawat, cuba gunakan produk ini.
Pelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, pernah meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi mempromosikan produk kurus di laman sosial.
Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.
“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”
“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”
Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.
Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.
Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.
Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.
“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.
Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? Hijabista doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.
Tambah Yana lagi, dia tidak akan menerima untuk menjadi duta kepada sesebuah produk secara ‘tangkap muat’ atau sambil lewa sahaja, kerana ia turut bersangkut paut dengan ‘saham akhirat’ sebagai seorang muslimah.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniaga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya.
Terdahulu, Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA & Media Hiburan
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Penyanyi Elyana mendapat tahu dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua sejak enam tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah. Dan sepanjang tempoh itu dia telah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali setahun. Dan salah satunya pengalaman ketika melakukan kemoterapi di bulan puasa.
Umum mengetahui Elyana memang seorang cancer survivor yang kuat. Dia tekad membuat rawatan berkenaan walaupun tahu kesan sampingan yang perlu dilalui selepas menjalani rawatan kemoterapi itu.
“Tahun lepas saya kena sambung buat rawatan kemoterapi pada bulan puasa. Jika diikutkan doktor memang tak benarkan saya berpuasa dan mahu saya buat rawatan dengan segera.
“Dalam masa sama doktor tak menghalang. Saya tetap cuba untuk berpuasa sebab memikirkan jenuh nanti nak ganti puasa. Jadi saya tekad berpuasa dan pada masa yang sama turut membuat rawatan berkenan,” katanya ketika ditemubual bersama majalah Pa&Ma.
Menurutnya juga sebaik selepas rawatan keadaan dirinya masih dalam keadaan baik. Tetapi beberapa hari selepas itu badannya mula lemah.
“Beberapa hari selepas rawatan, badan saya mulai lemah kerana kekurangan air. Kalau nak tahu air sangat penting selepas membuat rawatan kerana ia membantu tubuh keluarkan semula ubat yang digunakan.
“Sudahnya saya hanya berjaya puasa tujuh hari sahaja. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat juga jalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan jika ok boleh teruskan,” katanya lagi yang turut memberi kata-kata semangat buat pesakit kansewr agar tabah jalani rawatan kemoterapi.
“Nasihat saya ambil sumber makanan yang mengandungi kalsium secukupnya. Ini penting bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening daripada mengalami masalah keguguran selepas rawatan dilalui,” jelasnya lagi yang turut berkongsi pengalaman pertama anak tunggalnya berpuasa.
“Anak saya belajar berpuasa sejak tahun lepas. Dia mahu cuba dan berjaya puasa sehari penuh. Tahun ini saya ikutkan saja kemahuan dia yang nak berpuasa.
“Masa untuk bangun sahur tak jadi masalah untuk kejutkannya kerana dia seorang yang suka bangun waktu subuh. Lagi satu anak saya tak gemar pergi bazar Ramadan kerana tidak selesa ramai orang.
“Berbeza dengan saya dan suami yang memang suka pergi bazar Ramadan. Dan mahu tak mahu anak saya terpaksa ikut kami membeli juadah di bazar Ramadan,” cerita Elyana lagi yang menambah mereka sekeluarga gemar berbuka dengan nasi.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.