Dari semalam viral kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya. Malah dalam media sosial juga ramai yang berkongsi momen serta status terbaru mengenai bayi kecil yang baru berusia 9 bulan.

Bukan itu sahaja, sejak kisah penderitaan diketahui, media sosial menjadi medium untuk orang ramai memberitahu perkembangan terkini adik Ainul dari saat diterbangkan ke London hinggalah dia selamat menjalani pembedahan.

Namun sebenarnya perjalanan adik Ainul ditulis cukup indah oleh wanit dan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan. Wanita berusia 24 tahun ini dilihat cukup tabah menerima dugaan dari Allah.

Pasangan yang sangat tabah hadapi dugaan.

Malah dari saat dia melahirkan Ainul Mardhiah hinggalah sekarang (keadaan terkini) dikongsi di laman sosial dalam Instagramnya. Bukan mudah untuk menitipkan kata-kata ini lebih-lebih lagi hati ibu yang terlalu sensitif.

Tetapi bagi insan bernama Nurul Erwani Zaidi tidak lokek berkongsi momen dengan ribuan follower adik Ainul Mardhiah yang setia mengikuti perkembangannya. Admin dapat mengagak betapa gigih dan tegar untuk dia menulis seperti perkongsian diari biarpun hanya di laman sosial.

Ayuh admin kongsikan kata-kata indah yang disusun dalam bahasa cukup menyentuh jiwa bagi sesiapa yang membaca kisah bidadari syurga ini.

2 November 2018

My little story about my cute daughter gift from Allah, Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin.

Dilahirkan pada 13Aug18 secara normal dan betul betul cukup 7 bulan waktu dilahirkan. ya ainul ialah baby pramatang. Lahir awal disebabkan leaking air ketuban sikit sikit.

Masa waktu nak bersalin, ramai doc tunggu saat nak sambut ainul sebab doc nak tahu punca kenapa mak boleh leaking air ketuban awal. sebab doc tak tahu punca padahal setiap kali scan air ketuban tak menurun pun bacaan nya. Kuasa Allah, bila Ainul keluar rupanya Ainul ada ketumbuhan yang boleh tahan besar di dalam mulutnya. Doc boleh agak sebab ada komplikasi ketumbuhan tu yang Ainul keluar awal dari due date. .

Lepas ainul keluar, jantung ainul berhenti disebabkan ainul tak boleh bernafas kerana gangguan ketumbuhan di mulutnya. Doc cecepat buat cpr dan minta izin parents untuk terus tebuk di leher ainul supaya Ainul boleh bernafas dgn menggunakan oksigen(sampai sekarang masih bernafas menggunakan oksigen di leher). Allah, hebat kuasa mu ya Allah. Ujian yang tanpa diduga buat kami. Kemudian, Ainul terus dimasukkan dalam NICU. Hampir seminggu doc bincang tentang keadaan ainul disebabkan kes ni jarang sekali berlaku pada baby. Mungkin satu dlm seribu ataupun satu dlm sejuta. Tak apa, kami redha. .

Alhamdulillah selang seminggu doc buat keputusan untuk hantar ainul ke HKL untuk buat operation buang ketumbuhan di mulutnya. 
Sampai di HKL, Doc pakar bedah kanak kanak, Datuk Zakaria beritahu dia boleh buat operation untuk buang ketumbuhan di mulut Ainul tetapi ada banyak risiko kemungkinan yang akan berlaku antaranya lidah ainul maybe akan terbelah dua dan selainnya. Tak apa. kami kata kami yakin Ainul akan okay selepas operation. .

Alhamdulillah operation berjalan dgn lancar. Doc bedah dah buang bersih semua ketumbuhan dalam mulut ainul. Kami senyum ceria lihat ainul. Lepas operation, Doc bedah dtg kat kami beritahu kat kami bahawa ainul tiada lelangit kerana disebabkan operation buang ketumbuhan tu. Sekali lagi kami sedih. Allah ujian lagi kau turunkan. Doc tunjuk pada kami ya memang betul ainul tiada lelangit. Kami redha. Allah uji sebab Allah tahu kami mampu hadapi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

2 November 2018

Sepanjang Ainul di HKL, lebih kurang sebulan setengah. Nurse di HKL ajar kami macam macam. Pengalaman kami dapat tukar saluran pernafasan di leher, suction, dan macam macam lagi. Betul lah ramai yang tidak dapat rasa pengalaman apa yang kami rasa. beruntunglah kalian masih diberi kesenangan hidup. dan dua kali ganda lagi beruntung pada yang diuji oleh Allah sebab Allah sayang pada hambaNya yang diuji. 
Kami seronok tengok ainul. kadang kadang ainul senyum, tersengih. Ya anak memang penyeri hidup buat ibu bapa. 

Bila keadaan ainul semakin baik, ainul dihantar semula ke hospital yang merawat ainul sebelum ini. Hampir sebulan lebih juga ainul masih di hospital. Kiraan semua hampir 3 bulan ainul di hospital dan kami masih belum berpeluang untuk peluk ainul. Kami redha atas ujian Allah. 

Semalam, masa melawat ainul di hospital. Doc pakar kanak kanak jumpa kami dan beritahu berita yang buat kami sedih lagi sekali. Rupanya ketumbuhan yang sudah dibuang pada sebulan lepas ada semula dan tumbuh semula dalam mulut. Kami terdiam dan terpaksa kuat lagi sekali. Ya, Allah nak uji lagi kami. 

Doc beritahu kemungkinan ketumbuhan itu tidak akan dibuang dan ainul akan jalani kemoterapi masukkan ubat yang menyakitkan. Ya Allah. Sedihnya kami lihat Ainul. Semoga kami diberi kesabaran dan ketabahan dalam hadapi semua ini. Please pray for us and for Ainul Mardhiah(bidadari syurga) di dunia dan akhirat nanti. InshaAllah.

IKLAN

Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat yang paling mulia ni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

30 Disember 2018

Every child is special. 
They are gifted.
And talented.
There is no need to compare.
Because they are special.
In their own way.

Yakinlah tiada yang Allah datangkan sia-sia dalam kehidupan.
Cuma perlukan sedikit lagi keyakinan dan sedikit lagi kesabaran.
Dia pasti sedang aturkan takdir yang terbaik.
Hanya tinggal untuk percaya sahaja.
Stay believe and keep in faith.
Berdamailah dengan takdir Tuhan.
kerana kita tak pernah sempurna dalam kebaikan 

My bidadari Ainul Mardhiah.
Jadilah sekuat Sumayyah r.a, secantik Aisyah r.a, dan semulia Siti Khadijah r.a

Mohon doa semua untuk Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

29 May 2019

Ainul Mardhiah, bidadari syurga Mama dan Walid.

Sayang mama, jangan kuat kerana mama dan walid dalam keadaan kamu tengah sakit. 
Tapi mama dan walid tahu Ainul sangat sangat kuat sebab Allah SWT yang beri kekuatan pada kamu. 

Sekarang, kamu di hospital seperti berulang kembali waktu kamu lahir Ainul. Betapa struggle nya kami dengan perasaan yang macam macam dtg pada kami bila lihat kamu begini.

IKLAN

Lihat kamu tenang sekali tidur dan tak peduli pada doktor yang datang check, ambil darah and so on. kamu dah tak rasa semua kesakitan itu. 

Semua nurse di Hospital ni senang dengan kamu Ainul. Mereka siap kata Ainul adalah patient favourite mereka di hospital ni and ada nurse sampai nak belajar bahasa melayu sebab nak cakap dgn Ainul. Beruntungnya Ainul Mardhiah ini.  They keep talk “Ainul is very famous”

Alhamdulillah. Ainul sangat sangat baik di sini. Keep Dua for us in here. Thank you 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

5 June 2019

London, 1 Syawal 

Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin.

Dari kami,
Ahmad Safiuddin,
Nurul Erwani,
Ainul Mardhiah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Isnin, 10 June 19,
11:50 am, London

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. 
Semoga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah untuk Ainul boleh terus berada di sisi mama dan walid. Ainul you’re the little fighter. Mama dgn walid yakin kamu akan membesar dengan sihat, berjalan, berlari dan bermain dengan kami semua.

IKLAN

Hari ini, kamu akan berjuang dengan diri sendiri. Lama kamu akan berada dengan Dr hari ini. InshaAllah tak sakit kan Ainul, Dr jaga Ainul dalam tu. Jangan nakal nakal ya. Tadi mama dan walid dah cium peluk Ainul sebelum Dr ambil Ainul. Dr di sini semua baik baik.

Allah bantu kamu Ainul, Allah ada di sisimu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Selasa, 11 June 19, 
11:30pagi, London.

Alhamdulillah. Sampai tak tahu macam mana lagi nak ucap banyak banyak terima kasih pada Doctor2 yang terlibat secara langsung atau tidak, sangat sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

Alhamdulillah, pembedahan membuang ketumbuhan pada Ainul berjaya dan Dr beritahu Ainul berjaya melepasi risiko risiko bahaya semasa pembedahan. Ainul sangat sangat kuat. 

Sekarang Ainul dah stabil, tengah rehat dan Dr tengah monitor Ainul. Ainul nampak sangat sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. InshaAllah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya 

Sayang Ainul Mardhiah, bidadari syurga mama dan walid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

11 June 2019

Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang

Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami

Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

London, 16:18 petang

Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu
Love you Ainul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL ERWANI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI