Popular di aplikasi TikTok dengan mempunyai jumlah pengikut melebihi sejuta, Norhidayatul Asmiera Md Asadzzman Hoque,19, yang mesra disapa Angah ini menjadi tular di kalangan warganet apabila dia dipelawa menjadi model koleksi hijab terbaharu milik pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Ramai yang terpesona apabila melihat fotonya yang ayu berhijab disebabkan penampilannya sebelum ini yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki.
Sudah lali dikecam kerana berimej sedemikian, Angah tidak pernah mengambil hati malah menerima segala kritikan dengan hati terbuka. Dia juga melihatnya dari sudut positif agar dapat berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.
Jelas Angah, dia bukanlah seorang yang kasar dan ganas cuma dia memang selesa dengan imejnya yang sebegini sejak dari usia 12 tahun lagi.
“Keluarga selalu tegur. Apa yang salah pasti mereka tegur. Mak saya pun membantah. Dia selalu minta saya pakai tudung. Tapi mak ayah tahu yang suatu hari nanti saya akan berubah. Kita sendiri tahu mana yang baik dan buruk,” jelasnya yang mengusahakan perniagaan bundle dan kosmetik ini.
Selain itu, Angah juga berasa terharu apabila ada netizen yang sudi mendoakan untuknya dan memberikan kata-kata semangat agar dia mengubah penampilan suatu hari nanti.
“Apa yang saya buat, saya tak harapkan penilaian orang tapi saya buat untuk kepuasan diri sendiri. Saya tak pernah hiraukan kecaman dan segala teguran netizen saya terima.
Ads
“Mana tahu doa salah seorang daripada mereka diangkat Allah. Saya sentiasa mengharapkan doa-doa mereka semua. Saya berpegang kepada satu kata-kata, kita hidup kena santai, jangan sampai kena bantai,” ujarnya kepada mstar.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29, isteri kepada Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahya atau lebih mesra disapa Anne berkongsikan rasa syukurnya di laman instagram kerana dikurniakan insan yang baik di sekelilingnya.
Luah Anne, dia bersyukur Tuhan menghadirkan insan-insan terindah dalam hidupnya di kala waktu susah atau senang.
Memohon dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik, Anne juga berterima kasih pada ibu yang telah melahirkannya serta kepada suaminya yang tercinta.
Dia juga telah menyatakan rasa bahagianya apabila menerima set periuk pelbagai guna berjenama Thermomix yang bernilai hampir RM 8,000. Ujar Anne, pastinya hadiah ini akan membuatkannya bertambah rajin untuk memasak.
Beruntung sungguh Anne kerana mendapat hadiah yang menjadi idaman kebanyakan pelbagai wanita daripada suami yang disayangi. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sepanjang lapan tahun bergelar ‘Ustaz Selebriti’, Imam Muda Asyraf mengakui memang tidak terlepas dari dihambat gosip atau dakwaan tidak berasas. Terbaru beliau dikaitkan mahu berkahwin lain dengan seorang gadis muda yang juga merupakan pekerja di butiknya. Namun jawapan diberikan ini pastinya turut mengecewakan ramai wanita di luar sana yang menaruh hati kepadanya.
Tatkala di tanya padanya berhubung dakwaan ini, bapa kepada tiga cahaya mata itu menafikan mahu mencari isteri muda kerana belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Mana ada. Sebelum ini saya ada dengar khabar angin ini tetapi apa saya boleh katakan sekarang saya belum mampu lagi. Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.
“Keluarga sedia ada ini pun saya rasa belum cukup mampu untuk memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’. Saya rasa tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan jika mampu. Saya rasa belum cukup mampu untuk merancang nak ada gosip dengan sesiapa. Setakat yang ada sekarang ini nak balik rumah pun tak sempat,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangan dengan isteri tersayang, Nur Hussa Yussof sejak 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang perempuan, Setiaku Aisyah.
Mengakui cukup beruntung mempunyai isteri yang memahami tugasnya dalam mendidik masyarakat melalui medium dakwah.
Justeru beliau sebenarnya agak tidak selesa untuk menceritakan semua hal rumah tanga di media massa kerana baginya orang bukan sekadar lihat apa yang disampaikan tetapi juga fokus kepada cara hidup kita.
Bukan mudah untuk bergelar selebriti, apatah lagi jika personaliti di bawa lebih kepada pembawakan Islamik. Namun itu bukan alasan untuk lari dari tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
Bagi Imam Muda Asyraf atau lebih dikenali dengan Ustaz Selebriti, beliau sebenarnya berterima kasih kepada pihak Astro yang telah ‘create’ dirinya dengan title begitu. Malah diam tak diam sudah hampir 8 tahun berada dalam industri ini dalam situasi berbeza.
Berdepan tempoh 8 tahun itu untuk terus kekal kukuh dan ‘maintain’ bukanlah satu tugas yang mudah. Malah jika salah sedikit perilaku atau komen dikeluarkan boleh menyebabkan dirinya berada dalam imej yang tidak bagus.
Bagaimanapun Imam Muda Asyraf mengakui pelbagai dugaan dihadapi sepanjang menjadi ‘public figure’ dan sering dihambat gosip, tetapi baginya ia adalah satu perkara biasa.
“Perlu ada kekuatan untuk berdepan masyarakat, media dan sebagainya. Setakat ini segala cabaran dapat saya tangani dengan baik.
“Kalau nak ikutkan memanglah seronok, glamour atau jadi ustaz nakal, tetapi saya memandang lebih jauh kerana apa yang saya bawa bukan sekadar nama sendiri tetapi gelaran ustaz itu sndiri,” ujarnya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka dan pemenang peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Serai Mas di Ruang Shah Alam.
Menurutnya juga memang ada yang bergurau dan menghubunginya beberapa kali untuk bertanyakan soalan, tetapi biasanya akan dijawab dengan baik. Jika ada rasa yang tidak kena perbualan terhenti di situ sahaja.
Sebagai seorang ustaz juga Imam Muda Asyraf akan berusaha mengelak menggunakan status itu sebagai tiket untuk mudah di dampingi mana-mana wanita hinggakan timbul dakwaan tidak berasas. Beliau sebaliknya meletakkan dirinya sebagai ustaz yang hanya menjalankan tugas sebagai pendakwah
Dalam majlis berkenaan, Imam Muda juga turut dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold. Mengambil masa lama untuk menerima tawaran diberikan sebelum itu dan hanya bersetuju setelah perbincangan dilakukan di kedua-dua belah pihak.
Perbuatan mempermainkan, menyindir, dan menjadikan agama Islam sebagai bahan jenaka adalah haram dan berdosa besar. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam hantaran di Facebook menyatakan, perbuatan mengejek sesuatu amalan atau kepercayaan dalam agama Islam kebiasaannya dilakukan oleh insan yang jahil ilmu agamanya.
Baru-baru ini tular video seorang ‘tiktokers’ yang menggunakan nama Mariam Hadid yang terang-terang menghina agama Islam. Mengaku sebagai nabi wanita pertama, wanita ini juga turut mengenakan kostum ala Spider-Man berhijab.
Seorang pemuda dikenali sebagai Amirul Syahmi Amir dilaman Facebooknya menggesa orang ramai agar membuat laporan kepada pihak TikTok dalam usaha menyekat penghasilan video oleh wanita itu.
“Sampai bila kita ingin melihat agama dihina dan dipermainkan?”
Tular seorang pengguna akaun Tik Tok dengan nama Mariam Hadid telah memuat naik beberapa video yang dengan jelas menghina Islam. Malah, dia turut mengakui bahawa dirinya merupakan nabi wanita pertama. Nauzubillahiminzalik.
Tindakan melampaunya tidak terhenti disitu, dia sering membuat ‘content’ mempermainkan Islam dengan pakaian yang tidak senonoh tetapi bertudung litup serta mempersenda ibadah solat dan ayat suci al-Quran.
Sebagai umat Islam serta netizen yang bijak, jalankan gerakan kecil kita dalam usaha mempertahankan agama Islam. Ayuh, beramai-ramai kita menjalankan amanah dakwah kita dengan:
1. Tekan link akaun Tik Tok di bawah https://vt.tiktok.com/ZSRYP1PRP/ 2. Report akaun. 3. Ajak rakan lain untuk melakukan langkah yang sama. 4. Sebarkan agar lebih ramai bertindak.
Semoga usaha kecil ini menjadi iktibar dan pengajaran buat mereka yang berfikir untuk melakukan perbuatan jijik ini di masa akan datang. Sangat aneh apabila kita menyebarkan ‘posting’ kesedaran berkaitan isu Palestine, begitu mudah ia di ‘banned’.
Namun, dalam soal mempersenda agama, malah pengikutnya yang semakin bertambah tanpa sebarang tindakan lanjut oleh bahagian media sosial terbabit.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.