Tidak ramai yang memakai ‘lip liner’ kerana ia memakan masa dan juga agak sukar untuk mereka yang tidak atau jarang menggunakannya. Tetapi ‘lip liner’ amat berguna untuk merka yang memiliki bibir yang tidak sekata atau bibir yang nipis.
Mari Hijabista berikan DUA tutorial ‘lip liner’ yang berbeza untuk anda sesuaikan dengan bibir anda:
1. Buat Bibir Yang Mungil
Ads
Sumber: youtube.com (Huda Beauty)
2. Buat Bibir Yang Nipis
Ads
Sumber: youtube.com (DafyneMeBella)
Ads
Mudah bukan? Jadi selepas ini tiada masalah untuk anda memiliki bibir yang terbentuk cantik. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.
Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan.
Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.
Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8404 kesukaan dan 316 komen daripada netizen.
Selain itu, sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat staf dibawah seliaanya.
Wah, memang sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini sememangnya wajar untuk dipuji serta dijadikan sumber inspirasi.
Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh aktress jelita, Anzalna Nasir setelah dia bertekad untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan tampil berhijab sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Anzalna ada ketikanga dia berasa bimbang terhadap hati yang berbolak balik serta kesukaran untuk istiqamah dalam mengenakan hijab.
Pemilik nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir, berkata dirinya enggang mengulas atau berkongsikan kisah penghijrahannya
ekoran tidak mampu meramal apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Tambahnya lagi, dia sering memikirkan adakah dia mampu menempuh ujian untuk istiqamah menutup aurag kerana dikhuatir hatinya berbolak-balik.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya lapor portal berita tempatan.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata lelaki berharap orang ramai khususnya para peminat dapat mendoakan agar dirinya mampu mengekalkan imej menutup aurat ini sampai bila-bila.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” ujarnya.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.
Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.