Siapa yang tidak kenal dengan Cut Syifa, pelakon berbakat besar berusia 27 tahun ini yang sering menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam pelbagai sinetron.
Cut Syifa dikenali ramai sebagai Maesaroh dalam siri Tukang Bubur Naik Haji The Series, di mana Cut Syifa mula menunjukkan kebolehannya sejak berusia tujuh tahun.
Dengan wajah menawan dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia kini menjadi bintang yang hangat diperkatakan terutama selepas melakonkan watak Rindu dalam sinetron Cinta di Ujung Sajadah.
Hijabista kongsikan 5 foto terkini Cut Syifa dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan menawan.
Anggun Dengan Gaun Bercorak Bunga
Cut Syifa kelihatan sangat menawan apabila mengenakan gaun labuh berwarna krim yang dihiasi dengan motif bunga. Penampilannya memberikan cita rasa feminin dan berkelas, yang menguatkan lagi kesan elegan.
Penampilan Cut Syifa yang sporty dan anggun menggambarkan kecintaannya terhadap ekuestrianisme yang bukan sahaja menunjukkan kecantikannya, malah memiliki hobi yang mencabar.
Tudung Biru Serlah Kecantikan Semula Jadi
Tudung biru dan solekan natural menyerlahkan lagi pesona kecantikan semula jadi Cut Syifa.
Penampilan ringkas tetapi tetap anggun membuktikan kecantikan sebenar tidak memerlukan banyak perhiasan.
Dari semalam viral kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya. Malah dalam media sosial juga ramai yang berkongsi momen serta status terbaru mengenai bayi kecil yang baru berusia 9 bulan.
Bukan itu sahaja, sejak kisah penderitaan diketahui, media sosial menjadi medium untuk orang ramai memberitahu perkembangan terkini adik Ainul dari saat diterbangkan ke London hinggalah dia selamat menjalani pembedahan.
Namun sebenarnya perjalanan adik Ainul ditulis cukup indah oleh wanit dan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan. Wanita berusia 24 tahun ini dilihat cukup tabah menerima dugaan dari Allah.
Malah dari saat dia melahirkan Ainul Mardhiah hinggalah sekarang (keadaan terkini) dikongsi di laman sosial dalam Instagramnya. Bukan mudah untuk menitipkan kata-kata ini lebih-lebih lagi hati ibu yang terlalu sensitif.
Tetapi bagi insan bernama Nurul Erwani Zaidi tidak lokek berkongsi momen dengan ribuan follower adik Ainul Mardhiah yang setia mengikuti perkembangannya. Admin dapat mengagak betapa gigih dan tegar untuk dia menulis seperti perkongsian diari biarpun hanya di laman sosial.
Ayuh admin kongsikan kata-kata indah yang disusun dalam bahasa cukup menyentuh jiwa bagi sesiapa yang membaca kisah bidadari syurga ini.
2 November 2018
My little story about my cute daughter gift from Allah, Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin.
Dilahirkan pada 13Aug18 secara normal dan betul betul cukup 7 bulan waktu dilahirkan. ya ainul ialah baby pramatang. Lahir awal disebabkan leaking air ketuban sikit sikit.
Masa waktu nak bersalin, ramai doc tunggu saat nak sambut ainul sebab doc nak tahu punca kenapa mak boleh leaking air ketuban awal. sebab doc tak tahu punca padahal setiap kali scan air ketuban tak menurun pun bacaan nya. Kuasa Allah, bila Ainul keluar rupanya Ainul ada ketumbuhan yang boleh tahan besar di dalam mulutnya. Doc boleh agak sebab ada komplikasi ketumbuhan tu yang Ainul keluar awal dari due date. .
Lepas ainul keluar, jantung ainul berhenti disebabkan ainul tak boleh bernafas kerana gangguan ketumbuhan di mulutnya. Doc cecepat buat cpr dan minta izin parents untuk terus tebuk di leher ainul supaya Ainul boleh bernafas dgn menggunakan oksigen(sampai sekarang masih bernafas menggunakan oksigen di leher). Allah, hebat kuasa mu ya Allah. Ujian yang tanpa diduga buat kami. Kemudian, Ainul terus dimasukkan dalam NICU. Hampir seminggu doc bincang tentang keadaan ainul disebabkan kes ni jarang sekali berlaku pada baby. Mungkin satu dlm seribu ataupun satu dlm sejuta. Tak apa, kami redha. .
Alhamdulillah selang seminggu doc buat keputusan untuk hantar ainul ke HKL untuk buat operation buang ketumbuhan di mulutnya. Sampai di HKL, Doc pakar bedah kanak kanak, Datuk Zakaria beritahu dia boleh buat operation untuk buang ketumbuhan di mulut Ainul tetapi ada banyak risiko kemungkinan yang akan berlaku antaranya lidah ainul maybe akan terbelah dua dan selainnya. Tak apa. kami kata kami yakin Ainul akan okay selepas operation. .
Alhamdulillah operation berjalan dgn lancar. Doc bedah dah buang bersih semua ketumbuhan dalam mulut ainul. Kami senyum ceria lihat ainul. Lepas operation, Doc bedah dtg kat kami beritahu kat kami bahawa ainul tiada lelangit kerana disebabkan operation buang ketumbuhan tu. Sekali lagi kami sedih. Allah ujian lagi kau turunkan. Doc tunjuk pada kami ya memang betul ainul tiada lelangit. Kami redha. Allah uji sebab Allah tahu kami mampu hadapi.
Sepanjang Ainul di HKL, lebih kurang sebulan setengah. Nurse di HKL ajar kami macam macam. Pengalaman kami dapat tukar saluran pernafasan di leher, suction, dan macam macam lagi. Betul lah ramai yang tidak dapat rasa pengalaman apa yang kami rasa. beruntunglah kalian masih diberi kesenangan hidup. dan dua kali ganda lagi beruntung pada yang diuji oleh Allah sebab Allah sayang pada hambaNya yang diuji. Kami seronok tengok ainul. kadang kadang ainul senyum, tersengih. Ya anak memang penyeri hidup buat ibu bapa.
Bila keadaan ainul semakin baik, ainul dihantar semula ke hospital yang merawat ainul sebelum ini. Hampir sebulan lebih juga ainul masih di hospital. Kiraan semua hampir 3 bulan ainul di hospital dan kami masih belum berpeluang untuk peluk ainul. Kami redha atas ujian Allah.
Semalam, masa melawat ainul di hospital. Doc pakar kanak kanak jumpa kami dan beritahu berita yang buat kami sedih lagi sekali. Rupanya ketumbuhan yang sudah dibuang pada sebulan lepas ada semula dan tumbuh semula dalam mulut. Kami terdiam dan terpaksa kuat lagi sekali. Ya, Allah nak uji lagi kami.
Doc beritahu kemungkinan ketumbuhan itu tidak akan dibuang dan ainul akan jalani kemoterapi masukkan ubat yang menyakitkan. Ya Allah. Sedihnya kami lihat Ainul. Semoga kami diberi kesabaran dan ketabahan dalam hadapi semua ini. Please pray for us and for Ainul Mardhiah(bidadari syurga) di dunia dan akhirat nanti. InshaAllah.
Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat yang paling mulia ni
Every child is special. They are gifted. And talented. There is no need to compare. Because they are special. In their own way.
Yakinlah tiada yang Allah datangkan sia-sia dalam kehidupan. Cuma perlukan sedikit lagi keyakinan dan sedikit lagi kesabaran. Dia pasti sedang aturkan takdir yang terbaik. Hanya tinggal untuk percaya sahaja. Stay believe and keep in faith. Berdamailah dengan takdir Tuhan. kerana kita tak pernah sempurna dalam kebaikan
My bidadari Ainul Mardhiah. Jadilah sekuat Sumayyah r.a, secantik Aisyah r.a, dan semulia Siti Khadijah r.a
Mohon doa semua untuk Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh
Sayang mama, jangan kuat kerana mama dan walid dalam keadaan kamu tengah sakit. Tapi mama dan walid tahu Ainul sangat sangat kuat sebab Allah SWT yang beri kekuatan pada kamu.
Sekarang, kamu di hospital seperti berulang kembali waktu kamu lahir Ainul. Betapa struggle nya kami dengan perasaan yang macam macam dtg pada kami bila lihat kamu begini.
Lihat kamu tenang sekali tidur dan tak peduli pada doktor yang datang check, ambil darah and so on. kamu dah tak rasa semua kesakitan itu.
Semua nurse di Hospital ni senang dengan kamu Ainul. Mereka siap kata Ainul adalah patient favourite mereka di hospital ni and ada nurse sampai nak belajar bahasa melayu sebab nak cakap dgn Ainul. Beruntungnya Ainul Mardhiah ini. They keep talk “Ainul is very famous”
Alhamdulillah. Ainul sangat sangat baik di sini. Keep Dua for us in here. Thank you
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Semoga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah untuk Ainul boleh terus berada di sisi mama dan walid. Ainul you’re the little fighter. Mama dgn walid yakin kamu akan membesar dengan sihat, berjalan, berlari dan bermain dengan kami semua.
Hari ini, kamu akan berjuang dengan diri sendiri. Lama kamu akan berada dengan Dr hari ini. InshaAllah tak sakit kan Ainul, Dr jaga Ainul dalam tu. Jangan nakal nakal ya. Tadi mama dan walid dah cium peluk Ainul sebelum Dr ambil Ainul. Dr di sini semua baik baik.
Alhamdulillah. Sampai tak tahu macam mana lagi nak ucap banyak banyak terima kasih pada Doctor2 yang terlibat secara langsung atau tidak, sangat sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
Alhamdulillah, pembedahan membuang ketumbuhan pada Ainul berjaya dan Dr beritahu Ainul berjaya melepasi risiko risiko bahaya semasa pembedahan. Ainul sangat sangat kuat.
Sekarang Ainul dah stabil, tengah rehat dan Dr tengah monitor Ainul. Ainul nampak sangat sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. InshaAllah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya
Sayang Ainul Mardhiah, bidadari syurga mama dan walid
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga
Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu Love you Ainul
Baru-baru ini kita digemparkan dengan musibah yang menimpa pelakon muda, Alif Muhaimin apabila diuji dengan ujian berat rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana Ibunya sempat diselematkan oleh adiknya, sewaktu api marak itu sedang membakar kediaman mereka.
Perkara berkenaan dikongsikan Alif menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pada hantaran itu Alif berkongsikan momen rumahnya terbakar dijilat api semalam dalam bentuk video dan gambar.
Menurut Alif, ketika kejadian berlaku ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga memaklumkan insiden ngeri itu. Alif dan adiknya bergegas pulang kerumah sejurus menerima berita itu untuk menyelamatkan ibu mereka.
“Adik nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci demi selamatkan ibu, hingga tangannya melecur.
“Alhamdulillah, walaupun rumah terjejas dengan begitu teruk sekali, namun saya bersyukur bahawa ibu berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
Mengulas insiden malang itu, Alif berkata apa yang lebih menakjubkan selain keselamatan ibunya, adalah frame gambar berisi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang digantung di bawah alat pendingin hawa (air-cond) rumah itu langsung tidak terjejas.
Ayat Al-Quran di dalam frame itu kekal utuh, langsung tidak terusik samada koyak mahupun terbakar, meskipun air cond rumah mereka cair dan musnah dijilat api.
“Allahuakbar, saya jadi lagi yakin kepada Allah, bila tak ada satu ayat atau surah Al Quran terbakar.
“Tak ada satu pun potongan dan koyak, walaupun gambar kedua boleh nampak aircond cair atas tu. Tapi ayat bawah dia cantik je,” jelasnya.
Malah, Alif turut merasa kagum terhadap kebesaran Allah yang maha esa, berikutan tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak susulan musibah yang menimpa itu.
Bagi mengenang tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada Jumaat yang lalu, satu kempen khas telah diadakan iaitu National Scarf Day bagi tujuan mengajak wanita di seluruh dunia mengenakan hijab pada hari ini sebagai lambang solidariti.
Ramai wanita dari seluruh negara tak kira apa jua bangsa dan agama sekalipun menyokong kempen dan memuat naik gambar mereka berhijab di media sosial sebagai tanda sokongan mereka terhadap komuniti Islam.
⠀”Maafkan saya kerana mungkin saya tak memakainya(hijab) dengan betul dan saya tidak pasti dengan warnanya namun saya mahu tunjukkan sokongan saya terhadap wanita muslim hari ini. Berdiri bersama.”- Nicola Inui, New Zealand.
Ia berhenti bersama kita. Apa pun ibu bapa, nenek, datuk dan saudara mara kita percaya, apa jua kejahilan dalam komunikasi, gurauan atau tidak, secara sedar mahupun tidak langsung…
Kita tidak akan menyambungnya kepada generasi seterusnya.
Anak-anak dilahirkan bai mengenal kasih sayang. Mereka tidak kira warna kulit seseorang, dimana dia dilahirkan dan siapa ibu bapa mereka. Biarkan mereka belajar dan memimpin.
Menjadi kuat bersama.”-Catalina, New Zealand, @catb73
“Berikan penghormatan dan tunjukkan solidariti untuk saudara komuniti muslim. Ingatan dan doa saya ada untuk mangsa dan keluarga mangsa.”-Jordy, New Zealand.
“Seperti mana yang kawan saya tahu, saya telah menjelah banyak negara Islam dan saya hanya menerima penghormatan dan kebaikan daripadanya. Marilah kita sama-sama menghormati saudara muslim kita pada hari ini dengan memakai hijab. Idea ini timbul kerana serangan pengganas Jumaat lalu yang menyebabkan wanita muslim takut untuk mengenakan hijab. Negara kami menunjukkan kebebasan beragama, kebebasan ekspresi dan juga toleransi. Tolonglah sokong saudara kita pada hari Jumaat bagi memberi kekuatan pada mereka. Kita adalah satu.”-Kerrin, New Zealand.
“Tragedi Jumaat lalu sememangnya telah mematahkan kita. Jika anda seperti saya dan merasakan ingin menunjukkan sokongan tapi tidak tahu bagaimana, saya ingin menyeru semua wanita bagi mengenakan hijab pada hari Jumaat ini… seminggu selepas serangan, bagi menunjukkan solidarity, cinta dan sokongan. Wanita muslim tidak patut rasa takut meninggalkan rumah mereka. Saya sememangnya sangat bangga dengan curahan kasih sayang yang telah ditonjolkan oleh negara saya.”-Courtney, New Zealand.